Header

Thursday, August 30, 2018

Antara berniaga TANPA HUTANG vs BERHUTANG.

Antara berniaga TANPA HUTANG vs BERHUTANG. 

Now, here me say this. Jangan nak gebang lah kata kau berniaga tanpa hutang!

Semua peniaga adalah dalam keadaan berhutang. Dalam keadaan pembayaran yang ditangguhkan!

Dengan supllier kau dapat payment term.. itu hutang.

Ok clear bab ni?
.

Bagaimana dengan hutang perniagaan dengan kata yang sebenar-benar hutang?

Business Loan!

Aku pun dulu bangga la jugak bila boleh bercerita, kami berniaga tanpa pinjaman modal, tanpa pinjaman bank.

Kami bidan terjun. Terpaksa berniaga utk survive makan minum. Itu bab lain.
.

Tapi sejak bertahun cebur diri sebagai usahawan, semakin hari aku semakin tak senang dengan kisah-kisah hype berniaga tanpa hutang.

Bagi aku, ni semua hanya merosakkan minda memberi doktrin dan implikasi yang salah!
.

Now, jika ada mana-mana peniaga lain yg tanya pendapat aku, aku akan kata sebegini..

"Kau jangan ikut jejak aku bab loan.. sepatutnya dari day 1st, usahawan dah perlu bersedia and target untuk buat loan suntikan modal perniagaan dia!"
.

Yes dari hari pertama lagi!

Persiapkan diri dan bersedia utk permohonan loan terus.

Sebab apa?

1) Disiplin
- Kau lebih aware dan tahu, bank akan tengok performance niaga kau utk layak meminjam. Semua transaksi mesti debit n credit dari akaun. Kalau duit keluar, ada doc sokongan. Kau tidak merompak bisnes sendiri!

2) Filing
- Kau akan lebih teratur utk urusan pemfailan. Sebab kau tau, utklayak meminjam nanti, kau mesti ada support dokumen.

3) Auditing/Taxation
- Dari 2 point di atas, akan bantu kau mudah utk declare akaun! Kau mesti declare cukai utk kau buat loan.
.

Buruk apanya pinjaman ni?
Kan bagus?

Kalau kau dari awal disemai benih pemikiran "kau jangan buat loan.. kau tak power laa kalau buat loan.. org yg tak buat loan tu power oii!"

Itu semua pembohongan dan kebodohan nyata!
.

Kau dari awal bisnes kalau dah target cukup setahun bisnes aku mesti boleh layak buat loan!

Aku perlukan duit suntikan dari bank utk terus besarkan perniagaan aku.

Growth needs capital!

Nak tunggu cukup duit? Lambat!

Dan dalam berniaga apa jadi kalau lambat?

Lu pikirlah sendiri!
.

Banyak beza antara usahawan yang telah memulakan disiplin setahun awal dan bersedia utk membuat pinjaman..

Vs..

Peniaga yang tengah lepak starbuck pastu kawan peniaga kata "Woi Seman, Bank tu nak habiskan kuota bajet tu! Ada 200k leh apply! Copy paste je proposal cincai2 submit!"

Pastu duit buat entah apape yg dibelanja.

Nampak? 

.
Nash 
Andai Dapat Ku Putar Waktu.
#BangsaNiaga

Camna?

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!