APA ITU WANG TIDAK DITUNTUT DAN APAKAH IANYA BENAR?
Jika anda berumur 30an ke atas, jom semak Wang Tidak Dituntut!
Tadi saya dan Masviona Muhamad ke Putrajaya atas beberapa urusan duniawi haha!
Dah alang² sampai, kami lanjutkan visit ke Jabatan Akauntan Negara di Presint 2 Putrajaya.
.
.
Persinggahan kami ni semata² nak check Wang Tidak Dituntut jika ada atas nama kami.
Prosesnya mudah je pun.. and sangat cepat.
Hanya perlu bawa Mykad dan hadir sendiri ke mana² kaunter Jabatan Akauntan Negara atau boleh terus juga ke Menara Maybank.
.
.
Ini cerita kami yang kebetulan ke kaunter di Presint 2 Putrajaya..
Sampai ke lobby Jab Akauntan, terus sahaja menghala ke kiri ada pintu, dan ikut laluan menghala keluar sehingga lebih kurang 30meter, akan jumpa 1 pintu untuk masuk ke kaunter Wang Tidak Dituntut.
Diminta untuk tunjukkan Mykad, dan beliau keyin details, maka terpaparlah butiran.
Syukur.. ada juga duit kami hahha! Boleh lah buat belanja makan² kat obersi kahkah!
.
.
Pegawai akan print laporan, dan kita akan diminta utk tunggu di kaunter sebelah utk pegawai lain memberi penerangan dan konsultasi ttg report tersebut.
Nampaknya, kes saya, banyak duit datang daripada akaun² bank lama saya, insuran² sebelum ni serta lebihan dari Amanah Saham Wawasan sebab saya dah lebih umur kahkahkah!

Proses memerlukan masa sekurang²nya 1 hingga 3 bulan.
.
.
Kenapa saya sebut jika umur 30an baru sesuai check?
Sebab wang tersebut jika ada, adalah hasil dari data bank/agensi sekurang²nya 7 tahun lepas yang tak dituntut.
Contohnya kita buka akaun bank and last transaksi pada umur 25 tahun, so masa umur kita 32 tahun baru data tersebut akan diserahkan kepada kerajaan.
(Ini adalah bersangkut paut dengan akta penyimpanan dokumen, 7 tahun).
Jadi kalau umur korang bawah 30 tahun, most likely takde kot apape wang tak dituntut kahkahkah!
.
.
And jangan risau, tiada tempoh lupus, bila² pun boleh check.
Jadi jika anda ada kesenangan masa, gi lah visit mana² cawangan Jabatan Akauntan Negara.
Mudah..
Cuma.... parking kat Jab Akauntan Negara Putrajaya tu, susah lah sikit..
Eh mana ada building kat Putrajaya tu yang senang parking, kan?
😂😂😂
#Share lah info ramai nak pakai duit ni kannn..
Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ
0 Comments Uols:
Post a Comment