Header

Thursday, January 26, 2012

Dokumentari India - Day 3: Pink City & Jantar Mantar

yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy saya mempunyai kekuatan untuk menyambung kisah Backpack India!

Last aritu weols tinggalkan uols dgn bab Arrival to Jaipur kan?

So malam tu lepas perut sudah kenyang, dah dapat rest, keesokan paginya weols pun bangun dan bersiap siaga untuk pengembaraan selanjutnya!

Kita menerjah sekitar bandar Jaipur!


janji ngan si Saleem dalam area 8am...
tunggu punya tunggu, dia tak kunjung tiba plak..
call dia, alamak rupanya dia kat rumah lagi dok menguruskan anak dia hahahah

tapi takpe katanya rumah dia ke hotel tu dekat je.. dalam 10min lagi ia  sampai...



Dari simpang weols dah nampak dah kelibat tuktuk si Saleem ni..
muka weols terus menjadi girang.. dah ala-ala kanak kanak kecil tatkala terlihat kelibat mak ayah dia pulang dari kerja..
mujur weols tak lompat lompat "yeay yeay.. babuji dah sampai" wakakakaka


semalam sampai dah malam hari, tak dan nak menggedik bergambar dlam tuktuk si Saleem ni..
so pepagi tu terus tak lepaskan peluang.. camho camho dan camho...



Perjalanan pertama, menuju ke Pink City....
Kita nak lihat senibina sebuah bandar terancang yang pertama di India.

Pink City Jaipur ni merupakan bandar trancang yang pertama sekali.. eh aku ulang balik plak ayat tadi wakakak.. punya la excited nak stress kan info tu.. wakakkaka

So Jaipur ni merupakan bandar terbesar di wilayah Rajasthan. Bandar ni dibangunkan sejak tahun 1727 oleh Maharaja Sawai Jai Singh II. (nanti kat City Palace kita sembang llebih sikit pasal Maharaja ni... psssttt badan dia besaaaarrrrrrrrrr!)

Jadinya, kita leh lihat pertembungan dua tahap ekonomi kat sini.. dari kampung menuju ke urban.. so stall stall tepi jalan cam dalam gambar kat atas tu adalah fenomena dan pemandangan normal di sana.. dan shoplots juga...




Sepanjang perjalanan tu jugak, weols sebok dok mengumpat si Saleem ni!!!

wakakakka.. tengok lah gaya dia memandu tuktuk roda tiga dia ni...
ada style oooowwhhh liuk lentok badan dia duduk ada curve gitu..
memang style dia drive camtu sepanjang jalan.. pastu mulut dia dok mengunyah je..
sib baik tak kunyah sirih.. dia kunyah chewing gum wakakakkaak style lah lu Saleem!!

Dia bawak tuktuk dia ni mmg laju.. selamba je menyelit celah2.. dah memang style depa kat sini camtu.. pantang ada ruang sikit, sure mencelah...


tepi jalan..... banyak orang jual hasil kerja tanah...
tembikar dan pasu dan labu.........


ehehehhee.. ni yang mahal ni....
jaipur ni pun kawasan dia tak jauh dah ngan kawasan padang pasir...
siap leh tengok unta lagi depa guna untuk angkut barang...


sementara si Saleem isi minyak, aku ngn masviona dok sembang pasal bende alah ni..
Siapa ingat lagi n tau apa bende tu?

haaa... weols terus terkenang zaman sekolah dulu..
kat sekolah sure ada baldi baldi ni berisi pasir...
fire extinguisher ler...

ekekek.. kita pakai ni zaman dedulu je.. zaman sekarang majority dah pakai fire extinguisher yang dalam balang gas tu..
tapi depa still pakai lagi weeehhh.. klasik!!!! kat petrol pump plak tu!!! gulp...........


Dan setelah beberapa minit, sampai lah kita ke entrance bandar lama, bandar asal Pink City!!

Apa yang menarik pasal bandar ni, ianya di bini berlandaskan ciri-ciri modern...
dipengaruhi oleh british sikit..
jalan yang luas, bandar terbahagi kepada beberapa sektor.. lebih tersusun..

Dan yang paling utama dan paling unik, sehingga ianya menjadi gelaran, ialah bangunan di dalam bandar ni yang semuanya berasaskan warna Pink!!!



tapi sebenarnya tidak lah pink yang girly girly tu..
kalau kita tengok bebetul, lebih kepada merah oren je..

kenapa bandar ni pink? hahahhahha korang google la sendiri cari jawapannya wakakkakaa
tapi meh aku bagi clue..
sebnarnya bandar ni terletak di kawasan padang pasir....
so untuk memberi warna yang kontra untuk buildings dia since builings dia di bina guna batu tanah, depa bubuh pewarna merah kat batu binaan dia ;) ngeeeeehehehehhehehehe ...
dan lagi, dikabarkan, salah seorang isteri maharaja Sawai singh ni ialah mat salleh.. so dia kelihatan putih pink, dan dia suka pink, so habis bandar ni dia kasi pink jugak ngehehehehehhe lagi... oppss panjangnya clue...




even kat bandar pun, depa jual2 barang tepi2 jalan je banyaknya style diroang..
agaknya sebab kos nak sewa shoplot tu mahal kot?
kat shoplot-shoplot ni jugak banyak kedai-kedai jual baju..
seuatu ketika dahulu, Jaipur ni terkenal dengan industry mewarna kain sari...


sesi explaination from encik Saleem..
dia dok explain serba sedikit mengenai sejarah masa dedulu bandar Jaipur ni.. perubahan yang ketara dan perbandingan dari masyarakat zaman maharaja dulu sampai ke generasi dia...

Best lah lu Saleem!!! Ko memang pandai layan tourist... dah la muka macam hitrik roshan! wakkakakakakakakakaakkakakaka over plak






Sekitar suasana bandar Jaipur yang busy..
kat dalam bandar ni jugaklah terdapat sebuah bangunan yang glamer jugak..
namanya Hawa Mahal... bebetul terletak kat tetengah bandar ni tepi jalan je... crowded area situ...
weols tak dan amik gambar sebab crowded n sempit jalan tu...
unik bangnan ni.. macam sarang lebah...... pi tengok gambar istana Hawa mahal ni kat google ek? (sikit2 google sikit2 google kalau camtu takyah la aku nak cerita apape sini sume soh refer google je ekekkeke)


tadi aku ada bagitu, Jaipur ni pernah terkenal ngn industri mewarna kain kan? ni salah satu dari kilang yang ada kat bandar ni......

ok, lepas Saleem dah bawak weols pusing punya pusing punya pusing dalam bandar Pink City, weols dibawa pulak ke Jantar Mantar.....


Kawasan entrance jantar mantar...\
Maksud jantar mantar = alatan mengukur....

Bukan untuk ukur kain baju, bukan untuk ukur jalan...
Tapi...
untuk ukur kedudukan bintang bulan planet cakerawala!!

Maharaja Sawai Singh ni juga adalah antara ahli Astronomi dan Zodiak yang hebat dahulu kata..
So dia bina kompleks Jantar Mantar ni untuk dia letak semua binaan yang digunakan untuk kerja astronomi dia..


Bayaran masuk? korang baca lah situ wakakk...
INR 300....


So masuk-masuk je ke perkarangan kompleks ni... kita akan rasa...... aneh.. ye.. aneh merupakan perkataan yang sangat sesuai..

sebab apa aneh?

sebab kita sebagai rakyat marhaen ni takkan tau pun camna nak guna alatan dan struktur besar gedabak yang digunakan oleh Maharaja Astronomi ni untuk kira pergerakan bulan bntang...

semua nya pelik je kita nampak wakakkaka

Tak caya? alaahhh korang tengok la ni gambar-gabar weols dengan struktur-struktur pelik yang digunakan pada zaman dahulu oleh Maharaja Sawai untuk mengira and mengkaji astronomi dia......

exhibit pelik 1 - macam gong, tapi bukan gong wakakakkakka

Exhibit Pelik 2 - pelbagai rupa jam matahari.

Cubaan untuk membaca jam matahari dan mencari kedudukan bintang berpandukan jam tersebut.. Fail!!

Exhibit Pelik.. err nombor berapa ek? ahahha.. kawah untuk melihat kedudukan planet...





Bersama denan struktur binaan pelik.. di tengah panas... so mana lebih pelik? binaan tu ke ataupun kami ni yang pelik sebab berdiri tengah anas?
panas weehhhhhh!!



Kepala dah rasa nak pecah... kulit dah rasa pedih..
kasi nyuruk nyuruk celah binaan pelik..... wakkakaa


Punyalah bersungguh dan komited raja dulu tu kan? macam2 size binaan dan alatan yang dia bina khas untuk kerja astronomi dia.. respek!!

Bangunan di atas bukit tu ialah Penjara yang dibina sejak zaman maharaja dulu.. wahh.. cantik view yang banduan2 tu dapat tengok kan? ekkkekeeke

Lagi bersama alatan mengukur

Fuuhhh.. dapat pekena nescafe ais yang bebetul sejuk... lega!!!!



Overall, luas betul kawasan Jantar Mantar ni!!!!
Dan rasanya ada beratus koleksi alatan astronomi purba dalam ni...
Nasihat kami, kalau pergi musim panas, sila lah bawak payung ye.. jangan jadi rentung macam kitorang sebab kawasan tu open air.....

menarik tepat ni especially kepada sesiapa yang uka mendalami ilmu kajian bulan bintang...
buat rakyat marhaen macam kita yang lain, tempat ni tetap menarik sebagai general knowledge and kita dapat melihat kesungguhan mereka-mereka terdahulu daripada kita membina alatan untuk membantu mereka membuat kajian... di mana ada usaha di situ ada jalan!!!!!


Keluar dari Jantar Mantar, weols terus ke bangunan sebelah.... City Palace...

Jantar Mantar ni actully terletak sebelah je ngn istana maharaja sawai tu.. ye lah.. senang la dia nak buat keje kan sebelah rumah dia je.......

Weols ternampak Aci ni jual keropok.....
open ai jugak bekas dia.. pergghh.... tepi jalan plak tu.. debu habuk semua kan? errrr.. nyum nyum jugak kot? ;)


wokeyyy kawan-kawan.. tamat sudah dokumentari Pink City and Jantar Mantar...
Next episode?


City Palace!!!!!!!!!!!









Doakan weols update segala entry tertunggak ni secepat mungkin.. banyak ni pending... India, Hong Kong, Macau, Korea, Italy, Rome, Swiss, German..... aarrrghhhhh tekanan!!! wakakakkaa


Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

7 Comments Uols:

Neeza.Areef said...

mcm tgk amazing race..

Masviona said...

Neeza,
kat sana mmg kitorg mcm ala2 amazing race pun neeza kejap2 lari sana kejap2 lari sini melarikan diri pun ye gak...melarikan diri dr segala mcm "ulat2" kat sana...LOL

Lily Riani said...

just saw your blog, your india trip is it DIY or via tour. ke masa kat sana enggage daily tour?

Masviona said...

Lily Riani,
our india trip is DIY....weols tak engage memana tour pun :)

prebetsabu said...

lily,

weols just backpacked... even hotel pun tak tmpah.. tiket train pun main redah jeee...

info sebelum tu dah research.. so dah leh wat itinerary nak gi mana n buat apa, just that bila samai ke tempat yg dituju, baru readjust dgn info yg weols dah ada and keadaan sebenar time tu..

so mana ada kesempatan, weols gunakan.. alhamdulillah, india orang dia frenly, just that banyak putar belit je wakakkaka

Mary White said...

I was fascinated by those pictures especially the dome thingy. What was it called again?

India Trips http://www.peregrineadventures.com/india

CathJ said...

Pegang ape tu yg gambar akhir?? Ulaq???? Eeeek...

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!