Header

Thursday, June 23, 2016

Like, Comment & Share Status Iklan Berniaga Kenapa Perlu Sentap?


Kali ini kak mas nak menceceh sikit pasal

LIKE, SHARE & COMMENT.



Uols jangan panas telinga atau pedih hati pulak ye bila baca kakmas punya cecehan nih (wahhh cecehan kau….ayat baru ke tu???? Hahaah) gasak lah diknunn janji ekau paham kekdahnya kan…..ha gituuuuu

Ok ceritanya begini, ramailah peniaga-peniaga, usahawan-usahawan, jutawan-jutawan online nih gasak taruk je lah semua nantikan kalau tiada gelaran untuk depa kang merajuk pulak…penat kakmas nak pujuk nanti hiksss semua dok pakat-pakat share lah katanya kononnya nak membandingkan lah nilai share/komen/like kat status-status fb/ig kawan-kawan yang meniaga nih kononnya samalah dengan konsep kita bersedekah. Katanyalah so apa salahnya kita sedekah sket buh like ke share ke komen ke kat posting kawan-kawan yang meniaga tuh.

Kakmas bukan tak setuju 
setuju je sebab memang betul pun. 100% betul tak ada yang salah pun 
tapi ada jugak part yang tak bestnya. ok dah nak start dah cecehan kakmas nih hehe


Cumanya yang TIDAK BEST nya, TIDAK SYOK nya bila ada pula member peniaga tadi tuh yang SENTAP pula dah sentap lepas tuh suka pula nak highlight dia punya kesentapan tuh berulang kali lepas tu secara terang-terangan pula dikhalayak ramai bila tak ada kawanya yang like atau bila dia dah share tapi kawannya tak share pula status iklan dia (letak dalam fb lepas tuh public kan pula statusnya samalah konsepnya dikhalayak ramai gitu kan.) 

eh kira ok lah tuh dah tu tadikan uols jugak yg cakap like/share/komen=sedekah so kakmas samakan jugaklah status public=khalayak ramai hehe gituuuu konsepnya.

Yelah kan katakan kita ada kawan yang meniaga online kat fb/ig nih then dia posting something berkenaan barang yang dia niagakan. So apa salahnya kita support kawan kita tuh kan kasi satu like kan katanya sedekah hehe. Ok yang ini kakmas tak ada apa yang nak bangkang pun apa salahnya sebagai tanda sokongan kita kat kawan kita yang berniaga tu kan. Walaupun kita tak beli tak apa. Katanya mungkin hari ini tidak tapi esok lusa manalah tau kan. Ok kakmas setuju lagi betul lah tuh.

TAPI

Bayangkan dalam friend list kawan kita kat fb tuh ada lebih daripada 50 orang kawan yang meniaga online dan mereka pula sehari hampir sejam sekali buat posting iklan barang yang dijual tuh. Kau rasa? Kau agak? Kau fikir?

Kau mampu???

nak like/share/komen kat semua tuh sebagai tanda sokongan.


So agak-agak lah jugak kalau nak mengata dulang paku serpih pun kan

Patutnya tak perlu nak fikir-fikir sangat pasal like ke share ke komen ke apa semua nih.

Kalau kita nih seorang peniaga berlapang dada lah kita usaha dan ikhtiar buat saje kerja kita jika kita rasa dengan posting buat status di fb/ig kita tuh boleh membantu menambahkan sales kita maka lakukan lah tanpa jemu dan tabah. Buat aje tanpa memikirkan pasal nanti ada ke kawan-kawan lain dalam friendlist kita nak like ke share ke komen ke apa semua tuh kan. 
Kita lakukan dengan ikhlas inshaallah kita tak kira dah like ke share tuh semua apa yg kita tau kita buat kerja yang betul post status di timeline ataupun wall kita sendiri bukannya kacau ganggu hidup orang lain pun. Kalau ada yang tak suka boleh block atau unfollow je kan.

Jangan nak sentap-sentap dengan kawan-kawan kita yang lain. Depa tak like status kita bukan kata depa tak support bisnes kita ataupun bukannya depa tak suka pun kan. Kadang-kadang ada tuh senyap-senyap tak pernah pun like status niaga kita nak komen apatah lagi sekali order barang dengan kita haaaa ambil kau 10 botol terus. Haaa mana kita nak tau kan.

Ada tu pula selalu sangat dok share dan like status kita tapi habukkkkkkkk tak pernah nak membeli pun. Sekali pun tak pernah. Manalah kita nak tau kot-kot ler member kita nih dah lama aim kita punya product, suka nga product yang kita dok iklankan tu tapi sebab banyak komitment dan keperluan lain yang lebih atas prioritynya maka dia terpaksa dahulukan yang lain daripada product kita kan. Who’s know?

ataupun mungkin dia tak membelipun ngan kita tapi sebab suka jatuh cinta pandang pertama nga product kita tuh walaupun tak pernah cuba dipromotenya kat kawan-kawan kita yang lain tanpa share or like status kita or even kita tak tau pun bila masa dia gi promote kat kawan dia yang lain tuh

Dan kita pula

Kalau sebagai member yang ada ramai kawan yang meniaga online nih pula patutnya jangan lah nak menyampah sangat dengan kawan kita yang nak meniaga tuh apalah salahnya kalau kebetulan kita tengah online tuh browse fb ke ig ke kan tetiba ternampak kawan kita nih post pasal product yang dia jual like lah satu kali alah tak melecet pun jari manis nan ayu uols tu kalau setakat nak support kawan-kawan niaga tuh kan. 
Apalah salahnya kan sedekah kekdahnya kan hiks. Lagipun kawan kau tuh bukannya kacau wall kau pun bukannya dia bukannya gi tag kau pun kan. Kalau tag pun kalau dah tak suka sangat kan boleh untag kan jangan pula diblock kawan tuh. Nak-nak kawan sejak tadika kau huhuhu tau-tau saje lah perasaan dia bila dpt tau kita block dia pasal status niaga dia je kan hehe

Lepas tuh kalau nak like share or komen pun biarlah ikhlas bukan sebab nak dapatkan perhatian kawan yang meniaga tuh. Manalah tau kot-kot uols dah niat dalam hati contohnya tiap kali kawan yang jual kasut tuh post iklan meniaga dia kat fb ko pun like jer memanjang padahal dalam hati niat manalah tau nanti ada rezeki kawan kau tuh hadiahkan kau kasut tumit tinggi 6 inci buat kasut raya sebagai balasan sebab kau je yang dok like status dia kan gitu. Niat tak elok tuh.

Ataupun ko tiap kali kawan ko tuh post iklan kasut dia ko pun share lah tetiap kali tuh jugak siap mention tag nama kawan kau tuh lah kononnya nak support lah lepas tuh selang dua tiga hari agak-agak kawan kau tuh tak perasan kau delete semula apa yang kau dah share kan tuh.

Ada ke yang pernah buat macam nih?????


Aissshhh uols ni lah pasal LIKE, SHARE & COMMENT pun korang nak sentap-sentap dan jadikan hal kan.

Wat lek wak pis sudah lah kakmas pun meniaga jugak tapi kakmas tak kisah pun kalau uols nak like ke tak nak like ke status-status iklan kakmas tuh. Kalau uols like kakmas syukur alhamdulillah kalau tak like ke tak share ke pun kakmas ok ok je jugak. Tetap jugak sayang uols tapi kalau like/share sayang korang lebih sikit lerrrrr hikssss


Tak jadi hal lah. Alahhhhhh kalau uols nak tau tu status kakmas pasal #inteam #FeminineWash #PremiumFeminineHygiene tuh kadang-kadang suami kakmas je yang like kadang-kadang tu tak ada sapa-sapa pun yang like, share pun tak ada langsung pun tapi ramai je yang beli, banyak je masuk order, ada jerrrr kawan-kawan kakmas yang beli. Laku keras je jugak #InteambyMvcomely tuh.

So nasihat kakmas lah kan tak payah dihiraukan sangat like/share/komen yang penting uols rajin nak iklan dan promote bisnes korang kat media social uols sendiri yang lain-lain tuh serahkan pada yang atas. Dah tu nak harapkan sapa lagi kalau bukan uols sendiri yang promote kan.


Rezeki kan ALLAH yang kasi apa nak kisahkan sangat like like tuh semua. Yakinlah yang ALLAH telah menjanjikan rezeki buat sesiap sahaja yag berusaha. FULLSTOP ingat yang ini je yang lain-lain toksah dihiraukan bukan kerja kita.



Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!