Header

Wednesday, October 03, 2018

Ponteng Sehari Sebelum Atau Selepas Cuti Umum Di Malaysia




Bulan September hari tu kan banyak cuti umum kan, syoklah pekerja nak bekerja time tu kan. Nak-nak kalau company yang jenis sapu bersih semua cuti umum yang kerajaan declare.
As for Glowing Concept kami hanya declared 11 hari sahaja cuti umum bergaji setahun (jika bekerja) ye. Namun begitu majikan masih ada hak untuk meminta pekerja bekerja pada hari-hari tersebut dengan syarat bayar lebih la.
Itu yang selalu kita dengar best lah kau hari ni double pay...triple pay semua tu kan.
Namun awas ye, ye ada syaratnya
Kalau korang ada niat tak baik, pulun nak datang kerja time cuti umum tapi sehari selepas tu menghilang tanpa khabar berita tak boleh ye, ataupun sebelum tu korang dah sedap2 layan tidur dekat rumah lepas tu esoknya mentang-mentang triple pay korang datang kerja macam biasa.
Sedarkah korang perbuatan korang yang sengaja tak datang kerja sehari sebelum atau selepas umum tu akan menyebabkan korang hilang kelayakkan keatas bayaran lebih untuk cuti umum tu ye.
Eh betul ke?
Yelah betulah lah ini bukan saya yang kata tapi akta buruh yang kata ye.
"Seksyen 60 D (2) Akta Kerja 1955 menggariskan syarat-syarat hadir kerja sebelum atau selepas cuti umum sebelum pekerja berhak kepada cuti umum berbayar. Maksud ketidakhadiran di sini adalah tanpa kebenaran majikan (AWOL) dan tanpa alasan yang munasabah."
So,
Jadilah pekerja yang jujur, amanah dan bertanggungjawab demi untuk hidup yang lebih berkat dan bermakna. Ok semua 

Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!