Header

Tuesday, February 09, 2010

INFO: Finance - ASB Loan Easy RHB


Hah buat mereka yang suka manipulasikan duit...
eheemm... ni manipulasi gaya baik la...
bukan gali lobang tutup lobang, but kalau kene gaya, lobang yg kita try nak tutup tu kita leh tutup sampai jadi bukit!!!

ok.. seperti tips aku yg lepas bab financial, sure ramai yg dah tau apa itu bajet bulanan, interest dan jenis²nya serta kaedah pengiraannya kan?

dan mungkin dah ada yang prnah dgr aku ada mention pasal penggunaan secured OD (against ASB Cert)... yang mana merupakan tools yang sangat sangat sangat berguna utk kita manipulasi... serius!! (aku ada tgk gezet rancangan tv3 - bijak wang dia citer pasal OD.. tp aku terlepas lak siaran dia.. huhuhu)

tapi ramai yg bersungut sbb utk wat OD-ASB, kita kene ada modal dan dump dalam asb then convert jd sijil..

takpe..

now maybe dah ada jalan penyelesaian utk masalah tu.. but jalan penyelesaian ni bukan jangka pendek... jangka sederhana.. tak cepat tak lambat..
even if korang tak minat nak main od-asb, cara ni pun merupakan cara yang terbaik utk meningkat gandakan simpanan korang (jangan kata tiap bulan korang takde menyimpan ek.. aku duku2 kang kepala... simpanan adalah WAJIB!!!)

ok camni...
korang sure dah pernah dgr pasal Easy RHB kan?
ye.. ianya adalah sayap terbaru dari RHB..
aku takmo sentuh bab personal loan Easy RHB.. sbb mahal!!
tapi yang menarik perhatian aku ialah loan asb dia..

napa loan asb easy rhb? napa tak rhb biasa? napa tak maybank?
sbb pakej dia menarik..
utk 5tahun pertama, kita just bayar interest sahaja!!!
maknanya?

untuk 5 tahun pertama, kita hanya membayar kadar faedah yang dikenakan oleh bank, bukan pokok...

hah.. sure ada yg dah kompius... apa lak bagusnya if kita dok bayar interest/faedah je sepanjang 5tahun tu? pokok tak berbayar.. sampai bila nak habis loan tu?????

haa.. perlu diigt.. kita wat loan asb ye....
bermakna, kita akan meminjam sejumah amount from easy rhb dan easy rhb akan convert amount yg dipinjam tu mejadi sijil asb atas nama kita... (but of course atas cagaran bank lorrrr)

so?

so... kita dapat la enjoy dividen setiap tahun yg diisytihar oleh asb!!!!!!!

dan pada kiraan kasar aku, ianya merupakan tools terbaik utk kita menggandakan simpanan kita!!!

ok.. let say every month korang menyimpan rm1k...
banyak??? habis tu korang menyimpan berapa??
ok ok.. katakanlah korang menyimpan rm500 sebulan...

dan katakanlah rm500 ni korang masuk dalam asb direct... (langkah yg amat bijak.. if korang simpan dalam akaun bank, kejap2 kang korang cucuk atm.. lama2 habisshhhh lorr...)

so setahun korang telah mengumpul rm6000
kiraannya : rm500 x 12bulan = rm6000

hmm banyak jugak kan?
tapi boleh diberanakkan lagi!!!
camni..

sila rujuk jadual bayaran utk easy asb (petak atas disebelah kanan)
let say korang meminjam rm100k dari skim easy asb ni... selama 25tahun
so easy akan bg ko sijil rm100k setelah lulus... (bukan cash yee.. dia bg sijil asb)

bayaran ansurannye pulak ialah...
selama 5tahun pertama, korang wajib bayar interest sahaja.. iaitu rm386 sebulan
selepas 5 tahun, yakni pada taun ke 6 barulah korang bayar pokok, yakni sebanyak rrm636 sebulan..

haa.. nampak dah tak tu korang untung kat mana?
tak nampak lagi kan??

ok aku explain lagi..

so utk 5 tahun pertama korang just bayar rm386 sebulan je kan.. which means setahun korang bayar rm4632 (rm386 x 12bulan)
tapi, dalam asb korang dah ada rm100k tau!
sekaligus, membawa makna bahawa jika kadar dividen asb ialah 7%, maka korang akan dapat dividen rm7k...

wahh.. haaa.. nampak??

korang menabung rm386 sebulan(bukan menabung.. but kroang bayar kat bank duit ni), but the end of the year korang dapat rm7k.. offset rm2368!! duit free ni wehh.. siapa nak bagi???
meanwhile, kalau korang just menabung rm500 sebulan dalam asb, korang just dapat +-rm6420 (rm6000 + rm420dividen)

so?

tapi, nasihat aku, kalau korang just menabung rm400 tiap bulan or lower, jgn lak korang pi lanyak loan tu sampai 100k.. sbb nnti kene bayar rm386 utk 5thn pertama...
keburukannya, korang takde cash.. takde liquid.. sume duit yg sepatutnya adalah duit simpanan korang kene bayar kat bank.. so incase ada emergency, korang takde kecairan.. takde cash!! bahaya..

but if korang menyimpan rm500 sebulan, maknanya korang ada rm114 cash n masukkan dalam asb..
dari rm114 ni plak, korang akan dapat lagi dividen +-rm95.. dan wang simpanan terkumpul ialah rm1368... so total simpanan+dividen = +-rm1463 hihiih.. best kan??

so daripada dulu2 korang menabung rm500 dalam asb, korang just dapat rm6420
tapi dgn sedikit manipulasi, jumlah rm500, korang akan dapat rm7000 + 1463 = rm8463
so korang dah untung rm2043!!

but.. napa aku kata cara ni sesuai utk dijadikan sbg mid term punya solution?
sbb kita nak take full advantage pada skim ni yg bg kita bayar interest je utk 5 thn pertama..
TnC dia, kita kene maintain selama sekurang2nya 3tahun, then kita leh terminate...
so, amat berbaloi.. win win situation...

so apa lagi.. jom kita pi ke rhb pink.. rhb easy!!


MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

6 Comments Uols:

Mama Hanim said...

Salam..info yg sgt berguna..tq2..

Hezesuze said...

wah! bgus btul penerangan uols ni...insyaallah akak akn terjah rhb bank....huhu

Alamfanacinta said...

bro, thanx 4 d info..mmg berguna..
cuma xtau nak la bila nak apply kan...mmg saye sgt memerlukan input2 sebegini utk menjalani2 proses2 idup...muahahaha~

jap nak tnye, adekah if dgn buat loan yg smpai 100k tu je yg akan nampak dgn terang lagi nyata keuntungan nya?? if mcm 50k je rasenye berbaloi jgk ke? eh, maap la andai soklan nih mcm tah pape..mmg blur tahap cipanzi..haha~

prebetsabu said...

Maswani n k.heze: apalagi.. Manfaatkn peluang yg ada!

prebetsabu said...

Alamfana: haaa smntara korang muda remaja n single ni baik grab semua peluang yg ada...

Tp....

Jgn ghairah sgt pukul rata loan byk2 kang high commitment, nk wt loan umah ke nnti susah! Umh dh la mahal2 skrg..

Ok.. Klu nk wt 50k pun bole.. Still consumer untung (dan bank jugak semestinya untung!)

Kat jadual tu, if 50k... First 5yr = rm193 maknanya u byr kat bank rm2316..

In return, u dpt div =rm3500

Beza rm1184 u dpt end of year..

Manakala kalau u menabung rm193, u dpt dividen max rm162 je if 7%.. (Aku kira kasar.. Kiraan dividen asb sbenarnya adalah mengikut baki terendah tiap bulan.. So ko sbenarnya dpt lebih rendah dari amount ni!)

Maknanya, secara kasar rm2316 + 162 = rm2418 kan?

So bandingkanlah antara 3500 ngn 2418!

Selamat memanipulasi!

Alamfanacinta said...

thanx bro...~

best ar kan dpt tau bab2 manipulasi nihh..bro kne buat kelas n tutorial bout basic2 nak manipulate nihhh slalu...nak mengharapkan saye bace kat tenet, erkkkk itu perlukan keazaman yg jitu..Muahaha~

Thanx again...:)

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!