Header

Monday, December 23, 2019

Kuah Rojak Kak Ola

Paling tidak, bila makan buah² yang ala² masam sikit, kita cicah dengan gula.. takpun serbuk asam boi..

Kalau rajin sikit.. amik kicap, tabur gula and pecahkan cili..

Tapi nanti bila kita colek, tak lekat pun sebab kicap tu kan cair...

Aaahhh buat putus angin je nak makan kahkahkah!
.

Nah.. simpan ni buat stok..

Kuah likat, pekat dan penuh rasa..

Cukup rasa dan cukup pedas.. siap ada kruk kruk kacang lagi..

Sekali colek mangga muda ke, jambu ke, lekat kat buah..

Masuk mulut pergghhh bila bercampur dengan air liur, enzim bertindak.. walauwehhhh terangkat kaki, terpejam mata.
.

Rakan saya ada sediakan kemudahan pembangkit selera dan penyedap rasa untuk kita semua.

Boleh pilih nak yang pedas biasa, atau pedas yang luarrrbiasaaaaaa..

Sebab ini homemade, so takde masalah!

Dan dont worry untuk yang jaga healthy food.. Kuah Rojak Kak Ola ni dibuat resepinya TANPA GUNA GULA PUTIH..

Sebekas pun hanya RM8 je woiii.. 200ml..
Postage seluruh dunia.. tu diaaa!
.

Saya menyeru semua rakan dan follower untuk contact seller yang juga rakan kita semua juga ni..

Bertanyalah pada beliau tentang bagaimana nak dapatkan segera Kuah Rojak Kak Ola ni..

Dengar ceritanya, kalau timing ngam, beli kuah rojak siap dapat FREE buah lagi.. itu kalau timing ngam lah.. so lekas contact beliau.. jangan bagi beliau tidur petang ni.. kahkahkah!

Nah klik je kat link wasap ni:

http://bit.ly/WasapKuahRojakOla

http://bit.ly/WasapKuahRojakOla

http://bit.ly/WasapKuahRojakOla
.

Nak tengok lebih banyak puji-pujian dari pelanggan beliau yang dah puas hati puas selere mereka, gi kat page beliau:

http://bit.ly/FBPageKuahRojakOla

Kasi LIKE sekali tanda sokongan pada perniagaan beliau.
.

Amacam dah leleh?

Dapnyee kalau ada kuah rojak ni petang² sambil rehat kat opis ke, umah ke, sambil menyolekkkkk..

.
#BangsaNiaga
#PaidPromoRM10



Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

Tuesday, December 17, 2019

APA ITU WANG TIDAK DITUNTUT (WTD) DAN APAKAH IANYA BENAR?

APA ITU WANG TIDAK DITUNTUT DAN APAKAH IANYA BENAR?
Jika anda berumur 30an ke atas, jom semak Wang Tidak Dituntut!
Tadi saya dan Masviona Muhamad ke Putrajaya atas beberapa urusan duniawi haha!
Dah alang² sampai, kami lanjutkan visit ke Jabatan Akauntan Negara di Presint 2 Putrajaya.
.
Persinggahan kami ni semata² nak check Wang Tidak Dituntut jika ada atas nama kami.
Prosesnya mudah je pun.. and sangat cepat.
Hanya perlu bawa Mykad dan hadir sendiri ke mana² kaunter Jabatan Akauntan Negara atau boleh terus juga ke Menara Maybank.
.


Ini cerita kami yang kebetulan ke kaunter di Presint 2 Putrajaya..
Sampai ke lobby Jab Akauntan, terus sahaja menghala ke kiri ada pintu, dan ikut laluan menghala keluar sehingga lebih kurang 30meter, akan jumpa 1 pintu untuk masuk ke kaunter Wang Tidak Dituntut.



Tak perlu ambil nombor pun.. sampai je terus di layan oleh pegawai yang ramah mesra.
Diminta untuk tunjukkan Mykad, dan beliau keyin details, maka terpaparlah butiran.
Syukur.. ada juga duit kami hahha! Boleh lah buat belanja makan² kat obersi kahkah!
.


Pegawai akan print laporan, dan kita akan diminta utk tunggu di kaunter sebelah utk pegawai lain memberi penerangan dan konsultasi ttg report tersebut.
Nampaknya, kes saya, banyak duit datang daripada akaun² bank lama saya, insuran² sebelum ni serta lebihan dari Amanah Saham Wawasan sebab saya dah lebih umur kahkahkah!

Pegawai akan berikan borang dan kaedah tuntutan.. yang penting kalau boleh sediakan salinan Mykad dan salinan statement bank yang aktif utk mereka bayar ke dalam akaun tu nanti.
Proses memerlukan masa sekurang²nya 1 hingga 3 bulan.
.

Kenapa saya sebut jika umur 30an baru sesuai check?
Sebab wang tersebut jika ada, adalah hasil dari data bank/agensi sekurang²nya 7 tahun lepas yang tak dituntut.
Contohnya kita buka akaun bank and last transaksi pada umur 25 tahun, so masa umur kita 32 tahun baru data tersebut akan diserahkan kepada kerajaan.

(Ini adalah bersangkut paut dengan akta penyimpanan dokumen, 7 tahun).
Jadi kalau umur korang bawah 30 tahun, most likely takde kot apape wang tak dituntut kahkahkah!
.

And jangan risau, tiada tempoh lupus, bila² pun boleh check.
Jadi jika anda ada kesenangan masa, gi lah visit mana² cawangan Jabatan Akauntan Negara.
Mudah..
Cuma.... parking kat Jab Akauntan Negara Putrajaya tu, susah lah sikit..
Eh mana ada building kat Putrajaya tu yang senang parking, kan?
😂😂😂
#Share lah info ramai nak pakai duit ni kannn..
.
Nash
Syukur Duit Terpijak
#BangsaNiaga


Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

Thursday, December 12, 2019

Hot Air Balloon is the Best Idea for Surprise Your Love One!

Hot Air Balloon is the Best Idea for Surprise Your Love One!



Seriously saya rasa kalau sesiapa pun dapat kejutan hadiah sebegini mereka pasti tersenyum gumbira dan terharu.

Hot Air Balloon nih sangat sesuai untuk dijadikan pakej hadiah yang lengkap kerana ada personalized wording. Pemberi boleh meluahkan perasaan yang terpendam dengan lebih bermakna kerana mereka boleh custom wording sendiri supaya sesuai dengan situasi bagi memastikan matlamat hadiah diberi dapat tercapai.

lepas tu ada combo mix chocolate pula. memang sangat2 bakal membangkitkan mood ceria dan energetic si penerima nanti tak kira lelaki mahupun perempuan walaupun choclate nih sangat sinonim dengan semangat yang boleh membangkitkan mood wanita tetapi rasanya lelaki pun siapa sahaja yang tidak menyukai coklat bukan?



Selain chocolate, kita juga boleh request something special seperti alat tulis untuk anak2 sekolah, barangan baby sekiranya untuk baby kan or roses or any fresh flower yang lain sekiranya tujuan hadiah itu ada unsur2 untuk meraikan your loved one seperti anniversary perkahwinan atau untuk birthday kesayangan kan barulah naik mood romantic tu lebih sikit.






dan yang paling special jika kita order dengan Glowing Party House nih adalah kerana mereka bukan sahaja boleh custom hadiah ni mengikut budget dan selera kita tetapi mereka juga mempunyai kepakaran dan kemahiran in house yang jika sekiranya kita terdesak dan memerlukan hadiah ni urgently dalam hari yang sama pun mereka boleh accept dan boleh buat same day delivery gitu.

Cepat, pantas dan tuntas janji semuanya dibereskan terlebih dahulu. Gitu


Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

Tuesday, November 26, 2019

MarvelMaths kini milik anda!

Tak tahu apa nak buat dengan anak-anak kita disepanjang cuti sekolah ni? Jom dapatkan modul Marvel Math ini dan mari belajar Matematik dengan cara yang sangat mudah! Sangat sesuai untuk anak-anak di sekolah rendah bermula dari Tahun 3 hingga 6.

Dibawa khas oleh dua cikgu Matematik yang cukup berpengalaman, Cikgu Mohd Fadli Salleh dan Dr Salbiah Salleh. Kaedah dan teknik yang disediakan sangat sesuai bagi membantu anak-anak ini untuk menguasai pelbagai teknik penyelesaian masalah Matematik.

Kenapa kau perlu dapatkannya?

▪Ebook bewarna warni. Sangat sesuai lihat di phone/laptop.
▪Video penerangan dan pengajaran yang jelas.
▪Modul mesra ink dengan lebih 1000 soalan beserta skema jawapan. Sangat penting modul ini diprint out dan bagi anak buat latihan terus. InsyaAllah akan dapat lihat hasil serta merta.

Sebelum terlambat, aku cukup suka dapat berkongsi benda yang baik seperti ini. Cepat dapatkan pada harga promosi, RM50! Hanya sehingga 27 November ini sahaja!

klik sini untuk pembelian:



Ruang solat surau di Everland Seoul Korea

Jika anda nak datang berjimba² di Everland Korea, dont worry, anda boleh selesaikan tuntutan wajib kita dengan tenang.

Ada surau uolss!

Terletak di bangunan rumah hantu digital tempat kita main tembak² laser dengan hantu huuuu..

Betul² sebelah Skyway di European Adventure.

Sebelah tu ada sebuah bilik berlabel Prayer Room/Surau.

Alhamdulillah selesa, ada tempat wudhu' dan lenkap dengan arah kiblat.

Namun kena berkongsi dengan jemaah wanita dan lelaki.. so nak masuk tu ketuk² pintu dulu ye!

Alhamdulillah. Bagus dan tahniah kepada yang memcadangkan pihak pengurusan sana utk sediakan bilik solat utk para muslimin muslimat.

👍👍👍

.
Nash
Akhirat Jangan Lupa.
#KoreaLagi 

Test

Test2

Saturday, August 17, 2019

Link download Sifirlicious dan Modul Pantas Matematik!

Untuk dapatkan Modul Pantas Pecahan serta Sifir..

Nash nak bgtau, utk anak² kita yang lemah SIFIR, Cg Mohd Fadli Salleh ada ajar kaedah² pengiraan serta latihan supaya mudah penghafalan dan pemahaman.

Nash beri download link, Download di sini: https://modulmatematik.onpay.my/order/form/mm001/Nash
.

Manakala utk PECAHAN, juga boleh dibantu tingkatkan pemahaman dan latih tubi anak² kesayangan kita juga. Nash rekemen!

Download di sini:
https://modulmatematik.onpay.my/order/form/mm001/Nash
.

Semua modul ni ada VIDEO pengajaran oleh Cg Fadli sendiri..

Insyaallah mudah faham. Nash pun mudah faham sendiri bila tengok semua video Cg tu.

Kita as Parents pun mudah faham, supaya dapat juga memberi kefahaman dan berganding bahu dengan penuh kasih sayang menunjuk ajar anak kita.

Download tau! Nash tunggu and kaji list orang yang dah download.. kata kita ni kawan? Hahaha

Wekkk

.
Nash 💓 Masviona Muhamad
#7RetiredDragons

Thursday, July 25, 2019

Props cake table candy table pelamin balloons untuk disewa dan jual.

Props utk center attraction dah ready.

Vasss kebabom lah meja kek customers kami!
Nak buat ala² pelamin pun boleh!
.

Samada nak susun sebegini aje..
Atau saratkan dengan bunga melarat..

Atau, dipenuhi dengan dekorasi belon..

Semua pun boleh! Imaginasi anda sahajalah yang menjadi batasan.
.

Juga  boleh disewa dengan kami..

Atau nak beli new set pun boleh!
.

Best oiiii aku ada mainan baru nak godek!

Dah boleh bayangkan mana nak letak belon, nak buat itu ini kat props ni!
.

Glowing Party House
17G Jalan Reko Sentral 1,
Sederet Econsave Jln Reko 
Call 0384081554

Juga terdapat cawangan kami di Subang dan Semenyih. 

.
Nash
Let You Imaginations Gone Wild!
#GlowingParty™ 
#Glowtex™ 
#BangsaNiaga

Monday, July 08, 2019

VOLVO's Head up Display (HUDs)

VOLVO's Head up Display (HUDs)

Image may contain: one or more people, tree and outdoor
Paparan Head Up di cermin kereta ni akan hilang bila tiada apa-apa notification yang perlu dipaparkan lagi


Perasan tak apa yang ada dekat dalam bulatan merah tu.
43km/h kan

Itu adalah current speed yang saya bawa then yg bulat putih sebelah dia tu adalah berapa had limit km yang sepatutnya di sepanjang jalan tersebut.

Kat mana dia wujud tu?

Dekat cermin kereta saya sebenarnya.
Technology ni di panggil Head-up display.

Functionnya adalah untuk membentangkan maklumat data di transparent screen (dalam kes ni cermin depan kereta) tanpa perlu pemandu mengalihkan sudut pandangan sediaada mereka. Jadi maksudnya apa² notifications yang wujud mengenai kereta yang sedang kita pandu akan di paparkan ke pada head up display ni supaya driver aware dengan current situation kereta yang kita pandu tu.

Contoh alert adalah sekiranya kita terlalu dekat dengan kereta depan mula² error warna kuning akan nyala kalau kita makin mendekat dgn kelajuan yang tidak dikurangkan kereta akan bagi alarm bunyi pula supaya driver semakin aware... lps tu kalau ignore lagi, dia akan kick in safety features AEB dia.. automatic emergency braking.
Jadi mudah lah kita boleh tau semua alert n noti yang keluar tanpa perlu mengalihkan pandangan kita. Maknanya kita focus dekat jalan je tapi kita dapat tau semua situation tanpa even mengalihkan kepala dan mata kita keatas kebawah atau kekiri da kekanan. Pandang je depan macam biasa semuanya kita boleh nampak.
Technology head up display ni biasa diguna pakai oleh pilot kapal terbang semasa mereka mengemudi kapal terbang masing².

Mulanya HUDs ni direka cipta untuk digunakan oleh oleh bidang penerbangan KETENTERAAN sahaja tapi kini penggunaan ini semakin meluas sehingga ke kenderaan komersial seperti volvo ni lah salah satunya.
Brand² lain pun ada juga mcm merc n bmw tu mesti ada tapi bermula dr model yang mana saya tak pasti pula.

#Masviona
Yang sesekali berkongsi tentang teknologi kereta pula dah hehe
#VolvoForLife
Tak leh tiru hashtag Muhamad Nasron Nasir #VolvoFanBoy so kita create baru je lah #VolvoFanGirl hikssss



Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

Wednesday, June 19, 2019

Globophobia and how to Overcome that phobia?

Phobia dengan Belon??
Phobia belon?
Balloon phobia?
Biasa jumpa tak orang yang takut dengan belon?
Atau biasanya orang cakap fobia dengan belon lah. Nak kata takut tu macam melampau lah pulak. Belon je pun, bukannya hantu nak takut-takut kan.
Tapi like seriously?
Yes memang betul dan benar belaka. Mungkin sesetengah orang akan jadikan isu ini sebgai bahan lawak jenaka je. Yelah sebab belon je pun tapi globophobia memang wujud dan ia juga salah satu penyakit.
The fear of balloons phobia ni memang wujud uols. Dalam Bahasa rasminya kita paggil globophobia.
Kenapa globo? Kata belon kan?
Sebenarnya globo tu adalah belon dalam Bahasa Yunani (Greek) dan phobia tu kita memang boleh buat direct translation lah kan fobia dan fobia nih kalau kita terjemahkan kedalam Bahasa Melayu asalnya pula adalah satu perasaan takut atau ketakutan yang mendalam terhadap sesuatu perkara atau benda.
Kalau dalam kes globophobia nih maknanya seseorang itu mengalami masalah menderita akibat daripada perasaan takut yang keterlaluan terhadap belon tadi. Takut tu samada daripada segi pemikiran, penglihatan, sentuhan dan juga bauan.
Globophobia?
 Pemikiran- belon melintas dalam fikiran pun dah kecut perut dah
 Penglihatan- kalau dah terfikir pun dah kecut apatah lagi kalau tertengok belon pun dah rasa seriau miau terus lah satu badan
 Sentuhan- terpegang belon boleh macam terpegang ular dia punya ketakutan tu tak boleh nak diucap dengan kata-kata lagi dah. Tak boleh dibawa bincang bak kata orang sekarang
 Bau- kalau dah setuh tak boleh usahkan nak dicium-cium diambil bau kan. Datang dekat pun takut
Haaaa gitulah seksanya tahap globophobia nih. Kesian pun ye jugak kan. Yelah kita kan bila tengok je belon perasaan yang muram durja pun boleh bertukar menjadi ceria kalah kanak-kanak ribena gitu kan. Rasa happy bagaikan nak melompat bintang kan tapi tidak bagi pesakit globophobia nih.
Sebenarnya factor dan penyebab kepada penyakit globophobia nih adalah tidak dapat dijelaskan dengan tepat sebenarnya sebab ia boleh disebabkan oleh macam-macam perkara bergantung juga kepada diri seseorang pesakit tu sendiri.
Contoh penyebab boleh jadi ia disebabkan ketakutan disebabkan bunyi bila terdengar belon tu pecah dan pelbagai sebab yang lain juga. Ada yang sedar dari awal mereka ada globophobia ini dan mungkin ada orang dia tak sedar pun dia ada penyakit nih. Ada juga sesetengah individu yang ada yang terkena penyakit nih sebab masa kecil pernah kena letupan belon betul2 atas muka ke then perasaan takut tu dah terbawa-bawa sehingga dia dewasa.
How To Overcome globophobia?
Ok tadi kita dah tau apakah itu yang dinamakan dengan globophobia dan macam mana ia boleh terjadi kan. Now mari kita tengok macam mana pula cara-cara untuk kita mengatasi masalah sakit ini?
Cara nak atasi masalah ketakutan dengan belon nih adalah tak a da cara lain yang lebih berkesan selain daripada kita memberikan lebih banyak exposure diri pesakit tu dengan belon. Macam pelik bunyinya dah orang tu takut lagi kita nak mendekatkan dirinya dengan belon. Memang tiada cara lain. Alah bak macam kata orang-orang tua dulu tak kenal maka tak cinta.
Samalah tekniknya nih. Lagi tak suka lagi kita kenal-kenalkan, lagi kita rapat-rapatkan gitu. Ha gitewwww
Ye lah belon ini dah memang semua maklum kan yang benda biasa-biasa je pun dan merbahaya langsung pun so kalau dekat-dekat pun tak ada masalah. Jadi mungkin peringkat permulaan untuk memberikan exposure tu kita mulakan dengan dengan teknik memberikan pesakit globophobia nih tengok selalu gambar-gambar yang ada belon cantic-cantik dulu.
Dah lama sikit kita start kasi mereka mula pegang dan sentuh belon pula. Kita start dengan tak masih tak bertiup dulu (non inflated) so risiko untuk mengejutkan mereka dengan letupan tu sifar kan. Bagi diorang biasa dulu….sentuh, pegang dan rasa-rasa. Kalau nak ramas-ramas pun tak a da masalahlah janji kita berjaya wujudkan chemistry diantra pesakit dengan belon tu dulu dan bila dah ada chemistry orang kata barulah lama-lama nanti akan wujudnya rasa selesa. Ini yang kita nak sebab dari rasa comfortable inilah mereka secara tida sedar akan dapat overcome rasa powerless diorang dengan fear tadi tuh. Bila mereka dah hilang rasa powerless tu hilang sikit demi sedikit nanti barulah diorang akan dapat atasi rasa ketakutan tu tadi.
Ini salah satu cara lah tapi kalau bagi sesiapa yang ada budget lebih boleh je mereka terus membawa pesakit berjumpa dengan therapists dulu sebab of course lah kalau kita ikuti langkah yang betul dengan cara berjumpa yang pakar dulu diorang lebih pandai nak tackle masalah nih.
Maybe dengan cara-cara bercakap dengan terapi pun dah boleh hilangkan rasa tu lepas tu next step tu akan jadi bertambah mudah lah kan.
Oklah dah panjang sangat dah nih, semoga kita semua mendapat manafaat. In sha Allah!
Sumber Gambar- credit to Google

No photo description available.
Fear of balloons


Image may contain: 1 person
Tengok belon pun terbeliak mata sebab takut

Image may contain: 1 person, smiling
Balloon lover? Mungkin tidak nih. Obviously not a #globophobia type of person

#BalloonEducation
#Masviona
-#PencintaBelon dan sudah pasti bukan #Globophobia tapi kalau sesekali belon terpecah tu menjerit manja juga opocotttttt gitew hehe



Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

Tuesday, March 26, 2019

Perihal Bachelorette Party.

4-5 hari lepas, kecoh hal Bachelorette Party oleh orang Melayu kita.

Ini pandangan saya, selaku peniaga dan pembekal barangan party.
.

Menelusuri semula sejarah Bachelorette Party ni, ianya adalah sambutan oleh masyarakat Spartan dari kurun lama Greece, untuk meraikan bakal pengantin lelaki.

Kemudian, setelah digabungkan dengan tradisi Bridal Shower yang diamalkan oleh penduduk Belanda sekitar abad ke 16, maka wujudnyalah majlis Bachelorette party seperti yang semakin diamalkan sekarang.

Bachelorette party zaman ni, yang dipelopori dan diamalkan meluas di negara barat kini melibatkan kedua pihak bakal pengantin lelaki serta wanita, dalam majlis yang berbeza.

Ianya sering menjadi party liar, dengan simbol seks sebagai penyudah kepada zaman keterunaan serta dara.

Dan Bachelorette party menjadi semakin mainstream pada tahun 1981 apabila majlis yang diraikan buat gabenor New York pada ketika itu mendapat liputan media.
.

Di Malaysia, majlis seperti ni dah tak asing lagi..

Ekoran dari pengaruh cerita movies dari Hollywood yang memaparkan aktiviti party sedemikian.

Ada yang menggambarkan party sebegitu dengan kehadiran penari bogel, mabuk sampai tak ingat dunia dan pelbagai lagi aktiviti tidak bermoral serta rendah akhlaknya.

Sayang sekali, benda yang tak elok lagi cepat diikuti dan perasaan "Wah aku orang modern lah sambut camni.. aku urban!" telah menjadi bisikan syaitan bagi melalaikan serta menyesatkan umat kita sendiri.
.

Di premis kami, benar, kami juga ada membekalkan barangan ASAS untuk menyambut dan meraikan majlis ala-ala Bachelorette party.

Kami membekalkan selempang (sash) serta beberapa design belon Bachelorette party dan bridal shower, tiara dan lencana.

Kami tidak membawa masuk SEBARANG party items yang bercorak dan berimej sexual.

Sebarang games bertema Bachelorette party juga kami tidak bawa masuk kerana games tersebut semuanya pada kiraan kami adalah tidak bermoral dan tidak menepati adat ketimuran, apatah lagi agama.
.

Young girls, Muslimat kita, meraikan majlis ala Bachelorette sekadar utk menandakan ucapan selamat serta meraikan perhubungan baik mereka sebagai sahabat.

Kerana, umum tahu, apabila telah bekeluarga kelak, makan masa akan lebih tertumpu utk suami serta pembangunan kekeluargaan.. settle down.. anak pinak.

Ini tidak menjadi masalah kerana meraikan silaturrahim dan sebagai majlis penutup akan keakraban persahabatan.
.

Namun yang tular baru-baru ni..

Masyarakat Muslim kita meraikan majlis sedemikian dengan alatan yang tidak senonoh, adalah tidak seharusnya berlaku.

Dimanakah nilai moral dalam diri kita, seandainya pun kita tidak mahu bercakap dan mengulas soal agama?

Adakah semangat serta budaya sopan ketimuran kita telah lenyap dan dipengaruhi budaya barat yang memesong?

Saya sendiri selaku antara player utama dalam industri ini berasa malu dengan penularan sedemikian.

Benar, ianya bukan perkara baru.

Tapi seharusnya akal dan kewarasan kita boleh berfikir dan mengelakkan diri kita dari terjerumus.
.

Tidaklah bermakna, kita kolot jika kita tidak mengikut cara Barat.

Tapi inovasi sesuatu perkara itu penting dalam memastikan ianya berada dilandasan yang betul.

Raikanlah, tapi berpadalah.

Jangan kita lupa tujuan asal kita.

Mereka yang dirai hendak membina masjid..

Mengapa kita jadikan permulaan pembinaannya dengan membina jambatan ke neraka?
.

Marilah kita bermuhasabah seketika.

Silaturrahim perlu dijaga dan dirai, tapi bukan sebegitu tanpa sempadan agama.

Saya berdukacita dengan penularan tersebut. 

Marilah kita berubah ke arah yang lebih baik.

.
Nash 
Chief Executive Officer 
Glowing Concept Sdn Bhd.
#GlowingParty™ 
#Glowtex™
#BangsaNiaga
Masviona Muhamad

Friday, February 22, 2019

Kemarin by Ifan, Seventeen





Kemarin by Seventeen

Image result for kemarin seventeen

Kemarin engkau masih ada di sini
Bersamaku menikmati rasa ini
Berharap semua takkan pernah berakhir
Bersamamu
Bersamamu
Kemarin dunia terlihat sangat indah
Dan denganmu merasakan ini semua
Melewati hitam-putih hidup ini
Bersamamu
Bersamamu
Kini sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
Semoga tenang kau di sana
Selamanya
Aku selalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku
Semoga tenang.

Lagu ni sebenarnya dah di record kan sejak tahun 2016 lagi tapi masa ni lagu ni tak berapa nak glamour even band seventeen ni pun masih belum dikenali lagi
Tapi sekarang ni kalau dengar lagu ni, nak2 pulak dimalam yanh sunyi mau meleleh-leleh airmata kan kan kan
Seriously kalaulah kitaa yang tak ada kena mengena dalam ini lagu pun terasa seakan sebak didada bayangkan kalau penyanyi dia si ifan tu kan pula sedih tak tau nak habaq lah kan.
Selepas 2 tahun lagu ni dicipta oleh gitaris dia si Herman Sikumbang (mmg real nama dia) dan hari ni keadaan tu menjadi seakan-akan realiti yang sangat menyakitkan buat ifan saya rasa.
Bayangkan semua rakan-rakan beliau dalam kumpulan seventeen termasuk isteri dan pengurus beliau ada berada ditempat yang sama semasa tsunami sunda tu namun yang terselamat ifan tu sorang je yang lain semua jadi mangsa tsumami uwaaaaaaa sedihnya.
Apa jua yang berlaku pasti ada sebabnya kalau tidak masakan si herman boleh cipta lagu yang seakan2 tahu benda ni akan terjadi 2 tahun kemudian. Mungkin saja kebetulan namun siapa yang menggerakkan rasa dan mencetuskan idea kepadanya?
Itulah dia, kita hidup ni kena percaya qada dan qadar Allah. Kita manusia merancang, Allah jua merangcang namun sebaik-baik perangcang itu pastinya Allah Azza Wa Jalla.
Lagu fefeeling mr hubs Muhamad Nasron Nasir sekarang ni tu pasal type pepanjang ni hehe


Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

Friday, February 15, 2019

Community Recycle for Charity CRC Box

CRC Box




Mood mengemas lately lain macam sikit. Last week settle kan 4 bundle baju2 lama kami sekeluarga now baru lepas settlekan 2 box toys anak dara tu sejak kecik dan ada yang dah berusia hampir 12 tahun rasanya dah banyak yang dok kasi dekat close family dan orang2 personal tapi rupanya masih banyak lagi haha.'

Tinggal satu bekas ni je lah hasil khazah toys anak dara tu. Yg ini tinggal toys kekecik, puzzle2 kayu n apa entah lagi belum sempat kemas lagi yang ini.


2 hari lepas 2 box transparent tu so baki masih tinggal 1 box tak sempat nak kemas dan sorting lagi. Mana yang masih elok kejadiannya saya asingkan dalam satu tempat untuk hantar ke tempat yang bersesuaian dan mana yang dah tak elok dan dah tak cukup sifat kejadiaannya saya masukkan dalam tempat yang nak dibuang teruslah mudah sikit kan. So hasil mengemas 2 box tu dapat lah 1 bag sampah biru tu yang masih sempurna sifatnya.

Sebab boleh tahan berat jugak jadi mr hubs lah yang kena turun masukkan dalam box ni

Ramai yang tanya masa saya up story kemana saya kasi baju2 yang terpakai tu. Saya bagi ikut suka je ada yang pass dekat orang untuk pass ke charity center yang perlukan dan kebanyakkannya kalau tak ada siapa yang minta saya akan hantar ke crcbox kuning tu je kebetulan dekat area rumah saya ni memang ada satu box ni ditepi jalan.

CRC (Community Recycle for Charity) ni memang satu NGO yang berdaftar dengan government yang akan kumpulkan barang2 yang boleh di recyle n dan akan hantar ke mana2 tempat yg memerlukannya.

Korang boleh check dekat mana location crc box ni untuk memudahkan korang hantar apa2 barang yang korang nak donate kan atau kalau korang ada benda-benda besar dan berat macam furniture ke kan almari ke katil ke dan perlukan pengangkutan korang boleh jugak call CRC ni untuk datang pickup benda tu dekat rumah atau tempat korang tau. Mudah kan.

Diorang ni terima macam2 benda yang boleh dikitar semula macam pakaian, surat khabar lama, furniture ke alatan electrik lama ke mcm peti ais mesin basuh ke, buku2 lama dan mcm2 lagi.

Tapi kena lah ingat juga ye adat memberi tu. kalau boleh biarlah benda2 tu masih dalan keadaan yang baik dan masih berfungsi denga baik. Kot la dah nama nak derma pun jangan kah bagi benda yang memang dah tak boleh guna langsung kan. Tengoklah jugak condition benda tu macam kalau kita tak nak dan nak kasi dekat orang pun jangan lah sampai baju2 tu yang dah terkoyak2 atau uzur sangat keadaannya kan.

Oklah ini bukan paid review ye tapi saja nak share sebab ramai sangat yang pm kita di fb dan juga instagram so kita bagi lah info ni terus senang kan yang lain pun boleh baca juga.

Untuk info lanjut boleh ke website crc ni direct senang untuk tau mana location crc box diorg kan



#Masviona
-Today you trade with ringgit & dollar, Tomorrow you might only trade with your DEEDS gitttchuuuuu


Dah kosong bekas ni. Dah siap basuh dan keringkan dah ni.


Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

Wednesday, February 13, 2019

Stan's Donuts & Coffee at Chicago City, US

Stan's Donuts & Coffee



Kalau dekat Amerika, starbuck tu kedai kopi biasher biasher je macam kopi kedai mamak.
Merata ceruk pun ada starbuck macam selang 3 ke 4 kedai ada lagi starbuck dekat sana.
Sana lebih popular dengan kedai copi Stan's Donuts & Coffee ni. Stan's ni memula dibuka di Los Angeles dan kemudiannya dibawa ke chicago oleh kawan kepada stan dan bermula dr chicago lah kedai ni semakin maju dan growing gitu.

Donut sangat sedap dan variety giler. Macam2 hadooo. Sempatlah saya merasa memang sedap, kalau ada rezeki lagi memang akan try lagi hehe
Nikmat mana lagi yang nak di dustakan bila cuaca sejuk menggila kat luar pemandangan salji memutih je sesekali angin sepoi tu bertiup perghhhh menusuk ke sumsum tulang, gigil2 badan lepas tu dapat pekena hot chocolate dengan donut yang ada inti coklat leleh pulak bila gigit tu rasanya nikmat tu tak leh nak ungkap dengan kata2, gigit, kunyah sambil tutup mata lepas tu siap berdoa biarlah lambat sikit hancur hahaha









Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!