Header

Saturday, June 11, 2016

TIPS DROPSHIP YANG BERJAYA

[ TIPS DROPSHIP YANG BERJAYA ]

Apa yang sering saya pesan kepada semua Sales Executives kami ialah supaya dapat membimbing para Dropshipper kami.

Kita faham, biasanya yang memilih untuk menjadi dropshipper ni ialah mereka yang baru nak berjinak dlm berniaga.. entry cost yg sangat minima dan risiko yang hampir tiada.

Tapi apabila tiada risiko rugi, maka kuranglah juga jatidiri dalam perjuangan dropshipper ni - "alaa.. aku tak buat sales pun, aku takde la rugi pun.. nanti2 lah aku buat!" - ini adalah ayat biasa para dropshipper yang semangat di awal waktu, luntur di pertengahan jalan.

Suka saya nak beri beberapa tips berdasarkan kajian dan pengamatan saya:

1. Fokus Pada Sesuatu Produk

Biasanya para dropship amatur ni cepat teruja. Nampak produk A, nak jadi dropship.. pastu produk B pastu C.. susah gini.. tak fokus dlm menaikkan awareness kawan sekitar kita. Paling maksima, pada hemat saya adalah seeloknya limitkan kepada 3 produk sahaja.

2. Fikirkan Tentang Branding

Nak yakinkan pembeli, letak diri kita sbg pembeli jugak... mesti nak kan sesuatu produk yg boleh dipercayai. Ye, HQ akan all out dalam pemasaran dan branding. Tapi anda sebagai dropship kene localised kan marketing and branding supaya target pada sekitar anda dahulu. Kebanyakan HQ tidak menghad anda utk buat inisiatif branding anda sendiri - FB page, insta local. Semua boleh! Jadikan ianya sebagai KEDAI dan OUTLET official anda.

3. Strategi Cross Selling

Pernah dgr strategi ini sebelum ni? Cross selling adalah teknik untuk menjual dua barang dalam satu waktu. Ini berkait rapat dgn point no 1 saya di atas. Kita fokus pada maksima 3 produk, dan produk tersebut adalah berkait rapat antara 1 sama lain.. contohnya anda dropship Inteam by MV Comely ni kan? Produk penjagaan dalaman wanita... anda boleh juga jual sekali madu lebah untuk jadikan "combo" yang saling melengkapi each other.

4. Response Time Less than 2 Jam

Saya pernah bebel bab ni. Sgt crutial dalam bab online selling. Sila response SEMUA prospek customers anda dalam tempoh 2 jam. Lagi cepat lagi bagus. Camna nak manage ni? Leh godek post2 fb saya sebelum ni. Mv comely dah ajar.

5. Kurangkan PM PM PM!

PM for price - ini budaya yang TIDAK harus diikut. Seller yang telus adalah seller yang bijak. Takut orang lain caras harga? Rezeki Allah bagi.. lagi kita telus lagi kita ikhlas.. Allah lagi suka. Amalkan memberi semua info yang lengkap - kebaikan produk, harga dan cara atau nombor telefon utk buat belian. Kalau ada lagi customer yg minta pm, layanlah dengan berhemah.. dia telah terbiasa ngn tradisi PM PM PM.

6. Target Untuk Jadi Agent dan Stokis.

Dropshiper adalah level paling asas. Sesuai utk belajar buat sales. Bila dah yakin, upgrade diri jadi Agen - boleh simpan stok dan jualan lebih laju bila ada stok di tangan! Margin keuntungan juga lebih besar! Dan boleh juga upgrade utk jadi stokis supaya anda sendiri dapat bina team agen dan dropship di bawah kelolaan anda sendiri - agensi anda sendiri!

Ok penat saya taip...
Banyak lagi point vital yg saya nak sampaikan...
But maybe bukan malam ni..

See? Untungnya anda kalau join kami di MV Comely.. semuanya kami dah fikirkan dengan secara professional untuk anda bermula dengan langkah yang betul.

Buat para dropship kami, personal coaching and group support akan kami lancarkan soon, diketuai oleh saya dan founder, Puan Masviona Nas sendiri.

Harap info bermanfaat.

Saya tak beri keizinan jika anda copy paste ilmu saya ni tapi saya izinkan anda tekan button SHARE dan LIKE.

assalamualaikum selamat berniaga.

.
Nash
Head of Marketing & Promotions 
#mvcomely 

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!