Header

Thursday, August 30, 2018

LOAN KERETA TEMPOH PANJANG LEBIH BERBALOI?


LOAN KERETA TEMPOH PANJANG LEBIH BERBALOI?

Kadang-kadang, aku ni berhaluan kiri sikit!

Contohnya kalau bab Hire Purchase (HP)..

Loan kereta..
.

Kau pernah dengar orang nasihat, supaya kalau nak buat loan kereta, tempoh paling ideal ialah antara 3-5 tahun.

Or lagi extreme, nasihat yang kata "Kalau tak mampu beli kereta cash, bermakna kau belum mampu berkereta!". Mereka ini menolak terus kemudahan pinjaman HP.
.

Aku pulak kata, camna?

Kau memang perlu berkereta kalau duduk di Malaysia ni.

Keluarga kau perlukan kau berkereta..
Pekerjaan kau perlukan kau berkereta..
Apa-apa yang kau buat di Malaysia, kau perlu berkereta!

Kalau kau tiada kereta, banyak advantages and peluang-peluang yang kau bakal terlepas.

Fikir sejenak, adakah kau boleh terima penjelasan aku setakat ini?

Jika YA, kau boleh teruskan pembacaan dan aku akan kupaskan sedikit lagi.

Jika TIDAK, maka tak perlulah kau buang masa baca post aku. Post aku panjang berkarangan berperenggan.
.

Wah, kau setuju? Bagus. Baca lanjut lagi.

Sekarang, berdasarkan justifikasi keperluan berkereta, bagaimana kaedah yang paling optimum untuk memiliki kereta?

Beli CASH?
Sekenhen or baru?

Kalau kereta below rm15k, kereta tu semua dah tua.. kau membazir duit kau kat maintenance.

Atas rm15k, kau beli cash?

Wow.. membazir kau beli cash!
Baik kau simpan duit sedebuk kau dalam ASB ke, unit trust ke, emas ke.. lebih berbaloi!

So aku memang menolak pembelian kereta secara cash!
.

Bagaimana dengan HP loan?

Ini je pilihan yang ada, dan merupakan tools yang boleh kau gunakan untuk memiliki kereta demi keperluan kehidupan lau di Malaysia.

Tapi berapa tahun?

Aku menolak pandangan loan 3-5 tahun lebih berbaloi.

Aku lebih sarankan 7 tahun. 
9 tahun? Pun elakkan.

Pilih 7 tahun.

Kenapa?

Orang kata kau bayar "interest" or kadar faedah yang tinggi berbanding tempoh yang singkat.

Hmmm.. loan sekarang ni, berapa average interest rate?

Dah tak tinggi mana pun.. boleh dapat below 4% kan? Even ada sesetengah bank and brand carmaker yang tawarkan 2.5%!

So argument jimat interest ni, leh kau tolak tepi lah.. kerana;

Bila kau stretch repayment period, kau akan serve the bank dengan kadar bayaran bulanan yang lebih rendah.

Jadi, apa yang baiknya?

Duit perbezaan tu kau boleh guna utk banyak benda. Dan duit perbezaan ni adalah DUIT YANG NAMPAK DI MATA.

Duit yang nampak di mata inilah yang dikatakan CASHFLOW. Aliran tunai!

Penjimatan interest rate apa semua tu, tak memberi impak SECARA LANGSUNG pada kehidupan harian kau.. semua itu atas kertas.. itu kita panggil INCOME STATEMENT!

Untuk kehidupan harian, pengurusan CASHFLOW yang baik ditekankan.

Itulah skill rolling duit!
.

Naahhh sekarang kau dah dapat ilmu perakaunan yang berguna untuk perniagaan juga!

CASHFLOW dan INCOME STATEMENT ni adalah sebahagian dari BALANCE SHIT.. eh silap Balance Sheet ler.

Dalam perniagaan, kau mesti pandai urus Cashflow (priority) kemudian baru kau urus Income Statement.

Bila diterapkan kedalam kehidupan harian, keadaan yang paling ideal untuk kes loan kereta pada pandangan aku ialah stretch the loan supaya kau ada lebihan untuk dibelanjakan pada situasi semasa.. yakni, kehidupan kau sehari-hari.

Ini situasi yang bersesuaian dengan keadaan sekarang berdasarkan kos interest HP dan living cost.
.

Alangkah indahnya jika kita pergi mencari ilmu kan?

Boleh di adapt and aplikasi dalam banyak situasi.

Skill asas dalam perniagaan je ni (lebih tepat, dalam kira-kira perakaunan).

CASHFLOW CASHFLOW CASHFLOW.
.

Jadi sekarang, adakah kita senada?
Adakah kau bersetuju dengan pandangan aku?

*Gambar tiada kena mengena. Itu ialah surprise box yang kami jual. Macam post ni juga ada ilmu surprise didalamnya. Siapa tak baca habis, sayanglaaaaa

.
Nash 💖 Masviona Muhamad
Mesti Pandai Ambil Kesempatan Terhadap Sesuatu Situasi.
#BangsaNiaga 
#GlowingParty™ 
#Glowtex™

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!