Header

Wednesday, December 29, 2021

Di mana saya menyimpan duit saya? Saya bukan pelabur agresif. Saya tidak terlibat dalam sebarang pelaburan yang ragu². Duit saya, kebanyakannya saya laburkan dalam bank, beli emas hiasan, unit trust dan juga robo micro investment: Wahed Invest dan yang terbaru, Raiz Invest. . Saya tak lagi main forex dan tak pernah main crypto ekoran dari banyaknya info yang bercelaru mengenai halal haram. Pada saya, mudah. Kalau banyak sangat berbalah, sana kata gitu sini kata gini, saya elak je. Haha! . Tapi saya perlu gunakan apa juga kaedah yang menyenangkan saya untuk saya jadikan simoanan saya ni sebagai modal kepada perniagaan² lain, dan eventually saya perlukan manfaat keuntungan dari perniagaan yang dilakukan oleh orang lain. Dan tak pula saya nak pening² cari perniagaan lain utk saya laburkan duit.. Thats why saya hanya selesa letak duit saya dalam Kenanga dan juga Public Mutual. . Berkenaan robo investments, ni adalah teknologi terbaru kiranya. Instead of kita hire broker saham utk pilih dan laburkan modal kita pada perniagaan² lain, robo investment ni dah tolong kita dengan adanya apps depa. Yang saya paling seronok ialah dengan robo investor Wahed Invest. Sebab dia 100% di isytiharkan sebagai patuh Syariah. Investment dia pun serendah RM100 je tiap kali nak topup. Boleh set recurring tiap bulan juga. So far saya pilih US Market, memang menguntungkan. Utk melanggan dengan Wahed, boleh download apps Wahed: https://app.wahedinvest.com/referral Pastu masukkan referral nama saya: MUHBIN936 Nanti kalian dapat RM10, dan saya juga dapat RM10. . Tapi bukan Wahed yang saya nak ceritakan. Kali ni saya nak cerita pasal 1 lg apps robo investment yang dipercayai juga. Yang ni lebih best utk orang² yg liat menabung tapi suka membeli belah. Apa yang apps ni buat adalah dia roundkan pembelian kad debit kita, dan dimasukkan ke dalam investment kita. Contoh kita guna kad debit RM10.60, makanya dia akan masukkan pula lagi 40sen ke dalam akaun pelaburan kita. Jadinya, tiap kali kita membeli guna Debit/Atm kad, kita akan dipaksa juga untuk menabung. Menarik sungguh. Buat masa ni hanya Debit Kad Maybank sahaja boleh (serta MAE). Soon debit kad lain juga akan dibolehkan utk guna fungsi ni. Selain dari round up, juga boleh menabung seperti biasa, serendah RM10 sahaja. Dan Raiz ni dibawa masuk oleh PNB dan pelaburan yang dilakukan adalah di pelaburan PNB (amanah saham² mereka). Patuh syariah? Ada yg kata fund dalam PNB ni pelik sikit tak patuh sepenuhnya? So saya pilih dalam Raiz utk customised fund yang nak dilaburkan kepada fund yang lain, yang memang dah dapat status patuh syariah.. senang. . Jadinya saya ajak juga kalian menyertai pelaburan robo ni. Just labur (menabung) dan "lupakan". Nanti dapat keuntungan leh belanja saya haha! Fees utk Raiz ni rm1.50 sebulan dia akan tolak dari akaun raiz kita. Utk pelabur tegar, ramai akan berkira fees ni.. Tapi utk pelabur santai macam kita, fees rm1.50 ni ok je lah, sebab dia bantu kita banyak dalam pengurusan pelaburan dan juga auto paksa menabung melalui Debit kad tu. . Boleh register. Pakai link saya, awak dapat RM10 dan saya pun dapat juga. Link ni: I am micro-investing with Raiz. We will both get RM10 when you use my referral link: https://links.raiz.com.my/XV5W . Dont worry ini bukan scam. Kedua-duanya adalah berlesen.. Wahed dan Raiz. #BangsaNiaga



Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!