Header

Tuesday, April 03, 2018

IPhone or Samsung?? Little Miss Khan ke??



Iphone or Samsung?
Samsung? Euwwwwww
Agak-agak nampak tak saya nak kupas berkenaan apa?
Perbezaan diantara Iphone dengan samsung ke?
Eh tidak lah, as for me dah agak basi dah pun kalau nak kupas sekarang ni lagipun saya bukanlah orang yang hantu gadget sangat nak buat review pasal kedua-dua phone ni.
Jadi pasal apa?
Sebenarnya saya nak kupas mengenai perbezaan pendapat.
Kita ni kata orang rambut sama hitam tapi hati belum tentu lagi sama. Contohnya dalam satu mesyuarat senyum pada A mungkin tanda setuju tapi mungkin tidak pada si B. Angguk pada si C belum lagi hatinya sama bersetuju dengan si D yang beria terangguk-angguk sama. Bertepuk tangan pada di E belum tentu lagi sama riang gembira macam tepukan si F dan G. (Eh macam dok ajar anak murid ABC pulak dah hehe)
Kesimpulannya suka pada kita belum tentu lagi suka juga pada orang sama lah kes kes hp tu kota suka iphone tapi ada orang yang dengar iphone pun dah tak suka n vice versa namun itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk kita memandang rendah atau memperlekehkan kesukaan mahupun keputusan orang lain.
Itu baru cerita pasal hanphone belom masuk lagi bab-bab yang lain. Banyak lagi sebenarnya kes yang terjadi lebih kurang sama macam ni.
Ingat kan kes macam ni jadi dekat budak-budak sekolah rendah je macam kita pernah dengar kan.
Kita jangan kawan dengan nurin tau sebab dia bukan geng kita. Kita kan geng beg elsa tapi nurin tu geng beg anna. Elsa lagi cantik kan anak tak cantik so kita tak jangan geng dengan dia tau kita geng berdua je
Itu budak sekolah rendah tak boleh terima bila ada kawan sekolah yang tak minat kartoon yang sama dengan dia.
Dah besar masuk alam pekerjaan pun ada juga. Contohnya kalau geng2 yang lepasan abroad ni nak sama geng dengan depa je tak nak satu geng dengan lulusan universiti loval sebab nanti jatuh standard. Depa dulu belajar UK speaking berabuk kalau budak2 belajar dalam negara ni cakap melayu standard kadang siap loghat negeri xleh tinggai ada yang hat loghat kedah cakap utara ada yg loghat pantai timur lah so diorang sendiri bina gap.
Nampak tak padahal sama je belajar mana-mana pun sometime ada yg belahar kat universiti local tu pun sebab itu memang pilihan mereka walaupun ada yg dpt offer universiti luar negara tapi diorang yang tolak.
Itu bab pendidikan now masuk pula bab pekerjaan.
Ada orang yang memilih untuk kerja sendiri walaupun dia mampu dapat tawaran kerja dengan gaji yang tinggi, jawatan hebat apa semua tapi tetap nak kerja sendiri walaupun hanya sebagai peniaga nasi lemak tepi jalan tapi bagi orang yang lain yang jenis tak suka ambil risiko mereka lebih selasa untuk bekerja makan gaji sahaj tak pening kepala katanya gi kerja balik kerja hujung bulan dapat gaji.
Ada juga diantara kita yang sanggup lupakan offer kerja dari syarikat besar luar negara semata-mata atas alasan tak suka berhijrah dan tak sanggup berjauhan dengn family dan orang yang tersayang tapi ada pula orang lain yang berusaha keras untuk mendapatkan tawaran kerja di luar negara walaupun hanya dengan sebagai buruh kasar atau pembantu rumah, pembantu perubatan....personal nurse, caretaker, pekerja ladang, pekerja kedai makan, cuci pinggan basuh pinggan dan sebagainya hanya semata-mata kerana teringin untuk merasa duduk dinegara yang mereka suka.
Ala macam-macam jenis lagi lah kalau nak dibuat contohnya apa yang saya nak highlights kat sini adalah semua itu tergantung diatas pilihan individu.
Afterall hidup ini memang satu pilihan. Dan pilihan itu ada pada kita. Tiada yang sangat betul dan tiada pula yanh sangat salah sebenarnya jadi tak perlulah kita merasa perbezaan pendapat itu sebagai suatu kesaahan dan dijadikan alasan pula untuk kita bermusuh-musuhan.
Sudah sunnatullah bahawa manusia itu diciptakan berbeza-beza agama, bangsa dan keturunan haa kat sini pun dah nampak banyak perbezaannya kan.
Makanya kita ni sebagai manusia biasa sewajib dan seharusnya memahami bahawa perbezaan pandangan atau buah fikiran bukanlah dicipta untuk mencetuskan satu permusuhan dan sentimen pertelagahan sesama manusia namun sebaliknha ia hanyalah merupakan sebahagian daripada wadah dan jugak medium untuk mencipta satu persefahaman yang mantapdan semangat toleransi yang jitu dan akhirnya akan menjalin satu iakatan persaudaraan dan kesatuan ummah yang mampan sama ada sesama Islam mahupun sesama bukan Islam...haaaa gitu citernya
Katalah kalau ada orang offer saya kerja di Australia gaji kasi AUD10,000 dolar per month tapi keluarga (suami dan anak2 tak boleh ikut) saya tolak tanpa fikir panjang tak sanggup nak tinggal bantal peluk Muhamad Nasron Nasir dan bantal golek si Avin Nurdamia Alhamra tu melainkan saya harus pergi demi hidup dan mati
Tapi kalau tetiba dapat offer macam ni
Eh mas, u mai Amerika ni bawak family u...suami u anak u, u manage kedai i, duit poket i kasi u USD 5,000 dolar per month, rumah bangalow 3 tingkat i kasi percuma siap dengan transport sekali pakej siap driver. U kerja dengan i. I sanggup walaupun i kerja dengan orang makan gaji je tapi pilihan yang i nak semua i dapat dengan my happiness ad disisi apa lagi yang kita tak patut syukuri?
Dan yes itu pilihan i kan
Bye uols. Chills sudah ok.




Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ
Camna?

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!