Header

Friday, November 23, 2012

Next Year 2013....Avin Damia is turning 6

Yeye saya tau sudah agak lama jejari jemari kontot nih tak menaip n3 baru kat blog hijau kesayangan hamba nih kan...huhuhu #AhkakBzDikNon!!

Bukan kata minat menulis blog dah hilang or bukan jugak idea beras bernas dah kureng tapi tulah time constrain uols dan bukan jugak jiwa blogger dlm diri ahkak nih dah hilang...tetap ada uols cumanya mcm yg saya katakan awal2 tadi lah....time constrain. Wah time constrain gitu....kekangan masa lah sangat kan #AhkakBzKalahkanPM uols...betul tak tipu....hehe....pastu b

Tapi itulah dia hakikatnya....dlm dok bz sana bz sini tak sedar gitu ghopernya dah  nak sampai ke penghujung tahun 2012 dah kita nih kan....huhuhu. Ini pun dah penghujung bulan November pastu masuk bulan paling last dlm kalendar iaitu bulan Disember kan pastu apa lagi cecepatlah pasang azam baru utk 2013 pulak kan. #Azam lama dah tertunai ke???

Serius mcm2 benda yg dah berlaku lately....ada yg baik ada yg kurang baik but kata org biarlah yg agak kurang baik tuh kita diam2 kan sahaja n biarkan saja ia berlalu semoga ia menjadi sejarah n pengajaran buat kita untuk menjadi insan yang lebih baik dalam menempuh alam fana yg sementara nih. Kalau dah teruk sangat dugaan yg kita dapat tuh banyak2 lah bersabar n beristigfar dan tetapkanlah balik aim kita bukan dunia sementara pinjaman Allah S.W.T nih but aim kita adalah dunia selepas ini iaitu Akhirat yang abadi.

Trylah insyaallah kita pasti redha dengan setiap apa yg terjadi dan pastinya kita lebih bersemangat untuk menghadapi hari2 yang mendatang. Saya nih pun mcm2 dugaan datang dlm hidup nak2 mulut2 jahat n fitnah orang nih tp saya malas nak layan semua tuh saya malas nak memberatkan kotak fikiran saya dengan elemen2 negative daripada luar baik saya fikirkan benda2 yang positive jer yang boleh menjadikan saya orang yang lebih baik drp yang sebelumnya. Alright kengkawan!!

Ok berckp pasal masa yg pantas berlalu nih dah ini pun tinggal lagi sebulan jer nak menginjak ke tahun 2013. Sedar tak sedar anak dara saya pun dah nak masuk 6 years old dah uols. Tak sangka sungguh.

Awal2 bulan November ritu adalah weols satu family attend school dia punya "Little Ihtifal & Showcase" kiranya mcm sempena graduation n jugak annual show lah gitu kiranya.



Sebenarnya kami suami isteri cam tak percaya je yang anak dara weols nih dah nak masuk 6 years old dah next year...hahaha

Pastu terasa sangat teruja ok laki bini nak tengok anak dara sendiri buat show kat atas pentas gitu kan....hiksss. Rasanya bukan weols jer yg rasa camtu semua parents pun semuanya excited ada yg siap bawak camera godang lagi nak rakam detik2 anak buat persembahan uols.


persembahan nyanyian "10 Green Bottles"
Kelakar ok tgk dia punya cap kat atas kepala tuh...hahaha bowl foam yg selalu orang pakai time open house tuh...hahaha. Kau mampu nak pakai cap camtuh atas kepala?????

Yang weols nih masa tengok anak dara kat atas pentas siap jerit2 nama dia lagi tuh...hahaha hover ok bonda ngan walid avin damia nih...hahaha.

That day mmg nampak sangat Avin sgt enjoy ngan kengkawan dia. Nak uols nak tau something tak dia siap dapat hadiah lagi daripada teacher dia sbb katanya dia sangat bagus ingat semua step n menyelamatkan rakan2 dia yang lain...hahaha ala2 ketua pementasan gitu lah...hahaha

Bila tgk balik videp yg weols record nak tergelak pun ada...hikss

semasa persembahan "We are brothers n Sisters"

Kelakar je tgk anak2 nih kan.

Tak leh imagine bila dok tengok gambar2 n video pasal kesengsaraan umat islam di Gaza lebih2 lagi bila tengok penyeksaan untuk kanak-kanak yang tak berdosa n masih belom mengerti apa2 tuh. Rasa cam senang jer airmata bergenang. Ya Allah selamatkanlah umah islam di Gaza..jom lah kita sesama berdoa uols dah tuh nak menolong ngan wang ringgit dan tulang empat kerat nih belom tentu kita mampu kan jadi jgnlah hanya duduk berdiam diri berpeluk tubuh sekurang2nya kita doakan lah untuk kesejahteraan mereka kan.

Semoga anak2 kita semua tidak akan mengalami pengalaman ngeri seperti mereka....#TahanAirmata. Semoga kita semua dapat mengekalkan keamanan dalam negara seperti yg ada sekarang agar anak2 kita semua dapat menikmati n menjalani zaman kanak2 mereka dengan baik dan sempurna dan jangan lupa semoga kita juga tidak lupa untuk memberikan didikan rohani n jasmani yang sempurna anak2 kita kan....InsyaAllah.


Avin bersama Walid dan Bonda....semoga Avin Nurdamia Alhamra menjadi anak yang baik, sempurna ahklak dan berguna untuk agama, bangsa dan negara...Insyaallah.



dapat tak carik mana Avin Damia???hikss

Ini pula adalah gambar dia bersama2 rakan-rakan sekelas 5 Al-Khawarizmi di Genius Aulad, Bandar Baru Bangi.

Dan sempena hari nih adalah hari terakhir sesi persekolahan dia untuk tahun nih jadinya saya telah sediakan hadiah untuk diberikan kepada guru2 disekolah dia yang telah banyak berjasa.


Hadiah nih adalah pilhan Avin Damia sendiri. Memang saya mintak dia yang pilih based on budget yang saya dah buat lah....hehehe. Bukan setakat hadiah saja dia pilih malah wrapper dan juga ribbon adalah pilihan dia...hehehe. Sebab tulah mickey mouse jadinya....sabar jelah cikgu cikgu.





Tak kira cikgu perempuan ke cikgu laki ke semua sama jer...hiks hope cikgu dia suka lah yang penting mmg ikhlas daripada kami sekeluarga.

So sampai sini dulu lah n3 kali nih nanti kita berjumpa lagi di lain n3....hiksss



Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!