Header

Wednesday, April 18, 2012

MV's Own Style Spaghetti Bolognese...guna sosej jerrr

Saya percaya setiap masakan yang dimasak dengan penuh keikhlasan serta kasih dan sayang walaupun tak cukup bahan2 mentahnya ke, tumisannya ke and even se simple mana sekali pun masakan tuh. Walau pun sekadar main campak2 je tapi tetap akan akan menjadi sedap, menyelerakan dan menggembirakan bukan saja untuk perut orang-orang yang bakal menjamah makanan tu tetapi jugak perasaan dan jiwanya kan.

Sapa setuju ngan saya leh angkat tangan angguk kepala #angguk je bukan saya nampak pun....hikssadu

Itulah yang terjadi ngan saya tengah malam semalam, tetiba je uols dalam kol 11pm++ tuh anak dara saya mengadu lapa dan nak makan bonda masak katanya. 

Sesiap yang friend ngan saya kat facebook maybe dah tau lah kan pasla nih coz saya ada up kan status pasal masak spaghetti nih malam tadi.

Sebab masak spaghetti kali nih special n berbeza sket so saya rasa terpanggil plak nak share kat sini. Sebelum tuh baca dulu n3 nih sampai habis eh baru uols leh tau apa yang special nya.



Ok sambung balik...

Saya dah garu kepala nak masak apa kat dia malam2 ginih kan. Dia punya tak tahan siap gi bukak sendiri kabinet dapur saya. Tetiba dia cakap nak makan maggi. 

Yelah uols dalam gobok dapur saya penuh ngan maggi je pelbagai perisa. Saje buat stock kot2 walidnya lapa malam2....hiksss. #nama Prebetsabu jugak saya petik....lol

Saya pun bertegas lah kat dia avin tak leh makan maggi selalu sangat nanti sakit perut. Saya memang tak galakkan sangat Avin Damia selalu sangat makan maggi walapun dia mmg hantu maggi sbb kecik sangat lagi uols xmoh la ajar makan maggi selalu sangat kan.

Saya betul2 bertegas lah tak moh kasi dia makan maggi so dia pun ternampak spaghetti terus beria soh saya masak spaghetti. Saya pun tanpa pikir panjang nampak sos pasta ada lagi terus lah berniat nak memasak sebab walid dia pun dah kasi hint lapa jugak.

Saya dah sesiapkan bahan2 untuk memulakan aksi bertomoi saya nak buat spaghetti tuh, air pun dah mendidih untuk rebus spaghetti tu baru saya perasaan stock minced beef kat dalam peti ais dah habis uols ingatkan ada lagi.

spaghetti dah  dimasak dah nih


Haahh...sudah!!! 

Saya dah start panic sbb antara bahan utama untuk buat kuah spaghetti tak de macam mana kan. Tanpa daging cincang apalah maknanya kuah spaghetti tuh nanti kan.

Saya tengok muka anak dara saya.....ermmmm kesiannya nak hampakan hati dia yang mmg dah teringin nak makan spaghetti air tangan bonda dia tuh kan.

Kesiannya!

Nak mintak tolong walid dia kuar gi kedai runcit beli minced beef tuh memalam mcm tuh kalaupun walid dia sudi nak tolong tapi mana ada kedai runcit yang bukak dah lewat malam kan even supermarket pun tutup kalau dah pukul 11malam tetambah bukan hari minggu kan.

Saya cuba selongkar apa lagi stock bahan mentah yang ada kat dalam peti ais tuh sekali ternampak stock sosej berintikan cheese n satu lagi stock sosej berintikan blackpaper. #fyi, ada yg panggil sosej ada yg panggil frankfurter

So kepala saya terus ligat terpikir dan kemudiannya bibir saya menguntumkan senyuman manis #manis ke...pujuk diri sendiri nih...hiksss

Saya dah dapat idea bernas!!!!!

Saya potong sosej tuk kekecik (sosej tuh mmg kekecik je pun...jenis yg pependek tuh) Sorilah lupa plak nak snap gambarnya kan. 

Maklumlah terdesak n unexpected punya plan masak2 kan.Lepas tuh saya terus blend....dah habis cerita. Jadilah semacam daging cincang uols. Rasa pun lebih kurang sama walaupun kick daging cincang sebenar masih jauh lagi sedap lah kan....dah kata original sure lagi best kan.

inilah rupanya sosej yang telah di blender oleh saya

So settle segala problemo n masalah dia bahan utama saya iaitu daging cincang dah dapat diadakan n diwujudkan walaupun hanya menggunakan sosej....boleh lah daripada xde langsung kan.

So cara memasak spaghetti masih sama mcm cara yang sebelum nih. Rasanya dah banyak kali dah kot saya share resepi masak spaghetti bolognese ala masviona nih kat mv.com nih kot. Kalau tak salah saya lah.

Cumanya bila uols guna sosej blend bagi mengantikan daging cincah nih, proses memasak menjadi agak singkat coz kalau daging sebenar kan kita memerlukan masa yang lama untuk memastikan daging tuh betul2 masak kan...kang kalau daging separuh masak nanti tak sedap plak kan.

Dan hasilnya...rasanya tetap sama....menjadi gak lah spaghetti guna sosej nih rasa tuh idok ler lari sangat dengan guna daging cincang. 

Pastu bila melihat anak2 dan suami makan bertambah2 kan alahaiiii sebenarnya itu semua sudah cukup menggembirakan hati seorang isteri dan ibu kan uols?????


Alhamdulillah syukur Ya Allah dengan rezeki kami selama nih...:) 



Serius lah avin makan bertambah2....lebih 3 kali dia bertambah. Walid dia tak yah cakap lah kan. 

Pastu yang lagi bestnya pagi nih weols breakfast ngan spaghetti uols....so jimat duit tak yah kuar untuk makan pagi weols anak beranak.

Siap avin request nak bawak bekal lagi.....fuhhhh bangga sungguh lah saya coz resepi terdesak dan ciptaan sendiri nih menjadi jugak


Ini bekal untuk avin pagi tadi....:)


Oh lupa nak kasi tau, hari nih dia ada trip lagi anjuran Genius Aulad yg bertajuk (bertajuk tuh....hehe) Me & My Musollah Trip....hope dia dpt belajar banyak benda kat sana.

Itu yang tak saba nak tunggu petang nanti nih nak dengar coleteh dia nih...hikss



Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

4 Comments Uols:

Unknown said...

hurm,
kiranya blh jugaklah pakai sosej kan,
nanti nak try jugaklah:)
hihihii

Masviona said...

CW,
trylah wanie....sedap gak....hehe
nnti share kat blog tau kalau dah buat tuh...:) kita tgk plak dari dapur chef wanie...hikss

Sidratul Muntaha said...

betul kak
yg penting ikhlas..
ala..
ayu pun guna la ape bhn yg ade
esp sosej tu
blender je sesiap dgn tomato
selalunay pes tomamto mesti takde kat rumah
tomato mmg byk
blend jelah tomato tu dgn sikit air lepas tu renehkan kejap sesambilmenumis bhn tumis lain2 tu kat dapur sebelah tu..
bila kaler dah tuakr
barulah masukan renehan tomato
so,kuah takdlah msm sgt

*asal cemas je mesti kita improvised dgn sebaik2nya sebagai mak.time tulah budak2 ni ckp:
IBU CHAMPION LA!!
ahahha

Masviona said...

Ayu,
Kan ayu yg pentingnya ikhlas mskan simple pun jd sedap....:)

Betul tu bangga je bila ank2 ckp mak dia camtu kan

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!