Header

Thursday, June 30, 2016

The Kahaani, Melaka- A Private Gateway in a Colonial Mansion

Entah berapa kali dah dok turun ke Melaka tapi seriously saya tak pernah tahu pun yang ada hotel cool macam nih yang boleh kita duduk huhuhu. Sadis sungguh lahaiii saya nih.

Nasib baik ler ada Mr Hubs yang suka buat research walaupun last minute punya research hehe. Last minute punya kerja yang awesome camni tak apa lah boleh kira halal hehe. Baru tau wujudnya The Kahaani ni uols.

"The Kahani, Malacca, a luxury boutique villa that offers well-dressed suites with personalized butler service. Formerly the official residence of Malacca State Governor, The Kahaani is a symbol of prestige and class, promising an irresistible pleasure and elegant lifestyle"
Haaa gitu ayat copy paste terus daripada official website diorg hehe.



So this time entry nih kita nak buat review pasal Kahaani nih lah. Macam yang saya dah copy dari website tuh. Katanya Kahaani nih dulu asalnya adalah kediaman rasmi bekas Gobenor Melaka uols. Jadinya dah hampir menjangkau 60 tahun dah la usia rumah nih. Tapi seriuosly lah rumah nih memang dijaga dengan teliti. Well Maintain kekdahnya. 

Yelah rumah gabenor kata kau tak mestilah sejak dari dulu lagi dah siap ada orang yang menjaganya kan bab kebun mestilah ada tukang kebunnya sendiri kan. Bab dapur mestilah dah ada tukang masak persendirian. Gitulah jugak bab tukang cucinya tukang sapunya tukang mop lantainya mesti dah ada amah sesiap kan.

So bila kita menginap kat sini dapatlah rasa sket-sket aura zaman-zaman colonial dulu tuh. Memang terasa vintage habis lah. Dengan ukiran di kepala katilnya nak-nak king size pula sizenya massive besar, dengan gerobok bajunya yang satu set sekali dengan lemari solek kat bilik persalinan nun. Perrrgghhhh memang dan-dan tu jugak aura perempuan melayu terakhir seri, dewi, melur, kenanga semua terimbas nama-nama gadis nan ayu yang vintage dan klasik tuh.




Now lepas merdeka kan, gabenor pun dah tak hingin duduk kat sini. Jadi ada satu syarikat hotel nih dah ambil alih dan jadikan rumah nih sebagai hotel butik villa gitu. Baguslah kita patut support lah usaha co nih ambil alih dan buat hotel nih lepas tuh dia kekalkan ciri-ciri asal tuh so kira adalah tinggal kesan untuk generasi akan datang....walaupun tak semua kan.

So in total, Kahaani nih ada 6 bilik kesemuanya tapi kalau kita datang dalam family yang kecik kita tak perlu sewa the whole hotel pun. Kita just sewa satu bilik je cukuplah tapi yang bestnya semua kemudahan lagi kita boleh jer guna mcm pool ke, kitchen ke. dengar cerita Kahaani nih ada juga gym yang tersendiri tapi ols tak try pun hari tuh. Usahkan try jengok pun idok hahaha

Weols hari tuh masuk-masuk jer terus terkesima dengan dia punya main entrance nih. Memang grand sungguh la nampak dia punya entrance nih kan lepas tuh tengok kiri kanan pulak nampak laman rumah kemain besar kan dalam kepala dok pikir syoklah nih anak dara ajak main berlari-larian kat laman rumah ni nanti. Berangan ler uols dah tuh rumah kita kan laman kecik sekangkang kera je kan cinonet jer hiksss.


Masa nak checkin tuh saya dok menungu kat registration area nih. Kita masuk-masuk jer terus wow wow wow mmg dalam hati tak habis dok wow wow tapi muka kasi maintain ayu je. Anak pun mula dah excited tuh hehe. 


Dah dapat masuk bilik tuh lagi lah double wow masuk bilik. Weols dapat bilik angklung kalau tak silap. Memang massive spacious lah. Bilik ini macam ada 4 bilik lain pulak kat dalam bilik tuh. Rooms inside Room gitu. Selalu saya dok buat Balloons inside Balloon kali hehe.


Memula-mula bila bukak jer pintu bilik Angklung ini kita akan jupe bilik yang ini dulu. Kira macam Ruangan Menunggu atau maybe jugak bilik discussion. Nak discuss apa-apa dengan couple ke kan before masuk tidur atau maybe nak buat kerja-keja office yang urgent needed ke kan tapi dapat kat Mr Hubs iols jadi bilik smoking je lah huhu. Bilik yang ini pun punya lah besar gedabak.

luar bilik angklung. Betul-betul lepas discussion area tuh.

avin damia weols ni dah mcm anak dara sangat dah

Lepas dah lalu bilik menunggu tadi tuh baru boleh masuk ke ruangan master bedroom tuh. 


kiri tu bilik solek n kanan yg pintu tertutup tu toilet

Dah masuk kat sini dia ada 3 lagi bilik lain. Nampak tak yang belah kiri tuh pulak kira macam bilik solek dan berhias sebab kat sinilah adanya meja solek. Dalam bilik solek ini pula ada lagi satu bilik kecik khas untuk jacuzzi. 

bilik solek nih kecik je tak besar sgt

Malam tuh jugak anak iols melayan berkubang dalam jacuzzi nih uols. Sorang-sorang dia pun jadi jer kerjanya anak dara tuh sampai 3 ke 4 kali gak ler kena jerit kat bonda dia. Kalau selagi tak kecut semua jari-jari tuh tak adanya anak dara weols tuh nak keluar dari jacuzzi bathtub tuh. 

tiap kali nak book hotel syarat pertama dia tanya mestilah ada jacuzzi ke tak???

Lepas tuh bilik yang belah kiri tuh pulak barulah toilet uols dan another shower room. Toilet bowl pula memang tak sekali dengan shower room so memang selesa sangat lah.


Ingatkan gambar toilet tak ada sekali tersnap jugak kan so tepek lah sekali hehe. selalunya saya jarang nak snap picture toilet nih mesti masa snap hari tuh ada something yang terdetik dalam hati kot. Now hareemmmm dah lupa dah pulak hehe. ok abaikan yang ini.

Ok jom meh kita layan dulu sekitar rumah the Kahaani nih dulu ye.
complimentary fruits kat side table sebelah katil

Pandangan dari atas bilik weols. Kat bawah ada 2 living area. satu ada tv dan lagi satu tak ada tv nak menghala ke kitchen. Kitchen pun sama jugak agak besar dan ada wet and dry area.

living area nih terus ada pintu nak ke swimming pool

ini pula living area lagi satu tuh yg nak menghala ke dapur
veranda dalam rumah. cantik!
tangga berpusing-pusing yang cantik ya amatt nih menarik perhatian avin damia

jambatan keluar dapur nak ke dewan

Ini pula ruangan selepas dari dapur nak menuju ke dewan. Yes kat sini jugak ada provide hall manalah tau if uols nak buat majlis kahwin ke atau majlis makan-makan yang besar memang ada hall yang serba lengkap yang boleh memuatkan sekitar 300-500 pax kot. Ini saya main agak-agak je nih kalau nakkan kepastian kena double confirm dengan hotel dulu lah ye.

Ok rasanya semua area dah saya cover nih yang masih belom ada area swimming pool ye. Area swimming pool dia tak payah nak cakap ler uols memang sangat-sangat luas dan puas hati nak berendam lelama kat sini. For sure sangat lah anak-anak uols akan ajak repeat datang sini lagi kalau diorang mmg hantu berendam dalam pool kan.

Nak cakap banyak pasal pool nih pun malas kan so uols layan sendiri lah gambar-gambar pool nih. Jangan yang ada esok jugak ajak suami masing-masing gi melaka sudah ye hehe. iols tak bertaggungjawab.











Ok stop jap pasal Kahaani nih. kita bercerita pula pasal sebab dan asbab kenapa weols sefamily boleh datang ke Melaka ni. Sebenarnya weols turun ke Melaka that day sebab ada urusan bisnes sebenarnya tapi alang-alang dah menyeluk pekasam tuh kita biarkan sampai ketiak jadi masam eh tak ada ah kita ambil kesempatan bawak anak dara short vacation terus lah kan.

Macam-macam aktiviti actually yang weols buat kat Melaka hari tuh dalam pada niat hanya nak rileks tenang kan fikiran je pun. Memula sampai Melaka lepas je checkin weols kita buat food hunting dulu hehe. Isi perut dulu uols lunch then aktiviti lain pun bersambung.


Keria antarabangsa yang sangat-sangat marvelous sampaikan ke hari nih teringat-ingat
 Sapa gi melaka tapi tak pernah try kuih Keria Antarabangsa nih sangatlah rugi. Kalau tak pernah cuba try lah gi carik. Senang je guna waze pun boleh mesti jumpa punya sebab lokasi dia tepi jalan jer semua. weols try kat 2 kedai hari tuh dedua pun tak mengecewakan.

assam pedas claypot melaka

Hard Rock Cafe
Now saya dan suami bukan lagi Hard Rock punya fan but menurun kat avin damia lah pula. asal gi memana sebuk nak kirim baju HRC jugak. Adoiiii pokai bonda tapi hari tuh weols tak menyopping pun untuk dia menyopping untuk walidnya aje.

Habis lah kat sini dulu review pasal The Kahaani, Melaka nih.

ini weols 1 family yg sangat-sangat puashati dengan The Kahaani


Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

Thursday, June 23, 2016

Like, Comment & Share Status Iklan Berniaga Kenapa Perlu Sentap?


Kali ini kak mas nak menceceh sikit pasal

LIKE, SHARE & COMMENT.



Uols jangan panas telinga atau pedih hati pulak ye bila baca kakmas punya cecehan nih (wahhh cecehan kau….ayat baru ke tu???? Hahaah) gasak lah diknunn janji ekau paham kekdahnya kan…..ha gituuuuu

Ok ceritanya begini, ramailah peniaga-peniaga, usahawan-usahawan, jutawan-jutawan online nih gasak taruk je lah semua nantikan kalau tiada gelaran untuk depa kang merajuk pulak…penat kakmas nak pujuk nanti hiksss semua dok pakat-pakat share lah katanya kononnya nak membandingkan lah nilai share/komen/like kat status-status fb/ig kawan-kawan yang meniaga nih kononnya samalah dengan konsep kita bersedekah. Katanyalah so apa salahnya kita sedekah sket buh like ke share ke komen ke kat posting kawan-kawan yang meniaga tuh.

Kakmas bukan tak setuju 
setuju je sebab memang betul pun. 100% betul tak ada yang salah pun 
tapi ada jugak part yang tak bestnya. ok dah nak start dah cecehan kakmas nih hehe


Cumanya yang TIDAK BEST nya, TIDAK SYOK nya bila ada pula member peniaga tadi tuh yang SENTAP pula dah sentap lepas tuh suka pula nak highlight dia punya kesentapan tuh berulang kali lepas tu secara terang-terangan pula dikhalayak ramai bila tak ada kawanya yang like atau bila dia dah share tapi kawannya tak share pula status iklan dia (letak dalam fb lepas tuh public kan pula statusnya samalah konsepnya dikhalayak ramai gitu kan.) 

eh kira ok lah tuh dah tu tadikan uols jugak yg cakap like/share/komen=sedekah so kakmas samakan jugaklah status public=khalayak ramai hehe gituuuu konsepnya.

Yelah kan katakan kita ada kawan yang meniaga online kat fb/ig nih then dia posting something berkenaan barang yang dia niagakan. So apa salahnya kita support kawan kita tuh kan kasi satu like kan katanya sedekah hehe. Ok yang ini kakmas tak ada apa yang nak bangkang pun apa salahnya sebagai tanda sokongan kita kat kawan kita yang berniaga tu kan. Walaupun kita tak beli tak apa. Katanya mungkin hari ini tidak tapi esok lusa manalah tau kan. Ok kakmas setuju lagi betul lah tuh.

TAPI

Bayangkan dalam friend list kawan kita kat fb tuh ada lebih daripada 50 orang kawan yang meniaga online dan mereka pula sehari hampir sejam sekali buat posting iklan barang yang dijual tuh. Kau rasa? Kau agak? Kau fikir?

Kau mampu???

nak like/share/komen kat semua tuh sebagai tanda sokongan.


So agak-agak lah jugak kalau nak mengata dulang paku serpih pun kan

Patutnya tak perlu nak fikir-fikir sangat pasal like ke share ke komen ke apa semua nih.

Kalau kita nih seorang peniaga berlapang dada lah kita usaha dan ikhtiar buat saje kerja kita jika kita rasa dengan posting buat status di fb/ig kita tuh boleh membantu menambahkan sales kita maka lakukan lah tanpa jemu dan tabah. Buat aje tanpa memikirkan pasal nanti ada ke kawan-kawan lain dalam friendlist kita nak like ke share ke komen ke apa semua tuh kan. 
Kita lakukan dengan ikhlas inshaallah kita tak kira dah like ke share tuh semua apa yg kita tau kita buat kerja yang betul post status di timeline ataupun wall kita sendiri bukannya kacau ganggu hidup orang lain pun. Kalau ada yang tak suka boleh block atau unfollow je kan.

Jangan nak sentap-sentap dengan kawan-kawan kita yang lain. Depa tak like status kita bukan kata depa tak support bisnes kita ataupun bukannya depa tak suka pun kan. Kadang-kadang ada tuh senyap-senyap tak pernah pun like status niaga kita nak komen apatah lagi sekali order barang dengan kita haaaa ambil kau 10 botol terus. Haaa mana kita nak tau kan.

Ada tu pula selalu sangat dok share dan like status kita tapi habukkkkkkkk tak pernah nak membeli pun. Sekali pun tak pernah. Manalah kita nak tau kot-kot ler member kita nih dah lama aim kita punya product, suka nga product yang kita dok iklankan tu tapi sebab banyak komitment dan keperluan lain yang lebih atas prioritynya maka dia terpaksa dahulukan yang lain daripada product kita kan. Who’s know?

ataupun mungkin dia tak membelipun ngan kita tapi sebab suka jatuh cinta pandang pertama nga product kita tuh walaupun tak pernah cuba dipromotenya kat kawan-kawan kita yang lain tanpa share or like status kita or even kita tak tau pun bila masa dia gi promote kat kawan dia yang lain tuh

Dan kita pula

Kalau sebagai member yang ada ramai kawan yang meniaga online nih pula patutnya jangan lah nak menyampah sangat dengan kawan kita yang nak meniaga tuh apalah salahnya kalau kebetulan kita tengah online tuh browse fb ke ig ke kan tetiba ternampak kawan kita nih post pasal product yang dia jual like lah satu kali alah tak melecet pun jari manis nan ayu uols tu kalau setakat nak support kawan-kawan niaga tuh kan. 
Apalah salahnya kan sedekah kekdahnya kan hiks. Lagipun kawan kau tuh bukannya kacau wall kau pun bukannya dia bukannya gi tag kau pun kan. Kalau tag pun kalau dah tak suka sangat kan boleh untag kan jangan pula diblock kawan tuh. Nak-nak kawan sejak tadika kau huhuhu tau-tau saje lah perasaan dia bila dpt tau kita block dia pasal status niaga dia je kan hehe

Lepas tuh kalau nak like share or komen pun biarlah ikhlas bukan sebab nak dapatkan perhatian kawan yang meniaga tuh. Manalah tau kot-kot uols dah niat dalam hati contohnya tiap kali kawan yang jual kasut tuh post iklan meniaga dia kat fb ko pun like jer memanjang padahal dalam hati niat manalah tau nanti ada rezeki kawan kau tuh hadiahkan kau kasut tumit tinggi 6 inci buat kasut raya sebagai balasan sebab kau je yang dok like status dia kan gitu. Niat tak elok tuh.

Ataupun ko tiap kali kawan ko tuh post iklan kasut dia ko pun share lah tetiap kali tuh jugak siap mention tag nama kawan kau tuh lah kononnya nak support lah lepas tuh selang dua tiga hari agak-agak kawan kau tuh tak perasan kau delete semula apa yang kau dah share kan tuh.

Ada ke yang pernah buat macam nih?????


Aissshhh uols ni lah pasal LIKE, SHARE & COMMENT pun korang nak sentap-sentap dan jadikan hal kan.

Wat lek wak pis sudah lah kakmas pun meniaga jugak tapi kakmas tak kisah pun kalau uols nak like ke tak nak like ke status-status iklan kakmas tuh. Kalau uols like kakmas syukur alhamdulillah kalau tak like ke tak share ke pun kakmas ok ok je jugak. Tetap jugak sayang uols tapi kalau like/share sayang korang lebih sikit lerrrrr hikssss


Tak jadi hal lah. Alahhhhhh kalau uols nak tau tu status kakmas pasal #inteam #FeminineWash #PremiumFeminineHygiene tuh kadang-kadang suami kakmas je yang like kadang-kadang tu tak ada sapa-sapa pun yang like, share pun tak ada langsung pun tapi ramai je yang beli, banyak je masuk order, ada jerrrr kawan-kawan kakmas yang beli. Laku keras je jugak #InteambyMvcomely tuh.

So nasihat kakmas lah kan tak payah dihiraukan sangat like/share/komen yang penting uols rajin nak iklan dan promote bisnes korang kat media social uols sendiri yang lain-lain tuh serahkan pada yang atas. Dah tu nak harapkan sapa lagi kalau bukan uols sendiri yang promote kan.


Rezeki kan ALLAH yang kasi apa nak kisahkan sangat like like tuh semua. Yakinlah yang ALLAH telah menjanjikan rezeki buat sesiap sahaja yag berusaha. FULLSTOP ingat yang ini je yang lain-lain toksah dihiraukan bukan kerja kita.



Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

Saturday, June 11, 2016

TIPS DROPSHIP YANG BERJAYA

[ TIPS DROPSHIP YANG BERJAYA ]

Apa yang sering saya pesan kepada semua Sales Executives kami ialah supaya dapat membimbing para Dropshipper kami.

Kita faham, biasanya yang memilih untuk menjadi dropshipper ni ialah mereka yang baru nak berjinak dlm berniaga.. entry cost yg sangat minima dan risiko yang hampir tiada.

Tapi apabila tiada risiko rugi, maka kuranglah juga jatidiri dalam perjuangan dropshipper ni - "alaa.. aku tak buat sales pun, aku takde la rugi pun.. nanti2 lah aku buat!" - ini adalah ayat biasa para dropshipper yang semangat di awal waktu, luntur di pertengahan jalan.

Suka saya nak beri beberapa tips berdasarkan kajian dan pengamatan saya:

1. Fokus Pada Sesuatu Produk

Biasanya para dropship amatur ni cepat teruja. Nampak produk A, nak jadi dropship.. pastu produk B pastu C.. susah gini.. tak fokus dlm menaikkan awareness kawan sekitar kita. Paling maksima, pada hemat saya adalah seeloknya limitkan kepada 3 produk sahaja.

2. Fikirkan Tentang Branding

Nak yakinkan pembeli, letak diri kita sbg pembeli jugak... mesti nak kan sesuatu produk yg boleh dipercayai. Ye, HQ akan all out dalam pemasaran dan branding. Tapi anda sebagai dropship kene localised kan marketing and branding supaya target pada sekitar anda dahulu. Kebanyakan HQ tidak menghad anda utk buat inisiatif branding anda sendiri - FB page, insta local. Semua boleh! Jadikan ianya sebagai KEDAI dan OUTLET official anda.

3. Strategi Cross Selling

Pernah dgr strategi ini sebelum ni? Cross selling adalah teknik untuk menjual dua barang dalam satu waktu. Ini berkait rapat dgn point no 1 saya di atas. Kita fokus pada maksima 3 produk, dan produk tersebut adalah berkait rapat antara 1 sama lain.. contohnya anda dropship Inteam by MV Comely ni kan? Produk penjagaan dalaman wanita... anda boleh juga jual sekali madu lebah untuk jadikan "combo" yang saling melengkapi each other.

4. Response Time Less than 2 Jam

Saya pernah bebel bab ni. Sgt crutial dalam bab online selling. Sila response SEMUA prospek customers anda dalam tempoh 2 jam. Lagi cepat lagi bagus. Camna nak manage ni? Leh godek post2 fb saya sebelum ni. Mv comely dah ajar.

5. Kurangkan PM PM PM!

PM for price - ini budaya yang TIDAK harus diikut. Seller yang telus adalah seller yang bijak. Takut orang lain caras harga? Rezeki Allah bagi.. lagi kita telus lagi kita ikhlas.. Allah lagi suka. Amalkan memberi semua info yang lengkap - kebaikan produk, harga dan cara atau nombor telefon utk buat belian. Kalau ada lagi customer yg minta pm, layanlah dengan berhemah.. dia telah terbiasa ngn tradisi PM PM PM.

6. Target Untuk Jadi Agent dan Stokis.

Dropshiper adalah level paling asas. Sesuai utk belajar buat sales. Bila dah yakin, upgrade diri jadi Agen - boleh simpan stok dan jualan lebih laju bila ada stok di tangan! Margin keuntungan juga lebih besar! Dan boleh juga upgrade utk jadi stokis supaya anda sendiri dapat bina team agen dan dropship di bawah kelolaan anda sendiri - agensi anda sendiri!

Ok penat saya taip...
Banyak lagi point vital yg saya nak sampaikan...
But maybe bukan malam ni..

See? Untungnya anda kalau join kami di MV Comely.. semuanya kami dah fikirkan dengan secara professional untuk anda bermula dengan langkah yang betul.

Buat para dropship kami, personal coaching and group support akan kami lancarkan soon, diketuai oleh saya dan founder, Puan Masviona Nas sendiri.

Harap info bermanfaat.

Saya tak beri keizinan jika anda copy paste ilmu saya ni tapi saya izinkan anda tekan button SHARE dan LIKE.

assalamualaikum selamat berniaga.

.
Nash
Head of Marketing & Promotions 
#mvcomely 

Thursday, June 09, 2016

Pelepasan Cukai Perniagaan dan Kereta Kenderaan.



"Hey Abu Punggong Songket! wahh.. beli kete mahal².. masyukk la ko ni skrg ek?"


"Laaa.. hang ke Man Lubang Hidung Besaq Sebelah! Aku tak cam dah aihh.. hang dah gemok kot!


Takdak la masyuk sangat.. aku ni orang nega... mula² aku nak pi beli keta biasa² jaa.. tapi aku dok dengaq orang kata untuk kurangkan cukai company, baik aku pi beli kete canggih² sikit ataih nama company! Untung la aku takyah bayaq mahai² cukai tu!"
.
.
Ini adalah DONGENGAN yang kurang tepat!


Untuk kenderaan company bukan komersil yang di declare, kenderaan MEWAH rm150,000 ke atas, pengecualian hanya sekitar rm50k sahaja.


Walhal untuk kenderaan bawah 150,000-100,000 leh tuntut pelepasan rm100,000


Kalau kenderaan bawah 100,000 boleh tuntut nilai asal..


Tuntutan ialah untuk Elaun Modal untuk tahun belian dalam financial year tersebut. Selepas itu dituntut sebagai depreciation.


Memang la BEST pakai kete mewah konon lambang status dan kemegahan..


Tapi kita ni peniaga SME, hujung bulan pun tergaru kepala lagi nak korek duit nak bayar segala macam bill...


Awat laa hang pi beli kete mahal²..
Roadtax mahal...
Maintenance mahal...
Tayar mahal..
Minyak kene pakai ron97... ron mahal..
Nak parking takleh parking kat tempat cikai.. nanti ruang tak muat gesel ngn kete sebelah.. hang kene parking kat valet parking.. mahal...
mahal.. mahal... dan mahal segalanya


Hang lebur duit hang lagi banyak kat situ daripada hang dapat KEUNTUNGAN SELEPAS TOLAK CUKAI kalau hang pakai kete yang ok² jaaa..


"Tapi hang dah beli kan kete ni wahai Abu Punggong Songket? Meh la kita lenjan sambil hang berhuhuhuhuuuu kira duit yang lebur"


Jadilah bijak.


Sistem yang diperkenal boleh dimanipulasi sebaiknya.. so kenalilah sistem negara kita ni elok² baru la nampak tang mana yang kita leh squeeze...


.
Nash
Peneraju Rangkaian Party Shop di Malaysia
‪#‎glowingpartyhouse
www.glowingpartyhouse.com
.
Head of Marketing & Promotions
‪#‎mvComely
www.facebook.com/mvComelyHQ











Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

Sunday, June 05, 2016

Fraser Place, Cool Hotel in The KL City Centre

Unplanned Staycation kami sefamily kali nih, kami berkesempatan untuk stay 2 hari satu malam di Fraser Place, Kuala Lumpur



Ruang Lobby yang sangat spacious, kemas dan wangi cuma that day nampak agak messy sket sebab ada kerja-kerja maintanace sket......rasanya berkaitan dengan aircond kot.

Kat lobby ada disediakan sebakul green apple....free je sesapa pun boleh ambil as a hotel complimentary lah tuh kot.

Bukan tuh saje ada juga disediakan coffee free so sesambil nak menunggu ke apa sambil baca paper boleh pekena kopi panas jugak konsepnya kot.



Kisahnya masa 29 May 2016 hari tu kan birthday en Prebetsabu tapi disebabkan membizi yang bukan LLB (read: Look Like Busy) but betul-betul punya busy tahap Kak Memahhhh bini PM Mesia hehehe so terpaksalah celebrate belated gitu.

Pagi tuh survey memana hotel yang dirasakan best then booking online terus. Saya memula terbekenan lah nak stay kat InterContinental Hotel, KL tapi bila call nak booking semua fully Booked. Frust Gileerrrrrr.

So cari punya carik last-last en Prebetsabu suggest Fraser Place nih je so membooking lah kita ada rezeki dapat pula. So terus pack baju dan barang-barang semua singgah kedai dulu settle kan apa-apa yang perlu then barulah gerak ke sini.

Kami memang tak buat apa-apa pun just lepak-lepak tidur borak-borak layan anak dara....feeling lazy dan chillax je. Cuma petang tu kejap je ambil peluang jenjalan shopping kat KLCC....jalan kaki je sebab hotel ni betul2 belakang KLCC je. Ada management hotel sediakan shuttle bas tapi weols saje je berangan nak fefeling tourist kan melihat keindahan kota metropolitan Kuala Lumpur hehehe. Exercise lah sket kan ahaksss.

Malam tu lepas balik shopping xde buat apa pun just lepak tidur kat bilik hotel je tapi sempat lah avin damia membodek weols temankan dia mandi kat pool jap. 





Ini gambar snap keesokkannya tuh, poolnya tak ade lah besar sangat tapi masih ok lah sebab lengkap semua kemudahan yang perlu ada di sebuah swimming pool gitu. Jadi lah boleh lah anak-anak nak lepas hajat. Biasalah anak dara weols nih kalau duduk hotel syaratnya sudah pasti nak kena ada pool.



Breakfast disediakan di floor 8 if im not mistaken. Suka sangat tengok decoration kat dinding kat Swatches nih cantik sangat.



Kat Fraser Place ni, satu point yang boleh dibanggakan adalah diorg punya security level memang boleh dikagumi jugak ler cause untuk naik ke setiap floor hanya dibenarkan untuk individu yang mempunyai kad access sahaja so kalau uols nih tetiba nak menceroboh naik ke mana-mana floor guna lift memang tak dapat lah unless korang tumpang orang lain punya.

Tapi sebenarnya yang weols sattu family tertarik ngan Fraser Place nih sebenarnya adala sebab keunikan dia bilik sangat luas siap dengan kemudahan kitchen lagi kan. Kitchen pula sanagt-sangat best sebab konsepnya modern kitchen with new appliances. Canggih gak ler siap anak dara terwow wow bila bukak almari sinki tuh bukak je pintu dia terus terbuka penutup dustbin kat bawah tuh. sangat-sangat praktikal lah.

Nak cerita lebih-lebih pun tak boleh sebab hari tu weols memang plan nak rehat-rehat je so tak delah ambil gambar lelebih kan nasib baik ler anak dara sempat ambil video masa memula sampai tuh.

Nampak jelas lah kat situ keterujaan dia ngan Fraser Place, Kuala Lumpur nih. Hehe......uols tengok jelah video kat bawah nih eh.


video




Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

Thursday, June 02, 2016

Advert - Inteam by MV Comely - Premium Feminine Intimate Hygiene !






[KAUM HAWA SEKALIAN!]

Perghhh! Cantiknya Comelss ni semua.. putih melepak manis dipandang.

Itu semua pada pandangan yang tersurat.
Tapi, camna pula dengan yang tersirat tu? Elok ke dijaga rapi?

Hilangkanlah b@u, keGata1an, kepu7ihan dan tidak selesa sewaktu datang b0olan! Dan mari kita merapa7kan lagi apa yang telah semakin longgar!
(Maaf ahkak ni terpaksa twist ayat sikit.. hehehe)
Guna ‪#‎inteamByMvComely‬ untuk lebih yakin diri!
Order sekarang! Sekarang juga!
Whatsapp 0126720340
Whatsapp 0126720340
Lawati juga blog kami untuk penerangan lanjut diwww.mvcomely.blogspot.my

Order tau! Siapa lagi nak jaga kalau bukan kita sendiri? Barulah ada ummphh!
"Letak je kat tangan, dah bau fresh! Tu belum kita guna lagi tu tapi dah rasa best!"
Ye uols! Ramuan kami diperbuat dari adunan tersendiri, memang berbeza dari yang lain! Peratusan campuran juga tinggi supaya kita terjaga dengan efektif.
Produk hebat yang dihasilkan dari kita, untuk kita!
#inteamByMVComely menggunakan formula ramuan dengan peratusan yang tersendiri bagi memastikan ianya berkesan dan bukan hanya gimik!
Produk Bumiputra, Halal dan patuh kepada semua standard pengilangan!
Harga untuk sebotol 100ml Inteam ni hanya Rm49 utk semenanjung Malaysia dan rm59 utk Sabah/Sarawak.


Ye comelss... 100ml botol besar untuk ramuan terkini dan mUujarab ni hanya RM49!!
Apa tunggu lagi, boleh PM kami di page ni sekarang untuk pembelian segera. (Tolong jangan minta kami PM anda sebab setting tak boleh nanti...huhu)
Atau whatsapp 0126720340.
Whatsapp 0126720340.
Cod juga boleh dibuat di pejabat kami di Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi.
Jemput klik http://mvcomely.blogspot.my/ untuk testimoni yang lain juga!

LIKE FB page www.facebook.com/mvcomelyHQ

Kualiti adalah kami.
Kualiti adalah Comely.
Salam Comel, Sihat, Cantik dan Gorjes!
*Berminat untuk menjadi AGENT atau DROPSHIP? Dengan pengalaman luas Founder syarikat di dalam bidang perniagaan, pastinya anda semua akan dibimbing dan menjana keuntungan serta pendapatan. Merketing yang berterusan dan kualiti produk pasti akan memudahkan urusan anda!
#inteamByMvComely
‪#‎mvcomely‬


Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!