Header

Wednesday, September 12, 2018

Relevan lagikah membeli rumah di waktu muda?

Dengan market dan situasi pasaran hartanah semasa, aku berpandangan buat mereka yang baru mula bertapak agar tidak terburu-buru untuk membeli rumah yang pertama!

Dulu memang aku berpegang pada pandangan;
"Beli rumah seawal usia yang mungkin agar ianya menjadi investment suatu hari kelak!"
.

Now, aku sendiri mula berubah pandangan. Rumah sebagai aset investment? Tidak lagi terpakai pada zaman sekarang.

Cuba lihat pada mereka-mereka yang dah beli rumah pada sekitar 2011-2015 yang lalu..

Adakah mereka mampu menjualnya kembali pada harga market?

Silap-silap, kebanyakannya jika terpaksa jual, semuanya jual pada bawah harga pasaran, bahkan ada segelintir yang terpaksa berjual rugi!

Hanya yang mempunyai holding power je leh pertahan serve the banks..

Yang lain, especially yang baru nak bertapak tapi terpesona dengan para player hartanah yang main flip lah apa lah, nampak untung berganda lepas 5 tahun.. now menyesal tak sudah!
.

Now, harga average rumah apartment sekitar 400-550k!

Berapa ramai mereka yang baru nak bertapak yang mampu untuk fork out 10% deposit?

Weeiiiii rm50k bukan sedikit!

Tu belum kira installment bank! Paling tidak rm3k sebulan!
.

Jadi apa penyelesaiannya?

Kau menyewalah!

Rate sewa dalam rm1600 kau dah dapat rumah yang cukup lebih dari selesa.

Yang mana kalau kau beli, kau kena bayar lebih rm3k bulanan dan sekurang-kurangnya 50k deposit!
.

Banyak benda kau selaku startup boleh buat dengan wang lebihan tersebut. Ianya cashflow  yang positif.

Cash is definitely king!

Kau duduk di rumah yang "disubsidi" oleh landlord. Ianya win-win situation.
.

Dan dengan komitmen sewaan tersebut kau tidak terikat sepertimana drngan bank!

Andai kau berpindah tempat kerja, kau pack and angkut barang kau, cari pula rumah sewa dekat opis baru.

Masa pun kau jimat.. tak perlu ulang alik jauh ke tenpat kerja kau..

Kau jimat kos perjalanan dan paling penting KOS MASA!

Kau ada lebih banyak masa terluang daripada kau beli umah ceruk mana sebab kau nak umah yang mampu milik... tapi kau dah rugi MASA!
.

Sampai bila kau harus menyewa?

Sampai kau sudah cukup selesa dengan pekerjaan/perniagaan kau.

Kwsp kau pun dah penuh.. bolehlah mula berfikir untuk membeli.
.

Ingat, kita sebagai startup tak kira berniaga atau bekerja, kita perlukan KUASA cash.

Manipulate cash yang kau ada untuk kegunaan SEMASA dan kemudian kau parallelkan dengan kegunaan FUTURE.
.

Zaman sekarang sudah tak relevan untuk miliki kediaman pertama secepat mungkin!

Terlalu banyak projek baru menyebabkan projek lama tak boleh nak jual tinggi pun..

Dan masing-masing harga dah melampau.
.

Bertindaklah ikut reality semasa.

Tiada salahnya kita menyewa andai itu strategi kita untuk masa akan datang..

Daripada beriya nak gah and nampak hebat..
"Seawal umur 20 tahun lelaki ini telah berjaya membeli sebuah rumah!"

Padahal menanggung bebanan hutang tinggi dengan bank!

Mari kita sama-sama fikirkan.

Jangan kita biarkan diri digari bank!

.
Nash 💖 Masviona Muhamad
Adapt To Current Situation.
#BangsaNiaga

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!