Header

Monday, May 23, 2016

Konsep Berkongsi Rezeki

Adat berniaga ada naik dan turunnya dan nak jadi peniaga ini kenalah kuat jiwa dan raganya, tabah dan tetap pendirian. Kena bertabah sentiasa dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang mendatang.

Dalam berniaga kita perlu terapkan konsep berkongsi rezeki nih uols.

Apakah itu berkongsi rezeki????

Contoh mudahnya lah kan.

Situasi 1: Kawan Buat Bisnes
Kita nih pelan nak celebrate majlis apa-apa lah then kita memang mampu nak beli cake mahal-mahal kat kedai yang best-best tapi kita kenangkan kawan kita baru nak start berniaga cake dan biskut secara kecil-kecilan dari rumah. Jadi kita pun saja lah nak gi tempah cake dengan kawan kita tuh.

Jadi inilah dia konsep berkongsi rezeki tadi. Silalah tempah cake dan order dengan kawan kita tadi tuh. Selain daripada kita dapat membantu bisnes kawan kita tadi tu dengan membayar servis nya membuatkan cake untuk kita kita jugak dapat nilai tambah lainnya iaitu mengeratkan silaturrahim.

TAPI.....NO No NO No ok!!!

Jangan pula jadi sebaliknya, kita ambil pula kesempatan keatasnya sebab dia kawan kita maka kita pun mintak slash harga kaw-kaw punya sebab kononnya dia tu kawan kita.

Please lah uols jangan buat perangai macam ni. Sian lah kawan kita tuh kalau kita betul niat nak membantu maka kita bayar lebih pun tak mengapa kan.....berlebih kurang lah kata dia tu kawan kita kan. Sudah tentu kawan kita tuh pun masa nak kasi harga pun sure dah potong harga jugak sebab fikirkan kita nih kawan dia kan. Betul tak?

Jangan pula buat sebaliknya sudah tau kawan-kawan lagi kita nak mark up harga tinggi-tingi. Korang tak macam tu kan????? Jangan buat macam tu tak baik.


Situasi 2: Kita Bisnes Owner

Example yang kedua nih pula kita twist sket. Kita yang jadi usahawan dan bisnes owner yang berjaya kemudian ada pula kawan kita nak menggunakan servis kita contohnya nak print sampul raya lah. (kan dah na raya nih kan hehehe) nampak nau nau tak sabar nak raya kau ni masviona oooiiii.....hiksss. Puasa dah habis ganti ke nih????

Kawan kita pula dah bagi tau awal-awal lah yang dia baru start nak cuba-cuba try buat bisnes jadi modal pun kecik je marketing plak kena lah habis-habisan sebab baru nak mula so brand tak terkenal lah lagi.

Yang kita nih plak eksyen mak limah lah konon-kononnya kita nih dah jadi bisnes owner yang dah berjaya tahap jutawan segala sales dok bincang cecah juta-juta je hari hari kan so tak nak layan dah order sikit-sikit cikai-cikai nih.

Terus respond kat kawan tuh kata
"sorry lah beb!!! company aku tak ambil order kecik-kecik nih aku kalau buat printing sampul raya kena minimum order 100,000pcs baru aku ambil beb....mass production gitu. sorry lah dah lama aku set kan min order tuh"

tak cukup gitu tambah lagi ayat pedas tahap cili giling kan

"kau kalau nak order sikit-sikit kan kau cuba gi try tanya kedai printing apek tua kat depan tu"

Itu contoh eh

sian kawan kita tuh dah la baru start nak meniaga modal kecik kita pula kasi ayat deeeeep tajam menikam tahap tembus sumsum tulang kan. nak mengalir airmata pun tahan lah umur dah lanjut malu kat anak-anak pula kalau nak nangis depan member kan....huhuhu

NO NO NO.....Please jangan buat gini ye.

Jangan kita lupa walau berjaya mana pun kita sekarang nih, ingatlah dulu pun kita bermula dengan sekecil-kecilnya juga. Sekecil-kecil modal dan sekecil-kecil ilmu tapi berkat usaha dan kerja keras kita dan rahmat dan barakah Allah swt kita menjadi berjaya dengan sebesar-besar dan segah-gahnya bisnes yang kita ada. Tapi hidup inikan ibaratnya roda kan?

Apa salahnya kita anggap je mungkin kawan kita tuh boleh je order kat company printing yang lain tapi sebab memikirkan kita nih kawan dia so dia sket-sket pun nak order ngan kita sebab maybe juga niat kawan kita tuh kongsi rezeki tak kisah kecik ke besar kan. Manalah kita tau kan.

Jadi sama-sama lah kita berfikiran lebih positif ye uols dan jangan takut untuk berkongsi rezeki sesama kita insyaallah jika niat kita betul Allah akan sentiasa bersama kita.

Tak kan jatuh miskin pun jika kita berkongsi rezeki nih mana tau atas sikap kita yang berlapang dada dengan konsep berkongsi rezeki nih ada diantara member-member kita yang sangat-sangat merasa terhutang budi dengan kita dan disaat kiita susah nanti dia pula yang sudi membantu kita dan sebaliknya lah pula.

Ye tak?????


Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!