Header

Sunday, January 01, 2012

Selamat Tahun Baru 2012 n Happy Birthday to Me!

Tahun 2011 dah berakhir semalam n 2012 juga baru saja menyusul.

Alhamdulillah sepanjang tahun 2011 banyak kenangan pahit manis yg dah kita lalui n pada saya rasa kesyukuran ini saya panjatkan kepada Ilahi kerana dgn limpah kurnianya saya masih ada bernafas n masih sempat untuk melalui satu lagi peningkatan usia...ya selamat hari jadi untuk diri sendiri.

Secara peribadi banyak kejayaan n kenangan manis buat saya pd tahun 2011 n saya berdoa moga tahun baru ni 2012 saya akan lebih berjaya, kaya n bahagia hendaknya bersama famili tersayang n doa ini saya panjatkan buat kalian semua readers mv.com juga moga kita sama2 berjaya untuk tahun 2012 n tahun2 kehadapn Insyaallah.

Terima kasih yg tak terhingga buat suami tercinta kerana selama ini melalui onak duri kehidupan rumahtangga bukan setakat sbg seorang suami tp sahabat n pembakar serta pemberi semangat saya, pengkritik paling ikhlas jugak kadang tukang bebel paling pedih n berbisa ayatnya...hahaha

Semalam weols meraikan harijadi saya secara khususnya di Pullman Putrajaya Lakeside hotel n sekaligus menyambut tahun baru sekali walau bukan surprise yg betul2 surprise tp tetap mengejutkan saya.

Untuk menyambung quality time bersama weols atas sokongan dari anak dara bermalam pula di Shangri-la hotel putrajaya.

Semua ni avin damia punya pasal dia merenggek2 xmoh balik rumah nak tido hotel....huhu tanya kat pullman dah penuh so terpaksa lah amik shangri-la

Alhamdulillah sehari hari ni weols habiskan masa yang berkualiti untuk merapatkan silaturrahim n menambahkan kemesraan kami satu family rasanya satu permulaan baik buat tahun baru ni semoga ia menjadi petanda baik untuk tahun ni n akan datang insyaallah

Fuhhh dah mcm ucapan menang award dah ni saya rasa so better rasanya saya stop kat sini dulu

Saya amik kesempatan ni nak mengucapkan ribuaan terima kasih yg tak kan terbalas dari saya untuk kalian semua sahabat saudara mara n kenalan even yg dah bersua muka mahupun belum yg tak putus2 memberikan ucapan/ wish n doa sempena hari lahir saya n tahun baru.

Seperti yg dah saya bitau kat fb, ada yg saya sempat balas ada yg tak balas ada yg saya like je tp percayalah yang saya sgt2 menghargai semua ucapan daripada korang semua walaupun hanya sepatah dua je ucapan korang tu.

Pendek or panjang tak penting janji uols ikhlas itu sudah cukup buat saya n saya membaca kesemuanya dengan sepenuh hati n sgt2 terharu dengan semua text drp uols tu

Terimalah ucapan drp saya selamat tahun baru n semoga kita semua akan lebih berjaya n bahagia untuk tahun2 yg mendatang. Success utk semua!

4 Comments Uols:

zino said...

best nya.. (komen yg sama di FB hehe)

ct rahani said...

Happy New Year 2012 & Happy Birthday kak.. Semoga sentiasa bahagia.. Amin..

Lily Riani said...

happy bird day and happy new year

Masviona said...

zino,
hehehe mmg best pun

ct rahani,
thanks dear...insyaallah

Lily Riani,
thanks n happy new year to you too :)

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!