Header

Friday, December 14, 2018

Dokumentari Road Trip KL - Krabi Part 1

Dokumentari Adhoc Road Trip Travel KL - Krabi.

Selalu aku post entry camni kat blog haha.. kali ni aku tgh rajin sementara mata leh lawan lagi ni tak tidur semalaman.
.

Trip kali ni macam kerja orang gila.

Wife kata jom gi cuti!

Aku kata, on! Kita test kete baru!

Wife tanya, lokasi? 

Aku jawap, entah. Siapkan je lah barang2 baju utk 3-4 hari. Bawak je sekali passport kot2 nak seberang ke apa ke.. yang pasti belah utara!
.

Actually ni bukan 1st drive kami ke tanah Siam.
Dah banyak kali.

Hatyai dah biasa berkali-kali.

Yang paling jauh ialah ke Koh Samui drive kira2 1k km naik Accord last 2 years tak silap.

It was an experience lah.. siap kete broke down.. minyak plak kehabisan hahaha hadoi cabaran!
.

So ini itinerary kami, mana tau leh jadikan panduan.
.

Day 1.
Ahad 9 Dec 2018
==========

Subuh bangkit, aku tengok wife Masviona Muhamad dulu lagi dah aktif. Siap bagitau dah packing segala bagai baju2 n kelengkapan.

Wahhh dia serius lah ngn dialog sembang2 nak g bercuti tanpa arah tu!

Tiada planning!
Tiada tempahan bilik!
Tiada route!
Tiada jadual!
Semuanya terjah!

So kita pun proceed. Part aku macam biasa take charge barang2 gadget punya chargers etc. Semua laptops kami bawa. Itulah office kami! Cuti pun kami on standby mode bekerja!

Jam 8am.

Kami gerak from Kajang. Minyak ada half tank tak silap. Bateri hybrid dah full caj leh pergi max 30km. 

Now knowing what we would be facing.. kami berdoa semiga perjalanan kami utk berkelana di bumi Allah ni dipermudah.

Kami cruising ke hiway Utara-Selatan, menghala utara dari Jln Duta.

Around jam 930am, nampak signboard Tg Malim.

Eh syiok jugak ni kalau stip breakfast kat Pau Yik Mun dlm bandar. 

Exit toll, rapat kiri, jalan dalam 5km, sampai lah kita kat jumction bdr Tg Malim. Pau Yik Mun ada di sebelah kanan.

Had our big breakfast there. Aku makan nasik ayam!

Avin hairan kenapa kedai biasa2 camtu tapi ramai orang. Dia tanya ni tempat bersejarah ke? Tak hipstur pun tapi ramai orang.

😂

Made a bit explanation to her pasal Yik Mun ni.. bergenerasi dah.
Ini sinonim dgn semangat MUHIBBAH Malaysia.

Cina Melayu India boleh duduk sebumbung dan bermasyarakat asalkan semua TAHU MENGHORMATI HAK DAN BATASAN MASING-MASING.

Semua orang boleh hidup aman di Malaysia. Prosper.

Around 11am lepas perut kenyang, masuk balik Hiway. Damage done, around RM30.

Cadang nak lunch somewhere in Ipoh.

Tapi macam baru sangat aritu gi Ipoh.. so lajak lagi ke depan.. ingat nak singgah Taiping lepak tasik mengimbau lenangan zaman bercinta dulu hahaha

Tapi pikir, tengahari camni takkan nak lepak tasik!

Last2 atas lagi. Sampai ke exit Kuala Kangsar.
Eh macam syiok je ni nak terjah jap Bdr Diraja Perak ni.

Masuk KK, search google apa lunch terbaik sini.

Sekali kedai banyak tutup daaa Ahad! Kedai yang kami nak pi tu pun tutup hahah.. Teratak Warisan Kampung.

So cari next kedai. Buka!

Selera Kampung Bendang Panjang. Tak berapa selera kampung lah menu dia.. pelbagai moden! Environment selesa dan cozy bawah pokok redup. Damage, Rm20+

Jam 2pm+ kita start enjin Volvo dan terus masuk hiway lagi.

Next, nak masuk Pulau Pinang. Nak gi George Town area nak tengok Heritage Suffolk.

Penang Bridge sedikit sesak. As usual, jambatan ni sentiasa menerujakan. Avin eksaited naik jambatan bersejarah yg pernah pegang title jambatan terpanjang ni.

Jam 4pm sampai di Suffolk. Ramai orang maybe ada function. Ingat nak enjoy hi tea kat tempat ni.

So decided utk gi terjah tempat lain dulu and later singgah balik ke Suffolk ni.

So next, kita gi area Avatar Garden. Lepak2 kat tepi laut 😍 panjat2 batu haha.

Picit Waze soh hantar ke Avatar Garden..

Bila sampai je rasa pelik.. awat garden ni tokong je.. salah hantar ke apa ni haha

Rupanya garden tu belakang tokong. Masuk tokong ni parking rm5.

Tepi tokong ada pantai.. cantik! Lepak amik gambar menikmati pemandangan situ.

Nak masuk Avatar Garden tu belum gelap plak.. so lampu2 avatar dia tak buka lah lagi..

By 600pm kami decide utk stroll back to Suffolk house..

Sampai Suffolk, tanya staff situ do they serve halal food?

Staff kata daging halal tapi ada serve wine n alcohol... ermmm.. usya menu.. spaghetti rn50 kahkahkah ini betul fine dining!

Kami pun just amik gambar je lah buat kenangan... baca sekali sejarah pasal rumah tu yang dah dibaik pulih.

So ke mana kita nak makan? Last2 decide nak makan pesembur je.

Drive gi Padang Kota. Alamak parking full! Hahaha!

Akhirnya makan kat Restoran Kapitan je.

Kami tinggalkan Penang dalam jam 930pm... dok pikir nak tidoq mana... loqstaq ka sg petani kaa..

Last2 lajak sampai Jitra hahahah ikut suka aku ja drive!

Pi cari hotel. Call kaunter utk published rate.. pastu tgk Agoda mana lagi murah... hihihi.. book kat Agoda teruih!

Sampai bilik... Avin lapaq lagi pulak!

Aku pun sebagai bapa mithali gagah lagi berani pi jalan kaki malam buta cari nasi utk anak.

Balik bilik, sambung sat buat gheja kat laptop settle terus tidoq berdengkuq 😂

Tapi nanti lah kita sambung..

Penat kau tahu tak menaip ni?

Kahkahkah

Maka settle Day 1.
Kajang - Tg Malim - Kuala Kangsar - Penang island - Jitra.

Tunggu je lah Part 2. 

.
Nash 💖 Masviona Muhamad
#AdhovGetaway 
#ImpromptuRoadTrip 
#Day1

Wednesday, October 03, 2018

Ponteng Sehari Sebelum Atau Selepas Cuti Umum Di Malaysia




Bulan September hari tu kan banyak cuti umum kan, syoklah pekerja nak bekerja time tu kan. Nak-nak kalau company yang jenis sapu bersih semua cuti umum yang kerajaan declare.
As for Glowing Concept kami hanya declared 11 hari sahaja cuti umum bergaji setahun (jika bekerja) ye. Namun begitu majikan masih ada hak untuk meminta pekerja bekerja pada hari-hari tersebut dengan syarat bayar lebih la.
Itu yang selalu kita dengar best lah kau hari ni double pay...triple pay semua tu kan.
Namun awas ye, ye ada syaratnya
Kalau korang ada niat tak baik, pulun nak datang kerja time cuti umum tapi sehari selepas tu menghilang tanpa khabar berita tak boleh ye, ataupun sebelum tu korang dah sedap2 layan tidur dekat rumah lepas tu esoknya mentang-mentang triple pay korang datang kerja macam biasa.
Sedarkah korang perbuatan korang yang sengaja tak datang kerja sehari sebelum atau selepas umum tu akan menyebabkan korang hilang kelayakkan keatas bayaran lebih untuk cuti umum tu ye.
Eh betul ke?
Yelah betulah lah ini bukan saya yang kata tapi akta buruh yang kata ye.
"Seksyen 60 D (2) Akta Kerja 1955 menggariskan syarat-syarat hadir kerja sebelum atau selepas cuti umum sebelum pekerja berhak kepada cuti umum berbayar. Maksud ketidakhadiran di sini adalah tanpa kebenaran majikan (AWOL) dan tanpa alasan yang munasabah."
So,
Jadilah pekerja yang jujur, amanah dan bertanggungjawab demi untuk hidup yang lebih berkat dan bermakna. Ok semua 

Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

Wednesday, September 12, 2018

Relevan lagikah membeli rumah di waktu muda?

Dengan market dan situasi pasaran hartanah semasa, aku berpandangan buat mereka yang baru mula bertapak agar tidak terburu-buru untuk membeli rumah yang pertama!

Dulu memang aku berpegang pada pandangan;
"Beli rumah seawal usia yang mungkin agar ianya menjadi investment suatu hari kelak!"
.

Now, aku sendiri mula berubah pandangan. Rumah sebagai aset investment? Tidak lagi terpakai pada zaman sekarang.

Cuba lihat pada mereka-mereka yang dah beli rumah pada sekitar 2011-2015 yang lalu..

Adakah mereka mampu menjualnya kembali pada harga market?

Silap-silap, kebanyakannya jika terpaksa jual, semuanya jual pada bawah harga pasaran, bahkan ada segelintir yang terpaksa berjual rugi!

Hanya yang mempunyai holding power je leh pertahan serve the banks..

Yang lain, especially yang baru nak bertapak tapi terpesona dengan para player hartanah yang main flip lah apa lah, nampak untung berganda lepas 5 tahun.. now menyesal tak sudah!
.

Now, harga average rumah apartment sekitar 400-550k!

Berapa ramai mereka yang baru nak bertapak yang mampu untuk fork out 10% deposit?

Weeiiiii rm50k bukan sedikit!

Tu belum kira installment bank! Paling tidak rm3k sebulan!
.

Jadi apa penyelesaiannya?

Kau menyewalah!

Rate sewa dalam rm1600 kau dah dapat rumah yang cukup lebih dari selesa.

Yang mana kalau kau beli, kau kena bayar lebih rm3k bulanan dan sekurang-kurangnya 50k deposit!
.

Banyak benda kau selaku startup boleh buat dengan wang lebihan tersebut. Ianya cashflow  yang positif.

Cash is definitely king!

Kau duduk di rumah yang "disubsidi" oleh landlord. Ianya win-win situation.
.

Dan dengan komitmen sewaan tersebut kau tidak terikat sepertimana drngan bank!

Andai kau berpindah tempat kerja, kau pack and angkut barang kau, cari pula rumah sewa dekat opis baru.

Masa pun kau jimat.. tak perlu ulang alik jauh ke tenpat kerja kau..

Kau jimat kos perjalanan dan paling penting KOS MASA!

Kau ada lebih banyak masa terluang daripada kau beli umah ceruk mana sebab kau nak umah yang mampu milik... tapi kau dah rugi MASA!
.

Sampai bila kau harus menyewa?

Sampai kau sudah cukup selesa dengan pekerjaan/perniagaan kau.

Kwsp kau pun dah penuh.. bolehlah mula berfikir untuk membeli.
.

Ingat, kita sebagai startup tak kira berniaga atau bekerja, kita perlukan KUASA cash.

Manipulate cash yang kau ada untuk kegunaan SEMASA dan kemudian kau parallelkan dengan kegunaan FUTURE.
.

Zaman sekarang sudah tak relevan untuk miliki kediaman pertama secepat mungkin!

Terlalu banyak projek baru menyebabkan projek lama tak boleh nak jual tinggi pun..

Dan masing-masing harga dah melampau.
.

Bertindaklah ikut reality semasa.

Tiada salahnya kita menyewa andai itu strategi kita untuk masa akan datang..

Daripada beriya nak gah and nampak hebat..
"Seawal umur 20 tahun lelaki ini telah berjaya membeli sebuah rumah!"

Padahal menanggung bebanan hutang tinggi dengan bank!

Mari kita sama-sama fikirkan.

Jangan kita biarkan diri digari bank!

.
Nash 💖 Masviona Muhamad
Adapt To Current Situation.
#BangsaNiaga

Kiraan stamp duty hartanah

Ok. Tadi siang aku ada hantar post argue berkenaan stamp duty pembelian hartanah.

Malam ni ada free time, meh aku try explain pasal stamp duty, yang mana ianya juga adalah kos pemilikan rumah!
.

Stamp duty ni adalah cukai. Dibayar kepada kerajaan.

Rate sekarang;

1st 100k 1%
101k to 500k 2%
501k to 1m 3%
1m above 4%!

Fuuhh!
.

Jadi kalau rumah kau beli tu rm350k, kau kena bayar cukai stem/cukai taksiran/stamp duty(sama makna banyak istilah) ni sebanyak RM6000.

So kos pemilikan kau bertambah lagi rm6k.
.

Tapi jangan risau.
Tahun 2018 gomen dah bagi pelepasan.

Untuk rumah pertama, for the 1st 300k, gomen bagi exemption.

Bermakna ada penjimatan sehingga rm5k.

Now kos cukai kau hanya rm1k sahajalah jika rumah tu rm350k.
.

Bagaimana drngan legal fee?
Dan juga MOT?

Ini semua kena bayar juga.

Ahhh kau tanyalah pada ajen hartanah kau!
Soh dia tolong kirakan!

Hahaha!

Jangan terkejut andai ada agent yg tatau pun cmna nak kira.. huuuu
.

Makanya aku masih berpendapat, adalah relevan untuk zaman sekarang, jangan terburu-buru beli rumah!

Chain reaction.. low demand nanti rumah turun ler... itu pun nak kena aku sebut ke? 

.
Nash
Pelan-pelan Buka Gari
#BangsaNiaga

Thursday, August 30, 2018

KESILAPAN KAMI KETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN CAR WASH, UNTUK KITA SAMA-SAMA PELAJARI.

KESILAPAN KAMI KETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN CAR WASH, UNTUK KITA SAMA-SAMA PELAJARI.

Since ada permintaan minta aku huraikan mengapa kami boleh kecundang dalam perniagaan car wash kami circa 2007 haritu, meh aku list out beberapa points agar dapat kita bersama ambil manfaatnya dan jangan diulang kesilapan kami, shall we?
.

Atas kertas, perancangan kami memang dah cukup baik! Berikut aku nyatakan plus points and strategy yang kami dah bersedia sebelum kami mula perniagaan kami;

1) Modal yang tak berapa besar!
- sewa kedai rm1500 sahaja! (Deposit around rm4500)
- machines; water jet, snow mixer, air compressor, vacuum total around rm3k (sekenhen, utk startup)
- other tools; kain absorbent, sabun snow, chemicals etc around rm1k
- total up gedebuk gebedak hanya less rm10k utk kedai up n running.

2) Selling Points
- kau tengok, dari 2006-2007 lagi kami dah pikir bende ni.. kau, masuk kelas sana sini baru tau apa tu USP kahkah
- USP killer kami, ialah KAMI PIONEER!
- tiada car wash yang selesa pada masa tu. Kebanyakannya di bawah pokok, maka kami create car wash dalam building, siap lounge! Ada TV, ruang solat, Wifi, toilet, newspapers, magazines & mesin urut!
- car wash biasanya hanya cuci luar and vacum dalam. Extra service polish & wash. Tapi kami different! Kami tembak angin upholstry and dashboard kereta, seat etc. Habuk celah-celah semua hilang!

3) Technical Expertise
- since aku memang tak reti operate machine carwash, kebetulan pakcik kami mmg ada pengalaman, so kami import dia bawak Kajang and lead me & the team technically.
- aku pun banyak buat kajian tentang cara pembasuhan kereta; cthnya basuh dari body atas dahulu membawa ke bahagian bawah agar pasir tak lekat and calarkan upper body. Kami iklankan and tampal di serata dalam kedai agar customers tau, kami belai kereta mereka!

4) Repetition
- car wash ni, bisnes yang tinggi repetition of customers. Dengan selling points kami di atas, kami percaya mereka akan lekat pada kami.

5) Upselling & Cross selling
- kami pelbagaikan servis: sapu RainX, jual RainX, polisher & wax, headlamp cleaning, 3 layer polish & wax, dashboard shine etc.
- kami letak chiller, jual air tin n air kotak. Pastu letak kelapa jelly. Side income yg tak berapa nak side lah! Byk untung ni!
- ermm masa ni kami panggil produk & servis tambahan je.. tak pandai term upsell n cross sell lagi hihihi

6) Added Personal Touch & Loyalty
- Sambil shine tayar, SOP kami akan intai bunga tayar.. kalau botak kami akan inform customer (perghh SOP! Time ni kami panggil "wajib buat" je hohohoo)
- masa lap air, kami akan buka boot n bonnet engine bay juga lap kering bahagian tepi and keluarkan daun kering, sambil tu "wajib buat" kami ialah intai level air and sabun wiper dan beritahu cust. (Minyak itam idok lerrr itu biar bengkel lah!)
- kami tampal sticker di windscreen belah dalam sama macam sticker servis kereta tu.. ada logo, nombor telefon ngn ayat power. ayat tak ingat dah haahha!
- kami buat package loyalty; Membership. Print kertas and laminate agar nampak professional.. org lain buat kertas cop huduhhh

7) Premium Pricing
- dengan 6 points di atas, kau rasa kami nak letak harga macam car wash bawah pokok cherry tu? Rate masa tu rm9 sedan... sorry! Kami letak premium pricing, starts from rm11! Masih mematuhi adab berniaga dalam Islam, jangan LEBIH or KURANG price 30% from market price. Kami tak rosakkan harga market, bahkan kami menaikkan standard market car wash!
.

So, dengan target kami hanya 20 biji kereta sehari buat basic cleaning servis sahaja, kami sudah boleh cover cost dan dapat untung!

Yup, tu kalau basic cleaning sahaja. Belum lagi jualan air, RainX, servis tambahan mcm wax n polish tu!

Dan jangan lupa, hasil kerja keras isteri, Masviona Muhamad gi terjah car dealers tu, Nissan, Perodua, Proton dan used car serta kereta sewa sekitar jadikan kami sebagai panel car wash mereka! Kami ada few hundreds of ready customers already!

Juga geng Teksi! Mereka ni SETIAP HARI basuh kereta tau! Kami ikat dan beri special rate! Ini pun pelanggan yang sudah confirm ada!

Boleh dikatakan tiap bulan memang ada untung!

Kami siap upgrade beli new sets of machines lepas 3 bulan operasi oiii! Beli compressor yang besar HP, tukar vacuum yang heavy duty siap, beli plak mesin polisher yg macam grinder tu!

Perghh indah bukan?
Menjadi betul bisnes nii!!
.

Tapi... kenapa kami gagal juga?

Haaa sampai jugak bab ni!
.

Baiklah.. 
Berikut adalah sebab kenapa kami gagal.

1) TIADA DISIPLIN DUIT.

- Walau perniagaan kami berdaftar, ada SSM, ada lesen premis MPKJ, ada bank account perniagaan, tapi kami culas! 

Maklumler... cash transaction beb! Memang gelap mata!

Duit jualan kami tak bankin semua pun kahkahkah! Enjoyyy hoiiii hahhaha

2) TIADA PENGALAMAN MENGURUSKAN MANUSIA

- Staffing issues. Masa ni memang carca merba. Employ family members.. tak capai kehendak kita sebagai majikan. Serba tak kena.. tak tegur jadi carca merba.. tegur, sentap pula. Kami pun masa ni hati belum kental.. mudah cair kahkah

3) TAKUT PADA PERSAINGAN

- Cukup 8 bulan kami beroperasi, mungkin dek kerana prestasi yang baik, customers yang tak putus, tetiba buka pula 1 lagi car wash yang sama konsep kat seberang jalan kahkahkah!

Kami panik! 

4) MASA & FOKUS

- Aku time ni tengah sedap makan gaji, jawatan pun boleh tahan.

Dan pula aku menguruskan projek sistem yang digunapakai seluruh Malaysia. Banyak masa aku habis untuk outstation juga. Sejak mula setup car wash, aku banyak "mengelat" utk outstation. Clients aku sudah bising katanya Boss susah nak jumpa dah sekarang.

Tambahan, tahun 2006 kami baru pindah masuk rumah baru. Banyak kerja renovasi dibuat. Nak urus rumah lagi. Avin pulak 2007 dah ada dengan kami.. so timing lari.

Pengurusan masa kami jadi out. 

Kami hilang fokus.

5) FAKTOR PHD LUARAN!
- Alaa.. PHD.. perasaan hasad dengki..

Dek kerana masalah man power, kami employ 2 bangladesh.

Pergh 2 orang ni kerja memang bagus.. 2 orang ni je dah leh replace 4 orang tenaga kerja local.. serius tak tipu!

Kami dah lega dah masa ni.. dedua bangla ni mmg efisen n boleh diharap. Buka kedai on time. Kedai terjaga bersih. Pelanggan hepi sbb bangla ni ikut semua syarat "wajib buat" tu!

Tapi... mungkin ada yang tidak senang. JTK dan imigresen sudah mula hello hello kami.. katanya ada orang report...

Ermmmm ermmm ermmmm
.

Nah.. sekarang kau tengoklah..

Dari secantik-cantik planning..
Sehingga planning yang mmg proven setelah beroperasi, keuntungan memang dijana..

Tapi dek kerana 5 sebab tu je, hancur beb!

Bagi aku, penyebab terbesar ialah nombor 4.. masa dan fokus.

Masa tu aku rasa keperluan aku untuk banyakkan masa kat kerja hakiki aku..

Tiada keperluan mendesak utk aku maintain bisnes ni sebab gaji kerja hakiki aku pun dah boleh sara Keluarga. 

Perniagaan ini tidak mendatangkan effect "antara hidup dengan mati" bagi kami.. kami layan sebagai "bonus perbelanjaan" kami je masa tu.

Walhal masa kami ambil keputusan utk serahkan kedai kembali kepada landlord, masa tu kami sudah ditawarkan geran bantuan sewaan! Kerajaan tawarkan kami 50% bayaran sewaan ditanggung oleh kerajaan selama 1 tahun!

Selamba je kami tolak dan kami tidak pertahankan pun bisnes ni.
.

Hanya kerana, kami complacent!
Kami sudah selesa dengan status ekonomi kami pada ketika itu.

Ada or takde bisnes ni, kami macam biasa juga. Ada gaji tetap yang besar sudah sedia setiap bulan!
.

Begitulah.

Bagaimana kami bangunkan dan cipta trend car wash seperti mana yang kau lihat pada harini...

Sedikit sebanyak, car wash dalam building yg ada sekarang, dicetuskan ilhamnya dari corak operasi oleh ALHAMRA AUTO SPA asal usul sejarahnya, aku pasti!

Aku harap dengan post panjang berjela ni dapatlah kita sedikit manfaatnya.
.

Bukan aku mendedahkan kelemahan sendiri..
Itu semua kesilapan yang kami lalui suatu ketika dahulu.. dan kami belajar darinya, dan berharap kau dapat belajar sesuatu juga.

Dan aku percaya kalau kau baca and perhalusi setiap points di aras, dari perancangan sehingga kegagalan, ada terlalu banyak pengajaran yang kau boleh relate utk diri kau juga!
.

Seperti yang aku katakan, kejayaan seseorang pada masa kini hanya sesuai untuk dilihat dan dirai sahaja, tapi kagumilah dan pelajarilah dari sejarah beliau!

Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalam.

.
Nash
Bercerita Pada 3.08am, Untuk Disiarkan Pada Umum Keesokan Harinya.
#BangsaNiaga

Antara berniaga TANPA HUTANG vs BERHUTANG.

Antara berniaga TANPA HUTANG vs BERHUTANG. 

Now, here me say this. Jangan nak gebang lah kata kau berniaga tanpa hutang!

Semua peniaga adalah dalam keadaan berhutang. Dalam keadaan pembayaran yang ditangguhkan!

Dengan supllier kau dapat payment term.. itu hutang.

Ok clear bab ni?
.

Bagaimana dengan hutang perniagaan dengan kata yang sebenar-benar hutang?

Business Loan!

Aku pun dulu bangga la jugak bila boleh bercerita, kami berniaga tanpa pinjaman modal, tanpa pinjaman bank.

Kami bidan terjun. Terpaksa berniaga utk survive makan minum. Itu bab lain.
.

Tapi sejak bertahun cebur diri sebagai usahawan, semakin hari aku semakin tak senang dengan kisah-kisah hype berniaga tanpa hutang.

Bagi aku, ni semua hanya merosakkan minda memberi doktrin dan implikasi yang salah!
.

Now, jika ada mana-mana peniaga lain yg tanya pendapat aku, aku akan kata sebegini..

"Kau jangan ikut jejak aku bab loan.. sepatutnya dari day 1st, usahawan dah perlu bersedia and target untuk buat loan suntikan modal perniagaan dia!"
.

Yes dari hari pertama lagi!

Persiapkan diri dan bersedia utk permohonan loan terus.

Sebab apa?

1) Disiplin
- Kau lebih aware dan tahu, bank akan tengok performance niaga kau utk layak meminjam. Semua transaksi mesti debit n credit dari akaun. Kalau duit keluar, ada doc sokongan. Kau tidak merompak bisnes sendiri!

2) Filing
- Kau akan lebih teratur utk urusan pemfailan. Sebab kau tau, utklayak meminjam nanti, kau mesti ada support dokumen.

3) Auditing/Taxation
- Dari 2 point di atas, akan bantu kau mudah utk declare akaun! Kau mesti declare cukai utk kau buat loan.
.

Buruk apanya pinjaman ni?
Kan bagus?

Kalau kau dari awal disemai benih pemikiran "kau jangan buat loan.. kau tak power laa kalau buat loan.. org yg tak buat loan tu power oii!"

Itu semua pembohongan dan kebodohan nyata!
.

Kau dari awal bisnes kalau dah target cukup setahun bisnes aku mesti boleh layak buat loan!

Aku perlukan duit suntikan dari bank utk terus besarkan perniagaan aku.

Growth needs capital!

Nak tunggu cukup duit? Lambat!

Dan dalam berniaga apa jadi kalau lambat?

Lu pikirlah sendiri!
.

Banyak beza antara usahawan yang telah memulakan disiplin setahun awal dan bersedia utk membuat pinjaman..

Vs..

Peniaga yang tengah lepak starbuck pastu kawan peniaga kata "Woi Seman, Bank tu nak habiskan kuota bajet tu! Ada 200k leh apply! Copy paste je proposal cincai2 submit!"

Pastu duit buat entah apape yg dibelanja.

Nampak? 

.
Nash 
Andai Dapat Ku Putar Waktu.
#BangsaNiaga

Belon gimik perlancaran, launching gimmick helium balloons


Pada kita, ringan!
Pada belon, berat!

Belon helium, tidak akan larat untuk membawa beban.

Mereka perlu berjemaah dengan belon helium yang lain dalam kuantiti yang banyak untuk bersama angkat beban bunting.
.

Kau tengok, banyak benda kau boleh belajar dari hukum alam!

Kita ni, benda berat kita pi pulun sorang..
Orang ajak jemaah kau gi cebek je kat orang tu..

.
Nash
Traditional Gimmick Launching.
#BangsaNiaga 
#GlowingParty™ 
#Glowtex™

Tips niaga.


Jika perniagaan kita dah berjaya buat duit terkumpul sebanyak lebih kurang rm50k, apakah priority perancangan korang sbg biz owner, khususnya on retail segment;

1) Spend on Above The Lines Marketing method;

Or

2) Spur the budget for more stocks and variety of merchandises.

Your choice would be?
.

Ni pandangan aku, sebagai input and buah fikiran utk peniaga lain.

Tak perlu go for marketing besar-besaran sekiranya berjaya kumpul rm50k utk 1st round.

Go for option number 2; perbanyakkan stock in hand, dan pelbagaikan barang jualan (mengikut genre biz korang lah opkos.. jgn kedai jual baju kau pi stok up jual spek plak!)
.

Perhatikan kata kunci "1st round" tu penting!

Kau berjaya kumpul rm50k dari perniagaan kau selama ni, sangat bagus! Hebat dan tahniah!

Bukan mudah kan nak buat duit terkumpul banyak tu! (Ramai yang hanyut tgk duit kahkah!)

Ini bermakna marketing strategy kau selama ni dah cukup bagus, MAINTAIN saja, tak perlu ubah BUAT MASA SEKARANG.

Kau belilah stok banyak-banyak and pelbagaikan!
.

Ini kerana orang ramai dah tau kewujudan bisnes kau (hence kau berjaya kumpul rm50k!)

So kau berada pada tahap untuk mempersonakan dan memgWOWkan lagi existing crowds yang ada dengan kepelbagaian stocks jualan.

Nanti existing crowds kau akan jalankan kerja marketing utk kau, tahu?

Dia akan bercerita dgn kenalan dia "kau tahu Bedah, kedai Glowing Party tu macam-macam ado kau tahu tak woiii tahu ke tak???"
.

So, next round kau kumpul lagi approx rm50k, kali ni baru kau go for ATL Marketing! 

Lebih berimpak nanti!

Ni asal bisnes je nak marketing gempak kuar tv kuar radio padahal belum tiba masanya lagi yg sesuai pun...

Nanti dah buat ATL tapi barang jualan hampeh, rosak je nama baik!
.

Pebende Above The Lines bagai ni?

Hmmm.. gi lah study dulu.. 
Panjang pulak aku nak kene buat karangan nanti!
.

Semoga pandangan aku bermanfaat.

Kahkahkah 
Yak bokteee 

.
Nash
Strategi Perlu Kemas.
#BangsaNiaga

Belon helium serta masalah.

Dijadikan kisahnya..

Semalam aku dapat pesanan dari whatsapp berhajat untuk mendapatkan sekali lagi khidmat professional kami.

Last minit, tapi siapa yang hendak menolak rezeki yang masuk, bukan begitu?

Maka perbincangan dan sebut harga pun dilakukan melalui perbualan whatsapp.
.

Pelanggan ini, adalah diantara repeat customers kami.

Beliau dari Lembaga Pertubuhan Peladang. Beliau telah direkemen oleh sahabat saya Mohd Fadli Salleh, yang juga pada asalnya dikenali melalui muka buku ini juga untuk menggunakan khidmat dari kami.

Mereka hendak mengadakan gimik bagi pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan.

Memandangkan hubungan perniagaan yang pernah terjalin sebelum ini, walau tempahannya agak last minit, tetapi kami terima juga.

Kerana kami tahu, kepercayaan yang telah terjalin hasil urusniaga yang sebelum ini dapat dan akan memudahlan urusan kami bagi setiap transaksi yang berikutnya.

Dari kepercayaan tersebut, pelanggan tidak lagi ragu-ragu tentang reliability, komitmen dan output yang bakal kami persembahkan nanti. 

Maka, setiap perbincangan selepas itu adalah very straight to the point untuk menyelesaikan permasalahan dan permintaan untuk tempahan yang terbaharu.
.

Idea asal, terdapat 3 orang VIP yang akan secara serentak memotong ribbon sekaligus menjulang bendera Malaysia ke atas dengan bantuan belonan kami.

Bermakna ada 3 set, 1 set untuk setiap VIP.

Ok, mudah! Tiada masalah. Cuma isu sampingan adalah berkenaan dengan berat bendera yang bakal dijulang. Tapi tidak apa, berdasarkan maklumat awal, bendera tersebut sepatutnya tidak terlalu berat, dan ini masalah yang boleh disettlekan dengan plan-plan contigency kami.

Urusan jual beli pun berlaku, pembayaran secara atas talian berlangsung. Mudah urusan tidak perlu untuk hadir ke outlets, bank in sahaja.

Ini juga 1 lagi advantage berurusan dengan existing repeat customers.

Makanya semua persiapan pun dijalankan oleh team kami. Semua sudah bersiap untuk menyelesaikan tugasan esok hari.
.

Malam hari, satu whatsapp dari pelanggan tersebut telah masuk.

Alamak! Ada perubahan rancangan!

Instead of 3 sets, top management mereka mahukan 1 set, tapi menaikkan 3 bendera tadi serentak.

Wah, ini satu cabaran! 

Belon helium ni, belon yang terapung.
Adalah sukar untuk kami mengawal kedudukan mereka nanti dan ianya agak mustahil untuk di strukturkan.

Tambahan lagi, dengan beban bendera yang tidak diketahui, kini bendera itu semua hendak disatukan dan dijulang sekali!

Wah mau berselirat bendera-bendera itu semua kelak!

Pelanggan telah diberitahu dengan kemungkinan-kemungkinan serta risiko yamg bakal dihadapi, dan beliau memahami serta menyerahkan kepada pihak kami untuk menentusahkan keputusan yamg sewajarnya.
.

We are the expert!

Itu "zikir" yang selalu aku lontarkan setiap kali menerima tugasan baru.

Cabaran akan sentiasa cuba diselesaikan.
Knowledge dan skills tentang belon memainkan peranan!

Dan pagi ini, seawal jam 615am kami sudah terpacak di lokasi majlis!

Tidak sabar untuk melihat sendiri bagaimana rupa dan berat bendera-bendera tersebut.

Beberapa cubaan dan susunan di buat. 
Dan akhirnya hasil yang terbaik yang dapat kami berikan.

Untuk memberi lebih "spark" pada gimik, kami tambah sentuhan sendiri dengan membuat setup supaya bendera ke 3 akan pop out apabila ribbon dipotong.

Jam 7am pepanggan tersebut tiba. Gubahan gimik telah tersedia dihidangkan di atas platform!

Dan beliau berpuas hati!
.

Sekali lagi, sepertimana setiap kali usai menyiapkan amanah kerja, kami team dekorasi boleh tersenyum bangga dan merasa bunga-bunga di hati!

Masalah akan sentiasa mengetuk pintu untuk menyapa kita.

Jika kita tidak dapat menghalaunya, kita jemputlah masalah yersebut masuk dan kita selesaikanlah dengan baik dan tentunya sesudah selesai, masalah tersebut akan dengan rela hatinya melangkah keluar dengan sendiri.

.
Nash 🎈 Masviona Muhamad
TERIMA KASIH PADA ANDA SEMUA YANG MEREKEMENDASI PERKHIDMATAN KAMI!
#BangsaNiaga 
#GlowingParty™ 
#Glowtex™


LOAN KERETA TEMPOH PANJANG LEBIH BERBALOI?


LOAN KERETA TEMPOH PANJANG LEBIH BERBALOI?

Kadang-kadang, aku ni berhaluan kiri sikit!

Contohnya kalau bab Hire Purchase (HP)..

Loan kereta..
.

Kau pernah dengar orang nasihat, supaya kalau nak buat loan kereta, tempoh paling ideal ialah antara 3-5 tahun.

Or lagi extreme, nasihat yang kata "Kalau tak mampu beli kereta cash, bermakna kau belum mampu berkereta!". Mereka ini menolak terus kemudahan pinjaman HP.
.

Aku pulak kata, camna?

Kau memang perlu berkereta kalau duduk di Malaysia ni.

Keluarga kau perlukan kau berkereta..
Pekerjaan kau perlukan kau berkereta..
Apa-apa yang kau buat di Malaysia, kau perlu berkereta!

Kalau kau tiada kereta, banyak advantages and peluang-peluang yang kau bakal terlepas.

Fikir sejenak, adakah kau boleh terima penjelasan aku setakat ini?

Jika YA, kau boleh teruskan pembacaan dan aku akan kupaskan sedikit lagi.

Jika TIDAK, maka tak perlulah kau buang masa baca post aku. Post aku panjang berkarangan berperenggan.
.

Wah, kau setuju? Bagus. Baca lanjut lagi.

Sekarang, berdasarkan justifikasi keperluan berkereta, bagaimana kaedah yang paling optimum untuk memiliki kereta?

Beli CASH?
Sekenhen or baru?

Kalau kereta below rm15k, kereta tu semua dah tua.. kau membazir duit kau kat maintenance.

Atas rm15k, kau beli cash?

Wow.. membazir kau beli cash!
Baik kau simpan duit sedebuk kau dalam ASB ke, unit trust ke, emas ke.. lebih berbaloi!

So aku memang menolak pembelian kereta secara cash!
.

Bagaimana dengan HP loan?

Ini je pilihan yang ada, dan merupakan tools yang boleh kau gunakan untuk memiliki kereta demi keperluan kehidupan lau di Malaysia.

Tapi berapa tahun?

Aku menolak pandangan loan 3-5 tahun lebih berbaloi.

Aku lebih sarankan 7 tahun. 
9 tahun? Pun elakkan.

Pilih 7 tahun.

Kenapa?

Orang kata kau bayar "interest" or kadar faedah yang tinggi berbanding tempoh yang singkat.

Hmmm.. loan sekarang ni, berapa average interest rate?

Dah tak tinggi mana pun.. boleh dapat below 4% kan? Even ada sesetengah bank and brand carmaker yang tawarkan 2.5%!

So argument jimat interest ni, leh kau tolak tepi lah.. kerana;

Bila kau stretch repayment period, kau akan serve the bank dengan kadar bayaran bulanan yang lebih rendah.

Jadi, apa yang baiknya?

Duit perbezaan tu kau boleh guna utk banyak benda. Dan duit perbezaan ni adalah DUIT YANG NAMPAK DI MATA.

Duit yang nampak di mata inilah yang dikatakan CASHFLOW. Aliran tunai!

Penjimatan interest rate apa semua tu, tak memberi impak SECARA LANGSUNG pada kehidupan harian kau.. semua itu atas kertas.. itu kita panggil INCOME STATEMENT!

Untuk kehidupan harian, pengurusan CASHFLOW yang baik ditekankan.

Itulah skill rolling duit!
.

Naahhh sekarang kau dah dapat ilmu perakaunan yang berguna untuk perniagaan juga!

CASHFLOW dan INCOME STATEMENT ni adalah sebahagian dari BALANCE SHIT.. eh silap Balance Sheet ler.

Dalam perniagaan, kau mesti pandai urus Cashflow (priority) kemudian baru kau urus Income Statement.

Bila diterapkan kedalam kehidupan harian, keadaan yang paling ideal untuk kes loan kereta pada pandangan aku ialah stretch the loan supaya kau ada lebihan untuk dibelanjakan pada situasi semasa.. yakni, kehidupan kau sehari-hari.

Ini situasi yang bersesuaian dengan keadaan sekarang berdasarkan kos interest HP dan living cost.
.

Alangkah indahnya jika kita pergi mencari ilmu kan?

Boleh di adapt and aplikasi dalam banyak situasi.

Skill asas dalam perniagaan je ni (lebih tepat, dalam kira-kira perakaunan).

CASHFLOW CASHFLOW CASHFLOW.
.

Jadi sekarang, adakah kita senada?
Adakah kau bersetuju dengan pandangan aku?

*Gambar tiada kena mengena. Itu ialah surprise box yang kami jual. Macam post ni juga ada ilmu surprise didalamnya. Siapa tak baca habis, sayanglaaaaa

.
Nash 💖 Masviona Muhamad
Mesti Pandai Ambil Kesempatan Terhadap Sesuatu Situasi.
#BangsaNiaga 
#GlowingParty™ 
#Glowtex™

Thursday, August 02, 2018

Makna Lagu Dikir Pesan Mak oleh Halim Yazid

Tak tau nak nasihat apa kat diri sendiri & kengkawan pagi KMJ ni..

So aku paste lirik lagu dikir: Pesan Mak oleh Halim Yazid.

Dan buat yang tak paham dialek Klate, aku dah translate sekali supaya lebih meresap makna bait-bait lagu yang sangat helokk ini.
.

Ingat sokmo hok mok pese
(Ingat sentiasa pesanan mak)
Nak-nak kali ambo nok turun jale
(Terutamanya bila nak saya nak keluar rumah)
Jange lupo ke Tuhan
(Jangan lupa kat Tuhan)
Kito oghe islam tokleh tingga semaye
(Kita orang Islam tak boleh tinggal sembahyamg)

Pese ibu bapa sikit ambo tok lupo
(Pesanan mak ayah sesikit pun saya tak lupa)
Pese ibu bapa ingat pah bilo-bilo
(Pesanan mak ayah ingat sampai bila-bila)
Pese turun pulok royak wi ko anok ambo
(Pesanan diturunkan pula diberitahu ke anak saya)
Kito harto takdok pesane jadi sako
(Kita takde harto, pesanan yang menjadi pusaka)

Ingat sokmo hok mak pese
(Ingat sentiasa pesanan mak)
Kito susoh jange tupe oghe
(Kita susah jangan menumpang orang)
Toksoh pinje beghute
(Jangan pinjam berhutang)
Kalu de banyok hute
(Kalau dah banyak hutang)
Hidup payoh nok sene
(Hidup payah nak senang)

Hok mak pese hari-hari
(Pesanan mak hari-hari)
Panda-panda jago diri-sdiri
(Pandai-pandai jaga diri sendiri)
Baloh kekoh jange dicari
(Pergaduhan jangan dicari)
Tepat susoh jange dok gi
(Tempat yang boleh mendatangkan kesusahan jangan pergi)
Oghe khenak keno lari
(Orang buat khianat kita jauhkan diri)

Maso kito kayo ghama la saing sobat
(Masa kita kaya ramailah kawan dan sahabat)
Dey sesak so kagho kucing pun tok duk dekat
(Bila dah sesak kucing pun tak mau dekat)
Maso sene ledor ghama la kaum khabat
(Masa kita senang ramailah saudara mara)
Dey takdok gapo skagho lalat pun tokse hinggap
(Bila dah takde apa lalat pun tak mau hinggap)

Ingat lagi hok mak kata
(Ingat lagi yang Mak kata)
Berhati-hati dale wak kiro-becaro
(Berhati-hati dalam percakapan)
Lidah maruah kito
(Lidah maruah kita)
Hati oghe keno jago
(Hati orang kena jaga)
Tok baik ngumpat ngato
(Tak baik membawang)

.
Nash
Banyak Belajar Dialek Klate Dari Lagu Dikir.
#BangsaNiaga

Wednesday, May 23, 2018

Harga Barang Tidak Akan Pernah Turun?

SELAGI KITA HIDUP, HARGA TAKKAN PERNAH TURUN.

Either GST or SST, kos akan tetap naik bagi pengeluar/peniaga, harga barangg tidak akan kekal.
Kos gaji, kos raw materials, kos utilities, kos sewaan, semua ni adalah exponent penting dalam pengiraan kos akhir, yang mana semua ni tidak pernah dan tidak akan berkurang saban tahun, yang akan membawa makna kepada peningkatan harga barangan secara terus.
.
Yang membezakan ialah "You pay what you get" vs "You pay what you get + cukai."
.
Cukai in other hand, adalah sumber pendapatan negara.
Mahu tidak mahu kita semua kena terima hakikat, negara tidak dapat berkembang baik tanpa revenue yang disumbangkan oleh rakyat terbanyak.
Its just, bagaimana cukai itu diurus dan dilaksana, sesuai pada timingnya dan dikawalurus.
Dan juga bagaimana rakyat dapat manfaat dari cukai yang dibayar setiap hari.
.
Harga barangan akan naik.
Maka menjadi kewajipan kerajaan untuk memastikan rakyat dapat "menaikkan harga diri" ke tahap yang lebih baik!
Let us enjoy the living in the country and make it worthy to spend on the taxes.
Barulah seimbang.
.
Nash
Tidak Memisahkan Logik Kenaikan Harga Barang.
#BangsaNiaga


Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

Monday, May 14, 2018

LEPAS GST DIBATALKAN, HARGA BARANG AKAN TURUN KE?

LEPAS GST DIBATALKAN, HARGA BARANG AKAN TURUN KE?

Aku takut nak kupas isu ni,
Nanti ada yang salah faham..
Tapi kalau tak ulas, orang akan jadikan point utk provoke pula lepas GST dimansuhkan.

But here goes! Baca leklok and buka minda dan fahamkan!
.

Pandangan aku, TIDAK SEMUA BARANG akan nampak penurunan secara langsung dan serta merta! Baca elok-elok, SECARA LANGSUNG & SERTA MERTA!

Especially dari SME owners; peruncitan dan F&B restoran bukan rangkaian.

Ini kerana, para peniaga walau stok baru dah dapat pelepasan dari GST, but they will not bother to change the price structure as what it should be. Trust me!

Kerja yang renyah, memakan masa dan tidak favorable bagi peniaga untuk lakukan those exercise.

Even skrg pun, pematuhan gst peniaga tak comply seperti yg sepatutnya di dalam undang-undang.
.

Tapi advantage abolishment of GST boleh dirasai dari segi faktor lain, yang sangat significant;

Urusan perbankan, urusan bil, kenderaan, fesyen, perhotelan, servis.. and the list goes on.
.

So apa baiknya pengguguran caj GST tu sekarang?

Bayaran tanggungan perbelanjaan seharian kau boleh dikurangkan 6% ler..! Diskaun 6% perbelanjaan harian kau! Ini pasti!

Sebelum ni kau transfer duit kene caj 6%..
Kau bayar bill kene caj 6%..
Eh hampir segala apa yang kau bayar keluar dari poket kau, di dalamnya ada pembahagian 6% kau bayar tahu?
.

Now berbalik kepada isu penurunan harga barangan runcit.

Eventually, slow slow orang kata.. 
Tapi takde lah lama..
Berilah adjustment period bagi peniaga utk settle down.
Stok-stok lama mereka..
Inventory labelling mereka..

Pasti turun 6% tu.

Ye pasti!
.

Nak nampak lagi cepat turun, kau berdoa semoga kerajaan dpt lakukan sesuatu utk lebih kukuhkan nilai Ringgit di pasaran antarabangsa!

Kami sendiri sebagai supplier pun revise and check our pricing 3 bulan sekali utk kekal competitive and our main benchmark is currency trading!

Once currency RM getting stronger, kami akan adjust harga kami sesuai dengan peratusan margin.. bermakna harga akan diturunkan buat semua yg dapatkan bekalan dari kami.
.

Tapi korang jangan lupa juga factor in kan pengaruh inflasi, pengaruh kos manpower (seronok kan demand nak gaji min rm1.5k? Well ianya tiba dengan few sacrifices!), pengaruh real estate and rentals.

Jangan nafikan, harga akan menaik setiap tahun, bergantung pada kebijakan pengawalan inflasi negara.. rendah inflasi rendahlah kenaikan harga barang.

Yang pasti, tentu ada sedikit penjimatan nyata di sektor peruncitan dan penjimatan ketara di perbelanjaan sehari-hari!

This is reality.

Jangan melompat nak marah-marah bila gst dimansuhkan and tak terus nampak penurunan ketara di sektor runcit. 

Man man liowwww..

.
Nash
Harap Korang Faham.
#BangsaNiaga

GST di Malaysia bakal dihapuskan dengan Kerajaan PH yang Baru

Tunai Hapus GST

Alhamdulillah GST bakal dihapuskan.
Ini yang kita mahu.
Maka negara kita akan kembali kepada CUKAI LAMA iaitu SST.
Saja lah kasi bold sikit *cukai lama* tu supaya nanti tak ada yang kata hapus gst lepas tu buat cukai baru.
Sistem cukai Sst ni mmg dah lama negara kita pakai cumanya sst ni cukai satu aras sahaja (dikenakan hanya sekali shj) iaitu cukai ini hanya dikenakan kepada pengilang sahaja dan cukai ini perlu dianggap sebagai kos kepada perniagaan sebab tu tak boleh dituntut semula macam gst.
Gst pula adalah cukai yg dikenakan kepada semua aras pengguna yang menggunakan barang dan perkhidmatan disetiap peringkat rantaian.
Itu beza dia sst pengilang sahaja tapi gst semua aras. Aras tu tau tak?
Pengilang
Pembekal
Peruncit
Pengguna
Haaaa gitu manufacturer...supplier...retailer semua lah tak kira miskin kaya atas bawah semua kena
Sebab tu lah sst jika nak dibandingkan dengan gst ni sst ni kurang popular atau bahasa mudahnya tak segelemer gst sebab apa dulu pengilang je kena habis pengilang ni berapa kerat je ada dalam negara sebab senang korang tengok macam sistem piramid tu lah pengilang paling atas so bilangan dia sikit. Sikit yang terkena jadi tak berapa nak glamour lah tapi gst ni rantaian dia ni dia sapu bersih dari atas sehingga paling bawah sebab tu gst lebih glamour.
Lagi satu cikgu mas nak tanya ni
Sst tu apa?
Gst tu apa?
Nak cikgu mas spoon feed ke?
Ok kali ni cikgu suapkan ye lepas ni rajin-rajin membaca lah sayanggggg sayang semua membaca tu kan jambatan ilmu lagipun dengan menjadi orang yang berilmu lah baru kita mampu berubah dari kurang baik kepada yang lebih baik gitu.
Sst=cukai jualan dan perkhidmatan ( sales n service tax)
Gst=cukai barang dan perkhidmatan (Good n services tax)
Ok now kasi peluang dekat cikgu mas pula tanya soalan ye
Kerajaan lama kutip #gst habis duit tu kemanakah disalurkannya? Ooopsss
#brim kah?
Maaf tanya cikgu mas tak dapat brim jadi tak tau huhu


Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

Tuesday, April 03, 2018

IPhone or Samsung?? Little Miss Khan ke??



Iphone or Samsung?
Samsung? Euwwwwww
Agak-agak nampak tak saya nak kupas berkenaan apa?
Perbezaan diantara Iphone dengan samsung ke?
Eh tidak lah, as for me dah agak basi dah pun kalau nak kupas sekarang ni lagipun saya bukanlah orang yang hantu gadget sangat nak buat review pasal kedua-dua phone ni.
Jadi pasal apa?
Sebenarnya saya nak kupas mengenai perbezaan pendapat.
Kita ni kata orang rambut sama hitam tapi hati belum tentu lagi sama. Contohnya dalam satu mesyuarat senyum pada A mungkin tanda setuju tapi mungkin tidak pada si B. Angguk pada si C belum lagi hatinya sama bersetuju dengan si D yang beria terangguk-angguk sama. Bertepuk tangan pada di E belum tentu lagi sama riang gembira macam tepukan si F dan G. (Eh macam dok ajar anak murid ABC pulak dah hehe)
Kesimpulannya suka pada kita belum tentu lagi suka juga pada orang sama lah kes kes hp tu kota suka iphone tapi ada orang yang dengar iphone pun dah tak suka n vice versa namun itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk kita memandang rendah atau memperlekehkan kesukaan mahupun keputusan orang lain.
Itu baru cerita pasal hanphone belom masuk lagi bab-bab yang lain. Banyak lagi sebenarnya kes yang terjadi lebih kurang sama macam ni.
Ingat kan kes macam ni jadi dekat budak-budak sekolah rendah je macam kita pernah dengar kan.
Kita jangan kawan dengan nurin tau sebab dia bukan geng kita. Kita kan geng beg elsa tapi nurin tu geng beg anna. Elsa lagi cantik kan anak tak cantik so kita tak jangan geng dengan dia tau kita geng berdua je
Itu budak sekolah rendah tak boleh terima bila ada kawan sekolah yang tak minat kartoon yang sama dengan dia.
Dah besar masuk alam pekerjaan pun ada juga. Contohnya kalau geng2 yang lepasan abroad ni nak sama geng dengan depa je tak nak satu geng dengan lulusan universiti loval sebab nanti jatuh standard. Depa dulu belajar UK speaking berabuk kalau budak2 belajar dalam negara ni cakap melayu standard kadang siap loghat negeri xleh tinggai ada yang hat loghat kedah cakap utara ada yg loghat pantai timur lah so diorang sendiri bina gap.
Nampak tak padahal sama je belajar mana-mana pun sometime ada yg belahar kat universiti local tu pun sebab itu memang pilihan mereka walaupun ada yg dpt offer universiti luar negara tapi diorang yang tolak.
Itu bab pendidikan now masuk pula bab pekerjaan.
Ada orang yang memilih untuk kerja sendiri walaupun dia mampu dapat tawaran kerja dengan gaji yang tinggi, jawatan hebat apa semua tapi tetap nak kerja sendiri walaupun hanya sebagai peniaga nasi lemak tepi jalan tapi bagi orang yang lain yang jenis tak suka ambil risiko mereka lebih selasa untuk bekerja makan gaji sahaj tak pening kepala katanya gi kerja balik kerja hujung bulan dapat gaji.
Ada juga diantara kita yang sanggup lupakan offer kerja dari syarikat besar luar negara semata-mata atas alasan tak suka berhijrah dan tak sanggup berjauhan dengn family dan orang yang tersayang tapi ada pula orang lain yang berusaha keras untuk mendapatkan tawaran kerja di luar negara walaupun hanya dengan sebagai buruh kasar atau pembantu rumah, pembantu perubatan....personal nurse, caretaker, pekerja ladang, pekerja kedai makan, cuci pinggan basuh pinggan dan sebagainya hanya semata-mata kerana teringin untuk merasa duduk dinegara yang mereka suka.
Ala macam-macam jenis lagi lah kalau nak dibuat contohnya apa yang saya nak highlights kat sini adalah semua itu tergantung diatas pilihan individu.
Afterall hidup ini memang satu pilihan. Dan pilihan itu ada pada kita. Tiada yang sangat betul dan tiada pula yanh sangat salah sebenarnya jadi tak perlulah kita merasa perbezaan pendapat itu sebagai suatu kesaahan dan dijadikan alasan pula untuk kita bermusuh-musuhan.
Sudah sunnatullah bahawa manusia itu diciptakan berbeza-beza agama, bangsa dan keturunan haa kat sini pun dah nampak banyak perbezaannya kan.
Makanya kita ni sebagai manusia biasa sewajib dan seharusnya memahami bahawa perbezaan pandangan atau buah fikiran bukanlah dicipta untuk mencetuskan satu permusuhan dan sentimen pertelagahan sesama manusia namun sebaliknha ia hanyalah merupakan sebahagian daripada wadah dan jugak medium untuk mencipta satu persefahaman yang mantapdan semangat toleransi yang jitu dan akhirnya akan menjalin satu iakatan persaudaraan dan kesatuan ummah yang mampan sama ada sesama Islam mahupun sesama bukan Islam...haaaa gitu citernya
Katalah kalau ada orang offer saya kerja di Australia gaji kasi AUD10,000 dolar per month tapi keluarga (suami dan anak2 tak boleh ikut) saya tolak tanpa fikir panjang tak sanggup nak tinggal bantal peluk Muhamad Nasron Nasir dan bantal golek si Avin Nurdamia Alhamra tu melainkan saya harus pergi demi hidup dan mati
Tapi kalau tetiba dapat offer macam ni
Eh mas, u mai Amerika ni bawak family u...suami u anak u, u manage kedai i, duit poket i kasi u USD 5,000 dolar per month, rumah bangalow 3 tingkat i kasi percuma siap dengan transport sekali pakej siap driver. U kerja dengan i. I sanggup walaupun i kerja dengan orang makan gaji je tapi pilihan yang i nak semua i dapat dengan my happiness ad disisi apa lagi yang kita tak patut syukuri?
Dan yes itu pilihan i kan
Bye uols. Chills sudah ok.




Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!