Header

Tuesday, September 05, 2023

Apa itu Ruqyah

Bismillah. Assalamualaikum semua!

Sure korang pun pernah dengar terma perkataan yang dinamakan Ruqyah?

Ianya adalah suatu perkataan yang membawa makna pembacaan doa, serta ayat² Quran yg meminta pertolongan Allah.

Kata kunci sini: DOA, AYAT QURAN & PERTOLONGAN DARI ALLAH.

Kalau dalam BM, perkataannya adalah Jampi, tapi oleh kerana doktrin lama sejak turun temurun, jampi ni adalah amalan pendukunan, bomoh, maka rawatan islam lebih memilih untuk menggunakan terma Ruqyah.

Di dalam Ruqyah tiada puja memuja, yang ada hanyalah puji memuji, menyebut nama² Allah serta zikir.

Puja memuja n seru seruan ni walaupun dalam Bahasa Arab, bukan berlandaskan ajaran oerawatan yang di ajar Islam, di ajar Nabi serta sahabat dan para solihin.

Teknik Ruqyah biasanya bermula dengan doa taubat ampun dosa (istighfar), selawat, ibu Quran Al Fatihah dan kemudian diikuti oleh ayat² atau surah² terpilih yang padanya ada sejarah atau diceritakan dlm Quran tentang kisah² para Nabi yang mengalami situasi atau masalah yang sama yg dihadapi pesakit.

Dan diiringi juga dengan doa² yang diajar & diperturunkan dari sahabat serta para solihin. 

Selepas bacaan doa dan ayat Quran dibaca, hembusan nafas ditiup ke medium seperti air dan herba² lain.

Kenapa air jadi medium utama?

Banyak kisah dari Quran menyatakan tentang peri pentingnya kegunaan air ni dan betapa air menjadi kisah dan isu utama tentang kehidupan.

Nabi Ayub diubati dengan air yang keluar dari hentakan kakinya.

Nabi Ismail diberikan penemuan air Zam Zam sewaktu ibundanya sibuk berlari lari dari Safa ke Marwah mencari bantuan dan makanan.

Dan banyak kajian saintifik modern juga telah membuktikan kepentingan air dan bahawasanya air mempunyai molekul2 dan partikel halus yang boleh dipengaruhi oleh persekitaran dan juga oleh bacaan² dan bunyi sekeliling.

Rawatan Ruqyah yang patuh syariah adalah rawatan pembacaan doa & ayat khusus, bukan pemujaan dan seruan kepada makhluk lain. Jaga kat situ, ramai keliru.

Tiada perkara unik atau sakti sewaktu perawatan.. hanya ada hembusan, sapuan.

Dan sepertimana berdoa, semua pihak yang berdoa dan memohon doa perlu ada rasa yakin yang doanya akan dimakbulkan.

Perawat perlu yakin, dan pesakit juga mesti turut sama yakin.

Sewaktu perawat membacakan Ruqyah, pesakit diminta khusyu' dan fokus juga mendengarkan ayat2 doa dan Quran yang dibacakan oleh perawat.

Perawat akan membaca Ruqyah dengan suara yang sekurang²nya pasti dapat didengari oleh pesakit sendiri.

Dan kebiasaannya perawat juga akan memberitahu utk pesakit mengamalkan beberapa jenis ayat utk ruqyah diri sendiri, mendoakan n merawat diri sendiri selepas sesi rawatan, sebagai susulan.

Dan yang oenting, ianya adalah amalan ibadah yang pastinya mendapat pahala.

Allah jani, Quran adalah ubat dan Quran adalah menenangkan dan menyelesaikan masalah.

Kesembuhan milik Allah. Kita ikhtiar. 

Jika tak dapat sembuh, sekurang²nya kita dpt bantu pesakit mengurangkan kesakitan, dan setidak²nya kita dapat bantu menenangkan mereka utk hadapi ujian kesakitan.

Kerja mulia, insyaallah.

#RawatanIslam
#Darussyifa
#DS
#Journey

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!