Header

Monday, November 29, 2010

Darah dah hilang dari badan

Bagi lelaki macam kita, adalah tidak mungkin darah dapat meninggalkan badan tanpa luka. Betul atau tidak?
Bagi perempuan macam awak sekalian, lain pula, setiap bulan darah boleh meninggalkan badan melalui bukaan itu. Betul atau tidak?

kikikikiki..

Tapi hari Ahad hari tu, kami anak beranak bersama dengan Mama and Abah semua sekali telah mengeluarkan darah.
Tidak termasuk Avin Damia lah of course. Tapi Avin Damia mengikuti setiap detik bersama weols.

Bukan buat derma darah, tapi weols pergi buat blood test.


upacara mengupdate status fb n twitter ;)

Kata orang tu, prevention is better than cure kan? Tapi bab penyakit senyap ni, kadang-kadang kita tak menduga rupanya dia dah menapak dalam diri kita eg Diabetes etc etc tu semua.
Senyap-senyap je tetiba je terus dia meletus. Masa itu mungkin dah semakin terlambat lah kan?

So adalah disarankan supaya kita buat blood test ni setidak-tidaknya setahun sekali. kalau dapat buat 6 bulan sekali lagi bagus!

ni entry tahun lepas masa weols buat cek darah ni KAT SINI. kekeke.. nak tengok aku rambut gonjeng? kat entry tu ada wakakkakakka

So baik kita buat dulu full blood test. Dari darah boleh lihat banyak benda. Kolesterol, gula, protein etc etc.
Dan dari darah juga boleh detect samada wujud atau tidak kehadiran sel cancer.
But before buat test ni semua, kita kene lah dulu berpuasa dari makan sekurang-kurangnya 10jam before wat test. Makanya weols last makan malam tu arond jam 9+pm, then terus takleh makan apape sampai ke esok pagi. 
 
Puan Enzek sedang meng key-in our particulars. Dia jugak merupakan seorang Dracula sebab dialah yang akan sedut darah weols nnti :D

Dan weols juga lucky sebab tak perlu susah-susah untuk aturkan temujanji untuk buat blood test ni. Semua ni terima kasih kepada kakak weols, Enzek aka Mak Ngah kepada Avin Nurdamia Alhamra.
Enzek ni kerja kat lab Gribbles. Memang dia dah pakar lah ni bab-bab darah.

Makanya kami berempat - aku, masviona, Abah & Mama pun pergi lah buat blood test.
Eh.. tapi tak aci lah namanya blood test, tapi ada test tambahan..
Urine test sekali weols buat ;)

Abah aka Pak Nasir.
 Kita sebagai menghormati orang yang lebih berumur, kita bagi chance lah dulu abah menjadi orang yang pertama sekali untuk membuka tirai upacara pengambilan darah ni ;) ekekekkepadahal dalam hati memasing sedikit kecut jugak sebab seriau tengok jarum and tabung-tabung uji trsebut kakakakakaka


Cucuk dan terus mengalirlah darah abah masuk ke dalam 3 buah tabung uji.
Senang saje.

Turn mama pulak
 Tapi bila tiba tang Mama, sedikit kesukaran. Sebab urat kat tangan mama suka main nyorok-nyorok.
Kang kalau tak cari urat tu bebetul, main tusuk je jarum tu kang wat sakit je tapi darah tak keluar. So kene cari la urat tu sampai jumpa.


Dah puas cari kat tangan kanan, Enzek still tak yakin. Sebab urat tu masih lagi main nyorok-nyorok.
So kita beralih ke tangan kiri pula.


Lepas di tepuk-tepuk manja kat tangan mama, terus naik urat tu kat belah tangan kiri.. fuuhh.. senang sikit.
Dan tusukan jarum dari anak menembusi kulit ibundanya, hehehe..
Tak sampai beberapa saat, penuh lah sudah 3 tabung uji


hehehhe.. now tiba lah giliran our iron lady, CEO Masviona.com, Puan Masviona.
Jangan tertipu dengan senyuman yang menguntum kat muka dia tu.. dalam hati dia tu tengah berdebar-debar dap dip dup..
ehhehe i know her lah!


Avin damia tak lepaskan peluang nak tengok apa yang bakal dilakukan oleh Mak Ngah pada Bonda dia.
Avin ni cepat risau!


Memula bonda dia je yang berdebar...
lepas tu leh nampak, si Avin pulak join bonda dengan debaran.. kekekeek


Jom kita carik urat...
Aiseh.. agak sedikit pemalu juga rupanya urat masviona kita ni..
Main nyorok-nyorok jugak rupanya.


Kasi tepuk-tepuk manja dulu biar urat tu timbul.
Perhatikan avin damia yang tak lepa pandangan dari bondanya. Dok perhati je apa yang Mak Ngah dia buat.


Nasib baik akhirnya urat viona tu menimbulkan dirinya juga! Ok dah boleh cucuk-cucuk!


dan mengalirlah darah viona meninggalkan badan. Takpe darah tu berjasa sebab dari dia lah nanti kita boleh detect kandungan darah tu ;)


See si avin damia tu?
sampai panjang-panjang leher dia nak tengok dengan lebih dekat tusukan dan darah yang mengalir tu.
bagus, dia tak takutkan darah. or maybe sebab dia kecik lagi kot? hehe


Dan sekarang tiballah pula giliran aku.
Final preparation.
Time ni aku dah duduk kat kerusi tu ready untuk disedut darah wakakakaka


Muka ini bukan lakonan. kekekek
sedikit cuak lah, tapi takde la cuak sangat. Lagipun bukan 1st time kene cucuk camni.
Dulu time sekolah kerap gak derma darah. And sebelum ni pun weols dah pernah wat blood test juga.


Alamak.
Entah kenapa, time abah je senang nak cari urat.
Time mama and viona susah dah urat pandai main nyorok nyorok..
time aku pun sama itu urat time ni lah dia nak nyorok pulak!


kasi tepuk-tepuk manja.
Urat hai urat.. keluar lah dikau.....


Dah tepuk-tepuk pun takmo jugak dia keluar..
alamak aiii.. pemalu pulak urat aku.
Gi tengok urat tangan kiri, pun sama jugak haiisshhh..
Tepuk tepuk sampai merah pun urat takmo keluar.. cit


Last, sebab urat yang sangat pemalu, enzek kata dia takleh pakai jarum ngn tiub tu, instead kene pakai syringe. Tu lah wahai urat.. sebab ko takmo keluar sudahnya memang bebetul kene sedut pakai syringe! kalau pakai jarum n tiub tu dia takyah sedut.. free flow.. kkekeke



dan selamat terbenam sudah itu syringe ke dalam daging aku..
takde la rasa sakit pun.. sakit lagi time kene cubit dengan masviona aauuww kekeek lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


time cucuk tak rasa sakit, tapi time dia tarik syringe tu untuk sedut darah tu ada terasa sedikit nyilu..
sluurppp slurrpppp darah kene suck.


Hitam pekat.
Enzek kata dia amik dalam 5ml je.
lepas dah sedut tu dia terus transfer masuk dalam 3 tiub tabung uji.



"ok sekarang turn amik darah avin pulak"
"no no no takmo" kata avin 

ahahhaha


 Dan selesai lah sudah acara mengambil sampel air kencing dan juga darah dari badan weols untuk dijalankan proses pengujian.

Result dijangka dapat diperolehi dalam 3-4hari lagi.
Harap semua result menandakan weols dalam keadaan tip top ;)
amin!

Entry amik darah tahun lepas ada kat sini - Ujian Darah


*UPDATE: 1658RS. DAPAT SMS FROM ENZEK "Bldtest smlm da siap. chol nas makin naik huhuu..nk akak emel result?Bg emel add." WAAAHHHHHGGGHHH KOLESTEROL AKU NAIK? NOW TGH TUNGGU EMEL N JOM KITA REVIEW NANTI! ;)

Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

3 Comments Uols:

enzek said...

alahai...nampak betapa keciknyee jarum yg menusuk tu hehe
ooppppp choppp....napa tulisan entry nih x warne oren ek...?

CathJ said...

Lenguh lutut weiiiiiiiii..... ;-p

prebetsabu said...

eleh enzek... dah tiap ari tgk jarum tu mmg la dah tak eran.. kecik mmg kecik n bukannya sakit mana pun, tapi perasaan sebelum bende tu nak cucuk tu yg menakutkan.. tak caya tanya viona dia takut nas ok je ekkekeke

tulisan dah tak tukar oren sbb kitorang tgh nak tukar layout baru.. kalau bubuh oren nnti dgn layout baru tu jadi tak cantik ;)

cath, nnti nak cek darah kene pakai blindfold!

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!