Masih mampu bergelak tawa
Jika melihat raut wajahmu,
Jelas kelihatan ketegasan dirimu
Namun kami semua tahu
Disebalik ketegasan itu
Dikau menyayangi keluargamu ini
Lebih dari segalanya
Dari dahulu hingga kini
Dikau sentiasa membimbing kami
Walau dikau lebih banyak mendiamkan diri
Namun nasihat dan arahanmu jelas tatkala kami memerlukannya
Dengan bantuan Mama
dikau mencorak kami semua
membesarkan kami di suasana bandar memang terlalu banyak cabaran
Alhamdulillah, dikau berjaya membentuk kami dari hanyut
Membentuk kami dengan acuan dikau tersendiri
sekarang kami mengerti
Betapa besarnya pengorbanan yg dilakukan
Untuk membesarkan kami 6 beradik
Dengan segala macam kerenah
Namun dikau dengan tenang dan adil dapat membahagiakan kami
Walau hidup secara sederhana
hari ini, 24 disember, merupakan hari lahirmu
Maafkan anakandamu yg seorang ini
Kerana tidak dapat berada disamping mu beserta keluarga yang lain
Untuk meraikan hari bersejarah ini
Hanya yang termampu, dari jauh ku kirimkan doa untuk kebahagiaan dirimu
Dirimu tiada tolok bandingan buat diriku
Aku jadikan ketabahan, kesabaran, kewarasan dan kebijaksanaanmu sebagai asas membentuk keluargaku kini...
Selamat hari lahir..
Nas sentiasa sayang Abah!
*malam ni semua keluarga Nasir ada dinner kat restoran area amcorp mall. Malang sggh aku tak dpt join. Moga kehadiran viona n damia tetap dpt menggembirakan hati abah walaupun anak laki tunggal dia ni xde.
-Sent via Nokia E71-
4 Comments Uols:
takpe la.. viona dan avin sebagai pengganti.. tentu... terubat rindu dihati
cepatnya masa berlalu.. bila tgk balik parents kita, rupanyer mereka dah tua... kita pon dah makin berusia.. dah ada family sendiri, anak2 makin membesar..
terfikir, sampai bilakah kita boleh menghabiskan masa dgn mereka..
moga abah dan mama dipanjangkan usia..
amin..
Rindu nya pada abah dan mama:(
Post a Comment