Header

Monday, May 23, 2016

Scammer Alert!



Baru saya cerita pasal bersedekah, dapat pm yang macamni.

Saya dari dulu memang berprinsip kuat, takkan "bersedekah" pada penipu. 
Saya jenis yang takkan bantu menyuburkan penipuan dan scam yg berselindung di sebalik elemen simpati semata-mata. 

Saya sampai sekarang amat selective dlm memberi derma kpd warga asing, rumah "tahfiz" yg memperguna pelajanya siang malam heret tabung derma and orang cacat penglihatan yg dibantu oleh orang normal lain. Mereka ni mencurigakan. Datang secara berkumpulan pergi dan balik.

Ramai yg kondem kata "nak derma, derma jelah!". Itu bukan saya. Saya tak suka diperbodohkan.

Mungkin kerana saya pernah merasa duduk terjelepuk hilang arah zaman tengah down teruk dulu. Memang hilang arah, tapi tidak lah sebegitu utk dijadikan alasan.

Now org yg pm saya ni dah block saya.. wall dia pun dah hilang.

Saya dah prepare screenshot sesiap dengan harapan utk beri alert pada yang lain.

Jika dia benar, kenapa harus lari?

Tapi saya tetap berdoa, jika sesungguhnya dia ni betul dan sedang dalam masalah hidup, semoga Allah permudahkanlah masalah dia. Berilah dia kekuatan utk hadapi. Saya tau stress dia camna. (Saya tak rasa dia genuine case sbb lps soal jawap itu ini dia terus block saya)

But.. kalau dia membohong dengan cubaan utk menipu orang supaya dapat easy money, didoakan dia supaya cepat sedar diri dan bertaubat. Tataulah dah bape ramai yang terkena.

Ya Allah ampuni dosa saya. Niat saya utk beri pengajaran dan supaya tidak ada orang yang terkena tipu.
.
Nash
Peneraju Rangkaian Party Shop di Malaysia
#glowingpartyhouse

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!