Header

Wednesday, November 23, 2011

The Making of - Love Hunt

So, kita dah baca luahan and cerita terperinci tentang apa yang dah berlaku dalam acara Love Hunt khas untuk CEO kita, Masviona. Tak baca lagi? Allolololo ni kat sini.

So, seperti mana aku insist suruh viona karang cerita pengalaman dia tu, seperti itu juga lah dia insist soh aku cerita macam mana kronologi dan perancangan yang aku buat untuk setup acara tu.

Sebenarnya, seperti yang Viona dah cerita, beberapa hari sebelum date celebration wedding anniversary tu, weols dah pun belikan masing-masing punya hadiah... mv dah dapat hadiah dia, dan saya pun dah dapat.. dan saya suka hadiah saya itu! yaaaaa aaaa aawwww serius I like it a lot!!

nah kasi snapshot sikit gambar hadiah aku tu ekekekkeke



So dalam seminggu sebelum hari kejadian, tak silap aku dalam hari isnin 14 nov tu, tetiba erpikir, takkan aku taknak wat apape acara untuk menyambut hari bermakna weols ni.. tambah pulak, ni merupakan ulangtahun perkahwinan weols yang ke 7.. kalau budak tu, orang kata dah masuk darjah 1.. dah masuk ke dunia baru, pengembaraan baru, pengalaman baru...

So, idea pun di perah...

Maka bercucuran lah idea datang.. of course lah, bila kita nak surprise kan seseorang, kita mesti la pikir nak buat sesuatu yang dia suka...

Tapi bila pikir punya pikir punya pikir, takde pulak dapat penyelesaian tentang item apa yang grand utk diberi.. lagi di perah, lagi buntu.. so sambil2 perah tu, bila tanya soalan-soalan "dia suka makan apa.. dia suka gadget apa.. dia suka buat apa", semua jawapan yang aku dapat, jawapan yang kategori biasa-biasa je.. yang kategori yang dia selalu dah buat.. so takkan kita nak surprise dia ngn bende yang dia selalu dah buat kan?

So berpegang pada prinsip dan cara pemikiran aku -"Kita jangan lah berfikir dan bekerja seperti seorang Tukang Sapu. Mereka ni, nampak sampah, sapu.. nampak sampah, sapu... tapi kita berfikirlah seperti seorang Engineer.. benda yang belum ada, kita gunakan kemahiran untuk jadikan ada... bangunan belum wujud, kita jadikan wujud..." - jika ada staff or exstaff yang pernah keje ngn aku yang baca ni, sure depa ingat ayat aku ni ekkekek

So, berpikirlah sebagai seorang jurutera, maka dapatlah aku hasilkan sebuah idea - Jika semua bende tu dia biasa lakukan, dan aku tau dia suka buat bende tu semua, apa kata kita bagi dia SEMUA bende yang dia suka tu?! Kita bagi dia semua bende tu, but with a little twist.. kita main teka teki.. inspirasikan dari Treasure Hunt ekekkeke.. so lahirlah idea Love Hunt!

Maka dari situ, bermulalah pula dari fasa brainstoming, ke fasa perancangan dan perlaksanaan ;)

Dari banyak-banyak benda yang isteri aku suka and enjoy doing it, aku terpaksa limitkan bende2 tu ikut certain kriteria:-

1- Jarak. Aku takmo la yang jauh-jauh.. sebab nanti payah pulak dia nak kene drive ke sana sengsorang.

2- Mudah. Lokasi tu kene make sure memang dia fasih.. well biasalah pompuan ni, selalunya dia gi tempat2 tu ngn laki, so dia wat tak endah je pasal lokasi tu.. tau tau je dah sampai.. so ni kene amik kira gak kang dia blur.. "eh mana ek tempat tu?" wkakakaka

3- Keselamatan. yang ni aku sebenarnya amat risau. memang akan ada risiko.. maklumlah orang zaman sekarang ni pelik sikit perangainya. Pulak tu, aku kene pakat awal-awal with all the premises yang terlibat.. dan mana tau tetiba ada org kat premis tu yang tak berapa center otaknya, dia dah tau nanti ada pompuan akan datang tpt dia, dan pompuan tu akan blur, takut dia amik kesempatan lah.. but alhamdulillah, faktor 1 & 2 tu jugak memainkan peranan.

4- Kewangan. Hahaha ini sudah tentu.. kalau bajetnya takde, susah la jugak nak bagi SEMUA! But mujur semua bende ni boleh dikatakan bende yang rutin tiap bulan or at least 2 bulan sekali dia akan buat, so bajetnya dah tentu ada.

5- Kesanggupan premis-premis untuk bekerja sama. Tak semua premis perniagaan yang kita cuba approach dan jelaskan perkara ni, dia sanggup untuk bagi cooperation untuk menjayakan rancangan kita ni.. percayalah, saya dah kene... ;(

So daripada syarat2 tu, aku list out lah beberapa tempat yang aku tau menjadi kegemaran wife aku... so kat sini lah pengalaman dan pendengaran itu penting wakakka...

Kepada lelaki-lelaki sana, jadilah pendengar yang alert.. dengar dan pahamkanlah setiap permintaan si isteri... ekkekekke.. walau pun time tu kita asa "alaaaa.. watpe la nak buat bende tu.. takyah buat pun takpe.. lenkali je lah!" ekekkeekke

So dari hasil tu, aku pun dapat lah list kan beberapa venue yang dah di shortlisted kan mengikut kriteria-kriteria tersebut..

dan bermulalah pulak fasa seterusnya, fasa untuk kautim ngn permis tu..

1st sekali saya call Tudung Fareeda.. dia punya HQ kat seksyen 8 bangi tu je... tapi hampa.. dah lah staff yang jawap tu kerek.. aku tak dan explain elok2 lagi, dia dah mencelah "awak ni call untuk apa??" ek e eleh.. aku call untuk beli tudung kroang lah, tapi bukan beli secara direct.. aku nak bayar sesiap, lets say rm200-250, then pada hari kejadian, wife aku datang la sana and pilih tudung korang tu dalam range harga tu... haiiyaaa.. sungguh tak best intonasi yang menawap call tu.. then dia jawap "Kita sibuk lah cik.. sistem kita pun takleh buat ikut cara cik tu.. kita tak dapat la layan request camni"

ok, memang aku banyaaakkk terasa hati dan kecewa ngn cara Fareeda tu jawap.. bukannya aku nak soh dia tutup kedai tu and layan bini aku sorang... takpelah.. ataupun mungkin jugak tukang jawap call tu tak paham konsep yang aku nak wat tu.. dah camna nak paham, time aku explain dia sebuk mencelah, igat aku ni nak jual barang kot? kekeke takpelah Fareeda dah rejek aku... hak dia lah kan.. rejek kastemer adoiiii ekkeke

Then aku terus bowse internet and dapatkan pula nombor telepon Serenity Spa.. terus explain, dan depa teus setuju.. dan depa jug paham, sebab bende ni surprise, so masa tu aku tak dapat nak confirm bila dia akan sampai kat sana.. dan depa dengan berbesa hati beri aku kelonggaran, dia bagi aku time gap sejam dari masa yang kita jangka.. so dia akan blok slot tu.. wahhh tenkiu Serenity Spa, especially Cik Laila yang attend call aku masa tu!

Seterusnya, aku email pula pada Tutti Frutti Seri Bangi, dan tak lama lepas tu, Kak Aza from Tutti Frutti terus call aku, dengan nada excitednya dia kata depa willing to participate! Serius.. dia sangat teruja dengan idea tu dan serta merta kata Tutti Frutti nak join to make this event sucess.. Alhamdulillah lega..

Next, saya cuba dapatkan nombor telefon Senze Hair Studio kat bangi tu, tapi kat web dia tu tak berupdate plak nombor telefon tu takleh pakai.. sedikit kecewa.. tapi itu bukan penyekat.. saya terpaksa merancang untuk pergi walkin kesana.. persoalannya, bila masa aku nak lari pegi sengsorang kat sana? kalau bawak mv sure kantoi wakakkaka

Lepas tu ada la lagi some venue yang saya terpaksa keluarkan dari list, sebab tak kalau include kat sekali, rasanya sampai ke tengah malam pun mv takkan settle love hunt dia tu wakakkakak

ok, venue dah finalise and dah confirm..

So aku ligat pulak dok pikir acara Grand Finale dia.. nak bawak dia gi dinner memana, tak cukup kick.. so terpikir la aku, baik kita dinner kat umah je! Lagipun sepanjang mv gi hunting tu, bole la hias sikit umah tu kasi lain sikit.. tapi.. siapa nak tolong aku?????

Terus aku sms  sahabat yang sentiasa sedia membantu - Azli aka Tokey Sticker ;) Dia kata hari ahad tu dia and wife memang takde apape plan.. so aku kata takpe, nanti kita confirmkan semula.. Semua sms tu di delete serta merta dan pihak sana diberitahu kalau tak dpt balas within 10mins, jangan balas langsung wakakak sebab takut time tu mv ada ngn aku wakakakakaka bahan bukti harus dihapuskan!

Tetiba teringat pulak kat Semanis Kaseh! cun jugak ni kalau dapat dia setupkan table untuk weols.. dah tentu2 dia memang wat untuk event... terus sms pada Kak Kaseh... seperti sebelum ni, dalam 10minit tak dapat reply, aku kata jangan reply terus...

Tup tup tak lama lepas tu tetiba dapat notification kat FB.. tetiba kak kaseh reply kat post aku pasal Playbook ke apa ntah.. dia reply apa tau?

"Sempat!"

Adoi mak! terus aku tanpa segan silu mendelete komen tersebut wakakka.. kang tetiba mv browse wall aku, tetiba je kang dia tanya kenapa kaseh reply komen tu takde kaitan plak tu ngn post wakkakaka

tanpa berlengah aku trus call kaseh.. explain begitu begini draft plan and dia kata ok! Dan aku pun serahkan segalanya pada dia untuk grand finale tu ;) setup meja, deco, candle light, roses, sweets etc etc

So separuh dari perancangan dan persiapan dah settle.. tinggal lagi nak pi wat payment sesiap kat semua yang terlibat tu..

So ligat lah plak cari idea camna nak cari masa untuk aku lari sekejap untuk wat payment tu semua... maka kat situ lah si JerkahSerakah memainkan peranan..

ahahhahahaha

aku tau memang mv tak dpt ikut aku kalau aku kata nak ride.. sebab kita ada anak kecik kang takde siapa nak jaga pulak... so itu merupakan alasan terbaik! Aku curik masa, bagitau dia ada ride.. kebetulan Sabtu 19 nov tu memang ada member motor yang kawen! cun lah! lepas escort ride pengantin aku terus blah and settlekan misi!

boring ek? baca tanpa gambar ni ekekkeke

haa.. part ni baru ada gamba! tadi part planning mana ada gamba nak bubuh!

so venues semua dah dapat verbal punya persetujuan, makanya time untuk aku buat surat cinta!


Dan gigihlah aku mencedok idea dari google template love letter ekkekeeke
lepas tu print sesiap beberapa helai.. ingat nak taip je surat tu, tapi bahaya pulak in case tetiba ada last minit changes plan ke apa ke, so aku tulis tangan je and standby lagi beberapa keping  surat yang kosong in case of emergency tukar plan last minit...

So semua surat aku karang ikut kronologi.. memula greet dia, then bagitau soh gi sana, gi sini, hehehe

So lepas dah karang surat2 tu semua, aku garu kepala lagi sekali..
nak letak dalam apa pulak surat ni...
nak letak dalam sampul, mana ada masa nak beli sampul.. nak tunggu ari sabtu nak buat semua, tak terkejar rasanya aku..

dan aku pun google lah lagi... origami.. ekkekeek cara-cara nak lipat surat bentuk heart!


dan jumpa lah aku ngn site ni: origami
siap ada video lagi ajar...

gigih aku terus wat praktikal time tu gak belajar camna nak lipat.. kekeke senang je rupanya



 dan ini lah hasilnya!
terus dah master dah nak lipat kertas jadi bentuk love kekeke

then mai lagi idea gila aku.. aku buat plak ni:


idea aku, nak mintak semua premis yang terlibat tu untuk tampal kertas ni kat permis diorang masa hari kejadian...

tapi last minit aku kensel.. i know my wife.. sure nanti dia segan gilleeeeeeeeee
ekekke..
so aku tak pass pun kat kedai2 tu semua untuk tampal.....


Dan akhirnya tibalah hari Sabtu 19 nov...
hari last untuk aku make sure all in correct order...
lepas kenduri kawen, salam salam calit ibu jari ngn kengkawan motor, aku pun cau awal dari majlis dan terus menyiapkan misi...


tempat yang pertama yang aku terjah ialah serenity spa..
terus jumpa Laila and buat payment, and pass kan love note tu serta brief dia sekali lagi tentang acara tu...



next stop...
tutti frutti...
sepanjang rancangan ni, aku liaise with kak aza.. tapi tak pernah pun bersua muka.. call and sms je



sampai kat tutti frutti, terus jumpa ngn person in charge dan make the payment and pass d love note.. depa semua dah tau tentang perancangan.. ;)


then lepas tu, terus ke Senze Hair Studio...
sebab tak dapat cari no fon latest, main terjah je masuk kedai dia and jumpa ngn mv punya favorite hair stylist... Akim


Sebab kitorang dah biasa situ, akim pun dah cam kitorang, so senang lah berurusan..
explain kat akim apa yang aku nak buat, bayar, pass love note dan terus cau.......


dan seterusnya, aku walkin pulak ke Hafiz Jewel..
bab ni memang takleh nak kautim awal2 sebab nak kene pilih dulu barang yang berkenan di hati..
alhamdulillah, depa ada barang tu with bajet aku yang rendah ni.. cayalah..

terus bayar, kautim ngn depa pasal plan aku, dan tinggalkan love note ;)

turun je dari Hafiz jewel, hujan sudah renyai..
perut aku pun sudah lapar..
tadi kat kenduri kawen tu aku bukannya makan  pun.. just singgah sekejap je pun... huuhuh

teus bergegas aku menghala balik ke kawasan umah dan makan kat kedai situ..
masa ni mv dah bbm aku dah nak marah dah napa aku lama sangat kuar umah g kenduri kawen..
ekekkeek aku tak mampu nak jawap apape................................................ huuhu


lepas makan, sambil tunggu ujan reda, aku go through semula plan aku tu..
kekonon nak wat rehearsel lah.. and nak set timing...

so sebagai contgency plan, dalam surat tu, tak semua clue aku bagi dia direct dalam surat tu..
ada clue yang dia kene buat live entry, baru aku bagi clue seterusnya, ada yang dia kene tweet aku, ada yang dia kene bb, aku..

tujuannya, sebagai penghilang rasa risau aku, dan aku leh tau dia dah ada mana time tu.. so keselamatan dia aku tau.. antara lain, tujuannya senang untuk aku and tema Semanis Kaseh prepare timing untuk siapkan meja semua tu kat umah.. ye lah, kita taknak lah tetiba je mv balik umah, kita tak ready papae pun.. so clue clue tu semua meupakan ilestone la untuk tau progress viona kita...

last sekali, aku shoot lagi 1 sms kepada semua yang terlibat final plan kita, so that depa pun aware and bebetul paham...






 So semua pun dah paham peranan masing-masing, maka legalah aku....
dan on the spot jugaklah aku mendelete segala bahan bukti yang ada wakakakkakakakakakakakkakak

lepas tu aku balik umah, mv kita dah buat muka wakkakaka merajuk sebab aku kuar umah untuk gi ride tu lama sangat wahahaha padahal dalam hati aku "takpe lah sayang.. esok v tau la napa b kuar umah lama sampai lewat camni"

Dan hari yang dinanti pun tiba..

pepagi hari lagi aku dah gerak anak dara tu soh bangun n sesiap mandi semua sebab nak soh ikut aku gi beli breakfast....
seperti biasa, anak dara tu memang spoting..

dalam kereta aku dah explain kat dia...

"Avin, kita bukan nak beli breakfast kat kedai mamak macam selalu tu tau.. kali ni walid nak wat surprise kat bonda"
"oooo.. beday bonda ek?"

ekekeke.. avin dok ingat, surprise tu sama dengan birthday je wakakaka puas aku explain, anniversary, tapi bebudak mana nak paham lagi.. so aku kata la ye sama macam birthday.. ni birthday kawen walid n bonda...

so teus weols shoot menuju ke petronas, belikan untuk bonda dia sarapan pagi, tinggalkan note kat cashier and explain kat dia bgtau sat lagi ada sorang awek akan mai tanya bende ni wakkakka

lepas dah setel tu, weols pun anak beranak gi la breakfast kat area petronas tu ada kedai makan.. cili hijau namanya.. bersembunyilah weols kat situ..

terus aku hantar fb kat wall mv and bermulalah acara Love Hunt!





Dan aku pun bergumbiralah makan sarapan dengan anak dara ni ekkeke.
dia sebok tanya camna surprise bonda tu... lepas ni ktia pegi mana itu ini dia tanya
aku pun bagitau je kat dia.. lepas ni ktia balik, aunty kaseh nak mai umah kita nak wat utk party
fuh bersemangat dia terus ajak balik.. masalahnya aku takleh balik selagi Serenity spa tak bgtau yg mv dah selamat sampai sana sembab aku takut kang terserempak kat jalan pulak kekekeke

wahhhhhhhhhhh panjangnye!!

so lepas tu kiorang pun balik umah..

dalam jam 1pm gitu, Team Semanis Kaseh pun sampai kat umah ktiorang and terus mulakan projek!






sampai je, terus kaseh menurun memanggil jin idea...

hahaha tipu...
teus dia tengok keadaan sekeliling dan susun atur segalanya mengikut yang terbaik!


tapi depa ada assistant..
wakakaka...
avin pun sebok2 la nak tolong katanya.. tolong tiup belon.


kang lepas tu, dia pi main game kat playbook pulak...


happy dia bila dia pun dapat surprise!
kaseh bagi hadiah kat dia.. candy bouquet..
fuhhh bangga betul dia..
siap kata.. "avin taknak bukak gula ni dulu.. avin nak tunggu bonda"
wahhh.. clever ek!


so sementara yang lelain sebok mengemas...
dan aku pulak sebok memantau pergerakan mv.. balas komen dan segalanya...
sempat lagi call pizza hut delivery untuk hantarkan menu utama untuk dinner.. spageti.......


ini budak dari pagi sampai ke petang tu dia tak tidooo ooo..
lepas kaseh dah settle setup meja semua.. dalam kol 2++pm...
masa tu hari pun mulai gelap..
terus aku pujuk2 avin soh dia tido dulu...


akhirnya tumpas la jugak anak dara ni dgn pujukan aku hahahha
tapi memula dia takmo tidur atas sofa tu katanya dia nak tido kat lantai je..
dia kata takmo sebab dia taknak rosakkan kain cover sofa tu.. bonda tak sampai lagi
wallawehhh ini anak aaa.. sgt pandai ooooo
then aku kata, takpe la aviin.. avin tido je dulu nanti walid kemas balik cantik2 semula....
tak sampai 10 minit terus ia lelap.. memang dia dah ngantuk




So checkpoint last mv, hafiz jewel..
bila dia dah bbm aku untuk clue last, terus aku pun wat final preparation untuk grnad finale..
nyalakan lilin segala bagai....



dan tampal the last Love Letter utk love hunt tu.....

dan............
itu dia dah balik umah!!
aku pun saspense je!
siap skodeng kat tepi tingkap oooooooooooooooooooooooo

tapi dia tak stop pun baca note tu, dia dah tergedik2 masa buka pintu tu menahan perut wakakkakaakka
masuk je teus dia terjah bilik air.. adoooooooooooiiiiiiiiiiiiiiii ahhahaha




lepas dia dah selesai hajat di bilik air..
aku masih nyuruk kat tangga hahaha
dia pi jenguk ruang tamu tu ngn lebih dekat..
amik2 gambar terus hahaha

teus dia berlari kat aku..
and saya dapat pelukan mesra... sama seperti apa yang aku mintak daam love note yang terakhir tuuuu.. walau dia tak baca.. tapi makna sapai!

so itu lah dia di sebalik tabir..

7th anniversary love hunt!!

I LOVE MY WIFE,  I LOVE MY FAMILY.

Tamat.

Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

6 Comments Uols:

masviona said...

Thanks my lovely hubby.....love u so strong!!!

terima kasih kerana menyintai V n menerima V seadanya.....mmmuaahhhh xoxo!

Siti Nurhayati Dollah said...

sweet sangattt.. happy belated anniversary for both of you :)

edrina said...

Terbaik!! Perancangan & pelaksanaan yg sgt teliti.

SyuQ said...

wah wah. sangat romantik. blh berkursus ngn abg nas lps ni. hehehe

hepi anniversary....

masviona said...

Siti Nurhayati,

thanks dear...:)

Syuq,

hehe...boleh je syuq nak berkursus tp kena mtk izin ngan anak dara tuh dulu dia kasi lepas tak walid dia tuh....ahaksss

[-suziey-] said...

every singgle word okeyh aku baca..
wei PS..boleh x ko ajo laki aku buat bende2 yg romantik gini..aiyaaaaa manyak jelesssssss..ekekekeke:D

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!