Header

Saturday, December 02, 2017

6 tips wajib sebelum anda travel oversea!

Since ekonomi Malaysia berada pada tahap "TERBAIK" dan ramai warga yang habiskan cuti sekolah ni di luar negara..

And since aku takde nak ulas hal bisnes, meh aku sarung topi and bercakap ala-ala nama pena blog aku yang dulu; Prebetsabu.

Dulu aku selalu tulis tips berkenaan travel n finance..

Episod kali ni aku nak bagi tips pasal travel.
.

Checklist "wajib" sebelum berangkat ke luar negara:

1- Semak blacklist di web imigresen. Boleh google "Semak senaraihitam imigresen" kalau clear, ok! PTPTN bayar? Cukai bayar?

2- Pastikan passport valid atleast 6 BULAN lagi. Kalau kurang sila renew segera. 2 jam pun leh siap kat imigresen pusat.

3- Dah beli tiket flight, sila belajar dan dapatkan info jika negara tu perlukan visa lawatan. Apply segera. Check di kedutaan negara yang anda nak lawati. China, India, USA, Australia, Arab adalah antara negara yang mewajibkan Visa. Ada negara boleh apply online ada yang mesti hadir ke pejabat or kedutaan.

4- Aktifkan roaming telefon. Call helpline telco anda. Kami guna Celcom so call 1111, telco lain korang carik lah! Bagitau soh aktifkan roaming and tanya pakej terkini. Celcom now ada pakej RM138 unlimited call n sms serta data 3gb selama seminggu. Berbaloi! Cek juga had kredit.. ejas ikut kesesuaian. Pastikan kau paham arahan pegawai tu ajar utk pilih line masa kat negara sana ikut company yg JV ngn dia.. jangan kau set auto nanti bill sampai kau bising sana sini kata tertipu caj ribu2 padahal time pegawai explain kau konon tau n tak dengar and pahamkan bebetul.. maklumlah kau rasa kau bagus sangatlah.. kan nak ke luar negara... puikkkk ego!

5- Inform bank pengeluar credit card anda soh aktifkan utk perbelanjaan kad kredit di luar negara. Beritahu mereka lokasi negara lawatan serta tarikh.. nanti bank takkan flagged trxn tu sbg fraud and kemungkinan utk di decline. Credit card penting utk belanja tambahan (jika perlu).

6- Inform bank pengeluar kad atm anda. Aktifkan kemudahan utk pengeluaran antarabangsa. Setiap trxn akan dicaj rm10.60 dan exchange rate ikut rate terkini bank tersebut. Had limit juga ikut had limit RM yg dh diset.. biasanya rm3000 sehari. Tinggikan limit jika ke negara yg kita jangka perlu duit tambahan. Ini penting utk contigency plan kalau-kalau kau lupa diri terbelanja cash terlebih kahkah.. mana nak cekau duit kat negara orang nanti?
.

Itu 6 langkah WAJIB kau perlu buat utk memudahkan urusan kau kat negara orang.

Kita perlu beringat dan sentiasa sediakan backup plan.

Jangan nanti berlaku masalah kat negara orang, menggelupur plak kau..

Point 5 & 6 ramai orang lepas pandang. Berkenaan kad kredit dan ATM. 

Semua benda perlu duit.. dan tools utk menyalirkan duit kau perlu get ready sentiasa tersedia bila kau perlukan.
.

Semoga bermanfaat.

Prebetsabu signing out! 
Rindu pulak ngn blog www.masviona.com, kan Masviona Muhamad?
.

Post yang ni digalakkan korang Share.

Ramai yang berkobar nak bercuti luar negara especially 1st timer tapi bende gini takde siapa ajar... kesian...
.

Kahkahkah 
Yak bokteee 

.
#TuanNasron 
#BangsaNiaga
Camna?

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!