Header

Wednesday, September 07, 2011

Raya punya hal...Duit Raya jad isu

Salam Syawal uols....hehe

Rasanya this week majoriti drp kita semua dah menjalani rutin normal kembali selepas cuti panjang berhari raya. Ada yg balik kg nun jauh di utara ada yg balik kg nun hujung ke selatan dan ada pulak yang berhari- raya jauh di pantai timur.

Tak kisah lah balik kg isteri ke balik kg suami ke janji ada jugak kg tenpat kita nak berkumpul bersama2 sanak saudara untuk mengeratkan tali silaturrahim yang jarang2 kita semua dapat lakukan berkumpul adik beradik bersama ibu bapa bermaaf-maafan sesama kita. #kalau tak hari raya jgn harap...kan kan kan

Jangan pulak berkumpul reramai tapi asyik dok kumpul dosa jeeeeeerrr.......ngumpat sedara tuh mengata sedara nih ataupun ada jugak yang lagi bermasam muka sesama keluarga. Biasalah bila dah ramai2 tuh kan, ada yg cepat barannya ada tu plak yang kuat lagaknya ada tu pulak yang suke berseloroh tak kena tempat.

Jadi untuk langkah keselamatan teguhkan jati diri kita n bersederhanalah dalam semua perkara. Bertindak kena waras gunakan akal mendahului nafsu hati dalam setiap tindak tanduk kita. Berlaku baik n adil lah untuk setiap orang kerana insyaallah jika tiada sesiap yang dpt menghargai tindak tanduk kita sekarang or tak de sesiapa yang nampak ingatlah Allah sentiasa nampak dan tau mana yang intan dan mana yang kaca. Ingt pesan Allah "setiap perbuatan baik yg kita buat biarpun sebesar bijik sawi akan ada balasannya".Jadi buatlah sesuatu perkara baik itu dengan ikhlas dan bukannya mengharapkan balasan drp manusia tapi untuk kita mengumpul saham untuk dia alam sana nanti. Insyaallah!

Oklah berbalik pasal raya tadi, satu topik yang cukup sinonim ngan raya adalah duit raya kan uols. Sebut pasal duit raya nih kan, start dengan nak tukar duit raya pun dah satu hal.

Ada yang sampai kena kena queue kat bank sampai berejam2 semata2 nak tukar duit raya. Ada tuh plak sampai bermasam muka lah kejap ngan member sbb kirim duit kat member nak tukar duit raya. Alhamdulillah urusan weols dipermudahkan mcm tahun lepas contact je pegawai bank tuh bitau dia domination camne kita nak tukar n brapa totalnya. Dihari2 yg dah ditetapkan bawak je duit terus dapat. This year plak lagi senang pihak management ofis dah sesiap deal ngan pegawai bank datang kat ofis untuk semua staff yang nak tukar duit raya. So weols sgt2 berterima kasih pada mangement ofis yang amik inisiatif mcm ni kan. #tahun depan leh buat lagi ye....hiksss

Itu baru bab nk tukar duit raya je kan, pastu masuk plak bab nak masukkan duit raya dalam sampul raya. Sampul raya pun satu kes gak....now kan sampul raya kena beli tapi weols alhamdulillah murah rezeki sampul raya smpaikan skrang pun masih ada lagi stock sampul2 raya yang dr tahun2 lepas punya....hehehe.

Ok berbalik kepada bab nak masukkan duit raya dalam sampul pun satu hal gak, kita kena buat allocation jugak cthnya utk anak2 buah berapa kali ngan berapa orang. Untuk anak2 sepupu plak berapa X plak ngan berapa ramai kan. Pastu untuk anak2 sedara mara dekat berapa rm sama gak lah kali berapa oarang untuk anak2 jiran tetangga berapa rm untuk sedara mara jauh untuk anak2 yang kita pun tak kenal berapa rm kan.

Ada tuh yang siap tulis nama sesiap. Bagus jugak tuh supaya tak tertukar kan tertukar plak duit raya untuk mak ayah terkasi plak untuk anak buah.....haruuuuu tuh kan. Beraya sakan lah anak buah yg mana dpt duit raya tuh kan....hehehe. Weols senang je weols asingkan ikut sampul raya.....hehehe

Sebenarnya uols, cerite psl duit raya nih sampai esok pun tak habis kot banyak benda n isu yag leh kita kupaskan. Tapi apa2 pun kita harus sedar bila raya bukanlah duit raya saja yang kita harus titik beratkan. Kita seharusnya sedar n tau serta kalau boleh dapat menyedarkan yang lain jugak erti raya yang sebenarnya yang kita sebenarnya meraikan hari kemenangan kita yg telah dapat mengawal nafsu lapar n dahaga serta semua nafsu yang lain semasa dibulan ramdahan n hari raya kita mengambil kesempatan untuk saling bermaaf-maafan. Jangan jadi mcm budak2 plak ingt raya ingat duit raya.

Hehehe...saya bukan apa sbb ada gak terdengar, anak2 kecik ni kan bila salam je ada yang ckp 

"Selamat Hari Raya Maaf zahir Batin.....nak duit raya"

Ucap selamat hari raya n mohon maaf tuh dah kena dah....elok sgt dah tuh tp ayat akhir yang mintak duit raya tuh yang agak kurenggggg sket. Agaknya mak ayah diorg ke yg pesan soh ckp mcm tuh....hehehe. Rasanya ada jugak bebudak nih yg jenis dia sendrik yang ckp sebab dgr kawan2 diorg ckp mcm tuh kan.

Kalau boleh kita sbg parents nih pantau lah anak2 masing2 coz rasanya kurang manis lah ayat tuh kan. Manalah tau kot2 kita gi umah sedara mara yang agak susah sket kan pastu kita plak gi menziarah bawak satu batilion #5-6 bijik kete pastu semua pun ada anak2 kecik nih. Manalah tau sedara kita tuh tak cukup budget ke nak kasi kat semua ahli jemaah kita tuh kesian plak kat dia kan. Ataupun hehehe masa tuh sampul duit raya semua dok ngan suami dia yg pegang yang suami dia plak gi beli ais ketul tak balik2 sampai kita dah nak balik dah so camne dia nak kasi duit raya kan......hiksss

Pastukan ada jugak kes orang2 yang berkira pasal duit raya nih (ini updated coz terdgr kat hotfm tadi) misalnya orang kasi duit raya kat anak dia rm5 so dia pun kena balas rm5 jugak. Patutnya kita xleh kira mcm tuh if kita dah plan nak kasi rm10 pun if dia kasi rm5 pun teruskan jelah anggap jelah rezeki budak tuh kan.

Itu baru satu kes ada jugak kes yang kasi duit dekat anak2 buah pun dibeza2 kan.....aduyaiii. Misalnya anak kakak dia kasi rm10 anak adik plak dia kasi rm5. Haaa mcm tuh.....tak bagus lah mcm tuh kan. Patutnya kena semua pun sama rata lah kan. Dah tuh diorg kan semua pun sepupu pastu depa pun ofkoz lah jugak berckp sesama diorg mesti jugak ada yang tanya kan misalnya.....#misalnya maksudnya nama watak hanyalah rekaan semata2

eh Fatin, Mak su kasi duit raya berapa kat ko....rm10 kan????

Kalau terkena Fatin tuh dapat rm5 je tak ke sedih hati budak tuh kan. Or kadang2 tuh kalau budak tuh buat derkkkk je mak ayah diorg plak yang terasa hati terlebeyyy sudahhhhh. Let say tadi dia dah nampak si polan nih dah kasi duit raya kat anak kakak dia  rm10 tetiba dia tgk si polan tuh kasi duit raya kat anak dia rm5 je...terus sentappppppppp  #sentap mak nyah ko perlakukan anak mak camtu .....kan dah tak bertegur sapa dah adik beradik hanya kerana duit raya. Tak malu ke kalau jadi kes macam nih kan. Jadi berlaku adil lah kita...bukan sesapa pun anak sedara kita jugak...anak buah kita jugak kan tak kira lah apa2 alasannya sbb nnti ada yg kata

"yelah mak su kasi kat along rm10 sbb mak along keje kerani je, fatin lak mak su kasi rm5 sbb mak fatin kan contractor kelas F.....dia dah banyak duit dah kan"
 tak pun mcm nih

"Mak su kasi along rm10 sbb diorg pkai kancil turbo je, si fatin tuh mak ayah depa dah senang dah pkai kete RUSA baru lagi pun...xyah lah kasi banyak2 duit kat diorg buat diog lagi kaya je "

No no no....NOPE!!!! jgn sesekali uols pandang dari segi tuh....huhuhu. Tak baik uols minda yang mcm nih....elakkan lah dari terkena kat kita semua ye.....huhuhu

Fuhhhh panjang berjela dh rasanya saya kupas nih, ini baru bab nak kasi duit raya belom masuk bab berbelanja ngan duit raya.....huhuhu bab tuh pun satu hal lagi tuh. Harapnya kita dapat la ajar anak kita cara untuk belanja duit raya ngan cara yang berhemah. Weols selalu bank in dalam tabung haji je duit raya Avin damia tp this year dia sebok cakap nak beli book ngan katil dia ngan duit raya dia tuh....hikss

Alkisahnya mcm nih, weols lah tuh yg ajar dia. Anak dara nih tak moh amik duit raya yg org kasi. Asal org kasi je xmoh amik, asal org kasi je xmoh amik. Pastu yang jadi mangsa kena amik duit rayanya adalah Bonda dia lah kan. Sogannnnn lah eden nak amik duit raya utk bebudak kan. 

Dilema sungguh tak nak amik org dah hulur nanti kecik hati plak org yg hulur tuh. Nak ambik nnti kot2 ada yg hulur kat bonda dia nih memain je ke kang sebok plak ckp 

"Amboiii bonda avin damia nih org kasi buat2 syarat je dah avin xnak tu xyah lah amik...selamat lah jugak rm10 duit aku, ini tidak diambilnye jugak"

Saya kata kot kot ada yg kata ala2 mcm nih...tapi saya rasa xde kot yang ckp mcm ni kat saya kan....huhuhu

Jadinya weols bonda n walid dia pakat lah psiko Avin soh dia amik duit raya bila org kasi kan. Yerlah org dah kasi kena lah kita amik kan...rezeki jgn ditolak. Tp jgn plak kita ajar anak kita mintak duit raya ngan orang. Weols ckp lah kat dia 

"kalau ada aunty or uncle kasi duit raya kat avin...avin amik lah nnti kita leh simpan duit raya avin tuh kita leh buat beli katil avin...avin nak katil kan...pastu kita leh beli book little mermaid"

Terus dia angguk uols...terus dia setuju coz masa tuh dia dok kalut nak beli barang2 little mermaid. Semua pun nak yang little mermaid....nak book little mermaid nak berus gigi little mermaid, nak ubat gigi nak botol air...semua pun little mermaid....huhuhu. Tapi nan hadoooo dia ikutnya pun time mood dia ok dia amik lah masa org kasi duit raya time dia xmoh tuh dia siap sound lagi kat org yg kasi....avin xnakkkkkk...xnakkkkk siap letak tangan kebelakang.....huhuhu.

Huhuhu... oklah uols...apa2 pun kalau cerita pasal duit raya nih uols. Sebenarnya bukan nilai rm tuh yang penting tapi yang paling penting kita niat ikhlas nak kasi tak kisah lah sikit ke banyak ke itu semua bergantung kepada kita jika tahun nih rezeki kita lebih kasi lah lebih kalau rezeki agak kurang kita kasi lah kurang plak tapi harapnya rezeki kita semua sentiasa lebih lah ye.

Lagi satu tak akan miskin kita kalau kasi duit raya lebih kat anak orang n xkan kaya dia kalau kasi duit raya kurang kat anak kita....hehehe yang penting uols ajarlah anak kita berterima kasih tiap kali menerima duit raya daripada sesiapa pun dan juga ajar dia menghargai setiap apa yang dia terima jgn diukur dari warna duit duit biru xmoh terima kasih duit hijau senyum je kalau duit merah baru nak say thank you.....huhuhu. Apa2 yang kita dapat bersyukur dan berterima kasih lah kerana itu semua adalah rezeki sikit ke banyak ke bukan persoalannya.



Author's note: nak tau sbb apa dekat2 nka raya ritu weols shopping ala2 sakan lah jugak sbbnya masa dok kemas2 beg yg buat simpan sampul2 raya last year kan, memula terjumpa sampul raya yang ada isi rm5 sebanyak rm55 henggettt pastu keesokkannya soh prebetsabu kuarkan sampul raya tuh coz nak sekalikan ngan duit raya yang baru sekali prebetsabu terjumpa lagi rm500++ duit baru yang belom masuk dalam sampul lagi.....wahhhh terus ahkak tersenyum lebar uols drp nak membebel sbb prebetsabu tak jupe duit raya yang rm55 yg ahkak maksudkan tuh terus soh dia cepat2 kuarkan duit raya tahun lepas yg dia jupe tuh....kuarkan tuh maksud dia untuk shopping lah tuh.....owhhh heavennya jupe duit tersorok. kadang2 sorok duit dlm poket hanbag pastu jupe rm50 lah rm100 lah terus rasa happy 2-3 hari tuh....hiksss.

duit tersorok yg baru jumpe ritu...hehe


Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!