Header

Monday, February 14, 2011

Pesta Pulut Durian ;)

 Tatkala aku keseorangan menunggu order tosey telur & roti canai telur tapau kat mamak sebagai juadah breakfast kitorang semalam, tetiba dapat bbm dari masviona

"Jom kita buat makan pulut durian hari ni nak tak"

huhuhuhu viona kita tu mmg dah terliur kat pulut  durian lah.. gara-gara terliur kat pulut durian hatyai yang habis stok aritu ;)
Dan kebetulan memang dah lama Teratak Mv.com tu pun takde tetamu :( Mana boleh biar lama sangat takde tamu! Rezeki tak masuk. So terus kita setuju dan publish di wall FB open adhoc invitation untuk makan-makan pulut doyan petang  jam 4.

Tung tang tung tang  satu persatu orang reply kata nak datang... ok la tuh, alhamdulillah ada yang menyahut jemputan ;)

Balik umah, disambut oleh anak dara tu "Alid beli apa tu alid.. nasi lemak eh?" kekeke dia nak nasi lemak la plak.. nasi lemak kat mamak tak best lah.. "taklah avin.. walid beli roti je"

Bergegas viona prepare air untuk diminum bersama juadah sarapan. Sambil sarapan sambil melayan FB n bbm untuk menconfirmkan ahli-ahli yang bakal turut serta dalam jamuan petang nanti... so lepas kira-kira, dalam 30 orang, kecil besar tua muda bakal menerjah rumah kitorang.. waahhh teruja nih.. alhamdulillah ada tamu ;D

Makan laju-laju.. avin macam biasa, time orang dah nak sudah, baru selera dia naik.. time tu lah dia nak makan bertambah.. memula makan dia biasalah.. makan main-main.. bila walid n bonda dah nak sudah makan baru dia bersemangat pulak.

Anyway, lepas dah habis istiadat makan beradab, maka bergegas lah weols start enjin kete n terus menuju ke bangi.. misi.. mecari durian!

Tapi misi kali ni dipenuhi cabaran plak.. tempat yang selalu ada jual durian tepi jalan tu, tetiba time kita nak cari ni, takde plak orang tu jual! Adoii.. selalu kan camni? Time kita taknak, bersepah-sepah je jumpa.. time kita nak cari, time tu la plak dia takde haaiisshhh

Takleh putus asa.. invitation dah dibuat and ramai yg dah RSVP.. tetamu mesti dihormati, janji mesti dimeterai ;)

So weols pun terjah seluruh bangi and jugak kajang! tetapi tetap hampa.. post kat FB mencari info pasal jualan durian di bangi... terus sepupu aku yang baik budi pekerti itu reply bgtau soh tengok kat area selepas toll kajang... aha betul! Situ memang ada orang selalu jual durian..

Tak berlengah, masa pun dah semakin suntuk.. terus weols terjah toll kajang itu ;) thanks to kak Marliana for the info


Fuh.. lega.. akhirnya jumpa jugak orang jual durian!
terus stop and beli...


Viona dah mula berkerut dahi.. ingatkan dia dah lega sebab dah jumpa durian..
"makkaiih B, mahalnya durian tu.. sebiji tu rm115! dia kata yang tu sekilo rm35!"

errrkk...

"yang jenis lain takde ke.. tu durian vvip kot? mahal bebenor sebijik sampai seratus lebey? takde jenis lain ke?"

"Ada.. yg sana tu sekilo rm15..."

"haa.. bolehlah.. daripada takde kang lagi payah.."


"wahhh doyian lah bonda.. banyak nye doyian" avin pun sebok lah jugak nak memilih ;)


So belilah 2 biji durian.. total, rm72 ;) alhamdulillah atleast ada la jugak durian.. tapi setakat 2 biji, ada lebih kurang 30 mulut nak makan, mana cukup kan?

Masalah masih belum selesai sepenuhnya! Masa dah suntuk... terus rush pi kedai runcit cari santan n beras pulut.. then terus hantar viona n avin balik umah. CEO kita tu harus segera prepare masak-masak. While aku terus keluar semula dalam misi mencari lagi durian-durian.. hope dapat cari kedai yg jual murah-murah sikit.

Tapi dah sampai ke semenyih aku ronda.. tak jumpa jugak kedai durian adoii.. jam dah kol 320pm.. janji start majlis kol 4pm.. ish takleh jadi ni.. singgah 7E beli ais ketul and singgah gerai kuih muih buat tambah menu ;)

Touch down di rumah lebeh kurang jam 340pm.. hampa takde stok durian.. terus sms and bbm ahli majlis, minta if on the way dorang nak mai umah kitorang tu terserempak ngn penjual durian, mitna tolong belikan dulu ;)

so sebabkan ada 2 biji je durian, viona wat keputusan, untuk masak pengat durian je so that dgn harapan semoga semua dapat merasa sorang sedikit :( segan la jugak kan.. kita dah invite utk pesta pulut durian, tetiba durian lak takde.. daripada kang ada yang tak dapat ratah durian, better masak wat pengat atleast dapat la merasa sorang sikit...

Tepat jam 4pm, hadirlah tetamu membawa rahmat weols yang pertama... Hencik Stem and wife, Suraya ;)
ini lah dia pakar dalam segala macam stiker.. semua stiker yang weols ada, semua tempah dari dia ;) dari stiker feature wall sampailah stiker kat kete, sampai lah stiker thundercats di jerkahserakah itu :D thanks Hencik Stem!!

Then tak lama lepas tu, mai dah Attyfir and kakak ;)
Avin melepas rindu ngn kakak n kakty ;)
menjerit-jerit nak ikut depa balik.. mengamuk sakan avin!
Agaknya dia perasan dah besar kot nak geng ngan kakak ;)


Oleh kerana aku bukan pencinta durian, makanya aku tatau nak kopek durian hahahahaahahahahahah
viona time ni mmg dah tak cukup tangan dah nak prepare air, pengat etc etc

makanya tetamu kita terpaksa mencemar duli lah pulak.. kekekeke sian Hencik Stem kene tolong ktia kupas durian ;) pergghh gagah betul mamat ni. untung Suraya ngeeeeee


Sesambil tu, tetiba dapat panggilan daripada Hungryghost..

"alooo.. ko nak lagi tak durian.. tepi jalan ni ada jual.. aku dah otw ke hentian kajang"

"haa.. nak nak.. dia jual camna.. "

"sekilo rm13.. aku beli 3 biji rm70"

"ok ok ..tambah genap rm100 angkut terus mai sini"

Alhamdulillah.. mujur hungryghost n co ada serempak ngn penjual durian masa on the way.. pergghh syukur nikmat.. dapat lah memasing meratah isi durian ngn pulut jap gi ;)

Dan bermulalah sesi melahap hehehehehhehehe

Hungryghost n co..

sedap? tatau la plak aku sebab aku tak makan doyan ekekekkeke.. tapi memang semerbak lah bau satu rumah ni melekat dah bau hahahahha

Avin awal-awal masih melekat pekat ngn bonda n walid.. dah warm up engine jap lagi baru haru biru ngn anak-anak tetamu ;)

wife hungrygost, hayu a.... oohh yang rambut besar itu bukan kumpulan alleycats ye.. dan bukan juga herman tino.. wakakkakak lariiii


Mai lagi 1 rombongan.. Tekmen, Mirza n co and Datot elkay:) gamat gegak gempita

Ini Datot tarak makan doyan.. orang dah bubuh rm50 soh makan doyan tu perabih pun dia takmo.. adoii.. weh hungryghost awat ko tak letak duit tu kat aku? muahahhaha


Hahhah kan dah kata... pabila dah panas enin, kaum lelaki g lepak sembang kat luar umah, kaum hawa lepak sembang kat meja makan.. anak-anak semua? haa.. kasik berjemaah mengumbah mainan hahahahhahah..
Time geng laki melepak sembang kat luar, rupanya dah ada yang down!! terus tertido pekene penangan pulut durian? kekeke

Anyway, kami sangat berbesar hati dan berterima kasih buat mereka-mereka yang sudi meluangkan masa walaupun jemputan terburu-terburu n kat FB saje ;)

Kehadiran korang semua semalam amatlah dihargai.. moga semua dilimpahi rezki yang bergandeeeee..

Maaf atas sebarang kekurangan ;) Harap korang semua pulang dengan perut yang kenyang dan sendawa berbau durian sepanang malam ;)

Tq sebab sudi menjadi tetamu weols.. tetamu membawa rahmat! Jangan serik nak datang lagi yaawwww



Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

6 Comments Uols:

[-suziey-] said...

slalu mcm tu..bila carik dan dan tu la xjmpa..klu xcari merata org jual duyan..kt kl xbyk masuk lagi la..kt kg dh byk dh..

chUNk said...

azli ngan su cepat je samapi kan?? jeles ni...hehe

Ada Dalina said...

perhhhhhh....sedanya doyannnnnnnnnnnnnnn....
tetiba ngidammmM! :D

atty's said...

Yang benornya si akak tu pun kurang skit makan doyan..

alhamdulillah dpt merasa pengat doyan ..lama giler dah tak makan ..

tq tuan umah ..semoga dimurahkan rezeki selalu.amin

Yatie said...

waaaa mana mau carik durian...... nak makan pengat durian + pulut
yatie,sawanila.com

Cik Wanie said...

wanie plak br dpt mkn ptg td,
kat sini sekilo rm 10 hengget,
wanie beli sebijik,
makanya Rm 16.00,
huhuhuhu...

tapi rasanya x sesedap kat Balik Pulau:(
huhuhuhu

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!