Header

Friday, May 13, 2016

Idea Bisnes Glowing Party House, Marketing Tools & Bagaimana Glowing Party House Berjaya

Post asal yang mengundang banyak pertanyaan di FB. Klik untuk buka di Facebook.


Ok uols hari ni baru berkesempatan reply mana-mana yg sempat semua pm message, whatsapps n etc.
Rumusannya banyak yg tanya pasal;

1) macam mana dpt idea nak buat bisnes ni (soalan paling famous abad ini utk diri saya hehe)
2) mana belajar n berguru..dengan siapa?
3) macam mana cara buat promosi, iklan n etc sampai bisnes boleh berkembang cepat....senang cerita 
marketing tools la pada saya

N the list continuesss….. bla… bla yada.. yada…
Banyak lagi lah tapo kita reply 3 yg memang pada saya agak penting n plg banyak n acapkali ditanya lah

Dalam pada tuh banyak gak yg berseloroh

Ada kerja kosong tak? Hehe

Ok saya reply lump sum je ye tak mengikut turutan tapi harapnya dpt menjawab semua soalan ni….i’ll ry my best!

Idea tu sebenarnya datang secara tiba-tiba saje n saya pun tak tau secara tepatnya macam mana ia dtg mungkin memang kurniaan Allah semuanya tapi apa yg saya perasan idea tu datang mencurah-curah serta membuak2 (macam air menggelegak dalam periuk haha) selepas saya mempunyai anak hampir 9 tahun yg lalu bila time tu nila nak celebrate birthday anak jer saya terpaksa mencari barang2 keperluan parti merata-rata tempat dan kedai yang berbeza-beza. Sudahlah begitu pilihan yang ada pula tidak banyak dan variety.Dari sinilah tercetusnya konon-konon nak jadikan impian bisnes saya lah kalau dah kaya nanti ada modal kan. Impian saya pada masa itu hanyalah sekadar impian ala-ala mat jenin jelah masa nih pun tak ada lah beria-ia cam ala-ala hari nih dapat idea esok terus nak start.

Takkkkk bukan gitu yelah masa tu pun kerja hakiki kat office (mkn gaji…kuli batak pun bz ngalahkan first lady gitu kan hehe) tambah-tambah lagi dengan kerja hakiki kat rumah sebagai isteri dan ibu kan hiksss. Pada masa tu saya cuba bercita-cita dan berimpian secara diam-dia dalam hati sendiri jer lah
Namun selepas 2 ke 3 tahun mengalami masalah yang sama pada setiap kali kita nak plan buat apa-apa majlis itu yangmembuatkan saya jadi memikirkannya secara serius untuk menjadikan ia satu cabang bisnes yang saya ingin ceburi. Kemudian barulah saya start membuat kajian dan survey mengenainya dengan cara mengumpul maklumat dan fakta2 mengenainya cabang bisnes ini di internet dengan cara mengkaji 2 3 jenama antarabangsa.

Sejak daripada itu minat saya mulai mendalam dan saya selalu menjadikan masa lapang yg saya ada dengan mencari info-info yang berkaitan. Masa tu saya seakan-akan obsess dengan idea bisnes saya sendiri dan secara tiba-tiba muncul minat yang mendalam sampaikan asalkan ada masa free/lapang kat office pun saya lebih gemar menambahkan ilmu saya dalam bidang ini dengan membuat kajian didalam talian dan menajamkan skill yang ada kerana pada hemat saya itu adalah lebih baik daripada duduk lepak-lepak dengan rakan-rakan sekerja dan bergossip mengenai issue yang bukan-bukan…ooowhh tidak!!

Kemudiannya selepas kehidupan kami sekeluarga berubah secara 360° dan saya akhirnya terpaksa berhenti kerja saya terus membulatkan tekad dan hati untuk menjadikan idea bisnes saya tadi bukan lagi sekadar hanya impian tetapi kenyataan. Saya start memikirkan mengenainya secara serius dan pada saat ini maklumat n kajian serta info2 yg saya ada sudah hampir lengkap cuma yg membataskan saya pada masa tersebut hanyalah MODAL. Tapi pada hemat saya pada masa tersebut jika saya hanya menunggu modal cukup baru nak bermula maka sampai bila-bila pun saya tak akan bermula.

Jadi by hook or by crook saya teruskan saja niat untuk memulakan bisnes parti saya tu secara kecilan dengan modal yang amat terbatas dan pada ketika ini saya mendapat sokongan padu drp suami. Saya fikir start small but think big lagi baik daripada tak start sampai bila-bila sebab takutkan risiko yang bakal muncul. Saya pegang pada prinsip SLOWLY BUT SURELY.

Selepas Outlet pertama berjaya dibuka iaitu di Reko Sentral, Kajang. Pada masa itu saya hanya membuka ¼ bahagian depan sahaja drp keseluruhan kedai tersebut kerana pada masa tu stock barangan pun masih belom banyak kerana kita masih menunggu untuk finalise deal untuk menjadi pengedar sah brand² luar negara dan saya hanya focus kepada helium balloon sahaja. Pada masa nih jika saya mendapat close deal dengan customer yang nak setup ditempat mereka maka saya terpaksa menutup kedai buat sementara kerana masih belom ada staff bila dah balik event buka kedai balik.

Ok panjang sgt dah nih, kita masuk pula untuk soalan mana belajar…mana dapat skill membelon semua tuh secara jujurnya saya belajar sendiri melalui pembacaan di internet, forum-forum, cd dan video-video yang dibeli dan kemudiannya barulah saya mempertajamkan skill dengan mengikuti kursus daripada professional authorize baik dalam negara or di luar negara (mot courses yang kami attend adalah di luar negara.. have to invest)….yang selebihnya mungkin PASSION yang membuatkan benda nih semua jadi mudah bila basic kita dah ada maka kita boleh memanipulasikan idea tuh sendiri daripadanya.

Ok Promosi pula,
Apa marketing tools yang digunakan?


Keadaan asal page www.facebook.com/glowingpartyhouse sewaktu awal-awal dulu!

Ermmm ok frankly speaking lah kan pada mula-mula saya buat bisnes nih, target saya adalah orang luar…orang-orang yang saya tak pernah kenal langsung pun sebelum ini. Saya menggunakan medium online 100% untuk mempromosikan dan mengiklankan bisnes saya.

Pada awal-awal dulu saya sangat segan untuk mengaku dan memberitahu close friend yang saya buat bisnes ni. Saya tidak pernah membuat status atau post di wall personal saya sedikit pun kerana ermmmmm mungkin kerana rasa rendah diri dan rasa macam kawan-kawan terdekat tak kan support pun (negatifnya saya pada awal dulu disebabkan mental dan jiwa yang tengah down teruk time tu).

Lama kelamaan bila saya sudah dapat rentak dalam bisnes ni barulah saya mula mendapat keyakinan diri dan sedikit demi sedikit saya mula share tentang bisnes saya contohnya bila saya keluar buat kerja atau apa-apa saja yang berkaitan dengan bisnes.

Saya punya prinsip dulu kalau boleh biar hanya bisnes saya yang dikenali bukan saya sebagai ownernya tetapi lama-lama bila reporter pun selalu datang menemubual saya mula tersedar siapa lagi yang akan bersungguh-sungguh untuk mempromosikan dan menaikkan nama bisnes kita kalau bukan diri kita sendiri sebagai owner/founder nya. Bisnes kita perlukan kita sebagai owner untuk menjadi jurucakap yang paling baik secara tidak langsung.






Saya masih ingat yang dulu saya pernah meminta kelonggaran kepada reporter yang datang untuk menemuramah kisah kejayaan saya supaya tidak menyiarkan gambar saya….huhuhu tapi itu dululah sekarang saya sudah punya keyakinan untuk menjadi jurucakap yang paling baik untuk bisnes saya sendiri hehehe

Ok dah melalut banyak sangat nih sebenarnya saya hanya nak bagitau jadikanlah media social kita sebagai platform untuk kita mengiklankan bisnes kita. Kenapa harus malu???
Tapi jangan sampai melanggar batas-batasnya sehingga membuatkan orang lain rasa menyampah dengan kita kerana mungkin ia juga akan turut membuatkan orang merasa tidak selesa dengan bisnes kita juga. INI BAHAYA SANGAT-SANGAT BAHAYA!

Saya walaupun mengiklan dan mempromosikan bisnes saya dimedia social saya sendiri tetapi saya tidak pernah menggunakan cara-cara yang tidak jujur dan annoying seperti saya tidak 24/7 hanya update pasal urusan bisnes berderet-deret. Saya juga tidak TAG ataupun invite kawan-kawan2 saya kedalam mana-mana group tanpa izin mereka.

Itu saja buat masa ini.



Terima kasih kerana sudi membaca. Yang mana baik itu terimalah ambillah yang mana yg anda rasakan tidak baik itu lupakan saja atau maklumkan kepada saya supaya saya dapat memperbaiki diri saya kerana sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yg buruk itu dari kekhilafan saya sendiri.
Bye!




Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

4 Comments Uols:

Anonymous said...

I am your regular customer sis! Proud of u dear! Service Glowing Party House pun memang mantap and sangat puas hati. Keep it up sis! Saya sentiasa support.

Truely Yours said...

Very inspiring. You got a big heart and never ending effort! Salute.

Weieyka Eyka said...

Yeay blog akak dah ada balikkk..lama xbaca bebelan akak. 😘

Weieyka Eyka said...

Yeay blog akak dah ada balikkk..lama xbaca bebelan akak. 😘

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!