Header

Saturday, February 25, 2017

Borong barang party!

Mungkin ada ramai lagi yang tertanya-tanya..

Area Bangi, Kajang, Putrajaya, Subang, Puchong dan sekitar ni kat mana nak cari barang-barang keperluan party ye?

Belon, helium, noise maker, banner, hats, candles, costume and accessories.. complete range pelbagai kualiti sesuai dengan budget anda.

Boleh datang ke mana-mana outlet Glowing Party™.

Reko Sentral 0387414445
Bangi Sentral 0389122915
Usj21 0380207681

Layari page www.facebook.com/GlowingPartyHouse untuk news and latest updates of products!

Kami juga supply kepada peniaga lain secara borong 

#GlowingPartyHouse 

Thursday, February 23, 2017

Rahsia Hendak Mendapatkan Yang Terbaik Dari Supplier.

Rahsia Hendak Mendapatkan Yang Terbaik Dari Supplier.

TRUST. KEPERCAYAAN.

Eh mudah je kan?

Memanglah mudah tapi sangat susah bagi peniaga yang sombong ego bongkak perasan acah-acah bagus hot stuff bebeno.

Kami dulu bab masuk mengadap supplier memang bab yang kami tak pernah berkira or teragak-agak untuk invest!

Walau jauh beribu batu kami akan terjah jumpa empat mata berbincang bersama, melawat courtesy visit sambil melihat potensi produk yang kita nakkan tu.

Bukan macam kau.. alamat supplier diluar poskod kau je pun kau dah macam-macam alasan susah benauu nak gi singgah lawat.

Pastu mengeluh itu susah ini susah. Dah kau sendiri yg susahkan diri apahallll?

Kalau kau gain trust dua hala, kau jugak yg untung long run.. margin pun leh ejas.. payment term pun leh bincang tauuuuuu

Tak paham lah saya ngn peniaga yang ego tak bertempat ni...

Mujur yang amik wholesale ngn kami semua pandai pikir jauh kehadapan!

*ni kang ada lah lagi yg pm aku marah2 ni kata aku belagaklah apa lah.. pandangan aku tak tepat lah... eleh.. kita tegur pun nak sentap.. sesuatuuuu ngatt!

.
#TuanNasron 
#BangsaNiaga 
#GlowingPartyHouse 
#ComelyHeavenly

Wednesday, February 22, 2017

Nak berniaga belon? Beli borong kelengkapan party anda!

Assalamualaikum 

PEMBORONG BELON, GAS HELIUM DAN PARTY ITEMS 100% MILIK MELAYU BUMIPUTERA!

Awak berminat nak mulakan perniagaan belon? 
Yeahh tak perlu cari jauh-jauh! 

Kami kan ada! Warehouse kami terletak di kawasan Kajang, Selangor.

Tank besar, tank kecik semua kita supply! Original HELIUM, tidak terbakar!

Belon, alatan utk decorator pun kami supply!

Barang-barang kelengkapan party, topi, popper, lilin, banner.. eh macam-macam! Lengkap untuk anda mulakan perniagaan anda sendiri! Dari produk yang bajet-bajet sampailah kepada produk premium kualiti! Ada belaka!

Dengan pengalaman kami yang telah hampir 10 tahun di dalam bidang Balloons dan Party Shop, anda pasti akan mendapat konsultasi dan pandangan dari Industry Expert!

Whatsapp kami sekarang!
0192321445
0192321445

Sekarang tau!

BERSAMA PERKASAKAN EKONOMI UMMAH!

.
#PartyBorongSakan 
#PBS

Monday, February 20, 2017

Cik Manager thorbaek

Bagus betul Cik Manager kami.

Dia overheard kami berbincang pasal notis #bebasplastik yang masih belum diprint utk outlet Reko dan Subang, terus dia search notis tersebut dan di paste ke dalam wasap grup hhahahahahahahahahha

Gud job lah Avin Nurdamia Alhamra!

#AnakTuanNasron 
#BangsaNiaga

Sunday, February 19, 2017

Whatsapp backup and restore from Android to iPhone

Major drawback when migrating from Android to iPhone vice versa - Whatsapp backup and restore!

Think twice ye! Sayang oooo data chat yang belambak history tu sukar utk dikembalikan.. not impossible but sukar.. especially if u depending a lot dgn past conversations utk reference.

Ada software yang boleh buat but of course kena caj around rm100(usd20) for d software alone.. especially if u r not an IT geek, troublesome.

Saya taulah! Dah terkena! Hahaha

Patutlah orang kata once u migrate u takmau dah patah balik (sebab sayang data wasap!)

.
#TuanNasron 
#BangsaNiaga 
#ProdigyITsolution

Tuesday, February 14, 2017

Mengkawankan pelanggan.

Skill mengkawankan pelanggan.

Mengkawankan pelanggan adalah menyemai benih kecintaan perniagaan kita di hati mereka.

Pergh ayat saya ni level berapa?

But really, tiada kerugian dengan mengamalkan a very good of PR practice. 

Tidaklah saya kata sampai every time customers masuk awak nak berkenalan beriya sampai nak jadi BFF dia segala bagai sampai hal personal duduk mana, dah berak ke belum pagi tadi pun nak ditanya on 1st meetup.

But more kepada manis mulut bertukar senyuman pun dah lebih dari cukup untuk membuat mereka rasa di alu-alukan kedatangannya, lebih-lebih lagi you as the owner/manager of the premise!

Lepas dah ikat dia rasa seronok hadir ke premis kita, lepas tu pasti dia takkan berat kaki lagi nak mai.

Especially on F&B punya line... jaga-jaga, orang lapar ni temper dia lebih macam singa.. tapi kalau kena gaya, dia boleh jadi kucing yang meliuk lentok manja sepertimana time kita garu bahagian bawah dagu kucing tu. Saya harap jangan ada reader yg lurus pi garu dagu customers plak.

Bila kita pikat hati dia, ditambah pulak dengan masakan yang mengenyangkan nafsu gelora makan dia, u definitely a winner!

Yes of course banyak faktor lain lagi yang memangkinkan kemajuan perniagaan kita.. tapi ini definitely a pemangkin, booster dan pelengkap ke atas usaha marketing dan awareness yang kita buat untuk perniagaan kita.

Jika tidak sia-sia ajelah iklan sana sini ajak org mai.. bila dah mai, tak dapat sebtuhan di hati dan perut.

Dan inilah yg telah diamalkan oleh Bunga Lawang Cafe. Siapa yg jadi reader posts kami sure tau betapa kerapnya kami update pasal restoran ni.. tu belum kira yang kami tak update post makan dendiam hahah

Ye, mereka celebrity.. ada plus point.. tapi kita ni yang bukan sesiapa kalau tak mula manis muka and jaga PR guane cerite??

Okeh, nak tanya, antara ketiga-tiga jejaka dalam gamba tu, terdiri dari saya, abang Gibran Agi dan Naz, saya adalah segak jugak.

Eh.. tu tanya ke ayat penyata?

*tadi JJCM buat shooting kat BLC.. itu tak penting.. yang penting, majority list dalam fb saya ni duduk berdekatan bangi ni dah try ke makan kat BLC?
.
#TuanNasron 
#BangsaNiaga
#BungaLawangCafe 

Saturday, February 11, 2017

Kita Melayu kita mesti maju.

Wife saya #LadyBoss #IsteriTuanNasron Masviona Muhamad dengan rasminya telah dilantik untuk turut sama membantu anak bangsa kita.

Beliau akan turut bersama memberi input dan buah fikiran tentang situasi semasa di dalam industri dan perniagaan 1st hand kepada para pengajar dan students.

Saya terharu dan bangga dengan usaha keras beliau dan kesanggupan beliau menerima lamaran tidak berbayar ini demi kerana untuk membantu anak-anak muda. 

Ayat beliau masa beliau di propose haritu "B, V terima je dgn tangan terbuka jemputan diorang.. takpelah kan ye V spend masa utk diorang jugak.. V tak mau bebudak kita ni kurang bersedia and teraba-raba macam kita dulu..."

Saya hanya tersenyum puas.. 

Semoga beliau dapat memberi input dan inspirasi berguna..

Ini baru real tolong orang melayu.. tiada personal interest! Oppss terlebey plak.

B doakan semoga usaha murni V dirahmati dan dipermudahkan segala urusan.

Amin.

.#TuanNasron 
#IsteriTuanNasron 
#BangsaNiaga

Friday, February 10, 2017

Motorsikal berkuasa besar? Besar mana?

This old n rustic machine of mine was once pernah menjelajah satu semenanjung haha..

Bunyi ekzos kuat yang amat.. pom pom pom dari jauh memang dah gamat!

I was once a biker yang daily commute back n forth to office.

Now dah jarang but this bike is well kept and maintained (at least warmup engine je lah hah)

Jiwa tu ada lagi.. terasa nak kembali mingle around ngn hardcore bikers lain.. leh join rides ;)

Sementara itu, teruskanlah bertapa di dalam warehouse ye wahai sang motor berenjin twin!

.
#TuanNasron 
#ChoppersGarage

Sifu ke siput?

Tak kiralah apa istilah yang anda guna.. isinya tetap sama!

Cara kerja, attitude, disiplin, rancang dan buat! Inilah isi pentingnya tak kiralah camna orang lain present bapak gempak pun.. isinya itu juga.

Kadang tu kita rasa kita ni takde ilmu.. rasa tak yakin n down n rasa rendah gille sbb bila baca iklan kelas2 org lain, kita nampak macam kita orang takde ilmu sbb kita tak tau pun permainan term diorang.. padahal ilmu tu kita dah tau n amalkan pun cumanya term dia je..

Sampai jadikan diri kita underestimate diri sendiri! Sedih gile.

Zaman sekarang ni orang eksploitasi term n istilah bagi nampak wow and hype sebab ramai yang cari makan dengan mengajar juga so mereka perlukan kelainan.. 

Benda tetap sama yang kalau kita tak buat n amalkan, bagi la istilah apa pun sampai ke sudah takde hasil.

Roket lah.. rempit lah.. magnet lah.. ish macam2..

Saya bebel bab camni orang malas nak dengar sebab boring sangat takde gimik n hype.. takde unsur humor dan mengata kan? 

Tak menarik katanya.... takde perkataan yg dahsyat sampai kita sendiri tak tau makna n bunyi sophisticated. 

Tapi tuvlah saya nak sampaikan.. kadang kita ni tengok bende lain sampai tertipu.. benda tu kita ada je dalam diri tapi org lain buat bende tu nampak macam alien gila sampai kita tak sedar yg kita sendiri dah ada keupayaan itu!

Kan?

.
#TuanNasron 
#BangsaNiaga

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!