Header

Tuesday, July 03, 2012

Dokumentari Sydney - Part 2: Darling Harbour, Harbour Bridge and Opera House

See? kan aku dah bagitau, semangat berkobar2 ni update pasal doku sydney ni wakakakka
tapi tatau la sampai bile semangat ni ada haaaaaaaaaaaa.. harap sampai ending doku ni lah kekekeke

Lepas dah settle urusan di Malaysia Hall Sydney, letak beg kat bilik, then weols lepak sat kat malaysia hall tu utk bersarapan pagi...

Menu? bekalan yang dibawa dari Malaysia lah of course.. hehehe roti sapu ngn coklat nutella...
lapa punya pasal, habis sebuku roti weols kerjakan.. ok la tipu.. bukan weols.. aku sorang je yg kerjakan 90% roti tu.. wakkakaka..

dalam area jam 11am+ gak baru weols menyambung perjalanan..Segala info yang weols dah cedok from En. Nas tadi, sudah sampai masanya untuk weols praktikkan.

Nas jugak ada ajar kita macam mana nak guna apps Tripview untuk tengok laluan public transport.. waahh.. best lah nas ni! Orang-orang yang nama Nas ni mmg best kan? hahaha puji diri sendiri jugak. #nasib baik lah before datang weols dah sesiap install semua application yg berkaitan ngan Sydney nih mcm SYD Sydney City Guide n TripView tuh sendiri lah


So kalau uols nak backpack jugak kat sydney, install lah apps Tripview utk Android n iPhone! Semua jadual and route bas ada kat situ... kalau kompius nak guna, korang cari je En. Nas kita ni ekekekkekek Lucky kita dah register simcard sana utk unlimited data.. Tripview ni perlu download data especially utk map.. senang je pun guna dia.. nanti kalau kita tak sure mana nak stop and tekan bell bas tu, buka je map dia, dia ada tanda semua stops yg bas tu lalu and di mana kita sekarang ;)

and off we go! Dengan yakin je.. gi seberang jalan untuk tunggu bas seperti yg telah diberitahu..
Sampai kat bus stop, ada sorang adik ni dia senyum... kita pun senyum.. then gitu je lah.. weols pun sembang2 la laki bini.. cakap melayu.. dok sembang2 nak pegi Darling harbour ni.. recap balik apa yg nas bgtau tadi.. bas mana, benti mana....

Then adik ni terdengar kot kitorang sembang...

Terus dia pun tegur.. cakap melayu... kekekekekke rupanya orang malaysia jugak.. student sana..
Alia nama dia.. sangat sweet, sangat sopan dan sangat best jugak adik ni...
And kebetulan dia pun nak naik bas yg sama... so ok lah tu.. leh dia tolong guide weols yang masih terbangak-bangak ni... ;)

Dan berbondong-bondonglah weols naik bas nombor 372, menghala ke Railway Square... tempat ni dekat ngn Central Station.. pusat segala mak nenek keretapi.




Pengalaman pertama naik bas kat Syney, bas 372 menuju ke Railway Square.. rupanya Railway Sq tu last stop dia... ekekke.. kalau tau, takde la weols asyik2 pandang kat Alia setiap kali bas stop.. "kat sini ke nak turun.. kat sini ke?" dalam hati.. wakakkakakakakka

Btw, weols naik bas ni semua free.. sebab dah beli Multi3.. kalau tak, tak silap, one way journey is around Aud3.50.

Senangnya duduk MyHall Sydney ni sebab banyaakkk bas menuju ke city centre, and semuanya last stop.. so takyah isau... naik je sampai hentian terakhir.. kalau tak tau itu hentian terakhir, nanti drebar tu jerit
"Hey mate! We are at the last stop now"
 hahaha masa tu ko sorang je la yg ada dalam bas tu yg lain sume dah turun!

Alia, student final di UniSyd.. sorry dik, weols tatau la kalau u tak kisah weols publish gamba u kat sini.. tapi u mmg best! thanks again!

Sampai je kat Central, Alia brief weols jalan mana nak ikut utk sampai ke Darling Harbour... dengan senyuman kat muka dia all the way masa dia explain.. sangat menyejukkan mata.. then salam2 say thanks.. and we r on our own!

Menara jam kat belakang tu, bangunan Central Station.. umur dah lebih 100tahun.. few years back depa dah restore and bersihkan batu2 dinding tu from kulat2.
 

ok, Darling Harbour menghala ke sana!
Sana mana? Situ lah.


Dan untuk memudahkan lagi, weols kat sana juga guna apps Sydney City Guide Tripod Advisor.. korang search la kat marketplace droid korang tu, and install.. yang ni, tak perlu ada connection data, dia store semua info dalam phone.. best gak apps ni.. ada tips2 places of interest, restoran, iterinery... and dia jugak leh pin point gps utk bagitau kita arah utk ke sesuatu lokasi ;)



Apabila mood menyakat CEO kita ni mai, burung pun dia nak pi sakat...
Elok2 burung tu lepak2 makan kat situ, dia pi kacau...

Suka benar dia tengok burung2 bertempiaran terbang.. kang kalau ada sekor dua yg terkincit.. baru tau!
wakakakakka sebut pasal burung terkincit, ada peristiwa gak tu kat Sydney Fish Market! Itu episod akan datang!

Jalan berkepak.. ceh konon Arnold Susahnakeja dalam Terminator le tu.... alamak terkutuk diri sendiri.



Syiok jugak jalan-jalan ni....
Kalau ikut distance yg apps City Guide tu bagitau, kitorang berjalan kaki sejauh 680meter untuk sampai ke Darling Harbour..

Along the way tu lalu George Street... jalan ni jalan besar, paaannnjjjaaannnggg gilleee... kiri kanan jalan ni berlambak kedai2... so takde la boring jalan2 sambil2 cuci mata...................................................... *wink wink.



And finally, sampai sudah ke Darling Harbour......... yeay......



Antara tarikan tambahan kat Darling harbour ni..... Ada Sydney Aquarium, Sydney Wildlife Zoo and paling latest, baru buka May 2012 aritu, Sydney Madame Tussaud's.

Mahal gak entrance fee tempat2 ni... kalau convert Ringgit lah.. kekeke..
tapi semua tu ada pakej2 dia.. kalau amik 2-3 venue ni, ada la special discount.. beli online lagi jimat...

Nak tau lebih lanjut pasal struktur and harga tiket? Boleh.. senang je nak explain.. pi SINI.. ekkekekeke  rumusannya, kalau uols opt in utk combo 3 venue, kene bayar dalam Aud60+- seorang ;)



Sini memang tempat lepak2 wisata eh terspeaking indon plak... tourist.. baik foreigner ataupun local depa...
dedulu masa zaman Captain Cook, dia telah berlabuh ke Darling Harbour... and masa rombongan banduan British yang dibuang negeri and dicampak ke Australia ni pun dulu, kawasan ni merupakan penempatan terawal depa.. then depa pindah ke Parramata untuk bercucuk tanam sebab sana lebih sesuai.

Haaa tu dia weols bercerita pasal sejarah Australia.. wakakkaka
Btw, Australia ni dulu dikenali sebagai "Tanah di Selatan".. nak tau lebih lanjut pasal nama dia tu? Google je lah! hahaha tak pasal2 kita bukak kelas sejarah aussie plak.




Nampak tulisan merah kat bangunan tu?
Haaaa.. situlah tempat utama weols nak pergi kat sini... kekekek Hard Rock Cafe Sydney!!!
Dah kata pengumpul tshirt HRC tegar!

Weols ada kat hujung sini, HRC tu ada kat ujung belah sana........... hmmm.. bagus gak.. so leh jalan slow slow sambil tengok persektiaran Darling Harbour ni ;)















Sepanjang perjalanan nak ke HRC, ada street shows..
very entertaining!

kat area sini, banyak kedai2 minum, pub2, bistro and cafe.. maybe malam sini lagi meriah kot?

Seperkara yang buat weols terkilan, ialah majority kedai-kedai kat aussie ni tutup awal!!!!!!!
Kol 5pm dah tutup dah... ituhari kat Gold Coast pun gitu.. arrgghhh tertekan weols..
So kene plan bebetul schedule.. lepas kol 5pm, kalau niat nak shopping or tengok2 kedai, lupakan je lah...........................

Pada yang berminat nak tengok movie big screen digital, kat Darling Harbour ni pun ada Sydney IMAX! haa... hadap la screen besar tu puas2! Tiket movie berharga +-Aud30 seorang.



Fountain ni very nice....
errrr.. nak kata fountain, takde plak air pancutnye.. air dia just mengalir in spiral.. and in between tu, kita leh jalan sampai ke tengah2 spiral tu.. eh comel plak wife saya ni..... tetiba.


Sampailah akhirnya ke bangunan tadi........
jalan-jalan santai, sambil tengok street performance, amik2 gambar, ada la jugak setengah jam baru sampai ke sini......
kalau jalan laju2 straight ke HRC dari tempat tadi, rasanya baru 10min je pun or maybe less.



Dan kebetulan ari yg weols pegi tu ialah ari Sabtu!!!
Setiap Saturdays, jam 830pm, akan ada show bunga api kat Darling harbour ni.. hip hip hoorayyyyyyyyyyyyyy

Dah menjengah ke HRC, tengok-tengok collection baju dalam tu... kecewa sikit...
sebab takde collection baju yg cantik2...
kalau ada pun, size takde stok.. depa ada XXL je hadoihh........

Perjalanan diteruskan.. HRC ni sebenarnya terletak dalam kompleks mall Harbourside..
Jalan-jalan dalam tu, dengan tujuan nak cari makanan halal..
ekekke.. perut dah mula lapa plak nak cari lunch..
cuaca sejuk gamaknya, perut cepat lapa... alasan!


Jumpa jugak dalam tu, area foodcourt dia ada kedai jual Kebab halal... ok la tuh.. belasah.......



Kitorang order mixed kebab.. ayam dia ok, daging dia ada bau hanyir sikit macam kurang masak... potong stim plak!! and size dia tak sebesar mcm yg weols pernah try kat GC n Brisbane dolu...

Rabak Aud12.50 ekekke.. heepp bab makan jangan berkira and jangan banyak sangat songeh la... bersyukur atas nikmat kurniaan huhuhuuhuhuhu



Aku suka betul kalau tengok view bangunan2 and ada air kat belah bawah.. entah kenapa.. ?
tu yg nampak macam KL Tower versi pendek tu, itulah Sydney Tower...

Apa yang menarik dalam tower tu? ada Skywalk... korang leh tengok bandaraya Sydney ni from open space kat tingkat atas tower tu.. bird eye's view...



Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut berjalanlah lagi.
Stop makan tadi pun tak lama, lepas tu terus sambung jalan-jalan lagi.



Sebelah dengan kompleks Harbourside ni, ialah Australian National Maritime Museum...
banyak jugak dia display kat situ kapal-kapal dia...


kapal perang and submarine... kecik comel je sub dia ;)





Lepas dah menerjah ke muzium maritim, kita sambung lagi jalan!
Mujur la cuaca sejuk, so takde lah aku mengeluh peluh ke apa ke.
ekekkekek




Jalan punya jalan punya jalan, lepak sat kat park dia ni sambil tengok view yard kapal...


Bila saya tengok mimik muka viona kita dalam gamba ni, saya dapat hidu dah dia ni ada la ni idea nakal dia...

lepas je snap gamba ni, teus dia bgtau "B, V nak B snap gamba V lompat2 tau"

ekkeke... boleh sajaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Moh kita tengok Viona lompat2...


Cubaan pertama.........
eyaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhh

alamak.. lompat dah tinggi.. tapi cameraman cabuk ni salah setting kamera..... hari dah beransur gelap, so setting kene ubah.......

ok ok lagi sekali.........

Ready!!!!


1....... 2............3......... jump!

Titik permulaan lompatan di Sydney...................... and.. will she reach her peak point?


terpelet... burst mode tak sempat capture peak point jump dia kekekeke

takpe takpe cuba lagi!!!

Ready............ 1.......2........3................jump Viona jump!!


Getting ready to jump!..................... and............



tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
Happynnnnnnye dia!

Jom compare gamba masa dia jump kat Gold Coast!


ehehehheheh masa di GC, versi Jump Cakar Rimau....
Di Sydney, versi kuda terpeletok kaki.


wakaakakakkakakakakkakakakka

sedapnya aku mengenekan bini sendiri...
ok lah to be fair, nah gambar aku jump kat GC dolu dolu...


Ok............... Buruk...
K Bye................









kuikuikui
then Viona ternampak plak bangunan ni.. The Star...
Hmmm.. bukan suratkhaba macam kat Malaysia.. kasino nih...






tapi dia insist gak nak ambik gambar kat luar ni... ekekekke
ok lah apada hal.. comel2 gak huruf dia ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee




hahaaahahahhaha..
masa ni tak silap around jam 430pm gitu..
winter, sini gelap awal... kol 5pm dah gelap gelita.................

Muka Viona pun dah letih.. tak cukup tido la tuh..
jalan pun dah selang seli menguap...
aku? aku kuat je lagi.. wakkaka.. sebab sini sejuk tak terasa pun jalan jauhnye.. wkkkkekekekek


Then masa weols tengah sibuk2 bergambar atas bridge ni, mai sorang Chinese ni.. tak sure la dia ni migrate aussie orr mmg Aussie-born Chinese.. dia offer weols utk tolong amikkan gamba.. cayalah!

Tapi viona punyelah kepenatan, sampai dalam gmba pun dia tido dalam senyuman wakakkaa.. kene lagi dia!!!



Menjelang gelap, view kat Darling Harbour ni lebih cantik...
lebih meriah..
We like!!




Perjalanan weols teruskan, menghala ke bangunan terletaknya Aquarium, Wildlife and Madame Tussauds.
Dan tempat2 ini juga tutup agak awal ye tuan puan!!!





Tapi rasanya, weols takmo rekemen uols utk masuk ke Wildlife ni... ada pilihan lain yg lebih berbaloi baloi bak kata En. Nas.. kalau korang rajin leh gi ke Featherdale Wildlife.. jauh la sikit dekat area Blacktown sana.. kene naik train n bas utk sampai, tapi berbaloi-bali.. kisah tu ada gak nanti details episod akan datang la apa lagi.......................


Then malam menjelma.. padahal baru jam 5pm++
So weols pun decided utk lepak2 naik ferry nak tgk pemandangan malam Opera House and Harbour Bridge!!

Free je pun naik ferry ni sebab kad Multi3 tu.. kan dah bilang, berbaloi amik...


Tunggu feri kat Wharf 3 King Street.. bebetul sebelah area Wildlife.......
takyah tunggu lama pun... feri ada setiap 20mins.... amik yang ke Circular Quay (sampai kat sana baru weols tau nak pronounce.. bunyi dia circular key instead of kuey) kuikukui..

sampai sudah feri.............




Naik je feri, weols terus menuju ke ruang belakang.
Ruang open deck...
kekonon over excited la sebab nak tengok view bridge and opera tu...


Sekali...... bila feri ni dah jalan. tuu dia mai angin tiup sepoi sepoi bahasa....
so makin kesejukan lah plak weols..
tapi digagahkan juga sebab nak tengok view tak terhalang oleh bumbung punya pasal.. wakkaka
Dah la weols tak prepare kuarkan baju tebal dari dalam luggage tadi sebab main park je beg kat bilik tu then terus kuar... hahahaha pengajaran di situ.


Dalam pada kesejukan tu pun, still.. kita enjoy the view..
the cityscape sangat indah.. lampu-lampu segala macam.....


Kuar je dari Wharf king street, kita dah leh nampak dah sayup2 Harbour Bridge
Cantik!!!!!!
Feri akan ada 3 stop sebelum kita reach and lalu bawah bridge ni..

Nak view cantik?
Naik feri menghala ke Circular Quay, korang pilih tempat duduk belah kanan feri... percayalaaaahhhh.


Seberang dari Circular Quay, korang akan nampak Luna Park..
feri ni akan stop kat sini jugak..

Luna Park ni iconic sebab dia theme park teknologi zaman dulu2..
kalau bawak bebudak kecik, hepi la kot naik rollercoaster lama, marry go round lama... antik!



Dan setelah 20min punya sail ngn feri, sampailah sudah ke Circular Quay...
1st time sampai sini, wajiplah memulakan acara terbangak-bangak-mulut-melopong-amik-gambar-sana-sini

ngeeeeeeeeeee


Dan ni lah dia Opera House Sydney... Bridge ngn Opera ni terletak amat dekat antara satu sama lain.. kira macam sebelah menyebelah je la.... ;)

tu gamba pose viona sambil tahan sejuk..
Sepanjang weols kat Sydney, tatau napa, tapi masa kat Circular Quay, each time ada sana, sure kita akan rasa area situ lebih sejuk.. maybe sebab situ banyak angin tiup kot....




On your right hand side.... Opera house...
Left, Harbour Bridge aka The Coathanger...
Cun kan?





Lepas dah lepak2 Circular Quay, akhirnya weols mengalah..
mengalah pada kesejukan..
mengalah pada kepenatan badan...

Team masviona.com surrender...

So terus weols cari signboard menghala ke bus stop...
dah sampai, cek jadual utk bas perjalanan 373, 374, 377.. eh banyak la bas menuju ke Randwick...
tak sampai 10min pun tunggu dah ada bas muncul.

Terus naik and bagitau driver tu utk drop us at Randwick Racecourse... sebab Malaysia Hall tu terletak bebetul depan tempat lumba kuda Randwick tu je pun...

Happy yet Tired Us!

Sampai je MyHall, terus masuk bilik...
nak tengok rupa paras bilik?


Simple and just nice... tapi katil tu sekejap tu je la bertahan... lepas tu weols pi rapatkan katil tu.. wakaka
ada plak tengah2 musim sejuk laki bini nak tidur jauh2 ekekekkeke bluekkk

Berapa harga penginapan sini? We can assure u murah banding hotel2 kat luar, even dorm backpackers...
hanya Aud12 seorang utk satu malam! Pergh berbaloi...

Camna nak apply utk duduk sini? leh pi sini utk cek...

Try la apply.. tapi priority depa bagi utk students.. if ada kosong, baru depa cater utk visitors macam kita.. but jgn la kiasu sangat.. ni bukan hotel.. takde la nak dapat service macam hotel.. just basic amenities utk tido rest and mandi bersihkan diri.. good enough for us! Kata budget Traveller ;)

Alat mandian mcm sabun etc etc kene bawak sendiri.. towel pun.. tapi depa ada bagi sewa towel.. Aud5 sahaja ;) takleh masak, but ada ruang utk lepak2 makan2 kat cafe.. tak silap depa provide breakfast and dinner with minimal fees... tak sure berapa sebab kitorang makan bekal ajee... ekkekekeke

Lagipun, malam2 leh la korek2 info ngn students2 sini.. mana tempat yg best nak pegi, camna nak pegi etc etc.... ;)



Wokeeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy..

Tamat sudah Day 1 weols!! At last, Team Masvionacom dah sampai menerjah Sydney, our style... Team masviona.com's Style!!

Next day.... kita pi mana? pi sini...........



Kisah tu semuanya dalam Part 3.. to be continued!!!!



Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

3 Comments Uols:

Masviona Nas said...

sebenarnya time kat The Star tuh mmg dah tau kat situ kasino n mmg xde apa yg menarik sgt pun hahaha tp sbb dato ct nurhaliza kita beria amik gambar kat situ kan so saya pun menggediks gak ler nak amik gambar tempat yg sama.....lol

Gina said...

Mas
Menengokkan gambar kat Darling Harbour nie membuatkan mcm nak pergi Sydney balik la. Dulu masa first time pergi Darling Harbour tak semeriah itu, HRC masih dalam pembinaan, hmm, kena pi lagilah nie, lagi-lagi bila tahu ada COACH Factory..huhuhuhu

Masviona Nas said...

Gina,
mmg kena gi balik lah nampak gayanya kan....hehe

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!