Header

Thursday, December 02, 2010

Cuti Di Hujung Borneo

Ok lah. Bukanlah tujuan utamanya hendak bercuti. Tapi dah alang-alang kita dah berada di Kudat atas urusan rasmi, maka kita singgah sekali lah ke Tanjung Simpang Mengayau.
Gambar dicuri di google. Rasanya ni gambar lama sebab kawasan ni dlm gambar tu masih tak dibangunkan.
Apa yang menarik kat hujung borneo ni? Alahmak, rasanya aritu aku ada sentuh pasal perkara tu masa buat entry live aritu.
Leh tengok kat sini: LIVE: At The Tip Of Borneo
Apa rasanya bila berada di penghujung pulau ke 3 terbesar di dunia ni? Biasa saja. Tapi pemandangan dan juga pengalaman berada di pertemuan laut China Selatan dan juga Laut Sunda adalah keunikannya.

So aku rasa dalam entry full yang ni, meh aku nak cerita mengenai keadaan kat sana. Dari perjalanan nak pergi, ketika di sana dan juga perjalanan nak balik


Ini ialah motorsikal yang membawa aku ke hujung borneo tu.
okeh. Tipu saja.

Itu adalah motosikal yang digunakan oleh client untuk tujuan pembelajaran dan juga pengujian untuk lesen B. Dulu-dulu banyak orang guna motor Virago je. Now Virago dah stop production and maintenance pun dah susah, makanya ramai beralih arah pada moto CKD Kawasaki ni. ER6N. Murah saja, dalam rm33k sahaja. Wah murah la sangat ek? kekeke

Aku dan juga bersama dengan staff yang berpangkalan di Sabah tu dah tentunya naik kereta je. Dari Kota Kinabalu menuju ke Kudat ni, ambil masa dalam 3-4jam. Tiada Hiway di Sabah. Semua adalah jalan kampung.
Jalan pula sesetengah bahagian tidak berapa cantik. So masa perjalanan lagi lagi lambat :(

Bandar Kudat adalah sebuah bandar yang keil. Rasanya boleh dikategorikan sebagai Pekan saja kot. Tiada bangunan pencakar langit. Paling tinggi pun, maybe 4 tingkat je kot?
Tapi jangan risau, kat bandar dia tu ada banyak je hotel. Hotel bajet. Dalam RM70-80 semalam. Nak duduk resort, ada juga Marina Golf and Resort. harga tak pasti sebab masa aku pergi ke sana haritu, resort tu dah fully booked! Pasrah. But still, budget hotel dia pun selesa ;)



Dari Kudat, perjalanan ke Simpang Mengayau ni pula ambil masa kira-kira 30minit, ataupun lebih kurang 25km untuk sampai ke hujung borneo.Sepanjang perjalanan, agak sunyi. Hanya terdapat beberapa buah kampung dan ladang kelapa dan juga kelapa sawit.

Line telefon pula, since aku pakai Celcom, sepanjang perjalanan ni line intermittent. Sekejap ada, sekejap SOS terus. Kalau time ada line tu pun, macam nyawa-nyawa ikan saja ;) Line lain aku kurang pasti.


Perkenalkan, staff kami yang berpusat di Sabah, Saudara Philip.Single mingle lagi. Nak nombor contact dia leh tinggalkan komen wakakakakkakakakakaka. 
Pilip! ko jgn marah aku bah.. nanti potong gaji wakkakak kejam.
 

Tak perlu risau if sesat ke apa ke, sebab signboard untuk menuju ke Simpang Mengayau ni sangat banyak dan efisyen. Sure kalau korang ikut signboard tu pasti takkan sesat.
Selingan - Pilip kata, mengayau tu makna dia macam berjalan-jalan, bersiar-siar. Bahasa suku kaum mana? Tak sure plak aku.


Lagi lebih kurang 10km untuk sampai ke destinasi, jalan menjadi lebih sempit. Keadaan tepi kiri kanan jalan pun tak berapa elok. Dipenuhi oleh rumput lalang yang tinggi tinggi. If korang drive, berhati-berhati tak perlu nak speeding sebab kalau berselisih memang payah. Silap gaya akan bergesel.


Lagi lebih kurang 3km sebelum tiba ke tapak perlancongan Tanjung Simpang Mengayau, kita akan melalui persisiran pantai. Subhanallah! cantik pulak bila tengok pantai yang airnya masih kebiru-biruan. Selalu dok tengok pantai air keruh je kan?

Sepanjang pantai tu juga, kita boleh jumpa beberapa buah chalet. Tapi aku tak pasti berapa buah chalet yang sudah beroperasi, sebab kebanyakan chalet tu nampak gaya macam masih sedang renovation.
Tapi dah terbayang, sure menjadi lokasi yang indah especially kalau kita memang nak spend private time with pasangan hidup kita. keadaan sunyi dan isolated from hingar bingar kota ;) sweet!


Ok sampai sudah ke tapak perlancongan tanjung Simpang Mengayau, lokasi dimana jika mengikut peta, terdapat tanjung yang merupakan penghujung kepulauan borneo!
Parking di kawasan ni adalah free, dan juga tiada bayaran dikenakan untuk menikmati pemandangan di kawasan ini.
Tahniah pada PBT kawasan situ sebab berjaya menyelia kawasan itu walaupun tanpa mengambil apa-apa yuran daripada pelawat. Dan kawasan di situ adalah terurus.


Dari tempat parking, untuk menuju ke penghujung aka tip of borneo, kita kenelah berjalan kaki. Takkan lah pulak nak bawak kereta ke kawasan tu kan?
Tapi bolej tahan juga lah jauhnya, tak silap ada lah dalam 300-400meter berjalan turun naik bukit sikit. Kebetulan petang tu cuaca redup mendung. Di tambah pula hembusan bayu laut chna selatan dan laut sulu, so tak terasa sangat lah penatnya masa nak pergi tu.. dan ditambah pulak dengan rasa excited sebab nak tengok tip tu kan keekkeeke



Monument khas untuk brgambar lah kiranya ni. Kasi pelawat ada something untuk menunjukkan yang dia dah bebetul sampai ke hujung borneo. kalau setakat nak ambik gambar pemandangan laut, nanti orang tak percaya pulak dia kata laut mana-mana pun sama wakakakkakaka

yes, saya pernah berada di sana. Di telinga binatang itu wakakka. Peta sabah seakan-akan menyerupai kepala seekor haiwan kan? So kudat ni berada di "telinga"  sekaligus menjadikan ianya sebangai penghujung pulau borneo.:D
 


Jom kita pergi ke hujung! Kene turun ke bawah sikit.



Haa... ini lah kawasan baru betul-betul hujung borneo. hujung dah laut dah. Laut cina selatan dan juga laut sulu.
Posing ala-ala nak buat cover album perghhhhhhhhhh


Dari hujung ni kita boleh tengok lautan terbentang luas. Tapi aku pun tak pasti lah sebelah mana laut china selatan dan sebelah mana laut sulu. Kalau tak silap, sebelah depan n kiri ialah laut china selatan manakala sebelah kanan pula ialah laut sulu? maa kalau tersilap fakta. Tapi yang pastinya, memang di kawasan ni lah pertemuan kedua-dua laut tu.


Philip ajak aku turun ke batu bawah sana. Err, aku rasa aku pass je lah. Dengan pakai kasut kulit n seluar slack kerja ni, macam takut-takut pulak aku nak turun batu tu ekekek alasan terbaikkkk


So sementara philip menjelajah bahagian bawah tu, kita camho je lah sambil merenung pemandangan yang indah!

Lama betul si philip ni lepak kat bawah tu. Pulak tu ralit pulak dia tengok something kat batu-batu tu. dia kata kat batu tu ada lubang bulat besar. Entah camna ek batu tu boleh berlubang camtu?
Aku tanya philip ko tak hulur tangan ke masuk lubang tu mana tau kot-kot ada harta karun kahkahkahkah











Menghabiskan masa menikmati pemandangan laut terbentang luas dengan batu-batu ni semua adalah amat menenangkan jiwa. Kita boleh tanpa sedar ktia merenung je and berfikir macam-macam, sedar-sedar je dah 20minit kita mengelamun. api puas hati memang aman damai, tambah pulak time kitorang ada kat sana, tak berapa ramai pelawat.
How i wish i bring along my dslr with me! Bnyak scenery boleh diabadikan!

ok cukup sudah kita menikmati pemandangan. Jom balik ke kereta. AAAHHHHHHHH tetiba je nampak perjalanan nak berjalan kaki ke arah kereta ni macam jauhhhhhhhhhhhh...
ekkeke..


Khidmat kemasyarakatan.. kekeke.. membantu pelawat lain untuk family potrait. Fuh memang bertuah lah siapa yang dapat Philip ni, rajin, baik hati, suka menolong ekkekekekekkekeke


perjalanan nak balik lebih memenatkan daripada perjalanan nak pergi! Mungkin sebab nak balik ni kene panjat bukit and nak pergi, turun bukit.
So kita singgah minum dulu kat cafe dia!


kat atas ni ada jugak cafe. Sangat dekat dengan tanjung tadi tu.

Muka cover semput. Weh serius weh terasa stamina pancit abis bila kene jalan naik bukit. mengah weh mengah.

Menikmati sunset di cafe chalet tu.Tapi awan mndung dan hujan renyai sikit. Tak nampak clear :(
So sebab keadaan cuaa pun tak mengiinkan untuk tengok sunset yang cantik, maka weols pun terus lah bergerak pulang. 


Jalan nak balik ni kitorang pilih jalan lain. Tak lalu ke bandar kudat, instead dia terus potong ke jalan menuju ke kota belud.
Tapi, jalan sini lagi teruk bahhhhhhhhhhhhhh


dah mula bergegar dalam kereta. nak amik gambar pun memang susah nak dapat steady shot wakakkaka
Sebab apa? Sebab jalan sini putus-putus.
Sekejap asphalt sekejap gravel.


Laluan gravel ni ada dalam 3-4km kot. So brgegar-gegar lah weols dalam tu. Terkenang pulak kat Mr. Triton weols dulu, kalau naik 4 wheels ni sure rileks je redah!


kan dah kata, memang bergega je dalam tu. aku rasa kalau bubuh air mineral yang telah dibuka penutup dia, mau habis tumpah sampai separuh botol kot?



Sepanjang perjalan gravel ni pulak jalan memang sunyi. Teramat sunyi. Sepanjang jalan tu weols terserempak dengan sebijik kereta je. 
 Setelah lebih kurang 4km, barulah jumpa semula dengan jalan tar.. fuh lega dan selesa ;)

Lepas tu jalan tu terus menuju ke Kota belud, dan straight menuju ke Kota Kinabalu ;)

basically, kalau korang terasa nak menikmati pemandangan di kawasan yang unik, boleh lah terjah ke Kudat dan Tanjung Simpang Mengayau, Sabah. 

Jom cuti cuti!

.
Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

3 Comments Uols:

AzmanV2 said...

wah!! rindu pulak kat philip.
puji baik nampak? haha
dulu pegi sane tak dapat pon nak gi tempat ni :( kempunan..

prebetsabu said...

Sagaputih = man kah ini?
Wah lama xdgr berita!

Aritu kita xdpt client kat kudat mmg xpnh pegi ;) now ada client br kat kudat.

Mesti lah promote si philip.. Baik punya org ini bah!

AzmanV2 said...

haah. ini adalah man. jeng jeng jeng :p

tuh la, teringin nak pegi sane lagi. huhuhu

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!