Header

Tuesday, May 31, 2011

Part 2 - Hey, Its My Birthday!

ok, jom sambung ekekekekeke.. tadi dah layan anak dara dah.. dia pun dah tidoo.. so kita cotinue cerita pasal birthday celebration yang dikelolakan secara rahsia oleh CEO kita Masviona.



sampai di Mines, sebab dah selalu pegi sini and memang dah takde apa pun nak carik lagipun sebab duit tak berapa ada hahahaha..
so weols pun window shopping je la..

Then gi singgah Giant nak beli makanan kudap² untuk makan kat bilik nanti...
Beli donut and Avin sempat pow beli jajan dia.........

Btw, info aku dapat from cashier Giant tu, weols tanya la apsal Giant ni macam hidup segan mati tak mau je ni.. cashier  dia pun cakap la sebab bulan June ni nanti iant ni nak tutup untuk wat renovation... ooooooooooo.....

Lepas dah settle, tetiba viona kata dia nak carik kedai kek...
yang teringat dalam kepala, kat Mines ni ada Secret Recipe je yang jual kek..
so bergegas lah weols pegi kedai tu..




Dah sampai sana, viona pi pilih kek and tetiba bagitau 
"B, nanti kita makan kek ni kat Pizza San Francisco tu nak tak?"
"err.. nak makan sana ke.. bawak balik makan kat bilik pun ok je B rasa"
"Alaa.. takpe la kita lepak la sana malam nanti sambil makan kek.. leh potong kek.. sure Avin suke.."

Ekekeke.. pandai nooo masviona ni buat aku cair.. dia dah keluar ayat sure avin suke, so aku pun terus sokong je la pendapat dia tu.. mestilah kita nak buat benda yang disukai lebih² lagi dengan famili kita kan?



sesambil nak tunggu kek tu siap, weols pun tengok² la menu dulu..


Avin pun tak lepas peluang sebok nak tengok menu gak..
dia teruja tengok gambar je pun sebenarnya...



So weols just order air je pun...
sebab kang malam nanti nak makan kek n pizza lagi kan?


Lepas kek tu dah siap and weols pun dah habis sembang² sambil hirup air, dah pukul 6+pm..
so weols decide untuk menatap balik ke hotel semula, siap² apa yang patut mandi solat etc etc and malam kang kuar semula ke Mines.. nak gi makan kek ;)




Bergambar dulu kat entrance Mines Wellness Hotel ni dulu sebelum masuk ke bilik semula...
penat gak menatap.... ;D

Beriya-ria si Avin ni  buat muncung² gitu hahaha


Lepas dah bersiap² melepas lelah, lepas maghrib weols terus turun nak gerak ke Mines Shopping Fair pulak..
tapi kali ni weols malas dah nak berjalan kaki... hahaha Avin pun dah letih tu kang dia bad mood pulak..
so weols naik kete je muahhaha 


Kat lobi dia pun banyak dia wat pokok dalam mentol ni... comel sangat!


Weols baru perasan...
entah sejak bila entah kat Mines ni punya lift dia dah bubuh batang besi nak halang troli and stroller..
aduh! napa ek dia wat gini? sangat tak convenience untuk yang bawak anak kecik guna stroller!
Macam nak wat pole dancing je?!


Dah sampai ke mines Shopping, aku drop viona kat pintu masuk area Secret Recipe sebab dia nak amik kek tu...
aku and avin terus gi carik parking...

Parking dah dapat, so straight away aku n avin gi ke restoran Pizza San Francisco tu...
Sementara nak tunggu bonda sampai, so me and avin main camho la dulu...
hahaha macam tatau lak pe'el perangai weols ni mmg suke camho2 ni wakakka







Lambat wehhhhh masviona kita ni!
dalam 15 minit dia tak sampai² lagi.. aku dah mula isau la jugak..
zaman sekarang ni macam² kes..
terus call dia...

"Saba jap b, v tgh tunggu orang yang memula amik order kita tadi kat secret recie ni sebab orang lain tatau mana satu kek kita"

erkk.. apakah alasan?!
takpe takpe.. today is my birthday celebration kan? terima je la tanpa prasangka!


then akhirnya sampai jugak dia!
sampai² je sebok ngn bb dia dok toktektoktek bunyi..
wah.. bz plak dia malam2 gini ek?

takpe takpe.. redha...

Tapi tetiba dia kuar ayat ni, lagi buat aku bertambah pelik dan sangsi :-
"B jom kita duduk meja sana..."

sambil tunjuk kat aku meja ni -


Sip ada tanda reserve..

"Eh ni dah ada orang reserve la v" kata aku..
"ala takpe je orang tu tak dtg kot?"

eh eh suka ati dia je wat andaian...
kali ni aku nak wat keras hati takmo setuju wakakkaa
so kita stay je kat tempat asal..


dia tak habis² lagi ngn bb dia dok toktektoktek..
patutnya aku la lagi ralit ngn bb tu sebab selang 3-4minit ada fb masuk wish beday.. tapi dia lagi bz...
biarkan.. kita usha je dari jauh..

pastu dia insist lagi..

"ala B jom je la kita duduk sana.. v yang reserve tempat tu.." haaa.. kata dia!
"aik v reserve? tapi napa byk sgt meja dia tu....?" aku saje mau pancing
"dia silap tu terlebih taruk meja tu.. jom lah!"

dan aku akhirnya menuruti kehendak lah..
dalam hati dah rasa dah ni sure ada something je ni.. kita layan lah kang nanti rosak plan dia pulak ;)



So weols pun pindah lah ke meja reserve tu...

Tup tup tak lama lepas tu dalam 10minit, cikuuu cak! mai dah kakty, anak dia Kakak dan jugak Kaseh  :)

ooooooooooooooooo.. patut lah beriya viona soh pindah sana dia dah book sesiap sebab ada tetamu!
huhuhuuhuh
Bagus jugak! the more the merrier kan!

Kin and family pun patutnya hadir but ada masalah, tak dapat hadir pulak.. takpe takpe..

Sesi mengoder makanan.




Avin macam biasa, memula malu-malu lah..
tapi ngn kakty and kakak, dia ok je.. dia memang masuk.
Ngan Kaseh, memula dia segan2 tak lama pastu ok sudah... membecok mulut dia ;)



Tak lama pastu, mai pulak geng2 staff restoran ni with kek..
siap nyanyi2 lagi..

alamak time ni aku rasa darah sudah naik kat muka..
rasa muka panas je... segan gak weh..

ekkeekekkekeee







Time nak potong kek, itu anak dara la yang paling kalut!
beriya2 dia nak amik pisau tu n nak potong jugak..

"ini beday kek walid ngn avin!" berulang2 kali dia dok cakap camtu..

ekekek.. layan kan aje.



Apa perasaan bila diraikan camni?

mesti lah kita rasa teruja, rasa amat dihargai, rasa best, rasa seronok... alah.. macam2 rasa lah yang syiok2 gitu..



TAPI!!!


kezutan bukan setakat disitu sahaja!!

Tetiba lagi mai lak staff restoran tu sekali lagi, kali ni dia bawak paper beg..

"This is something special from her for u" kata staff tu sambil hulur paper bag tu..

alamek... ada surprise lagi.. wahhh apakah dia??



masa nak intai isi dia ni, hati dah dupdup dup dupdup dupdup
apa benda dalam tu??


dan.........

taraaaaaaaaaaa....
ini time sebenarnya aku dah nak lompat2 riang dah...
rasa nak jerit "YESSSS YESSS... DAPAT DAPAT!"
eekkekeke.. tapi aku coverrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr... wakakka




Masviona kita hadiahkan aku with BlackBerry Playbook !!!
waaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

dalam diam dia sempat pi carik bende ni ek? eh bila dia gi beli? hrmmmmmmm..

Ikutkan hati, time tu jugak aku nak buka kotak tu and godek terus..
tapi segan la kat tetamu.. kahkahkahkah...


Patut la dari siang tadi masa lepas dari giant, viona kata dia nak gi toilet.. 
lama gak dia pegi.. then tetiba dia datang dari arah yang lain dari arah toilet... mengundang perasaan ragu-ragu betul.. takpe.. its my birthday celebration..

then kat bilik, tetiba dia dapat call, dia terus lari and bercakap dalam phone kat toilet.. wuihh tak pernah dibuat! sekali lagi, mengundang perasaan ragu-ragu betul.. takpe.. its my birthday celebration..

Patut lah jugak dia beriya2 cakap nak makan kek tu kat restoran pizza tu inste of kat bilik je... sekali lagi, mengundang perasaan ragu-ragu betul.. takpe.. its my birthday celebration..

Patut lah jugak dia begitu lama masa nak gi amik kek tu... rupanya dia gi carik kedai jual paper bag.. dia nak soh balut tapi kang lagi lambat pulak sebab aku dah call2 dia risau masa tu.. sekali lagi, mengundang perasaan ragu-ragu betul.. takpe.. its my birthday celebration..

patut lah dia beriya2 soh duduk kat meja yang dah ditempah oleh "orang lain"..sekali lagi, mengundang perasaan ragu-ragu betul.. takpe.. its my birthday celebration..

patutlah dia pada hari itu, dia tak minta aku untuk tolong pegang and bawakkan henbeg dia.. rupanya dia ada sorok barang dalam henbeg dia tu.. sekali lagi, mengundang perasaan ragu-ragu betul.. takpe.. its my birthday celebration..

Lebih kurang jam 1030pm, weols semua bersurai from restoran tu..
Terima kasih tak terhingga buat kakty, kakak dan kaseh sebab sudi menjayakan majlis yang tak seberapa ni.. ;)

saya sangat seronok dan kehadiran korang semua sangat dihargai!


Balik je bilik, memasing dah penat...
Avin dok mayan tengok cd dia, viona teman avin..
tak lama lepas tu memasing dah tidooo.. kecuali aku wahahahha

Aku tak tido malam tu dok godek2 and setting playbook baru ngehehehehhehheheh


Pepagi hari Ahad tu, bangun tido, terus Avin minta nak tengok hadiah semalam..

eh eh.. dia pulak yang excited jugak?
mmm.. dah dapat kat dia, terus lekat lah tambah pulak aku sempat install some learning apps malam tu masa godek2...
ralit la dia dok belajar ABC, main kaler2 semua...




Then weols turun bawah untuk breakfast...
banyak gak menu dia.. ok la boe tahan..




tapi anak dara ni dah lebih sudu dari kuah..
itu playbook dah jadi macam harta dia...

"walid, ni apa ni nama dia?"
"ini namanya Playbook.. ini walid punya bonda bagi hadiah birthday untuk walid"

"oooo.. Playbook.. Avin pinjam tau.. walid makan dulu"

aaeerrkkkkkkkkkkkkkkkk???



Anakdara ni terus kenyang dapat main ngn bende tu..
aiyaakkkkkkkkkk..

tak kesah lah, weols pun makan je sementara avin ralit dok godek tablet tu.


huhuhuuh lapa weehhhhh!!
semalam makan tak kenyang sebab hati sudah berbunga2 diraikan insan tersayang..........


sesambil aku tengah makan tu, kejap kejap kang avin panggil..

"walid, ni camna nak buat ni.. nak tekan mana?"

ini budak aa sangat hitech.. even walid ngn bonda pun tak explore betul lagi, dia sudah advance!
Dia dah tau camna nak swipe utk menu, swipe utk minimise etc etc.. wah!


lepas dah makan...
Avin weols kene paksa dia makan and suap dia.. kalau tak dia takmo makan..
"Avin tengah study la.. avin nak tengok ni........"

Weols kene segera balik semula ke bilik sebab nak tukar2 baju salin ke baju swimming pulak..
Kita dah janji sama avin nak mandi pool pagi ni...



Avin sambil jalan sambil main langkah2 ikut petak batu tu..
orang lain takleh pijak batu tu nanti dia marah!
Dia sorang je leh pijak... panjang jadi langkah dia sebab nak lompat from 1 petak ke 1 petak ;D

So lepas tu weols teman avin brgembira dalam air...
eh bukan weols.. aku and avin je yang mandi..
viona kita dok tepi pool tu and layan playbook :)


Gamba time bersuka ria di pool ni takyah upload sini lah ek.. kat acebook weols ada ngeeee
tak add lagi weols? sila lah add search je masviona ataupun prebetsabu.

So dengan itu, tamat lah sudah kisah sambutan hari jadi aku.

Pada mulanya aku memang dah tak expect apape dah sebab mmg tau kewangan tak berapa cukup.. rupanya masviona kita ni dah siap2 duit dia dari awal lagi khas untuk aku.. terima kasih tak terhingga buat v!
B sangat2 seronok and tak sangka!

I love u always, forever. Maaf sebab selalu buat V terluka... and B tetap ingat ikrar B dalam sajak I Vow tu! :)

*Ada dapat byk request dah soh aku wat preview Playbook ni.. hihiih.... saba lah dulu ;)




Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!