Header

Friday, December 23, 2011

Dokumentari Korea-Part 2: Geongbukgong, Seoul.

Cantik tak pemandangan nih???????

Amazingggggg rite???

wonderful right???
Cuba tengok yang ni plak :)

location: Geongbokgung Palace

Cantik kan...sgt cantik, actually super duperrrrrr cantik

Subhanallah Maha Hebat Tuhan pencipta sekalian alam semesta nih.

OK uols moh kita sambung doku Korea nih episode kedua kan episode satu ritu berenti sampai kata weols jalan kaki je dari hotel ke istana Geongbokgung kan.

Istana nih sangat besar n luas.....lenguh jugak lah kaki berjalan dalam nih. Hari yang weols terjah sini time tuh ramai jugak pegunjung lain berbijik2 bas parking kat luar tuh. 

Ada daripada tourist drp luar mcm weols n ada jugak local people. Time tuh ramai plak orang indonesia buat rombongan mcm ala2 company trip la jugak rasanya.




 

Memula weols jenjalan je sekitar istana nih if ada tempat yang cantik menarik n tertarik weols berenti lah snap2 picca semua kan.

Sampai kat satu tempat yang ada tasik mmg cantik sgt view dia jadi weols lepak lama sket kat situ, bergurau senda satu family sambil menikmati keindahan ciptaan tuhan n jugak meluangkan masa utk sightseeing and people watching nye aktiviti....syokkkkk!


anak dara yg mengedikssss


beramah mesra mendekati hati satu family...:)





Alamak so sorry saya ter excited nak story the mory pasal palace nih terlupa plak dah nak bitau fee untuk masauk sini segala bagaikan....hehehe

Ok nak masuk sini ada bayaran masuk gak tapi idak ler mahal sangat adalah dalam won 3000 untuk dewasa je kekanak ribena free.

Weols jenjalan je se slow tengok kawasan istana yang sangat luas dan cantik tuh sementara nak menunggu kol 3 nak tengok upacara kawad pertukaran pengawal istana.
Sebenarnya masa zaman dulu2 time nak tukar shift pengawal istana yang bertugas tuh akan ada lah upacara kawad nih so skrang nih show diadakan selang setiap jam bermula pagi sehingga lah last show pukul 3 petang nasib baiklah weols sempat melihat. (ok bab nih nanti kita cerita kat n3 lain eh...ok saya janji...heheh!!!!)

Kali nih kita tengok2 je gambar2 ni eh


Kayu yang diukir mcm nih bukan sesaje diukir tapi buat buat atas sebab2 terentu. Ini sebenarnya untuk semangat tanaman mereka supaya tanaman yang ditanam segar bugar dan menjadi mengikut kepercayaan tradisi org2 korea lah.....mcm ala2 semangat padi lah kot  

Saya tau nih pun sebab dok membaca kat situ lah tapi apa tulah kat sana tak banyak yang ditranslate ke bahasa inggeris cuma beberapa tempat yang betul2 terkenal n masyhur je yang ada english punya explanation.

segar bugar mcm nih lah yang depa nak
Barulah hasilnya lumayan untuk menampung keperluaan keluarga masing2. Semua golongan petani kat sana memang mengamalkan tradisi seperti nih lah masa dedulu kot.

Pastu jenjalan lagi terjumpa plak kawasan yang penuh ngan tempayan besar2 nih. mmg banyak sangat tapi idak plak saya tau apa tujuan tempayan nih n untuk kegunaan apa kerana xde plak papan information....hehe.


Time weols datang ni tak terserempak plak ngan rombongan ramai yang bawak tour guide. Kalau idak weols kadang2 tumpang dengar explanation drp tour guide je coz depa kan guna microfon...hehehe so leh la tumpang2 dengar sket2 tuh.


Avin pun xnak lepaskan peluang
Kalau benda tuh agak2 tak menarik dia xmoh pun turun drp stroller dia tuh....mem besar lah katakan....heheh. If satu2 benda tuh menarik barulah dia suka nak turun.







kehalusan seni bina yg boleh dibanggakan

Lihatlah plak kehalusan seni bina bangunan istana nih.

Sangat2 mengagumkan bukan????


Halusnya senibina nih sampaikan kita tak perasaan pun lukisan nih sebenarnya hanyalah lukisan biasa sahaja tp kita leh nampak mcm berlapis lapiskan....ilmu simetri yang sgt2 lah mengagumkan.

Tak tau lah berapa bulan n berapa ramai ahli seni yang digunakan untuk menyiapakn satu istana nih.....fuhhhhh saya xleh imagine mcm mana diorg buat bendalah nih dedulu. Saya nih dah ler buta seni...tangan tak berseni langsung kadangkan nak lukis rumah jadi reban ayam....hahaha


Dekat2 kol 3 pm weols berjalan lah mencari pintu mana tempat yang diorang adakan pertunjukan kawad pertukaran shift pengawal istana tuh.
Akibat daripada kawasannya besar amik masa jugak nak carik dari satu pintu ke pintu yang lain makanya masa weols sampai tuh pertunjukkan nih dah hampir separuh jalan dah but alhamdulillah weols sempat gak lah tengok kan.

 

Macam nih la rupa kawad tukar shift depa tuh.

Lepas dah tengok show nih weols gi ke kids muzium plak...hehe tp tu pun next episode lah kan panjang sgt dah ni pun nnti penat uols nak baca kan

See avin happy n excited nya dia :)




Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

2 Comments Uols:

the::bored::sha said...

nice pictures!! u pegi korea masa autumn ye?

masviona said...

the bored sha,

yup time autumn.....autumn in my heart :)

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!