Header

Wednesday, May 25, 2016

Susah Ke Nak Declare GST?







WAHAI PENIAGA, JANGAN DIMOMOKKAN DGN TANGGAPAN GST ITU PROSES YANG MENYUSAHKAN.

Saya nak bebel. Tadi pun kami dah pi mengadap Peg Kastam yang jaga akaun kami sebab ada few fine details yang kami tak berapa sure.. so kita dapatkan penjelasan secara 4 mata.

Ramai peniaga kecil (sme) macam kami ni yang dipropagandakan dengan betapa susah dan remehnya proses declaration GST.

Meh nak story. Saya memang suka bercerita ala-ala ilmiah gini time dalam toilet wakakakak

Jika sekiranya perniagaan anda membuat JUALAN KASAR RM1388 sehari, bersamaan RM41666 sebulan atau RM500k setahun, perniagaan anda telah jatuh ke dalam kategori wajib daftar GST.


Dah daftar?

Sekiranya tak capai target jualan yang macam tu, anda tetap boleh daftar SUKARELA untuk imply GST terhadap barangan jualan anda. Tapi anda harus ingat, once anda register sukarela, anda adalah terikat untuk meng-caj GST dalam barangan jualan anda selama 2 TAHUN.

Apa bagusnya GST ni? oohhh.. let me rephrase the question... apa kelebihan register GST ni? Haa kelebihan untuk peniaga.. saya bercakap dalam konteks peniaga... bukan konteks pengguna, bukan konteks patriotism bagai.

Bagusnya GST untuk kita peniaga ialah kita boleh kontra balik caj GST dari supplier/importer kita and caj directly to end user.

Erti kata lain, kos GST sebenarnya diserap oleh end user.. dan lebihan caj GST itu akan diterima balik kepada Kerajaan Malaysia melalui declaration dari peniaga - input and output.

Ramai yang rasa macam mimpi ngeri je nak declare setiap 3 bulan ni (tempoh declaration standard ialah 3 bulan.. ada company multimillion punya transaction kena declare every month!)


Sebenarnya mudah je proses...


Ada buat filing tak? haahhahahaha


Bagus kalau ada buat filing utk setiap supplier kita...

Dan ada keep record transaction jualan tak? (Siapa jawap takde keep rekod jualan, sila ketawa dalam tangisan)

Dedua rekod ini lah yang kita namakan input dan output.

Pastu gi buka web Taxpayer Access Point (TAP) yang disediakan oleh Kastam. Login dan declare di situ.. kat File Now tuuuuu

Ruangan input output tu lah dia ruangan invoice yg diterima dari supplier dan ruangan jualan.


Output Tax ialah ruangan nilai jualan barangan kita dalam tempoh tu.

Input Tax pula ialah ruangan pembayaran invoice yang kita dah buat kepada supplier kita.

So kontra daripada nilai dua dua segment inilah yang akan menentukan samada anda mempunyai lebihan atau perlu membuat pembayaran kepada Kastam.

Its that easy lah weh nak proses GST ni.. biasanya untuk SME ada pemulangan depends on transaction.. kalau pun kena bayar balik, tak banyak pun....

Keyword - Filing Filing Filing.. keep your documents organised!!!

Kalau anda tak submit declaration ni.. nanti kena penalty..

Jadi, sekiranya perniagaan anda jatuh kepada kategori WAJIB register, register lah..
Sekiranya anda nak SUKARELA register untuk kontra kan semula kos from supplier (which is dalam konteks sebagai Peniaga, it is a very smart move to do) register lah dan take advantage of the system.

Cukup sampai sini..
Adakah anda belajar sesuatu dari saya?


.
Nash
Peneraju Rangkaian Party Shop di Malaysia.
‪#‎glowingpartyhouse‬





Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!