Header

Monday, August 16, 2010

Quick Post: Keletah Si Avin Nurdamia Alhamra

Walid menjeling cemburu pada Avin yang sedang bermanja-manjaan menyesel-nyesel di riba bondanya seraya berkata,

"Eh Avin, Bonda ni siapa punya?"

Dengan pantas Avin berkata "Avin punyalah..." Sambil terus bermanja-manjaan dan memeluk Bondanya.

"Ish, bukanlah Avin. Bonda ni Walid yang punya lah!" Walidnya membalas. Cemburu mungkin terhadap si kecil yang mendapat perhatian lebih itu.

"Bukanlah Alid, bonda avin punya lah.." Kata si cilik sambil tersengih-sengih. Liuk badannya semakin melekat pada bonda.

"Bonda ni kan, walid yang punya tau. Walid dah minta izin kat Atok Mad and Tok Kadi tau. So secara sahnya bonda ni walid yang punya tau tak Avin?" Cubaan walidnya untuk menegakkan kebenaran.. Hiksss

"Ermmm.. " Gerus avin sambil membuat riak muka berfikir jauh. Matanya kelihatan memandang ke atas dan bawah ligat mencari idea.

"Bonda avin punya. Walid avin punya!" Petah si Avin mematahkan sesi perdebatan antara anak dan ayahnya.

:)

Sent via BlackBerry from Maxis

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!