Header

Friday, May 27, 2011

Dokumentari India - Day 2 - Delhi-Agra : Railway Station yang huru hara

cikuuuuuu cakk!!
yeah jumpa lagi kita kat episod 2..

jom sambung!
lepas dah dapat cukup rehat malam pertama kat india.. pergghh malam pertama tu................
seawal jam 4am lagi weols dah terjaga nak bersiap2 untuk meneruskan perjalanan ke Agra.

Masa kat Malaysia lagi weols dah beli tiket train ni thru online..
train dari delhi ke agra ni yang paling glamer dan paling laju ialah train Bhopal Shtbdi.
weols book yang 1st class punya inr1400 untuk 2 orang aka rm95. Train bertola jam 0615am dan dijangka sampai ke Agra jam 10am.

Masa book online ni pun, dia dah bagi tiket tu as Waiting List 7 & 8... aduihhh pelik sikit lah cara pebelian tiket kat India ni!
Eventhough dia dah terima kita punya payment, tapi still kita sebenarnya belum tentu lagi dapat naik ke tidak train tu sebab kita hanya berada dalam list menunggu... nasib baik list menunggu 7 & 8 je.. so harapan cerah la jugak..

Pelik... pelik..

So weols pun checkout dari hotel dalam jam 0515am, dan terus menatap ke railway station.
Sampai je kat railway station tu, weols dah hilang arah...
terpinga-pinga.............

Kat mana kita nak sah kan tiket ni?
Perlu ke kita tukar online printout ni kepada boarding pass?

Sampai je kat main entrance, tuuu dia.. mai daahhh sorang ni..
"Sir, u have tickets?"
"Yes i do.. thank you.."
"Sir this ticket is not valid.. u ave to go the the counter across the road to validate it"
"Sorry, which counter? Across the road??"
"Yes sir. Come ill take u there"
"No.. no its ok. thank u"
"But sir, come, tis ticket is not valid"

Cehhh no valid kepala hotak kau!
macam aku tatau.. aku dah baca Guide Book and wat research la..
ekekke.. dan jugak aku ada akal logik untuk pikir..
pekejadahnya dia soh gi kat kaunter seberang jalan, which is lot kedai?
tu kaunter apa? trael agency? ahahhahahaha

weols boh layan je mamat tu and teruskan perjalanan nak carik Tourist Information Counter..
dah jumpa signboard utk counter tu.. naik atas, ada orang sudah tunggu kat tangga and dia nampak je weols naik, dan dan tu dia pi tutup pintu grill kat tangga tu..

"Sorry, this area is closed"

arrghhhh.. darah aku sudah naik..  sesuka ati je korang ni ek nak permainkan tourist?
weols buat pekak je..

"we want to go to the tourist info counter" sambil tu aku terus buka pintu tu even dia dok pegang je pintu tu takmo buka..
Aku tengok mamat tu pun kecik je orangnye.. ahhaha.. leh makan ni orang ni.. tapi lepas tu baru aku terpikir.. eh ini tempat dia.. scam camni tak bergerak solo.. sure ramai kawan2 dia nanti ni.. haaa.. baru la aku tau takut sikit hahahh

lepas buka pintu tu, terus naik lagi and carik kaunter tourist tu.. aduuhh.. tutup pulak.. operation hour dia jam 7am.. aiyooooooooo..
sepanjang jalan, mamat yg tadi tu dok ikut tanya mana tiket kitorang... eeeiiii.. tunjuk tiket online tu and dia pun nak putar jugak lah kata tak valid.. ini semua waiting list punya tiket!

Dia nak soh gi kaunter untuk sahkan tiket.. aku tanya kat mana? kat seberang jalan jugak! aarghhh demmmmmmm

Weols pun turun, mata meliar menari signboard info apape.. poor india.. tak friendly langsung utk tourist..
takde langsung sebarang notis or whatsoever tentang tiket etc etc..

Last, jumpa jugak kawasan kaunter official dia...
beratur untuk tanya.... sampai giliran aku pun tanya..

"Is this ticket valid?"
staff tu tgk seimbas and dgn selamba je campak semula kertas tu kat aku... pastu cakap
"platform 1"

itu je yang ko nak cakap kat aku? fuuhh memang culture shock la aku.. panas hati betul dah la dia main campak2 je kertas aku tu.. later lepas dah 5 hari kat India, aku dah lali dah.. memang budaya diorang ni main campak2 je kat muka.. hahaah siot kan?

So mamat tu kata platform 1..
makanya bergegas la weols ke platform 1.. along the way tu, ramai la ulat2 scam ni yg cuba pancing weols..
tapi dalam hati wols dah set.. "apappe pun dorang nak cakap, nak pujuk, nak paksa, aku nak gi jugak kat platform 1"




dan ini lah dia patform 1................
sejak sampai tadi, aku tak dan nak snap2 gambar sebab hati dah panas ngn ulat2 and weols dah kalut nak carik tempat tiket.. time is ticking.. mas weols sampai platform 1 ni rasanya dah jam 6am...

Sampai je platform 1, kata meliar la mencari info...
still, takde info yang weols dapat..
yang ada, orang2 local sana yang bergelimpangan tengah jalan kat platform tu.. dok baring2 ngn barang2 dorang..
makk aiihh.....


mata meliar pulak nak carik staff train tu.. pun tak jumpa..
isshh.. camna ni nak tanya kat siapa?
tanya kat local people, dia dok tengok je kat kita tak bercakap apa pun.. maybe sebab dia tak tau cakap BI.. so weols pun try lah tanya2 geng mat salleh tourist yang lain..

cehhh depa pun sama macam weols tgh konpius.. ada yg pegang tiket printout mcam aku, ada yang pegang tiket lain pulak.. aku tanya dia camna dia dapat tiket tu? dia kata dia beli kat agent...

aduuhh aduh aduh.. mana satu betul ni?

last last kat tepi dinding platform 1 tu aku nampak lcd tv display senarai nama.....

haaaaaaaaa.. ini la yg aku nak carik dari tadi!!! senarai nama penumpang.. siapa yang dah confirm and bukan waiting list lagi!!!!





dan alhamdulillah nama weols berdua dah di confimkan.. dah dapat tau dah gerabak berapa and seat number berapa..
ermm.. gerabak sama ngn mv, tapi seat jauh2...
takpe takpe.. at least hati sudah lega da confirm dapat naik..

tetiba mai sorang mamat ni dtg dekat ngn aku..

"Sir, this is not a ticket.. u have to et a barding pass like this" sambil dia tunjuk sekeping kertas.. ala2 boarding pass..

"Really, and who are u?" kata aku
"Im a staff for indian railway"
"wheres ur uniform? " aku mmg tak yakin betul org ni staff sana...
"this is my staff id" sambil tunjuk kat aku kad laminate yg dah tekopek2.. takde mood langsung aku belek kad tu.. dah sah sah scam penipu..

terus aku jawap "And so now u want me to follow u to the counter across the road"
"yes.." dia kata.. hahahahhahah.. and aku n mv terus blah dari situ malas nak layan dah.

So weols sedikit lega... sebab dah tau confirm weols dapat tempat kat dalam train..

tetiba teringat plak kat kak Nuri and family.. alamak camna la nasib depa..
terus aku call kak nuri.. rupanya dorang dah otw ke kaunter seberang jalan sana!!!

aaaaa.... nooo!! jangan!! cepat2 aku mintak depa patah balik n masuk ke platform 1 and tgk list nama.. sebab aku tgk list nama tu nama depa sefamily pun dah ada n confirm.

then aku pun try nasib sekali lagi pegi kat official kaunter tadi tu.. and tanya dia camna nak tukar printout ni kepada boardin pass..tapi kali ni aku tanya kat kaunter lain.. akhirnya, ada jugak yg sudi menjawap.. rupanya once ktia dah tgk kat chart tu nama kita dah ada, kita just take note je gerabak n seat number.. nanti train sampai, terus naik gerabak tu! itu saje.. tak perlu validate tiket la, boarding pass la... etc etc..
lorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....... itu macam kah?

Memang scammers ni pandai mencari peluang lah.. putar alam kat tourist...
tapi India Railways ni pun satu hal jugak.. tak bagi info tepat pada pelanggan and biarkan ulat2 ni bermaharajalela pi kasi keliru sama tourist...



lepas dah dapat explanation camtu from kaunter tu...
baru la hati ni totally lega..
then aku n viona pun leh la tarik nafas and rest sat sementara tunggu train tu dtg...


tak lama lepas tu, mai dah train yg ditunggu2..
terus weols cari gerabak, and cari seat..

mujurlah naik kelas 1.. so local yg naik ni pun maybe jenis yg educated sikit and polite..
mamat yg sebeah viona ni tgk aku n viona dok terpisah, terus ia volunteer utk tukar tempat ngn aku..

wahhh.. syukria shahab!

keadaan dalam coach 1st class Bhopal Shtbdi


dah masuk and selamat duduk dalam train, and dah dapat tau kak nuri pun dah selamat naik, baru lah boleh senyum2..
sesambil tu weols duk diskas betapa tak teraturnya sistem penyampaian diorang and penguatkuasaan dorang sangat lemah, dibiarkan je scammers semua berleluasa..

last last weols tergelak jugak... terkenangkan betapa kalutnya weols time tu takut tak dapat naik train and ditambah ngn pujuk rayu auta itu ini from scammers.. hahahahaha


perjalanan dari Delhi ke Agra ni amik masa dalam 3jam +
so, jom kita baca paper dulu.. tgk isu semasa dorang kat india..
owhh.. masa weols kat sana, time tu si Rajinikanth ni baru kene masuk spital.. now, dia dah otw ke london dah utk rawatan lanjut... huhuuhuh.. sian hero Padayyapa ni.


pada weols, sangat2 berbaloi lah amik 1st class ni..
murah pun murah jugak.. lebih kurang rm50 sorang je utk 3hs journey with foods!!!!

ye.. foods with s maknanya plural!
tak putus2 diroang ni hidang makanan!





1st round depa hidang kita coffee with some biskut...
nyum nyum..

lepas tu, menikmati pemandangan pagi di india...




 ehem2.. tak sempat nak snap gamba org pi terberak kat tepi2 tu..
well, its a normal scenario la kat sana..
berak, and especially kencing merata2 kat dinding2 etc etc..
kekadang kita leh nampak kat tepi2 dinding kedai dia tu.. ada bekas dah kene pancut......... eerkkkkkkkk



ok lepas dah kudap2 biskut n kopi, so weols pun nak tenangkan otak lah pulak..
sebab lepas ni weols kene prepare untuk cabaran berikutnya ehehheeh
tak sabar nak jengah taj mahal dah ni!!


Tup tup selang 15 minit gitu, mai lagi staff dia and kasik makan lagi...
wahh.. rezeki kan? jgn ditolak..




kali ni dia bagi roti wholemeal ngn cornflakes pulak.. wahh..
best best best..

then, lepas lagi 15minit gitu, dia mai lgi n bagi bne ni plak..



macam pegedil lah.. tapi ayam...
tanya halal ke tak? dia kata yes halal muslim.
:)

nyummmmmmm.. mcm nak lepas geram je tu sebab geram rasa nak gigit je kat penyangak2 pnipu tu kan? ekkekeke


ok.. dah dapat berehat selama 3jam atas train.. ok ow masa utk kembali menguatkan mental!
dah sampai ke station Agra Cant..


view standard kat station railway india.. orang ramai bergelimpangan ada yang baring2 tido tengah jalan with barang2 berguni2...


sampai je sana, regroup wth family kk nuri ;)
memasing cerita pengalaman menangkis si penipu huhuhuhu

next agenda, before weols terjah taj mahal is to fin a train tix to Jaipur on the evening..

time ni aku dah fobia dah nak bli2 tiket.. kang ada je usaha nak mnipu kang..
so aku soh viona tunggu kat main entrance and aku pi cari kaunter tiket while kak nuri n family straight away ke taj mahal.. dorang lepas tu akan terus back to delhi..

Keluar je kat main ntrance train station tu, as expected, kita akan di approach oleh ulat2 teksi pulak..
sembang2 nego harga, and aku terus tanya kat mana nak beli tiket utk ke Jaipur..
terus dia kata kat sebelah sana..

aku pulak dah macam overprotective takut kene tipu, terus tinggalkan driver taxi tu and pegi ke tempat yg dia kata untuk beli tiket tu.. usya2 dulu..

alhamdulillah, betul la situ memang tempat untuk beli tiket...

driver tu mai... "I dont lie to you. Im a muslim too" kata dia..
aku sedikit lega lah.. dia pun tolong aku and tunjuk kat aku mana tempat nak amik nombor giliran etc etc and isi borang utk beli tiket.. as usual, kaunter kat India ni akan main campak2 je kertas kita tu kat kita.. so aku pun apa lagi, tiap kali kat kaunter aku pun campak2 je kertas tu kat muka dia hahaahhaha puas hati aku.. well its their style!





sambil tunggu nombor giliran, aku pun sembang2 la ngn driver taxi tu..
macam2 info la aku korek since dia pun kelihatannya jujur..

then sampai giliran aku utk bayar tiket.. alamak waiting list jugak.. dalam 34 gitu..
aku pun tanya la driver tu dia rekemen tak utk aku beli tiket ni..

"usually less than 50, its ok u may get ur seat.. but if u afraid, i can bring u to Jaipur by car"

sempat lagi dia nak promote tu tapi aku berterima kasih lah kat dia sebab still bagi honest opinion.. bukan takmo gi sana naik kete dia, tapi mahal.. dalam inr3000.. train baru inr700!

so aku pun beli la tiket tu and tawakal je...
then lepas beli tu terus sambung nego harga with driver tu..
dia agree utk bawak weols ke taj mahal, agra fort, restoan muslim and some other few places for inr600.

for me, rasanya reasonable price la tuh kot ;)

then terus off we go with him..

Taj Mahal!!!!!!

err.. itu next episode la!

Episod 3 - Taj Mahal yang sangat indah!


Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

10 Comments Uols:

Ms.Lilies said...

gilerla style depa...
sib baik avin xikut time ni...

SyuQ said...

wah2 bestnya!

x sabar tunggu epsiod yg lain

[-suziey-] said...

umangaih..suspeng giler aku baca kisah korang..kalu aku mmg kena kelentong dh..kalu g travel negara org wajib membaca dptkan ilmu n culture dorang kan..haih sbb tu org xnk g india kot..adeiiii..

atty's said...

berdebar2 kty baca..

yang kelakar..bila nas pun main campak2 je..hahahhahahhaha..

prebetsabu said...

ms lilies - kekekekek tu la tapi mmg sebelum beli tiket lagi mmg weols tak cadang nak bawak avin pun ke india ni sbb dok dgr input org kan? but insyaallah will plan another trip to india jugak.. tak akan serik ke india.. kali ni nak bawak avin pulak since weols dah ada pengalaman sikit kat india ni so sng sikit nak manage ;)

syuq - saba syuq saba.. ni sementara mood aku rajin nak taip doku ni.. kang dah malas kang penantian suatu penyeksaan je la wakakak

prebetsabu said...

suziey - thats y dalam episod 1 tu aku kata aku sokong 100% statement - kalau kita leh backpack ke india, negara lain kacang je tu!

india ni memberi kita seribu satu rasa.. pahit manis masam kelat.. weh teruja weh.. masa kat sana mmg la kita rasa bengang je, but all those experience yg kita dapat masa backpack india tu wat kita rasa nak pegi lagi! adventure... and bila balik mesia, barulah kita rasa betapa beruntungnya kita jadi warga malaysia!

kalau rasa nak bercuti macam raja, takyah g india instead gi negara omputih haa situ tamadun dia tinggi sikit wakaka.. tapi kalau nak merasa pelbagai liku asam garam serba lengkap, mai india.. magnificent india!

prebetsabu said...

kty - kita kan dah diajar dari kecik, if nak bg bende kat org tu kene la polite.. tgn kanan n bagi sampai dia terima n senyum..

tapi kat sana.. pergghh 1st time kene baling2 camtu, terbeliak gak biji mata ni culture shock.. tapi bila dah tgk mmg style dia gitu, haa apa lagi kita pun main campak2 gak la kat muka dia.. ekekekekke

CathJ said...

Best baca pengalaman kalian.. lain kali aku tau lah apa nak buat kalau dtg india... kita buat dek' je... ye tak... hihihi..

my little kiosk said...

hi madamsue here...

sgt suka trip u all yg selamba...**but uall mmg best dah study sungguh2 ni** syok nya masviona jalan jalan dan jalan

jauh perjalanan luas pengalaman...i like..

madam sue

kemang~ said...

halo mv. hihi. sy silent reader blog ni wakaka.. sy akan ke delhi 12-19 march, tak phm bab nak booking tiket delhi - agra..camne nak booking eh? and how to tangkis all the mat2 india yg cuba nak menipu kat situ? takot kna tipu je hihi..

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!