Header

Thursday, March 15, 2012

Oki Setiana Dewi Mendeklamasikan Sajak Negeri Kelantan Seindah Namamu





Negeri Kelantan Seindah Namamu


Berbangga lah rakyat Kelantan kerana ada orang daripada luar yang menghargai dan memuji-muji kemakmuran yang dikecapi :) tapi awas berbangga bukan untuk menjadikan kita riak tetapi sekadar untuk kita rasa dihargai dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik. #Raiksifatmunafiktau!

Baru-baru nih saya dah nampak member2 kat fb dok share video pasal Oki Setiana Dewi nih berkunjung ke Kelantan pastu siap dapat jupe ngan Tn. Guru Nik Aziz  #mmgjeles sbb saya pun belom pernah jupe face to face ngan tok guru lagi :(. 

Atas urusan apa dia turun ke kelantan saya kurang periksa sbb malas nak bz body (lol) lagipun Oki Setiana Dewi nih pun saya kurang pasti siapa dia yang sebenarnya selain daripada tahu dia adalah pelakon untuk filem Ketika Cinta Bertasbih. Itu jelah yang saya tau pun yang lain2 memang tak tau apa.

Tapi bila dah nampak kawan2 dok share video dia kat fb tuh lepas tuh saya pun dah tengok video tuh membuatkan saya nak tau lebih sapa dia sebenarnya dan lepas dah google sana sini baru saya puas hati.

Rasanya artis yang macam dia nih adalah sedikit kewajaran bila ada orang2 diluar sana nak menjadikan idola. Dah lah manis (cantik lah tuh) pastu berilimiah pastu muslimah yang sejati plak tuh kan rasanya pada pandangan mata kasar kita nih dah boleh dikatakan sejati lah nih kan sbb kita menilai dari luarannya saja kan.

sweetnya Oki Setiana Dewi nih

Rasanya dah boleh kot anak2 muda kat luar sana nak tukar idola daripada dulu Tok T now tukar kepada si cantik manis Oki Setiana Dewi nih....oooooppsssss! (ampunnn statement melampau je nih, hak orang mana kita leh kacau kan suka hati korang lah kan nak jadikan sapa as idola kan....hiksss) Tapi rasanya lebih sesuai dia ni lagi jadi role model kot....huhuhu

Sebenarnya saya terharu bila dengar cara jawapan dia bila ada yang bertanya mengapa dia bertudung/ kerudung. Selain daripada memberitahu yang "memakai kerudung adalah satu perintah agama, untuk menjaga keselamatan wanita, justeru kita tiada alasan untuk muslimah mengingkarinya" dia juga mengatakan bahawa kerudung juga bukan pakaian Arab tapi pakaian Islam bagi muslimah.

Cuba compare ngan jawapan artis kita sket.... hehehe mesti ada yang cakap ikut arahan pengarah lah producer lah.... kehendak skrip lah kan tapi kehendak dan perintah Allah camne plak kan???? (oooopsss lagi sekali!!!! tapi ini jugak sebagai ingatan buat diri sendiri)

Tapi kita seharusnya dah leh bersyukur kot ngan perkembangan terbaru industri muzik/ seni tanahair kita nowdays coz mmg agak banyak lah perkembangan positif yang kita dengar. Artis2 wanita pun ramai dah yang berubah kejalan yang lebih baik dengan mengenakan tudung mcm artis2 baru sprti Irma Hasmi, Diana Amir, Catriona Ross, Farah Asyikin dan ramai lagi lah even pengacara2 tv pun dah ramai kan mcm Azizah Ariffin tuh semua syukurlah tu kan perkembangan +ve tuh kan.

Anyway kita sebenarnya bukan nak cerita pasal artis sgt lah tapi nak cerita pasal Oki Setiana Dewi nih jer yang telah memilih negeri Kelantan dengar2 khabar dia datang untuk melancarkan buku baru dia. Pastu sekali datang kat Kelantan terus jatuh cinta ngan negeri tuh ditambah2 plak rezeki dia baik dapat plak berjumpa ngan Tuan Guru Nik Aziz dan beliau sgt mengagumi pemimpin aka Menteri Besar Kelantan tuh.

Jom kita dengar puisi dia tadi masa saya dengar pun bergetar gak jiwa nih....:)



Ini gambaran Oki mengenai Kelantan.....rasanya cukup tepat

Tanah Serendah Sekebun Bunga
Negeri Tadahan Wahyu
Cik Siti Wan Kembang
Cukup indah namamu
Seindah negerimu

Ini gambaran Oki mengenai Tuan Guru Nik Aziz.....rasanya kena jugak nih 

Yang lembut… tapi tegas beribadat
Yang pengasih…namun tidak goyah
Pada percikkan kealpaan dunia





Author's note: Mari kita muhasabah diri untuk menjadi hamba dan insan yang lebih baik buat agama, buat suami, buat ibu ayah, untuk anak, untuk keluarga, majikan, rakan2 dan sahabat handai dan buat semua mahkluk ciptaan Allah...Insyaallah!




Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

1 Comments Uols:

al_hakim said...

tengok dah..untung rakyat kelantan..wuu

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!