Header

Monday, April 16, 2012

Part 2: Dokumentari Singapore- Bugis Street

Kan dah bitau kat dlm Doku Part 1 kan yang next episode kita nak sambung pasal murtabak kan.

Ye ye saya masih ingat janji saya di n3 yang lepas....:)


Nak sambung stori mori lah nih....hikss

Ok lepas dah sampai rumah Sis Wahi tuh, weols rest kejap...pastu mandi2 then kuar balik.

Eh sebelum tuh lupa nak cerita kan....Sis Wahi ada hidangkan weols nasik lemak marvelous hasil tangan sis Wahi sendiri tau....kira mcm hot from kitchen lah. Memang sedap la nasib lemak dia cukup rasa lemak kat nasi je pastu siap ada sambal udang...cukup pedas n manis n masinnya secukup rasa. 2 thumps up dari weols satu family...team masviona sis!

Tapi...tapi...gambarnya xdak tau!

Sebabnya biasalah awal2 lagi kan so segan nak amik gambar....huhuhu #ahkak kan pemalu kan orangnya...hiksss

Ok lepas perut dah kenyang kan baru lah selesa dan memulakan perjalanan n mengeluarkan peluh gitu. Weols kuar jenjalan naik MRT je....senang n mudah!
 


avin happy nak baik bas
So sebelum nak ke MRT stesen tuh weols kena amik shuttle bas dulu, bus stand depan rumah je turun lift terus berjalan ke tempat tunggu bas nih...berbumbung uols.. tak de kena panas terik mentari pun :)s smpai

Dalam tak sampai 10 minit naik bas tuh so sampai lah kat stesen MRT tuh. Dari Boon Lay weols gi ke stesen MRT Lakeside. Destinasi weols adalah Stesen Bugis. 

Dari Boon Lay nak ke Bugis Street nih sebenarnya agak jauh gak lah, if dari Lakeside stesen kita kena melalui agak2 kalau tak silap saya dalam 12 stesen lain then baru sampai ke Stesen Bugis. Itu if uols naik MRT yang line hijau lah...iaitu SMRT East West Line (EW).

Kalau tak silap saya kat singapore ada 4 line, iaitu Hijau, Merah, Kuning dan Purple (if im not mistaken lah) correct me if im wrong ok kenalan drp warga singapore!

Yang Hijau mcm saya cerita tadi SMRT East West Line (EW), Merah = SMRT North South Line (NS), Kuning=SMRT CircleLine (CC)  dan Purple= SBS Transit North East Line (NE).

For more info dan juga untuk download MRT & LRT Network Map nih pun uols leh gi ke sini. Kan senang if download sesiap jadi bebila uols nak gi sana semua info dah ada dalam kepala so senang lah uols nak rancang xtvt sepanjang kat sana nanti coz uols dah leh assume roughly lah jarak masa dari satu tempat ke satu tempat tuh kan. Mudah kan???



Ini awesome finding #1 yang weols jupe kat Stesen MRT Lakeside nih parking basikal bertingkat. Kat Malaysia xde lagi nih rasanya tapi kat negara omputih lain dah banyak lah pernah nampak lah kat negara lain.

Sampai2 stesen MRT weols terus terjah cari brochure2 MRT punya map lah senang nak tengok n atur perjalanan weols nanti. 

Lepas dah tau arah tuju terjah plak lah kat General Ticketing Machine tuh untuk beli tiket lah kan nak buat apa lagi.


Urusan beli2 tiket nih semua tentunya menjadi tugas prebetsabu...hehe





Tapi sekarang dia ada pembantu  bantu ke kacau sekarang nih. Avin damia pun kepohh ok nak menolong walidnya dia ingat dia dah besar sangat lah tuh.

Selepas melalu beberapa stesen akhirnya sampai lah kami ke stesen Bugis. Maka weols bertiga pun turun lah untuk ke tempat tujuan








Bugis Street nih kira mcm ala2 Petaling Street lah kalau kat KL tuh kan. tempat shopping jalanan gitu.

Kat singapore Bugis Street nih adalah the largest Street Shopping location in Singapore haaa gitu. Macam2 ada jual kat sini uols dengan harga yang murah2 tapi kat sini tak berapa nak boleh bargain sangat lah.

Tawar menawar mcm kurang dilayan sket sbb depa pun letak rege dah murah kat so tak yah lah buang masa nak tawar menawar tak macam kat tempat lain nak2 kat Yashow Market kat Beijing or Bent Thant kat Vietnam tuh kat situ kalau tak tawar menawar memang tak sah coz rege depa letak memang terbeliak biji mata kita kalau tengok dah tanya depa lagi la nak pitam so kalau uols beli mcm tuh jer tanpa tawar menawar memang lah uols rugi.

Kat sini senang tak yah nak tawar2 sangat coz mmg depa letak rege sebenar barang tuh pun so idak ler membuang masa kita untuk proses bargain tuh kan....fuhhhh sebenarnya proses tawar menawar tuh yang membuatkan lama proses jual beli idak ler lama sangat pun actually.

Experience weols masa kat Yashow Market dulu orang2 cina tuh kalau kita dah tawar2 tapi tak jadi beli siap lah depa maki n marah2 tau! kita tak tau lah bijik butir apa yang mereka ckp but kita taulah depa marahkan kita dari nada ckp pun dah tau kan....high pitch giler kan but itu semua asam garam lah kan.

Kat Bugis Street nih uols pepandai lah fikir sendiri kalau rasa ada certain barang tuh rege dia sgt2 tak bersesuaian then uols leh la try tawar tak salah pun kan.


Pemandangan di sekitar bugis street


Sebenarnya di sepanjang Bugis street nih ada banyak jugak mall tau!

Banyak gak butik-butik branded...LV pun ada uols. Saya ada nampak makcik2 pelancong daripada indonesia ramai yang rembat LV kat sini....yang original punyalah bukan yang kat street tuh.

Masa weols dok berlegar2 kat sini kan adalah 3 ke 4 kali jugak weols di sapa oleh kakak2 n mak cik2 daripada Indonesia bertanyakan arah jalan pada weols....hehehe

Kelakar gak nak tergelak gak rasanya. agaknya depa tengok weols nih mcm local people sana kot itu pasal depa tanya padahal weols pun tourist sama mcm depa semua. 

Ada antara yang depa tanya tuh weols leh jawab....sbb depa tanya mana bugis street padahal mmg dah duduk dlm area bugis street dah pun n ada jugak place yang depa tanya tuh weols sendiri pun tak tau so terpaksa lah berterus terang ngan depa yang weols pun senang mencari2 tempat dan weols pun pelancong sama mcm depa....hiksss


Saya yang paksa prebetsabu amik gambar kat sini kat tetengah pasar bugis street nih. Tp sebenarnya tempat nih dah jadi mcm pemisah antara kedai kat tempat yang berbumbung dan yang open air mcm kat belakang prebetsabu tuh



Saya paksa prebetsabu bergambar lagi....hikss.....kalau idak dia bukannya nak bergambar sangat. Ikut mood macam anak dara dia time datang mood nak bergambar mmg beria time tak nak sekeping pun susah nak snap pict dia.

Ok sebenarnya weols tak amik gambar banyak sangat pun kat Bugis Street nih sbbnya sebok shopping tapi idak ler shopping bebenor pun sbbnya xde barang yang menarik sangat pada saya lah. Sebenarnya banyak je barang yang dijual tapi entah this trip saya xde nafsu sangat nak shopping....hikss.

Avin Damia plak tertidur sepanjang weols dok melepak kat bugis tuh, tetiba je masa hujung2 tuh dia terjaga sempat lah pow weols jam tangan dan jugak jajan2 n toys biasa lah dia pantang nampak semuanya nak...huhuhu.

Ok lepas dah habis kat bugis street tuh, perut pun dah lapar so weols decide nak jalan kaki ke Arab Street plak coz nak mencari Murtabak Singapore yang famous seantero nusantara tulah kan....hiksss.

So berjalanlah weols 3 beranak (kalau kat Mesia confirm tak de jalan2 kaki mcm nih uols!), saya sanggup nak berjalan coz percaya dengan prebetsabu dia  kata dekat jer dgn bugis street Restoran Zam Zam tuh coz dia pernah jalan kaki je masa dia datang solo ke Sinagpore dulu so layankan aje lah.



Berpeluh gak ler setitis dua ketiak saya then sampai lah keRestoran mamak zam zam nih. 






Pastu prebetsabu plak paksa saya amik gambar kat depan restoran nih so saya layankan ajer permintaannya tuh. Alah mudah je kot berdiri kat situ buat sign peace then senyum kasi nampak gigi sket...dah....hikss

Avin masa nih baru terjaga...so dia dah cukup rest itu pasal happy semacam je tuh....:)

 
Dah sampai sana weols pun order lah murtabak singapore yang femes nih dalam size yang besar sbb nak share 2 orang setengah. Avin kira setengah jelah sbb dia makan sket je selalunya.

Pastu weols tanya avin nak makan apa sbb dah tau dia mesti nak order menu lain punya. Tanya punya tanya dia cakap nak makan nasi beriyani ayam. Dah order sekali dia makan sesudu je uols....itupun tak habis.....membazir singapore dollar bonda ko Avin Damia oooiii.

Lepas makan murtabak tuh weols meneruskan perjalanan plak ke kota singapura untuk mencari patung Merlion lambang negara singapore tuh kan.

So layan dulu gambar2 nih eh



 An Evening in Singapore....:)


 Cerita pasal Merlion nih kita cerita kemudia ok!

Mer....for mermaid n Lion....so jadilah patung singaduyung :)


Prebetsabu bergambar berlatar belakangkan patung Merlion.

Details.... next episode ye!


Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

1 Comments Uols:

Unknown said...

alahai,
restoran Zam Zam,
rindu rasanya nak ke sana lagi,
hihihi...

Bugis Street mmg best jugaklah pi sana,
mcm2 blh beli,
ari tue masa pi pun,
ada jugaklah beberapa brg yg wanie sempat rembat,
hihihihi:)

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!