Header

Thursday, August 30, 2018

KESILAPAN KAMI KETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN CAR WASH, UNTUK KITA SAMA-SAMA PELAJARI.

KESILAPAN KAMI KETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN CAR WASH, UNTUK KITA SAMA-SAMA PELAJARI.

Since ada permintaan minta aku huraikan mengapa kami boleh kecundang dalam perniagaan car wash kami circa 2007 haritu, meh aku list out beberapa points agar dapat kita bersama ambil manfaatnya dan jangan diulang kesilapan kami, shall we?
.

Atas kertas, perancangan kami memang dah cukup baik! Berikut aku nyatakan plus points and strategy yang kami dah bersedia sebelum kami mula perniagaan kami;

1) Modal yang tak berapa besar!
- sewa kedai rm1500 sahaja! (Deposit around rm4500)
- machines; water jet, snow mixer, air compressor, vacuum total around rm3k (sekenhen, utk startup)
- other tools; kain absorbent, sabun snow, chemicals etc around rm1k
- total up gedebuk gebedak hanya less rm10k utk kedai up n running.

2) Selling Points
- kau tengok, dari 2006-2007 lagi kami dah pikir bende ni.. kau, masuk kelas sana sini baru tau apa tu USP kahkah
- USP killer kami, ialah KAMI PIONEER!
- tiada car wash yang selesa pada masa tu. Kebanyakannya di bawah pokok, maka kami create car wash dalam building, siap lounge! Ada TV, ruang solat, Wifi, toilet, newspapers, magazines & mesin urut!
- car wash biasanya hanya cuci luar and vacum dalam. Extra service polish & wash. Tapi kami different! Kami tembak angin upholstry and dashboard kereta, seat etc. Habuk celah-celah semua hilang!

3) Technical Expertise
- since aku memang tak reti operate machine carwash, kebetulan pakcik kami mmg ada pengalaman, so kami import dia bawak Kajang and lead me & the team technically.
- aku pun banyak buat kajian tentang cara pembasuhan kereta; cthnya basuh dari body atas dahulu membawa ke bahagian bawah agar pasir tak lekat and calarkan upper body. Kami iklankan and tampal di serata dalam kedai agar customers tau, kami belai kereta mereka!

4) Repetition
- car wash ni, bisnes yang tinggi repetition of customers. Dengan selling points kami di atas, kami percaya mereka akan lekat pada kami.

5) Upselling & Cross selling
- kami pelbagaikan servis: sapu RainX, jual RainX, polisher & wax, headlamp cleaning, 3 layer polish & wax, dashboard shine etc.
- kami letak chiller, jual air tin n air kotak. Pastu letak kelapa jelly. Side income yg tak berapa nak side lah! Byk untung ni!
- ermm masa ni kami panggil produk & servis tambahan je.. tak pandai term upsell n cross sell lagi hihihi

6) Added Personal Touch & Loyalty
- Sambil shine tayar, SOP kami akan intai bunga tayar.. kalau botak kami akan inform customer (perghh SOP! Time ni kami panggil "wajib buat" je hohohoo)
- masa lap air, kami akan buka boot n bonnet engine bay juga lap kering bahagian tepi and keluarkan daun kering, sambil tu "wajib buat" kami ialah intai level air and sabun wiper dan beritahu cust. (Minyak itam idok lerrr itu biar bengkel lah!)
- kami tampal sticker di windscreen belah dalam sama macam sticker servis kereta tu.. ada logo, nombor telefon ngn ayat power. ayat tak ingat dah haahha!
- kami buat package loyalty; Membership. Print kertas and laminate agar nampak professional.. org lain buat kertas cop huduhhh

7) Premium Pricing
- dengan 6 points di atas, kau rasa kami nak letak harga macam car wash bawah pokok cherry tu? Rate masa tu rm9 sedan... sorry! Kami letak premium pricing, starts from rm11! Masih mematuhi adab berniaga dalam Islam, jangan LEBIH or KURANG price 30% from market price. Kami tak rosakkan harga market, bahkan kami menaikkan standard market car wash!
.

So, dengan target kami hanya 20 biji kereta sehari buat basic cleaning servis sahaja, kami sudah boleh cover cost dan dapat untung!

Yup, tu kalau basic cleaning sahaja. Belum lagi jualan air, RainX, servis tambahan mcm wax n polish tu!

Dan jangan lupa, hasil kerja keras isteri, Masviona Muhamad gi terjah car dealers tu, Nissan, Perodua, Proton dan used car serta kereta sewa sekitar jadikan kami sebagai panel car wash mereka! Kami ada few hundreds of ready customers already!

Juga geng Teksi! Mereka ni SETIAP HARI basuh kereta tau! Kami ikat dan beri special rate! Ini pun pelanggan yang sudah confirm ada!

Boleh dikatakan tiap bulan memang ada untung!

Kami siap upgrade beli new sets of machines lepas 3 bulan operasi oiii! Beli compressor yang besar HP, tukar vacuum yang heavy duty siap, beli plak mesin polisher yg macam grinder tu!

Perghh indah bukan?
Menjadi betul bisnes nii!!
.

Tapi... kenapa kami gagal juga?

Haaa sampai jugak bab ni!
.

Baiklah.. 
Berikut adalah sebab kenapa kami gagal.

1) TIADA DISIPLIN DUIT.

- Walau perniagaan kami berdaftar, ada SSM, ada lesen premis MPKJ, ada bank account perniagaan, tapi kami culas! 

Maklumler... cash transaction beb! Memang gelap mata!

Duit jualan kami tak bankin semua pun kahkahkah! Enjoyyy hoiiii hahhaha

2) TIADA PENGALAMAN MENGURUSKAN MANUSIA

- Staffing issues. Masa ni memang carca merba. Employ family members.. tak capai kehendak kita sebagai majikan. Serba tak kena.. tak tegur jadi carca merba.. tegur, sentap pula. Kami pun masa ni hati belum kental.. mudah cair kahkah

3) TAKUT PADA PERSAINGAN

- Cukup 8 bulan kami beroperasi, mungkin dek kerana prestasi yang baik, customers yang tak putus, tetiba buka pula 1 lagi car wash yang sama konsep kat seberang jalan kahkahkah!

Kami panik! 

4) MASA & FOKUS

- Aku time ni tengah sedap makan gaji, jawatan pun boleh tahan.

Dan pula aku menguruskan projek sistem yang digunapakai seluruh Malaysia. Banyak masa aku habis untuk outstation juga. Sejak mula setup car wash, aku banyak "mengelat" utk outstation. Clients aku sudah bising katanya Boss susah nak jumpa dah sekarang.

Tambahan, tahun 2006 kami baru pindah masuk rumah baru. Banyak kerja renovasi dibuat. Nak urus rumah lagi. Avin pulak 2007 dah ada dengan kami.. so timing lari.

Pengurusan masa kami jadi out. 

Kami hilang fokus.

5) FAKTOR PHD LUARAN!
- Alaa.. PHD.. perasaan hasad dengki..

Dek kerana masalah man power, kami employ 2 bangladesh.

Pergh 2 orang ni kerja memang bagus.. 2 orang ni je dah leh replace 4 orang tenaga kerja local.. serius tak tipu!

Kami dah lega dah masa ni.. dedua bangla ni mmg efisen n boleh diharap. Buka kedai on time. Kedai terjaga bersih. Pelanggan hepi sbb bangla ni ikut semua syarat "wajib buat" tu!

Tapi... mungkin ada yang tidak senang. JTK dan imigresen sudah mula hello hello kami.. katanya ada orang report...

Ermmmm ermmm ermmmm
.

Nah.. sekarang kau tengoklah..

Dari secantik-cantik planning..
Sehingga planning yang mmg proven setelah beroperasi, keuntungan memang dijana..

Tapi dek kerana 5 sebab tu je, hancur beb!

Bagi aku, penyebab terbesar ialah nombor 4.. masa dan fokus.

Masa tu aku rasa keperluan aku untuk banyakkan masa kat kerja hakiki aku..

Tiada keperluan mendesak utk aku maintain bisnes ni sebab gaji kerja hakiki aku pun dah boleh sara Keluarga. 

Perniagaan ini tidak mendatangkan effect "antara hidup dengan mati" bagi kami.. kami layan sebagai "bonus perbelanjaan" kami je masa tu.

Walhal masa kami ambil keputusan utk serahkan kedai kembali kepada landlord, masa tu kami sudah ditawarkan geran bantuan sewaan! Kerajaan tawarkan kami 50% bayaran sewaan ditanggung oleh kerajaan selama 1 tahun!

Selamba je kami tolak dan kami tidak pertahankan pun bisnes ni.
.

Hanya kerana, kami complacent!
Kami sudah selesa dengan status ekonomi kami pada ketika itu.

Ada or takde bisnes ni, kami macam biasa juga. Ada gaji tetap yang besar sudah sedia setiap bulan!
.

Begitulah.

Bagaimana kami bangunkan dan cipta trend car wash seperti mana yang kau lihat pada harini...

Sedikit sebanyak, car wash dalam building yg ada sekarang, dicetuskan ilhamnya dari corak operasi oleh ALHAMRA AUTO SPA asal usul sejarahnya, aku pasti!

Aku harap dengan post panjang berjela ni dapatlah kita sedikit manfaatnya.
.

Bukan aku mendedahkan kelemahan sendiri..
Itu semua kesilapan yang kami lalui suatu ketika dahulu.. dan kami belajar darinya, dan berharap kau dapat belajar sesuatu juga.

Dan aku percaya kalau kau baca and perhalusi setiap points di aras, dari perancangan sehingga kegagalan, ada terlalu banyak pengajaran yang kau boleh relate utk diri kau juga!
.

Seperti yang aku katakan, kejayaan seseorang pada masa kini hanya sesuai untuk dilihat dan dirai sahaja, tapi kagumilah dan pelajarilah dari sejarah beliau!

Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalam.

.
Nash
Bercerita Pada 3.08am, Untuk Disiarkan Pada Umum Keesokan Harinya.
#BangsaNiaga

Antara berniaga TANPA HUTANG vs BERHUTANG.

Antara berniaga TANPA HUTANG vs BERHUTANG. 

Now, here me say this. Jangan nak gebang lah kata kau berniaga tanpa hutang!

Semua peniaga adalah dalam keadaan berhutang. Dalam keadaan pembayaran yang ditangguhkan!

Dengan supllier kau dapat payment term.. itu hutang.

Ok clear bab ni?
.

Bagaimana dengan hutang perniagaan dengan kata yang sebenar-benar hutang?

Business Loan!

Aku pun dulu bangga la jugak bila boleh bercerita, kami berniaga tanpa pinjaman modal, tanpa pinjaman bank.

Kami bidan terjun. Terpaksa berniaga utk survive makan minum. Itu bab lain.
.

Tapi sejak bertahun cebur diri sebagai usahawan, semakin hari aku semakin tak senang dengan kisah-kisah hype berniaga tanpa hutang.

Bagi aku, ni semua hanya merosakkan minda memberi doktrin dan implikasi yang salah!
.

Now, jika ada mana-mana peniaga lain yg tanya pendapat aku, aku akan kata sebegini..

"Kau jangan ikut jejak aku bab loan.. sepatutnya dari day 1st, usahawan dah perlu bersedia and target untuk buat loan suntikan modal perniagaan dia!"
.

Yes dari hari pertama lagi!

Persiapkan diri dan bersedia utk permohonan loan terus.

Sebab apa?

1) Disiplin
- Kau lebih aware dan tahu, bank akan tengok performance niaga kau utk layak meminjam. Semua transaksi mesti debit n credit dari akaun. Kalau duit keluar, ada doc sokongan. Kau tidak merompak bisnes sendiri!

2) Filing
- Kau akan lebih teratur utk urusan pemfailan. Sebab kau tau, utklayak meminjam nanti, kau mesti ada support dokumen.

3) Auditing/Taxation
- Dari 2 point di atas, akan bantu kau mudah utk declare akaun! Kau mesti declare cukai utk kau buat loan.
.

Buruk apanya pinjaman ni?
Kan bagus?

Kalau kau dari awal disemai benih pemikiran "kau jangan buat loan.. kau tak power laa kalau buat loan.. org yg tak buat loan tu power oii!"

Itu semua pembohongan dan kebodohan nyata!
.

Kau dari awal bisnes kalau dah target cukup setahun bisnes aku mesti boleh layak buat loan!

Aku perlukan duit suntikan dari bank utk terus besarkan perniagaan aku.

Growth needs capital!

Nak tunggu cukup duit? Lambat!

Dan dalam berniaga apa jadi kalau lambat?

Lu pikirlah sendiri!
.

Banyak beza antara usahawan yang telah memulakan disiplin setahun awal dan bersedia utk membuat pinjaman..

Vs..

Peniaga yang tengah lepak starbuck pastu kawan peniaga kata "Woi Seman, Bank tu nak habiskan kuota bajet tu! Ada 200k leh apply! Copy paste je proposal cincai2 submit!"

Pastu duit buat entah apape yg dibelanja.

Nampak? 

.
Nash 
Andai Dapat Ku Putar Waktu.
#BangsaNiaga

Belon gimik perlancaran, launching gimmick helium balloons


Pada kita, ringan!
Pada belon, berat!

Belon helium, tidak akan larat untuk membawa beban.

Mereka perlu berjemaah dengan belon helium yang lain dalam kuantiti yang banyak untuk bersama angkat beban bunting.
.

Kau tengok, banyak benda kau boleh belajar dari hukum alam!

Kita ni, benda berat kita pi pulun sorang..
Orang ajak jemaah kau gi cebek je kat orang tu..

.
Nash
Traditional Gimmick Launching.
#BangsaNiaga 
#GlowingParty™ 
#Glowtex™

Tips niaga.


Jika perniagaan kita dah berjaya buat duit terkumpul sebanyak lebih kurang rm50k, apakah priority perancangan korang sbg biz owner, khususnya on retail segment;

1) Spend on Above The Lines Marketing method;

Or

2) Spur the budget for more stocks and variety of merchandises.

Your choice would be?
.

Ni pandangan aku, sebagai input and buah fikiran utk peniaga lain.

Tak perlu go for marketing besar-besaran sekiranya berjaya kumpul rm50k utk 1st round.

Go for option number 2; perbanyakkan stock in hand, dan pelbagaikan barang jualan (mengikut genre biz korang lah opkos.. jgn kedai jual baju kau pi stok up jual spek plak!)
.

Perhatikan kata kunci "1st round" tu penting!

Kau berjaya kumpul rm50k dari perniagaan kau selama ni, sangat bagus! Hebat dan tahniah!

Bukan mudah kan nak buat duit terkumpul banyak tu! (Ramai yang hanyut tgk duit kahkah!)

Ini bermakna marketing strategy kau selama ni dah cukup bagus, MAINTAIN saja, tak perlu ubah BUAT MASA SEKARANG.

Kau belilah stok banyak-banyak and pelbagaikan!
.

Ini kerana orang ramai dah tau kewujudan bisnes kau (hence kau berjaya kumpul rm50k!)

So kau berada pada tahap untuk mempersonakan dan memgWOWkan lagi existing crowds yang ada dengan kepelbagaian stocks jualan.

Nanti existing crowds kau akan jalankan kerja marketing utk kau, tahu?

Dia akan bercerita dgn kenalan dia "kau tahu Bedah, kedai Glowing Party tu macam-macam ado kau tahu tak woiii tahu ke tak???"
.

So, next round kau kumpul lagi approx rm50k, kali ni baru kau go for ATL Marketing! 

Lebih berimpak nanti!

Ni asal bisnes je nak marketing gempak kuar tv kuar radio padahal belum tiba masanya lagi yg sesuai pun...

Nanti dah buat ATL tapi barang jualan hampeh, rosak je nama baik!
.

Pebende Above The Lines bagai ni?

Hmmm.. gi lah study dulu.. 
Panjang pulak aku nak kene buat karangan nanti!
.

Semoga pandangan aku bermanfaat.

Kahkahkah 
Yak bokteee 

.
Nash
Strategi Perlu Kemas.
#BangsaNiaga

Belon helium serta masalah.

Dijadikan kisahnya..

Semalam aku dapat pesanan dari whatsapp berhajat untuk mendapatkan sekali lagi khidmat professional kami.

Last minit, tapi siapa yang hendak menolak rezeki yang masuk, bukan begitu?

Maka perbincangan dan sebut harga pun dilakukan melalui perbualan whatsapp.
.

Pelanggan ini, adalah diantara repeat customers kami.

Beliau dari Lembaga Pertubuhan Peladang. Beliau telah direkemen oleh sahabat saya Mohd Fadli Salleh, yang juga pada asalnya dikenali melalui muka buku ini juga untuk menggunakan khidmat dari kami.

Mereka hendak mengadakan gimik bagi pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan.

Memandangkan hubungan perniagaan yang pernah terjalin sebelum ini, walau tempahannya agak last minit, tetapi kami terima juga.

Kerana kami tahu, kepercayaan yang telah terjalin hasil urusniaga yang sebelum ini dapat dan akan memudahlan urusan kami bagi setiap transaksi yang berikutnya.

Dari kepercayaan tersebut, pelanggan tidak lagi ragu-ragu tentang reliability, komitmen dan output yang bakal kami persembahkan nanti. 

Maka, setiap perbincangan selepas itu adalah very straight to the point untuk menyelesaikan permasalahan dan permintaan untuk tempahan yang terbaharu.
.

Idea asal, terdapat 3 orang VIP yang akan secara serentak memotong ribbon sekaligus menjulang bendera Malaysia ke atas dengan bantuan belonan kami.

Bermakna ada 3 set, 1 set untuk setiap VIP.

Ok, mudah! Tiada masalah. Cuma isu sampingan adalah berkenaan dengan berat bendera yang bakal dijulang. Tapi tidak apa, berdasarkan maklumat awal, bendera tersebut sepatutnya tidak terlalu berat, dan ini masalah yang boleh disettlekan dengan plan-plan contigency kami.

Urusan jual beli pun berlaku, pembayaran secara atas talian berlangsung. Mudah urusan tidak perlu untuk hadir ke outlets, bank in sahaja.

Ini juga 1 lagi advantage berurusan dengan existing repeat customers.

Makanya semua persiapan pun dijalankan oleh team kami. Semua sudah bersiap untuk menyelesaikan tugasan esok hari.
.

Malam hari, satu whatsapp dari pelanggan tersebut telah masuk.

Alamak! Ada perubahan rancangan!

Instead of 3 sets, top management mereka mahukan 1 set, tapi menaikkan 3 bendera tadi serentak.

Wah, ini satu cabaran! 

Belon helium ni, belon yang terapung.
Adalah sukar untuk kami mengawal kedudukan mereka nanti dan ianya agak mustahil untuk di strukturkan.

Tambahan lagi, dengan beban bendera yang tidak diketahui, kini bendera itu semua hendak disatukan dan dijulang sekali!

Wah mau berselirat bendera-bendera itu semua kelak!

Pelanggan telah diberitahu dengan kemungkinan-kemungkinan serta risiko yamg bakal dihadapi, dan beliau memahami serta menyerahkan kepada pihak kami untuk menentusahkan keputusan yamg sewajarnya.
.

We are the expert!

Itu "zikir" yang selalu aku lontarkan setiap kali menerima tugasan baru.

Cabaran akan sentiasa cuba diselesaikan.
Knowledge dan skills tentang belon memainkan peranan!

Dan pagi ini, seawal jam 615am kami sudah terpacak di lokasi majlis!

Tidak sabar untuk melihat sendiri bagaimana rupa dan berat bendera-bendera tersebut.

Beberapa cubaan dan susunan di buat. 
Dan akhirnya hasil yang terbaik yang dapat kami berikan.

Untuk memberi lebih "spark" pada gimik, kami tambah sentuhan sendiri dengan membuat setup supaya bendera ke 3 akan pop out apabila ribbon dipotong.

Jam 7am pepanggan tersebut tiba. Gubahan gimik telah tersedia dihidangkan di atas platform!

Dan beliau berpuas hati!
.

Sekali lagi, sepertimana setiap kali usai menyiapkan amanah kerja, kami team dekorasi boleh tersenyum bangga dan merasa bunga-bunga di hati!

Masalah akan sentiasa mengetuk pintu untuk menyapa kita.

Jika kita tidak dapat menghalaunya, kita jemputlah masalah yersebut masuk dan kita selesaikanlah dengan baik dan tentunya sesudah selesai, masalah tersebut akan dengan rela hatinya melangkah keluar dengan sendiri.

.
Nash 🎈 Masviona Muhamad
TERIMA KASIH PADA ANDA SEMUA YANG MEREKEMENDASI PERKHIDMATAN KAMI!
#BangsaNiaga 
#GlowingParty™ 
#Glowtex™


LOAN KERETA TEMPOH PANJANG LEBIH BERBALOI?


LOAN KERETA TEMPOH PANJANG LEBIH BERBALOI?

Kadang-kadang, aku ni berhaluan kiri sikit!

Contohnya kalau bab Hire Purchase (HP)..

Loan kereta..
.

Kau pernah dengar orang nasihat, supaya kalau nak buat loan kereta, tempoh paling ideal ialah antara 3-5 tahun.

Or lagi extreme, nasihat yang kata "Kalau tak mampu beli kereta cash, bermakna kau belum mampu berkereta!". Mereka ini menolak terus kemudahan pinjaman HP.
.

Aku pulak kata, camna?

Kau memang perlu berkereta kalau duduk di Malaysia ni.

Keluarga kau perlukan kau berkereta..
Pekerjaan kau perlukan kau berkereta..
Apa-apa yang kau buat di Malaysia, kau perlu berkereta!

Kalau kau tiada kereta, banyak advantages and peluang-peluang yang kau bakal terlepas.

Fikir sejenak, adakah kau boleh terima penjelasan aku setakat ini?

Jika YA, kau boleh teruskan pembacaan dan aku akan kupaskan sedikit lagi.

Jika TIDAK, maka tak perlulah kau buang masa baca post aku. Post aku panjang berkarangan berperenggan.
.

Wah, kau setuju? Bagus. Baca lanjut lagi.

Sekarang, berdasarkan justifikasi keperluan berkereta, bagaimana kaedah yang paling optimum untuk memiliki kereta?

Beli CASH?
Sekenhen or baru?

Kalau kereta below rm15k, kereta tu semua dah tua.. kau membazir duit kau kat maintenance.

Atas rm15k, kau beli cash?

Wow.. membazir kau beli cash!
Baik kau simpan duit sedebuk kau dalam ASB ke, unit trust ke, emas ke.. lebih berbaloi!

So aku memang menolak pembelian kereta secara cash!
.

Bagaimana dengan HP loan?

Ini je pilihan yang ada, dan merupakan tools yang boleh kau gunakan untuk memiliki kereta demi keperluan kehidupan lau di Malaysia.

Tapi berapa tahun?

Aku menolak pandangan loan 3-5 tahun lebih berbaloi.

Aku lebih sarankan 7 tahun. 
9 tahun? Pun elakkan.

Pilih 7 tahun.

Kenapa?

Orang kata kau bayar "interest" or kadar faedah yang tinggi berbanding tempoh yang singkat.

Hmmm.. loan sekarang ni, berapa average interest rate?

Dah tak tinggi mana pun.. boleh dapat below 4% kan? Even ada sesetengah bank and brand carmaker yang tawarkan 2.5%!

So argument jimat interest ni, leh kau tolak tepi lah.. kerana;

Bila kau stretch repayment period, kau akan serve the bank dengan kadar bayaran bulanan yang lebih rendah.

Jadi, apa yang baiknya?

Duit perbezaan tu kau boleh guna utk banyak benda. Dan duit perbezaan ni adalah DUIT YANG NAMPAK DI MATA.

Duit yang nampak di mata inilah yang dikatakan CASHFLOW. Aliran tunai!

Penjimatan interest rate apa semua tu, tak memberi impak SECARA LANGSUNG pada kehidupan harian kau.. semua itu atas kertas.. itu kita panggil INCOME STATEMENT!

Untuk kehidupan harian, pengurusan CASHFLOW yang baik ditekankan.

Itulah skill rolling duit!
.

Naahhh sekarang kau dah dapat ilmu perakaunan yang berguna untuk perniagaan juga!

CASHFLOW dan INCOME STATEMENT ni adalah sebahagian dari BALANCE SHIT.. eh silap Balance Sheet ler.

Dalam perniagaan, kau mesti pandai urus Cashflow (priority) kemudian baru kau urus Income Statement.

Bila diterapkan kedalam kehidupan harian, keadaan yang paling ideal untuk kes loan kereta pada pandangan aku ialah stretch the loan supaya kau ada lebihan untuk dibelanjakan pada situasi semasa.. yakni, kehidupan kau sehari-hari.

Ini situasi yang bersesuaian dengan keadaan sekarang berdasarkan kos interest HP dan living cost.
.

Alangkah indahnya jika kita pergi mencari ilmu kan?

Boleh di adapt and aplikasi dalam banyak situasi.

Skill asas dalam perniagaan je ni (lebih tepat, dalam kira-kira perakaunan).

CASHFLOW CASHFLOW CASHFLOW.
.

Jadi sekarang, adakah kita senada?
Adakah kau bersetuju dengan pandangan aku?

*Gambar tiada kena mengena. Itu ialah surprise box yang kami jual. Macam post ni juga ada ilmu surprise didalamnya. Siapa tak baca habis, sayanglaaaaa

.
Nash 💖 Masviona Muhamad
Mesti Pandai Ambil Kesempatan Terhadap Sesuatu Situasi.
#BangsaNiaga 
#GlowingParty™ 
#Glowtex™

Thursday, August 02, 2018

Makna Lagu Dikir Pesan Mak oleh Halim Yazid

Tak tau nak nasihat apa kat diri sendiri & kengkawan pagi KMJ ni..

So aku paste lirik lagu dikir: Pesan Mak oleh Halim Yazid.

Dan buat yang tak paham dialek Klate, aku dah translate sekali supaya lebih meresap makna bait-bait lagu yang sangat helokk ini.
.

Ingat sokmo hok mok pese
(Ingat sentiasa pesanan mak)
Nak-nak kali ambo nok turun jale
(Terutamanya bila nak saya nak keluar rumah)
Jange lupo ke Tuhan
(Jangan lupa kat Tuhan)
Kito oghe islam tokleh tingga semaye
(Kita orang Islam tak boleh tinggal sembahyamg)

Pese ibu bapa sikit ambo tok lupo
(Pesanan mak ayah sesikit pun saya tak lupa)
Pese ibu bapa ingat pah bilo-bilo
(Pesanan mak ayah ingat sampai bila-bila)
Pese turun pulok royak wi ko anok ambo
(Pesanan diturunkan pula diberitahu ke anak saya)
Kito harto takdok pesane jadi sako
(Kita takde harto, pesanan yang menjadi pusaka)

Ingat sokmo hok mak pese
(Ingat sentiasa pesanan mak)
Kito susoh jange tupe oghe
(Kita susah jangan menumpang orang)
Toksoh pinje beghute
(Jangan pinjam berhutang)
Kalu de banyok hute
(Kalau dah banyak hutang)
Hidup payoh nok sene
(Hidup payah nak senang)

Hok mak pese hari-hari
(Pesanan mak hari-hari)
Panda-panda jago diri-sdiri
(Pandai-pandai jaga diri sendiri)
Baloh kekoh jange dicari
(Pergaduhan jangan dicari)
Tepat susoh jange dok gi
(Tempat yang boleh mendatangkan kesusahan jangan pergi)
Oghe khenak keno lari
(Orang buat khianat kita jauhkan diri)

Maso kito kayo ghama la saing sobat
(Masa kita kaya ramailah kawan dan sahabat)
Dey sesak so kagho kucing pun tok duk dekat
(Bila dah sesak kucing pun tak mau dekat)
Maso sene ledor ghama la kaum khabat
(Masa kita senang ramailah saudara mara)
Dey takdok gapo skagho lalat pun tokse hinggap
(Bila dah takde apa lalat pun tak mau hinggap)

Ingat lagi hok mak kata
(Ingat lagi yang Mak kata)
Berhati-hati dale wak kiro-becaro
(Berhati-hati dalam percakapan)
Lidah maruah kito
(Lidah maruah kita)
Hati oghe keno jago
(Hati orang kena jaga)
Tok baik ngumpat ngato
(Tak baik membawang)

.
Nash
Banyak Belajar Dialek Klate Dari Lagu Dikir.
#BangsaNiaga

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!