Header

Wednesday, December 06, 2017

Dokumentari Trip to Honolulu, Oahu Island, Hawaii, United States of America - Part 2: Peninggalan Perang Pearl harbor



Wow...
Korang baca ek entry kat blog ni? hahaha
.

Oklah aku sambung lagi hari ke dua kami di kepulauan Oahu, Hawaii ni.

Seawal jam 6am kami dah terpacak kat bawah unit rumah kami untuk tunggu Uber, nak terus ke Pearl Harbor untuk mengunjungi Memorial USS Arizona.

Suasana pagi di Niu Street, Waikiki, Hawaii

Boleh je kalau nak naik TheBus dari Niu St Waikiki ni...
Jalan kaki ke depan sikit, pastu naik bas nombor 2 or 13 pastu tukar bas nombor 40 nanti dia stop depan Pearl Harbor. Kos baru USD2.50 je.. perjalanan amik masa 1 jam 18min.

Tapi kami nak mudah, kami amik Uber kahkahkah
Kos dalam usd20, 25minit leh sampai and duduk rilek macam Boss kat belakang...
Eh kan kata kami memang boss? haha


Sampai je, korang mesti terus ke ruangan penyimpanan beg.
Tiada langsung beg yang dibenarkan dibawa masuk, kecuali beg yang transparent nampak isi perut dia.
Pouch, wallet, clutch, backpack, handbag segala mak nenek wajib simpan kat luar.

Dan nak simpan bukan free ye..
Kene bayar usd4 utk sebiji beg... so korang pepandailah sumbat beg2 korang yang belambak tu masuk 1 beg besar.... sumbaaatttt je...


Lepas dah simpan beg segala, terus ke kaunter tiket.
Untuk gi tengok memorial USS Arizona, ianya adalah FREE..
Tapi kena ambik tiket dulu sebab diorang nak control bilangan crowd...
Sebab nanti diorang akan bawak naik bot ke kawasan USS Arizona yang dah tenggelam tu..


Kami dapat sesi jam 9am..
Ada banyak sesi..
Tapi tiket adalah terhad..
Sehari depa terima dalam 1500 orang sahaja..




So sementara nak tunggu jam 9am,,
Ronda-ronda lah dulu...

Ada muzium kapal selam..
Ada muzium sejarah serangan Pearl Harbor sehingga meletusnya WWII kat dunia kita ni..

Dan, bergambau lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..
layanzzzz

Memang cantik pun pemandangan...

Bertambah cantik bila ada cik adik manis ni jadi modelnya haha


Dan si teruna kacak kahkahkah











Seriously, kita leh leka sebab nak bergambar je dalam ni sesambil melawat masuk muzium² sekitar ni...

Scenery cantik, artifak perang pun mengujakan, kisah dan fakta peperangan pun berinformasi utk diambil tahu...

Hey jangan ingat aku pandai tengkolok, aku ni jumud tau... takat mesingan camni senang je aku operate! kahkah
hah mana.. mana.. aku tembakkk ni.. tembaakkkkkkkkk peng peng peng... pish pish pishhh kepishhhh


Kaki skodeng gak bini aku ni haha





Then lepas tu...
Kebetulan sebab nak raikan hari peringatan kejadian pengeboman Pearl Harbor 7 Dec 1941..
which is timing kami memang sangat ngam.. nasib baik tak pergi time 7hb dia tutup untuk acara private pihak tentera dan keluarga mangsa je...

Kami sempat lah juga jumpa and bersembang dengan sorang survivor Pearl Harbor..
Banyak dia cerita pengalaman dia..
Tua dah dia....

Last, dia luah perasaan..
Lebih kurang begini maksudnya "Saya pergi sana pergi sini beri ceramah beri kata semangat, tapi satu sen pun saya tak dapat,"

Kami hanya berhuhuuuu.. lalu pergi dengan senyuman...




Lebih kurang jam 845am, kami terus ke pawagam di belah kiri kawasan ni untuk memulakan kembara ke memrial site USS Arizona..

Sebelum naik boat utk gi kat tapak kapal Arizona karam tu, kami dipersembahkan dengan sebuah tayangan video menerangkan serba sedikit apa yang berlaku ke atas tentera USA di Pearl Harbor dan serangan mengejut dari pihak Jepun.

Settle tengok video dalam 20minit gitu..
Kami terus gi kat boat.

Tidooo je bini aku ni.. kahkahkah.. jetlag katanya hahaha.. eh tak baik bahan bini.. dia terkedip mata tu jeeeee

Boat amik masa dalam 5 minit je sampai..
Dekat je pun sebenarnya..

Dan sampailah kami ke tapak di mana USS Arizona Battleship telah dikaramkan bersama-sama ratusan anak kapalnya.......

Kat sini merupakan memorial, so walau korang teruja nak tengok baki kapal Arizona yang dah tenggelam tu kat permukaan air, korang control lah sikit...
Hormati tanah perkuburan...walau takde tanah.. air je...


Pintu masuk memorial

Serombong kapal Arizona yang jelas kelihatan di permukaan air laut

Serombong kapal Arizona yang jelas kelihatan di permukaan air laut



Badan kapal Arizona

Badan kapal Arizona





Dan nanti akan ada wakil dari Pearl Harbor yang akan memberi penerangan tentang memorial ni..
Secara ringkasnya siapa yang terkorban...
Ramai yang merupakan adik beradik dalam angkatan tentera..

Dan ramai survivor yang telah mewasiatkan bila mati nanti mereka juga hendak dikuburkan di dalam kapal Arizona ni... bersama-sama dengan krew kapal yang lain, yang telah lama pergi dahulu...

Lepas tu kami semua pun dihantar balik ke tanah pulau Pearl Harbor...



Lepas settle, kami pun naik TheBus... kami ada nak attend meting kerja... hahaha.. bye!!
Naik bas je lah murah baru usd2.5 kikikiki
Kalau takde nak kejar masa, leh je... 
Selesa and tiap bus stop ada announcement.... so tak mudah sesat lah...


opppsss sebelum kita tutup post Doku Hawaii part 2 ni, meh aku hidangkan dikau semua dengan gambar Puan MV kita melompat riang di Pearl Harbor.....



Kehkehkeh habislah aku jap lagi kene piat tinga lah ngn MV!

Ok guys, thanks for reading part 2 ni....
Semoga ada manfaat dan boleh dijadikan panduan...

Esok? Part 3......

Nak pi lepak pantai Waikiki..
mana tau kot-kot aku and MV and belajar surfing keee....

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!