Header

Thursday, August 17, 2017

Skill asas dalam berniaga ini membuatkan kami berjaya ke tahap ini.

KAU BUAT, KAU DAPAT!
---------------------------------------

Ini, tahun 2010.

Masa ni, Glowing Party House hanya beroperasi dari rumah.

Happy betul muka brother customers kami ni dapat belon pagi buta.

Bilik tingkat bawah rumah kami dijadikan stor simpan barang niaga. Kat beranda rumah ada 1 tank helium (sampai sekarang kami masih simpan tank tu, kami nak jadikan warisan utk cucu cicit kami jadikan tauladan.. kisah Nanny and Granddad depa mula niaga hahah)

Memang tiap hari seawal jam 6am pasti ada yang datang ke rumah kami untuk selfpickup belon-belon.

.

DISIPLIN.
---------------------------------------
Ini part yang ramai gagal kawalselia.
Kau ingat camna kami boleh kumpul duit sampai dapat modal nak dump untuk sewa kedai?

Kenapa kami beriya tekad dan nekad pasang impian untuk berkedai?

Kerana nature of business kami "mewajibkan" kami berkedai supaya kami berpeluang untuk dapatkan sale yang lebih tinggi!

Setiap jualan kami, kami akan asingkan sesiap untuk rolling and kumpul modal. Kami ikat perut. Masa ni sumber pendapatan lain dah zero. Yilek.. mmg 100% berharap pada keuntungan jual belon.

.

BERNIAGA MESTI KENA UNTUNG.
---------------------------------------
Kami buat market research, cakna dan ambil tahu harga pasaran untuk produk kami - belon.

Kami TIDAK MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENJUAL DI BAWAH HARGA MARKET. Ramai newbies yamg semacam diajar untuk rendahkan harga dari harga market;

Dengan tujuan dan matlamat kononnya nak cepat dapat grab the market.

Ini KESILAPAN yang amat BESAR. Existing player tetapkan harga pasaran sedemikian kerana mereka dah UJI dan ALAMI market secara LIVE, dan mereka DAPATI harga tersebut adalah harga BOLEH JUAL, dan memberi KEUNTUNGAN setimpal!

Kau masuk padang baru, kau buat kepala kau, spoil market dan eventually kau sendiri makan pasir.

Sepatutnya kau FOLLOW harga market, jangan jadikan strategy permainan harga sebagai pemula bicara kau dalam game industry.. kelak akan makan diri.

Kau tingkatkan SERVIS kualiti dan fahami selok belok MARKETING dan SALES. Itu game yang betul!

Jangan sampai big player dalam industry tu goncang harga pulak.. depa stok n skill dah tinggi.. nanti kau yang lebih merana.

.

JANGAN BERPATAH BALIK TERLALU AWAL.
---------------------------------------
Kalau kau expect dalam tempoh 6 bulan pertama, kau dah boleh belikan wife kau handbag Chanel ke, LV ke or even Coach ke.. kau punya otak ada mereng sikit kat dalam tu.

Even mungkin, Kau akan "suffer" lebih dari 6 bulan kalau rentak kau tak susun leklok.

So, jangan putus asa terlalu awal.

Mana tau, harini kau quit, mungkin sebenarnya rezeki perniagaan kau lagi seminggu kalau kau bertahan, mencurah-curah order from customers yang dok wait n see selama ni..

Melepaslah kau.

Apa patut kau buat, kau perkemaskan MARKETING MARKETING MARKETING.

.

ASAS.
---------------------------------------
Apa yang aku cerita malam buta ni hanya asas.
Terlalu basic.
Kalau yang basic ni pun kau rasa takleh nak commit and takleh terima pendapat aku;

Kau JANGAN TERJUN BIDANG NIAGA.

Noktah.

Alhamdulillah dengan prinsip asas ni lah kami pecut dapat buka 3 outlets and 1 warehouse.

.

Aku nak tidur. Entah kenapa malam ni aku rasa syahdu tengok kenangan lama.

Nak mengadu ngan bini jap.. 

*Info gini, kalau kau SHARE lagi bagus dari share gosip entah apape.

.
#TuanNasron 
#BangsaNiaga
#GlowingParty™
Camna?

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!