Header

Thursday, August 02, 2018

Makna Lagu Dikir Pesan Mak oleh Halim Yazid

Tak tau nak nasihat apa kat diri sendiri & kengkawan pagi KMJ ni..

So aku paste lirik lagu dikir: Pesan Mak oleh Halim Yazid.

Dan buat yang tak paham dialek Klate, aku dah translate sekali supaya lebih meresap makna bait-bait lagu yang sangat helokk ini.
.

Ingat sokmo hok mok pese
(Ingat sentiasa pesanan mak)
Nak-nak kali ambo nok turun jale
(Terutamanya bila nak saya nak keluar rumah)
Jange lupo ke Tuhan
(Jangan lupa kat Tuhan)
Kito oghe islam tokleh tingga semaye
(Kita orang Islam tak boleh tinggal sembahyamg)

Pese ibu bapa sikit ambo tok lupo
(Pesanan mak ayah sesikit pun saya tak lupa)
Pese ibu bapa ingat pah bilo-bilo
(Pesanan mak ayah ingat sampai bila-bila)
Pese turun pulok royak wi ko anok ambo
(Pesanan diturunkan pula diberitahu ke anak saya)
Kito harto takdok pesane jadi sako
(Kita takde harto, pesanan yang menjadi pusaka)

Ingat sokmo hok mak pese
(Ingat sentiasa pesanan mak)
Kito susoh jange tupe oghe
(Kita susah jangan menumpang orang)
Toksoh pinje beghute
(Jangan pinjam berhutang)
Kalu de banyok hute
(Kalau dah banyak hutang)
Hidup payoh nok sene
(Hidup payah nak senang)

Hok mak pese hari-hari
(Pesanan mak hari-hari)
Panda-panda jago diri-sdiri
(Pandai-pandai jaga diri sendiri)
Baloh kekoh jange dicari
(Pergaduhan jangan dicari)
Tepat susoh jange dok gi
(Tempat yang boleh mendatangkan kesusahan jangan pergi)
Oghe khenak keno lari
(Orang buat khianat kita jauhkan diri)

Maso kito kayo ghama la saing sobat
(Masa kita kaya ramailah kawan dan sahabat)
Dey sesak so kagho kucing pun tok duk dekat
(Bila dah sesak kucing pun tak mau dekat)
Maso sene ledor ghama la kaum khabat
(Masa kita senang ramailah saudara mara)
Dey takdok gapo skagho lalat pun tokse hinggap
(Bila dah takde apa lalat pun tak mau hinggap)

Ingat lagi hok mak kata
(Ingat lagi yang Mak kata)
Berhati-hati dale wak kiro-becaro
(Berhati-hati dalam percakapan)
Lidah maruah kito
(Lidah maruah kita)
Hati oghe keno jago
(Hati orang kena jaga)
Tok baik ngumpat ngato
(Tak baik membawang)

.
Nash
Banyak Belajar Dialek Klate Dari Lagu Dikir.
#BangsaNiaga
Camna?

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!