Header

Thursday, June 30, 2016

The Kahaani, Melaka- A Private Gateway in a Colonial Mansion

Entah berapa kali dah dok turun ke Melaka tapi seriously saya tak pernah tahu pun yang ada hotel cool macam nih yang boleh kita duduk huhuhu. Sadis sungguh lahaiii saya nih.

Nasib baik ler ada Mr Hubs yang suka buat research walaupun last minute punya research hehe. Last minute punya kerja yang awesome camni tak apa lah boleh kira halal hehe. Baru tau wujudnya The Kahaani ni uols.

"The Kahani, Malacca, a luxury boutique villa that offers well-dressed suites with personalized butler service. Formerly the official residence of Malacca State Governor, The Kahaani is a symbol of prestige and class, promising an irresistible pleasure and elegant lifestyle"
Haaa gitu ayat copy paste terus daripada official website diorg hehe.



So this time entry nih kita nak buat review pasal Kahaani nih lah. Macam yang saya dah copy dari website tuh. Katanya Kahaani nih dulu asalnya adalah kediaman rasmi bekas Gobenor Melaka uols. Jadinya dah hampir menjangkau 60 tahun dah la usia rumah nih. Tapi seriuosly lah rumah nih memang dijaga dengan teliti. Well Maintain kekdahnya. 

Yelah rumah gabenor kata kau tak mestilah sejak dari dulu lagi dah siap ada orang yang menjaganya kan bab kebun mestilah ada tukang kebunnya sendiri kan. Bab dapur mestilah dah ada tukang masak persendirian. Gitulah jugak bab tukang cucinya tukang sapunya tukang mop lantainya mesti dah ada amah sesiap kan.

So bila kita menginap kat sini dapatlah rasa sket-sket aura zaman-zaman colonial dulu tuh. Memang terasa vintage habis lah. Dengan ukiran di kepala katilnya nak-nak king size pula sizenya massive besar, dengan gerobok bajunya yang satu set sekali dengan lemari solek kat bilik persalinan nun. Perrrgghhhh memang dan-dan tu jugak aura perempuan melayu terakhir seri, dewi, melur, kenanga semua terimbas nama-nama gadis nan ayu yang vintage dan klasik tuh.




Now lepas merdeka kan, gabenor pun dah tak hingin duduk kat sini. Jadi ada satu syarikat hotel nih dah ambil alih dan jadikan rumah nih sebagai hotel butik villa gitu. Baguslah kita patut support lah usaha co nih ambil alih dan buat hotel nih lepas tuh dia kekalkan ciri-ciri asal tuh so kira adalah tinggal kesan untuk generasi akan datang....walaupun tak semua kan.

So in total, Kahaani nih ada 6 bilik kesemuanya tapi kalau kita datang dalam family yang kecik kita tak perlu sewa the whole hotel pun. Kita just sewa satu bilik je cukuplah tapi yang bestnya semua kemudahan lagi kita boleh jer guna mcm pool ke, kitchen ke. dengar cerita Kahaani nih ada juga gym yang tersendiri tapi ols tak try pun hari tuh. Usahkan try jengok pun idok hahaha

Weols hari tuh masuk-masuk jer terus terkesima dengan dia punya main entrance nih. Memang grand sungguh la nampak dia punya entrance nih kan lepas tuh tengok kiri kanan pulak nampak laman rumah kemain besar kan dalam kepala dok pikir syoklah nih anak dara ajak main berlari-larian kat laman rumah ni nanti. Berangan ler uols dah tuh rumah kita kan laman kecik sekangkang kera je kan cinonet jer hiksss.


Masa nak checkin tuh saya dok menungu kat registration area nih. Kita masuk-masuk jer terus wow wow wow mmg dalam hati tak habis dok wow wow tapi muka kasi maintain ayu je. Anak pun mula dah excited tuh hehe. 


Dah dapat masuk bilik tuh lagi lah double wow masuk bilik. Weols dapat bilik angklung kalau tak silap. Memang massive spacious lah. Bilik ini macam ada 4 bilik lain pulak kat dalam bilik tuh. Rooms inside Room gitu. Selalu saya dok buat Balloons inside Balloon kali hehe.


Memula-mula bila bukak jer pintu bilik Angklung ini kita akan jupe bilik yang ini dulu. Kira macam Ruangan Menunggu atau maybe jugak bilik discussion. Nak discuss apa-apa dengan couple ke kan before masuk tidur atau maybe nak buat kerja-keja office yang urgent needed ke kan tapi dapat kat Mr Hubs iols jadi bilik smoking je lah huhu. Bilik yang ini pun punya lah besar gedabak.

luar bilik angklung. Betul-betul lepas discussion area tuh.

avin damia weols ni dah mcm anak dara sangat dah

Lepas dah lalu bilik menunggu tadi tuh baru boleh masuk ke ruangan master bedroom tuh. 


kiri tu bilik solek n kanan yg pintu tertutup tu toilet

Dah masuk kat sini dia ada 3 lagi bilik lain. Nampak tak yang belah kiri tuh pulak kira macam bilik solek dan berhias sebab kat sinilah adanya meja solek. Dalam bilik solek ini pula ada lagi satu bilik kecik khas untuk jacuzzi. 

bilik solek nih kecik je tak besar sgt

Malam tuh jugak anak iols melayan berkubang dalam jacuzzi nih uols. Sorang-sorang dia pun jadi jer kerjanya anak dara tuh sampai 3 ke 4 kali gak ler kena jerit kat bonda dia. Kalau selagi tak kecut semua jari-jari tuh tak adanya anak dara weols tuh nak keluar dari jacuzzi bathtub tuh. 

tiap kali nak book hotel syarat pertama dia tanya mestilah ada jacuzzi ke tak???

Lepas tuh bilik yang belah kiri tuh pulak barulah toilet uols dan another shower room. Toilet bowl pula memang tak sekali dengan shower room so memang selesa sangat lah.


Ingatkan gambar toilet tak ada sekali tersnap jugak kan so tepek lah sekali hehe. selalunya saya jarang nak snap picture toilet nih mesti masa snap hari tuh ada something yang terdetik dalam hati kot. Now hareemmmm dah lupa dah pulak hehe. ok abaikan yang ini.

Ok jom meh kita layan dulu sekitar rumah the Kahaani nih dulu ye.
complimentary fruits kat side table sebelah katil

Pandangan dari atas bilik weols. Kat bawah ada 2 living area. satu ada tv dan lagi satu tak ada tv nak menghala ke kitchen. Kitchen pun sama jugak agak besar dan ada wet and dry area.

living area nih terus ada pintu nak ke swimming pool

ini pula living area lagi satu tuh yg nak menghala ke dapur
veranda dalam rumah. cantik!
tangga berpusing-pusing yang cantik ya amatt nih menarik perhatian avin damia

jambatan keluar dapur nak ke dewan

Ini pula ruangan selepas dari dapur nak menuju ke dewan. Yes kat sini jugak ada provide hall manalah tau if uols nak buat majlis kahwin ke atau majlis makan-makan yang besar memang ada hall yang serba lengkap yang boleh memuatkan sekitar 300-500 pax kot. Ini saya main agak-agak je nih kalau nakkan kepastian kena double confirm dengan hotel dulu lah ye.

Ok rasanya semua area dah saya cover nih yang masih belom ada area swimming pool ye. Area swimming pool dia tak payah nak cakap ler uols memang sangat-sangat luas dan puas hati nak berendam lelama kat sini. For sure sangat lah anak-anak uols akan ajak repeat datang sini lagi kalau diorang mmg hantu berendam dalam pool kan.

Nak cakap banyak pasal pool nih pun malas kan so uols layan sendiri lah gambar-gambar pool nih. Jangan yang ada esok jugak ajak suami masing-masing gi melaka sudah ye hehe. iols tak bertaggungjawab.











Ok stop jap pasal Kahaani nih. kita bercerita pula pasal sebab dan asbab kenapa weols sefamily boleh datang ke Melaka ni. Sebenarnya weols turun ke Melaka that day sebab ada urusan bisnes sebenarnya tapi alang-alang dah menyeluk pekasam tuh kita biarkan sampai ketiak jadi masam eh tak ada ah kita ambil kesempatan bawak anak dara short vacation terus lah kan.

Macam-macam aktiviti actually yang weols buat kat Melaka hari tuh dalam pada niat hanya nak rileks tenang kan fikiran je pun. Memula sampai Melaka lepas je checkin weols kita buat food hunting dulu hehe. Isi perut dulu uols lunch then aktiviti lain pun bersambung.


Keria antarabangsa yang sangat-sangat marvelous sampaikan ke hari nih teringat-ingat
 Sapa gi melaka tapi tak pernah try kuih Keria Antarabangsa nih sangatlah rugi. Kalau tak pernah cuba try lah gi carik. Senang je guna waze pun boleh mesti jumpa punya sebab lokasi dia tepi jalan jer semua. weols try kat 2 kedai hari tuh dedua pun tak mengecewakan.

assam pedas claypot melaka

Hard Rock Cafe
Now saya dan suami bukan lagi Hard Rock punya fan but menurun kat avin damia lah pula. asal gi memana sebuk nak kirim baju HRC jugak. Adoiiii pokai bonda tapi hari tuh weols tak menyopping pun untuk dia menyopping untuk walidnya aje.

Habis lah kat sini dulu review pasal The Kahaani, Melaka nih.

ini weols 1 family yg sangat-sangat puashati dengan The Kahaani


Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!