Header

Friday, December 14, 2018

Dokumentari Road Trip KL - Krabi Part 1

Dokumentari Adhoc Road Trip Travel KL - Krabi.

Selalu aku post entry camni kat blog haha.. kali ni aku tgh rajin sementara mata leh lawan lagi ni tak tidur semalaman.
.

Trip kali ni macam kerja orang gila.

Wife kata jom gi cuti!

Aku kata, on! Kita test kete baru!

Wife tanya, lokasi? 

Aku jawap, entah. Siapkan je lah barang2 baju utk 3-4 hari. Bawak je sekali passport kot2 nak seberang ke apa ke.. yang pasti belah utara!
.

Actually ni bukan 1st drive kami ke tanah Siam.
Dah banyak kali.

Hatyai dah biasa berkali-kali.

Yang paling jauh ialah ke Koh Samui drive kira2 1k km naik Accord last 2 years tak silap.

It was an experience lah.. siap kete broke down.. minyak plak kehabisan hahaha hadoi cabaran!
.

So ini itinerary kami, mana tau leh jadikan panduan.
.

Day 1.
Ahad 9 Dec 2018
==========

Subuh bangkit, aku tengok wife Masviona Muhamad dulu lagi dah aktif. Siap bagitau dah packing segala bagai baju2 n kelengkapan.

Wahhh dia serius lah ngn dialog sembang2 nak g bercuti tanpa arah tu!

Tiada planning!
Tiada tempahan bilik!
Tiada route!
Tiada jadual!
Semuanya terjah!

So kita pun proceed. Part aku macam biasa take charge barang2 gadget punya chargers etc. Semua laptops kami bawa. Itulah office kami! Cuti pun kami on standby mode bekerja!

Jam 8am.

Kami gerak from Kajang. Minyak ada half tank tak silap. Bateri hybrid dah full caj leh pergi max 30km. 

Now knowing what we would be facing.. kami berdoa semiga perjalanan kami utk berkelana di bumi Allah ni dipermudah.

Kami cruising ke hiway Utara-Selatan, menghala utara dari Jln Duta.

Around jam 930am, nampak signboard Tg Malim.

Eh syiok jugak ni kalau stip breakfast kat Pau Yik Mun dlm bandar. 

Exit toll, rapat kiri, jalan dalam 5km, sampai lah kita kat jumction bdr Tg Malim. Pau Yik Mun ada di sebelah kanan.

Had our big breakfast there. Aku makan nasik ayam!

Avin hairan kenapa kedai biasa2 camtu tapi ramai orang. Dia tanya ni tempat bersejarah ke? Tak hipstur pun tapi ramai orang.

😂

Made a bit explanation to her pasal Yik Mun ni.. bergenerasi dah.
Ini sinonim dgn semangat MUHIBBAH Malaysia.

Cina Melayu India boleh duduk sebumbung dan bermasyarakat asalkan semua TAHU MENGHORMATI HAK DAN BATASAN MASING-MASING.

Semua orang boleh hidup aman di Malaysia. Prosper.

Around 11am lepas perut kenyang, masuk balik Hiway. Damage done, around RM30.

Cadang nak lunch somewhere in Ipoh.

Tapi macam baru sangat aritu gi Ipoh.. so lajak lagi ke depan.. ingat nak singgah Taiping lepak tasik mengimbau lenangan zaman bercinta dulu hahaha

Tapi pikir, tengahari camni takkan nak lepak tasik!

Last2 atas lagi. Sampai ke exit Kuala Kangsar.
Eh macam syiok je ni nak terjah jap Bdr Diraja Perak ni.

Masuk KK, search google apa lunch terbaik sini.

Sekali kedai banyak tutup daaa Ahad! Kedai yang kami nak pi tu pun tutup hahah.. Teratak Warisan Kampung.

So cari next kedai. Buka!

Selera Kampung Bendang Panjang. Tak berapa selera kampung lah menu dia.. pelbagai moden! Environment selesa dan cozy bawah pokok redup. Damage, Rm20+

Jam 2pm+ kita start enjin Volvo dan terus masuk hiway lagi.

Next, nak masuk Pulau Pinang. Nak gi George Town area nak tengok Heritage Suffolk.

Penang Bridge sedikit sesak. As usual, jambatan ni sentiasa menerujakan. Avin eksaited naik jambatan bersejarah yg pernah pegang title jambatan terpanjang ni.

Jam 4pm sampai di Suffolk. Ramai orang maybe ada function. Ingat nak enjoy hi tea kat tempat ni.

So decided utk gi terjah tempat lain dulu and later singgah balik ke Suffolk ni.

So next, kita gi area Avatar Garden. Lepak2 kat tepi laut 😍 panjat2 batu haha.

Picit Waze soh hantar ke Avatar Garden..

Bila sampai je rasa pelik.. awat garden ni tokong je.. salah hantar ke apa ni haha

Rupanya garden tu belakang tokong. Masuk tokong ni parking rm5.

Tepi tokong ada pantai.. cantik! Lepak amik gambar menikmati pemandangan situ.

Nak masuk Avatar Garden tu belum gelap plak.. so lampu2 avatar dia tak buka lah lagi..

By 600pm kami decide utk stroll back to Suffolk house..

Sampai Suffolk, tanya staff situ do they serve halal food?

Staff kata daging halal tapi ada serve wine n alcohol... ermmm.. usya menu.. spaghetti rn50 kahkahkah ini betul fine dining!

Kami pun just amik gambar je lah buat kenangan... baca sekali sejarah pasal rumah tu yang dah dibaik pulih.

So ke mana kita nak makan? Last2 decide nak makan pesembur je.

Drive gi Padang Kota. Alamak parking full! Hahaha!

Akhirnya makan kat Restoran Kapitan je.

Kami tinggalkan Penang dalam jam 930pm... dok pikir nak tidoq mana... loqstaq ka sg petani kaa..

Last2 lajak sampai Jitra hahahah ikut suka aku ja drive!

Pi cari hotel. Call kaunter utk published rate.. pastu tgk Agoda mana lagi murah... hihihi.. book kat Agoda teruih!

Sampai bilik... Avin lapaq lagi pulak!

Aku pun sebagai bapa mithali gagah lagi berani pi jalan kaki malam buta cari nasi utk anak.

Balik bilik, sambung sat buat gheja kat laptop settle terus tidoq berdengkuq 😂

Tapi nanti lah kita sambung..

Penat kau tahu tak menaip ni?

Kahkahkah

Maka settle Day 1.
Kajang - Tg Malim - Kuala Kangsar - Penang island - Jitra.

Tunggu je lah Part 2. 

.
Nash 💖 Masviona Muhamad
#AdhovGetaway 
#ImpromptuRoadTrip 
#Day1

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!