Header

Monday, April 16, 2012

My Nestle Incredible Story- MV's Version MV's Favvy!

Usually every night saya akan tidur selepas tidurkan Avin Damia, mmg nak tidurkan anak dara tuh agak sulit jugak kerana dia selalunya suka stay up  memalam. Sampaikan kadang2 tuh kena paksa lah jugak.

Now Avin Damia dah terlelap, Prebetsabu plak outstation ke Sarawak, so tinggallah saya sorang yang masih terkebil-kebil lagi. Mata nih masih segar bugar walaupun dah lewat malam.

So dah alang-alang boring tak leh nak tidur tuh saya saje lah dok menggodek hard disk lama dok tengok gambar2 dedulu. Terus kotak minda nih mengamit memories lama uols. Semua orang mesti ada kenangan masa kecik kan...:)

Teringat masa kekecik dulu kan. Saya nih dibesarkan dalam keluarga yang moderate n serba sederhana jauh plak dipinggir kota. Dah tuh dah biasa dibesarkan dalam keluarga besar, adik beradik saya je dah 10 orang. Campur Mak Ayah dah cukup satu team bola sepak uols.

Dah terbiasa makan tak leh haloba, sentiasa kena ingat orang belakang (adik beradik yg lain). Kalau masak nasik goreng ke kena sesiap bahagikan dalam pingan setiap orang sbb nanti takut tak cukup semua orang nak merasa.

Tapi apa yang bestnya, disebabkan takut semua ahli keluarga tak sempat nak merasa, jadi mak n ayah selalu mengajar kami untuk memastikan time makan kami dapat makan bersama-sama bersama keluarga besar kami. Bukankah ada hikmah n nikmatnya disitu, daripada situ weols diajar untuk beradab ketika makan harus menunggu semua ahli keluarga dan tak boleh makan sebelum ayah ataupun mak makan. Disamping dapat memupuk nilai2 respek n hormat kepada yang lebih tua ia juga dapat mengeratkan silaturrahim n sikap kekeluargaan kami.

Lagi satu, nikmat makan kami juga jadi makin bermakna dan bererti sebab dimakan beramai-ramai sudah tentu lain feel nya kan. Soal makanan itu murah atau mahal tidak pernah menjadi isu, bahkan makanan yang tak sedap pun boleh menjadi sedap.

Walaupun begitu, mak dan ayah sentiasa mahu memberikan yang terbaik buat kami adik beradik. Yelah kan ibubapa mana yang tak sayang anak-anak mereka dan pastikan mereka akan berusaha memberikan sesuatu yang paling baik dan berkhasiat untuk keluarga mereka.

Sejak kecil, saya sekeluarga sudah terlalu biasa disajikan oleh mak dengan produk daripada jenama Nestle. Memang sudah menjadi jenama favourite kami sekelaurga. Nestle dengan kami seakan-akan sudah terlalu sinonim kerana daripada kecil lagi kami sudah dibesarkan dengan kehebatan  dan khasiat daripada rangkaian produk-produk daripada Nestle nih.

Maggi dimasak bersama-sama dengan telur, daging mahupun ayam serta sayur-sayur seperti sawi, kubis ataupun apa2 sayur pastu dimakan beramai-ramai sudah cukup mengenyangkan kami satu family.

maggi pelbagai rasa...kari utk saya, asam laksa buat prebetsabu n avin share pepe yg weols makan...hikss
Saya rasa Maggi nih punya efek yang sangat besar dalam kehidupan kita kan. Maggi drp Nestle nih menjadi kegemaran oleh segenap golongan orang tak kira miskin atau kaya, budak-budak mahupun orang dewasa, golongan professional mahupun student. Ingat masa kat U dulu maggi mmg menjadi kegemaran kita kan tapi bila dah bekerja dan ada pendapatan sendiri even selalu makan makanan sedap dihotel-hotel mewah kita tetap juga mencari Maggi kan???

Maggi pada saya sudah menjadi makanan evergreen masyarakat Malaysia dan sangat besar peranan n efeknya kepada rakyat negara kita kan??? Betul tak???

Air pula pasti tak lain dan tak bukan nescafe o panas kegemaran kami satu family ataupun milo panas, atau kadang-kadang bila dapat rezeki lebih pasti kami dapat menghirup air nescafe susu...perrggghhhh sudah cukup bersyukur kami adik beradik pada masa tuh. Syurga betul rasanya.


nescafe...avin request soh letak care bares dia nih skali

Tapi milo nih agak jarang kami yang dah besar nih dapat merasa kerana selalunya milo mak akan berikan keutamaa untuk adik-adik yang masih kecil kerana mereka lebih memerlukan nutrisi untuk perkembangan tumbesaran mereka.




Jadi saya masih lagi teringat, peristiwa lucu yang saya pernah buat. Bila mak or kakak-kakak tak de kat rumah saya ataupun mereka leka dengan kerja2 rumah saya akan senyap2 dan sembunyi akan menyelinap ke dapur dan mencari tin milo yang mak dah sorokkan dan mula meratah milo mentah-mentah......LOL sungguh indah kenangan sewaktu kecil dulu bersama-sama Nestle :)

Itu kisah lebih daripada 20 tahun yang lepas.

Namun sampai sekarang legasi product daripada Nestle nih tak pernah putus dalam rutin kehidupan harian saya.

see byk2 tid bits yg ada avin tetap memilih product Nestle...dia nih choosy sket bab makan2 nih
Anak dara saya adalah peminat Koko Krunch n Honey Stars tegar. Kadang-kadang dia akan mintak saya bekalkan dia cereal nih untuk dia bawa ke sekolah. Sangat convenience pada saya kerana sekarang nih Nestle telah mengeluarkan pack kecil2 untuk cereal nih.

koko krunch je tinggal Honey Stars dah habis stock kat rumah
Untuk saya pula, saya amat-amatlah mengemari Minuman Yogurt Rendah Lemak daripada Nestle iaitu Bliss....mmg saya adalah Bliss Lover no 1 uols. Tiap kali ke supermarket untuk membeli stock barang dapur secara bulanan sudah tentu botol2 Bliss akan memenuhi troli kami. Yang botol kecik dan yang besar semuanya saya sebat.

bliss strawberry, tropical mixed fruit, delima, berries n etc...semuanya best!!!!

Pada saya Bliss adalah minuman terbaik untuk proses digestion saya. Sudahlah rasanya sedap malah healthy pulak tuh....memang terbaeeeekkkk lah uols!

Nesvita 3in1 Honey my favvy!

Selain daripada tuh, saya juga suka dengan instant bijirin penuh Nestle iaitu Nesvita 3 in 1. Ada banyak perisa juga tapi pilihan saya sudah tentu honey.Stock instant Nesvita nih bukan hanya ada kat rumah malah juga dalam laci di office saya. Pada saya sangat senang, practical n menyihatkan jugak Nesvita nih.

Kalau mahu diceritakan satu persatu rasanya mengenai kepentingan product brand Nestle dalam hidup keluarga saya rasanya banyak lagi uols tapi untuk kali nih saya just share memana yang sempat jer n memana yang masih ada stock kat rumah nih ye tapi rasanya tanpa Nestle mmg agak haru biru hidup weols satu keluarga. Bagaimana pula dengan uols?????

Sebenarnya saya up kan n3 nih bersempena dengan sambutan ulang tahun Nestle yang ke 100 tahun, Nestle telah menganjurkan satu program untuk blogger yg register under Nuffnang. Pejam celik pejam celik ghopernya sudah 100 tahun Nestle bersama-sama kita uols??? 

Uols kalau nak join jugak senang jer, uols hanya perlu untuk menghantar satu cerita uols tentang Nestle yang bertajuk "My Nestle Incredible Story". Bagi 100 blogger yang bertuah, korang berpeluang untuk menang sebahagian drp hadiah yang bernilai RM100 000 daripada Nestle.

Jadi inilah My Nestle Incredible Story??? 

Uols pula??? Jom lah join contest nih mana tau rezeki uols kan...:). Rezeki tuh ada dimana-mana uols!!!!



Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!