Header

Tuesday, March 31, 2009

Baby....so cute!!!

Masviona busy nih.........tp still nak update gak coz takut nnti crite nih basi lak....ahaksss. So layan jer picca nih dulu ye.

Ni masih lagi berkisar tentang JB...kan masviona dah stori kat n3 before this kan yg dia sempat gi melawat kawan sebilik masa matrik dulu yg baru lepas bersalin kan. So ini ler dia orangnya....Maiza aka catlina n anaknya E'ein (alamak camne lak spelling nye.....betul lah tu kot).

Ok uols....uols layan dulu lah masviona pesan coz dia mmg bz sgt nih......hikss

(saje jer aku gatal² nak wat ayat gini....ala² pesanan gitu ler.....short memo....hiksss....kuang3x)










Sowi ler sgt....picca pun xde caption ok pastu berterabur tak sempat dah nak susun² nih.

Ok bye....daaaa...hikss


*err.. td prebetsabu bgtau, kat blog dia ada citer sikit gak pasal perjumpaan ngn catlina ni.. jom serbu prebetsabu-lens.blogspot!



MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Damia Meet Mirul....:)


Kesempatan yg ada semasa aku n prebetsabu turun JB ritu so aku tak lepaskan peluang lah untuk ketemu sesama member blogger nih. Even tak lama tapi jadilah kan if ada masa n rezeki lagi di hari yg akan dtg insyaallah. Janji hepi.......leh jupe ngan ahkak cutemiut.

Bukan aku jer yg hepi malah avin damia pun hepi dpt jumpe geng baru........mirul anak kpd cutemiut nih. Cutemiut nih lagi cun tau bila tgk depan²........kecik molek jer dia...slim jer. Owwhhh bila lah aku nak slim balik.....huhuhuhu.

Dedua anak kecil nih sememangnya lasak kan so bila jumpe geng tuh lagi lah bertambah kelasakkan masing²...ahakss. Aktif tak hengggat punya.



alahaiiii...sian pegang² lagi tuh u...aaauuww

damia masih blur masa awal² jupe tuh coz baru bangun tido mamai gitu



mirul ngan ayah nye.....cengeng gak mirul nih ngan ayah dia....anak ayah gak nih....hikss


haaa...nih picca mak² n anak² nye...hikss

Tepi jalan pun jadilah asalkan dpt bergambar gitu.....ahaksss. Actually plan weols bertukar so tempat kejadian hari tuh adalah di restoran KFC. Ok gak tuh coz weols time tuh lapar giler agaknya sbb penat menyopping di ayer hitam kot....hikss



MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Dinner Air Tgn MV...hikss

Aku xde hati sgt nih nak update blog nih mlm nih....banyak yg ingin di stori mori kan but aku terpaksa tolak tepi dulu.

Nih menu dinner weols sefamili tadi. Aku masak.....actually awal² tadi dah plan dah mlm nih nak settlekan wat schedule auto publish utk esok (hari nih lah tuh) tapi tetiba jer lepas jer abis dinner tadi aku tgk prebetsabu lain macam jer kan.

Dia demam daaaa.....so aku kena lebih fokus ke dia lah nih. Dia susah nk demam tp bila dh demam tuh mmg agak teruk gak ler.

So layan nih dulu occay...hiksss

3 ketul ikan kerapu goreng berempah....ckp ler utk weols kan...:)

sayur campur....with fishball n soohoon....

Rupanya damia suke giller ngan soohoon nih....baru kutahu.

sardine.....bibik yg masak

added menu...........papadom

Aku suka papadom nih...:)

apple hijau

Pembasuh mulut weols....burrpppp

Alhamdulillah kenyang dah. Syukur ya Allah ngan rezeki yg weols peroleh ini.


MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Rembatan Mv di Ayer Itam

Masa weols turun ke JB hari tuh sempat ler aku menyinggah ke Ayer Itam seketika. Kebetulan aku nak menziarah member sebilik masa di matrik dulu (Oh Mengabang telipot, Kuala Terengganu.....masih segar dlm memory ku...hikss)....dia baru jer menerima kehadiran baby pertama hampir 2 weeks ago....eeeiii cutenya baby dia...:).....tido jer kejenye....kecik lagi kan..tunggu lah dah besar sket nnti.

Dah kebetulan tepi jalan kan so aku pun menyinggah ler lagipun mmg aku dah lama mencari² pasu bunga pun. Ada bunga pemberian my lovely mama dah berkurun tersadai jer tepi dinding coz xde pasunya kan.

So ini ler dia antarabarang² yg sempat aku rembat n sempat pula aku snap piccanya. Yang lain² yg terlupa nak snap tuh malas lak aku nak gi snap kan piccanya....ahakss

aku beli nih wat² tambah kan......kaler sudah pastu kaler kegemaranku kan...hikss

salah satu nih dh ada kat my home sweet home now......i like!!!


kerepek murah² la kat sini...:)

dlm proses utk tawar² kan rege nih...:)





MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Monday, March 30, 2009

Welcoming Drink yg Bertukar Menjadi.........

Ngeh....ngeh..ngeh...

Let me continue the title above (ewahhh speakong london ahkak memalam nih...ahaksss). Welcoming drink yg dah bertukar menjadi Hi-Tea yg bukan lite² lagi tp yg berat² dah jadinya.

Ni semua masviona lah yg punya pasal (siapakah masviona itu????...miahahaha). Actually aku malas nak join dinner prebetsabu mlm tuh, jadinya aku pikir better ler aku makan sesiap kan so xdelah aku nak kebulur ke apa or nak kena makan sengsorang diri sambil dikacau oleh anak dara tuh dlm bilik nnti kan.

anak dara nih sebuk nak order sama

mcm org besar dah lagak dia tuh...geram jer rasanya

ada lah tuh yg tak kena kat dia tuh...(huhuhu luasnya mulut tuh syg)

menu weols lewat petang tuh

Welcoming drink nye hanya segelas mango tuh lenlain menu tuh adlh menu tambahan weols. Prebetsabu kena simpan ruang kat perut tuh coz mlm tuh dia ada dinner kan.



MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

QUICK POST: Suami Isteri

Alhamdulillah..

dah 5 tahun terbinanya Istana bahagia antara aku ngn viona...
seperti org lain, mmg rumahtangga sentiasa dilanda badai...
itu perkara biasa..

daripada kami berdua dulu kosong...
skrg alhamdulillah cukup pakai cukup makan..
moga hari2 mendatang menjanjikan limpahan rezeki lagi buat kami sekeluarga..


so dikesempatan ni, jom kita sama2 menyemai kembali sifat2 positif yg perlu ada pada setiap suami n isteri..

aku amik info ni from http://www.mail-archive.com/mencintai-islam@yahoogroups.com/msg01813.html

sgt2 informatif.. byk lagi bende yg perlu aku perbaiki!!


CIRI-CIRI, SIKAP, PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI

1.Sangat bertanggungjawab ke atas isteri, anak-anak serta

orang-orang yang di bawah jagaannya termasuk ibu bapa

yang sudah tua dan orang gaji sekiranya ada. Tanggung-

jawab dengan takutkan Tuhan adalah lazim melazimi.

Orang yang takutkan Tuhan sangat bertanggungjawab.

Orang yang benar-benar bertanggungjawab adalah kerana

takutkan Tuhan.

2. Memberi ilmu dan didikan agama kepada isteri dan anak-

anak.

3. Menyediakan nafkah lahir seperti makan minum, pakaian,

tempat tinggal dan kesihatan kepada isteri dan anak-anak.

Pemberian nafkah lahiriah ini tidak termasuk barang

mewah (luxury)yang tidak boleh dituntut atau dipaksakan

kepada suami terutamanya dalam keadaan tidak mampu.

Namun dalam nafkah yang asasi itu sekiranya suami cuai

boleh dituntut. Begitupun kalau ada tolak ansur adalah

lebih baik dan lebih utama.

4. Suami tidak berkasar terhadap isteri dan anak-anak. Selaku

ketua keluarga, suami lebih utama menonjolkan sikap

kasih sayang dan prihatin

. Kalau dalam sebuah institusi

kecil rumahtangga, ketua keluarga tidak memberi kasih

sayang, di mana pula anggota keluarga itu hendak menga-

du dan bersandar. Lebih-lebih lagi suami selaku pendidik,

pendidikan hanya berjaya dengan kasih sayang dan sabar.

5. Sekiranya isteri atau anak-anak membuat salah, hendaklah

diberi tunjuk ajar. Secara fitrahnya anak isteri tentulah tidak

suka berbuat salah. Kalau terjadi juga kenalah ayah atau

suami memberi tunjuk ajar kerana kemungkinan mereka

membuat salah itu kerana kecetekan ilmu, kurang bim-

bingan, terleka, terlupa, dorongan perasaan dan nafsu.

6. Suami hendaklah bertimbang rasa kepada isteri. Amat

jarang tetapi bukan tiada langsung di kalangan wanita

yang kuat jiwa dan akal, melainkan mereka lebih didorong

oleh perasaan. Sebab itu wanita amat mudah marah,

merungut, mendongkol, merajuk, membebel. Ini semua

adalah bentuk-bentuk luahan perasaan mereka. Lebih-

lebih lagi bagi isteri sepenuh masa yang menjalani rutin

kehidupan yang sama setiap hari. Situasi mereka itulah

yang memerlukan suami bertimbang rasa.

7. Ketika isteri kesedihan, suami hendaklah menghiburkan-

nya. Tumpang simpati memang disuruh, tetapi jangan tu-

rut terbawa-bawa dengan kesedihan isteri. Akibatnya akan

bertambah menjadi-jadi dan berpanjangan kesedihan isteri.

Kesedihan yang berpanjangan sedikit sebanyak boleh men-

jejaskan urusan rumahtangga. Suami perlu menghiburkan

isteri dengan berbagai cara, umpamanya bawa berjalan-

jalan, makan angin, ziarah kawan dan lain-lain.

8. Suami sentiasa memberi kerjasama terhadap isteri. Ertinya

dalam urusan rumahtangga, karier kerja, anak-anak, perlu

mendapat kerjasama yang baik dari suami. Jangan di-

bebankan sepenuhnya kepada isteri. Secara automatik ber-

lakulah perkongsian dalam kehidupan berumahtangga.

9. Suami tidak memandang kepada wanita lain. Memandang

di sini ada dua maksud iaitu memandang dengan mata

kasar secara lahiriah dan memandang dalam erti kata

memberi perhatian atau memberi perasaan terhadap

wanita lain. Di antara hikmah larangan ini ialah supaya

hati suami tertumpah kepada isterinya sahaja. Sekaligus

suami tidak membanding-bandingkan wajah isteri dan

perangai isteri sendiri dengan wanita lain. Isteri itu adalah

anugerah Tuhan yang sudah menjadi ketetapan semenjak

azali
lagi, terimalah seadanya.

10. Berbincang bersama. Sama ada dalam soal masalah atau

perancangan keluarga, elok dibincangkan bersama supaya

terjamin memperolehi penyelesaian yang tepat dan me-

muaskan. Setiap aspek difahami bersama supaya sama-

sama dapat menerimanya.

11.Kejahatan, kelemahan dan kesilapan isteri tidak didedah-

kan

kepada orang lain. Dalam kes hendak membuat

pengaduan sekalipun kena juga dibatasi, sekadar mema-

hamkan hakim atau orang tengah. Tidak sampai men-

cemarkan maruah isteri.

12. Sentiasa merendah diri kepada isteri, atau dengan istilah

lain sebagai tawadhuk. Merendah diri bukan bererti

meletakkan diri hingga boleh dihina oleh isteri. Tawadhuk

ertinya tidak ego, sombong dan merasa diri segala-galanya.

Perlu diingat, tiada manusia yang benar-benar sempurna

dalam segala hal. Sebab itu perlu tawadhuk kepada isteri

kerana dalam banyak aspek, seorang suami memerlukan

isteri dan banyak perkara suami tidak upaya berbuat dan

bersabar seperti yang dilakukan oleh isteri. Tawadhuk juga

bermaksud berlapang dada serta boleh bahkan bersedia

menerima teguran, nasihat dan ingatan dari isteri.

13. Suami perlu bertolak ansur dengan isteri. Suatu ketika

seorang rakyat Sayidina Umar hendak mengadu sesuatu

masalah tentang isterinya kepada Sayidina Umar. Ketika

berdiri di halaman rumah, dia terdengar kata-kata rungut-

an dari isteri Sayidina Umar sedang Sayidina Umar sendiri

hanya senyap berdiam diri.

Lantas rakyat itu pulang saja dan berkata seorang diri,

"Sedangkan Sayidina Umar se-

bagai khalifah pun isterinya merungut."

Keesokan hari, dia bertanya kepada Sayidina Umar mengapa

mendiam- kan diri sahaja. Sayidina Umar menjawab,

"Aku sangat bertimbang rasa kepada isteriku kerana dia berkhidmat

untuk aku, menjaga rumahtangga aku, menjaga makan

minum dan pakaian aku, dan dia menjaga anak-anak aku."

14. Suami sentiasa kasih kepada isteri

. Fitrah semula jadi

manusia lebih mudah mengasihi orang yang ada pertalian

dan orang yang berjasa. Contohnya ibu bapa mengasihi

anak-anak dan sebaliknya. Antara keduanya ada pertalian.

Pengikut lebih mudah mengasihi ketua atau pemimpin-

nya kerana pemimpin banyak berjasa, begitulah seba-

liknya. Suami dituntut supaya sentiasa mengasihi isteri

atas dua sebab tersebut sekaligus. Iaitu ada pertalian yang

Tuhan lakukan melalui pernikahan yang sah, serta atas

sebab jasa. Dalam hidup seorang suami, isteri adalah orang

yang amat berjasa. Jasa isteri itu mewajarkan seorang sua-

mi mengasihi isteri. Inilah satu bentuk mengenang jasa

seorang isteri.

15. Suami sentiasa belas kasihan terhadap isteri. Dalam ke-

hidupan wanita moden, mereka mendakwa ada segala-

galanya yang mereka perlukan. Bahkan apa sahaja yang

mereka mahu, mereka mampu memikirkannya. Namun

sebenarnya mereka tidak boleh menafikan fitrah semula

jadi iaitu mereka perlukan suami tempat berlindung, me-

ngadu, berkongsi perasaan, tampat merintih dan tempat

memperolehi dan menumpahkan kasih sayang. Ketiadaan

suami dalam hidup seorang wanita, kekosongan tetap

dirasainya terutama perasaan. Ini adalah fitrah semula jadi.

Menyedari dan memahami hakikat inilah maka suami

perlu sentiasa belas kasihan kepada isteri.

Mereka adalah golongan yang perlukan perlindungan,

maka lindungilah mereka dengan penuh belas kasihan.

16. Sebagai menyempurnakan wibawa sebagai suami maka

suami hendaklah mampu menjadi imam sembahyang

jemaah dalam keluarga. Dan perlu berkumpul bersama

dan sembahyang berjemaah bersama.

17. Biarpun peranan ini diletakkan sebagai yang terakhir,

namun inilah yang paling penting. Iaitu suami perlu

memperlihatkan dirinya orang yang sangat membesarkan

Tuhan, mengutamakan Tuhan, bercita-cita dan bermat-

lamatkan Tuhan

. Ini mestilah diperlihatkan di dalam setiap

aspek kehidupan. Jelas memperlihatkan dirinya hidup

bersama Tuhan.


CIRI-CIRI, SIKAP, PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

ISTERI

1. Bertanggungjawab dalam urusan dan bidang sebagai

seorang isteri terutamanya terhadap suami.

2. Keutamaan seorang isteri ialah melayan suami dengan

ikhlas atau murni kerana Allah semata-mata.

3. Mentaati suami selagi dalam perkara yang dibolehkan.

Hanya boleh ingkar dalam perkara-perkara maksiat dan

dosa.

4. Sentiasa merendah diri atau tawadhuk kepada suami.

Melalui bersikap tawadhuk, bimbingan, teguran dan tun-

juk ajar dapat berjalan lancar. Merendah diri juga agar tidak

berlaku satu kapal dua nakhoda. Maka akan harmonilah

kehidupan keluarga.

5. Isteri mesti sentiasa berusaha menghiburkan suami dalam

layanan, sikap, percakapan dan ketaatan
.

6. Sebaik-baiknya isteri menyambut kepulangan suami.

Dengan cara ini akan menyejukkan hati, menyenangkan

hati, menenangkan perasaan dan menambahkan kemes-

raan.

7. Isteri tidak menuntut sesuatu yang tidak termampu oleh

suami kecuali dalam hak yang asasi. Tuntutan yang mem-

bebankan suami boleh menganggu perasaan suami, boleh

mengeruhkan hubungan. Kalau keterlaluan mendesak,

suami boleh terjebak kepada perbuatan dosa.

8. Isteri sentiasa memberi kerjasama kepada suami dalam apa

aspek rumahtangga. Sikap suka membantah, ingkar dan

kurang memberi kerjasama mudah meretakkan hubungan,

boleh berlaku krisis dan membantutkan banyak peran-

cangan keluarga.

9. Mesti berusaha agar dapat bersembahyang jemaah ber-

sama suami. Dari situ nanti akan banyak memperoleh

rahmat dan berkat

dari Tuhan dan mengeratkan lagi hu-
bungan hati.

10. Isteri mesti menjaga maruah diri sama ada sewaktu di

rumah lebih-lebih lagi di luar rumah.

11.Keperluan suami dalam lingkungan rumahtangga hendak-

lah disediakan oleh isteri. Dalam beberapa hal dan aspek,

tidak pula dituntut sebagai wajib, namun di situlah ruang

dan peluang bagi seorang isteri mengumpul sebanyak-

banyak darjat taqwa di sisi Tuhan

. Seorang hamba itu ha-

nya dapat mendekatkan diri dengan Tuhan melalui saluran

yang bukan perkara fardhu atau wajib, melainkan dalam

perkara-perkara lain yang dibuat sebagai usaha mencari

bekalan taqwa.

12. Sedangkan lidah lagi tergigit, maka apabila timbul seba-

rang masalah, cuba dibawa kepada perbincangan bersama.

Elakkan dari retak dahulu baru hendak dibincangkan.

Kalau retak dahulu, bincang kemudian, keadaan begini

kurang berkesan untuk mengatasi masalah.

13.Berpuas hatilah di atas apa sahaja pemberian suami. Perlu

berkorban perasaan sekiranya kurang berpuas hati. Jangan

korbankan kepentingan kebahagiaan rumahtangga hanya

semata-mata mahu memenuhi perasaan sendiri.

14. Kesalahan suami hendaklah dilupakan. Anggaplah jasa

dan khidmat suami itu jauh lebih besar berbanding ke-

silapan yang dilakukan oleh suami. Lebih-lebih lagi lazim-

nya kesalahan suami itu berlaku sekali sekala. Kadang-

kadang bukan disengajakan atau hanya salah faham, atau

kerana menghadapi tekanan. Bila gagal melupakan ke-

salahan suami akan subur dendam kesumat yang boleh

mencetuskan huru hara dalam rumahtangga. Ini umpama

sumbu mercun yang gagal dipadamkan. Sumbu mercun

itu hanyalah sekadar keluar percikan bunga api. Bila tidak

dipadamkan, letupan mercun amat kuat bunyinya.

15. Memberi semangat kepada suami. Sesekali berlaku juga

lemah semangat

kepada suami, bukan lemah jiwa. Dalam

situasi demikian, maka isteri hendaklah bersikap seperti

Sayidatina Khadijah ketika Rasulullah SAW mula mene-

rima wahyu. Sayidatina Khadijah menyelimutkan Rasu-

lullah SAW dan memberi semangat serta perangsang

dengan tugas besar yang baru diterima oleh Rasulullah

SAW.

16. Ketika suami bercakap, tidak kira dalam apa topik dan

aspek, maka isteri perlu mendengar dengan teliti dan se-

penuh hati. Ini juga sebagai tanda hormat, memuliakan

suami serta tanda merendah diri kepada suami.

17. Cacat cela, kelemahan, aib, kejahatan suami tidak didedah-

kan kepada sesiapa pun, hatta kepada ibu bapa dan kawan

sendiri.

18. Isteri juga hendaklah berusaha membesar dan menguta-

makan Tuhan. Hendaklah sama-sama menjadi hamba yang

hidup bertuhan dalam apa jua aspek kehidupan.




jom kita baiki...!

MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Dear Blog...

eh u guys...

soory ek but nak bgtau, kitorng amat2 ada hal yg perlu disettlekan terlebih dahulu..

so Mv.com ni maybe akan lambat update..

saba ek..


MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Saturday, March 28, 2009

LIVE: kajang...

Alhamdulillah...
Now kitorang dh smpi ke home sweet home from johor...
Singgah lepak2 dinner sat kat restoran peberet kitorang area umh ni jgk..

Overall, trip kali ni suksesssss...
Meeting hal keje pun went well..
Meeting para bloggers pon went very well...

Kita tunggu CEO Mv.com, masviona cerita kat uolls nnti..
Lps mkn ni nk balik, bersih2 n tidoooo!

Esk ada plan lain lak:. Tp esk xg kot horse riding... Letih n xcukup masa pack ngn agenda lain...

*korang bergelap xmlm ni??

-Email sent via Nokia E71-

Friday, March 27, 2009

Selamat Smpai Sudah

Alhamdulillah petang tadi, weols selamat smpai di JB bila jarum jam mendekati ke pukul 6pm. Tadi aku n prebetsabu bergerak agak lewat sedikit kerana aku terpaksa keluar menyetelkan beberapa urusan terlebih dahulu pagi tuh termasuk beberapa urusan opis manakala prebetsabu pula ada sedikit discussion bersama² client di opis mereka.

Lepas setel segala urusan aku bergegas pula ke PJ Oldtown menghantar bibik ke rumah Wan Avin Damia. Weols tinggalkan bibik disana sementara weols bepergian kan.

Sampai saja dihotel, semasa prebetsabu sedang menyetelkan segala urusan utk check- in. Aku terpaksa mengekor avin damia ke hulu kehilir kerana dia sedang melakukan lawatan tapak di sekitar lobby hotel....ahakss.

Oleh kerana beberapa sebab tertentu weols juga tdk dpt menginap di mutiara hotel tetapi menginap di Hotel Selesa.....not bad gak lah hotel nih.

Jom layan karenah anak dara nih dulu lah ye


memain tali nih.........masuk keluar masuk keluar

see!!! gelagat dia...mulut ikut ckp no!!!no!!no!! bila aku halang dia....tp tangan tetap buat jugak.....muahahahaha

tgk dia...haiyaaaa!!! shame...shame lah damia ooooiii

tak sabar nak masuk bilik....ahakss

masuk² terus terkam telefon nih...saba jer lah

Yang paling aku tak tahan nak tergelak pastu dia siap wat ala² tgk rancak berborak kat phone tuh...kalakar giler ok...terbahak² aku gelak....hiksss.


MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

JB! JB!

Sorry guys n gals..

Arini lambat update....
Ihhihihi..

Sbbnya now we all dlm perjalanan ke JB...

Ptg ni smpi la.. Insyaallah...

-Email sent via Nokia E71-

Thursday, March 26, 2009

Dah nama pun manusia...


Manusia...

mmg tak akan pernah cukup ngn apa yg dia ada...
situlah nafsu memainkan peranan...

dalam tak sedar, sebenarnya sukar gak nak kawal nafsu...
kan? kan?

kejap2 nampak itu ini, terasa teringin lak..
huuhuh..
ituhari masa g Perak n Penang, dok usya je ngn kete Caldina...

hihiih..
tgk la aku ni.. kekadang tak sedar diri..
duit yg ada bukan la byk pun..
tp itu nak ini nak..
nak moto la nak kete lain la...
haiihhh.......

sabar2...
byk lagi bende yg kene pakai duit kan?
simpan2 la sikit...

asyik nak berbelanja je..
dah la skrg ni tgh gawat...

dan jugak manusia..
penuh dgn hasad dengki..
dan jugak bukan sng nak puaskan hati semua pihak..
politik and hal dalam pejabat kekadang amat merimaskan...!!!
bende yg remeh temeh kekadang jd isu besar..
kekadang tu rasa mcm buang masa je layankan bende2 yg mcm tu..
baik pikir camna nak majukan lagi kompeni...
camna nak kembangkan lagi biz...

sedaya mungkin, aku cuba wat yg terbaik..
tp tak semua bende dapat dikongsikan pada sume..
biarlah dorang nampak mcm seronok je dok dalam sini..
mcm enjoy je..
mcm takde keje je..
itu hak dorang sbb mata kasar dorang nampak camtu..
so dorang nak kutuk2 belakang, itu pun dah jadi adat la kot kan kat mana2 organisasi pun...
bukan aku tatau betapa dashyatnye kutukan n umpatan dorang...
mmm.. pelakon2 mmg ramai.. tp tak kesah lah as long sehingga saat ni, segala urusan masih lg dpt dikawal n biz run smooth...

dorang nak kutuk ke nak umpat ke, aku peratikan je la...
mcm2 gelaran...
mcm2 sindirian..
seronok je tgk dorang bersuke ria mengumpat...
maybe igt aku tak tau details..
tp korang silap..

aku pun tau ramai antara korang yg selalu baca blog ni..
so andai kata korang terguris or terasa pedasnya..
sendiri la mau igt..

cumanya teguran ikhlas dari aku..
ye, aku masih muda...
masih mentah...
dan ramai yg berasa aku tak layak duduk dalam ni...
tp itu yg korang rasa...
itu yg korang nampak...
tak perlu la nak tambah lagi setiap hari berbakul2 umpatan caci n gosip..
cukup tiap bulan korang dapat gaji, alhamdulillah...

so kalau bole...
kalau bole la..
cukupla sesi mengumpat..
cukupla sesi berpura2..
cukup la sesi mengeji..

jgn igt selama ni aku tatau..
aku diam tak semstinya aku buta n pekak...
kan ni zaman IT...

pls.. be professional...


tp...
dah nama pun manusia......................................




*haa.. amik ko aku dah merapu... hihiih.. layannnn.....


MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

KENANGAN TRAGIS: Malaysia Sepang F1 Grand Prix...


Tiap kali tibanya musim F1, kitorang mesti tersenyum....

sebabnya ada kenangan yg mencuit hati berlaku..
semuanya berlaku kira2 ketika musim F1 Sepang 2 tahun (ke 3 thn dah ek V, B tak igt sgt lak exactly) lalu...

Masa tu viona dapat tiket gold grand stand free...
xBoss dia bg..

so aku pun teruja la kan...

nak dijadikan cerita, time nak F1 tu, kete City terpaksa dimasukkan ke dalam bengkel...
time tu plak takde lagi Mr. triton tu...
so time tu kitorang pinjam motor kapcai kepunyaan Abah...

so dah takde transport la nak g ke Sepang..
harapkan kapcai SS 110cc yang dah berumur tu je la...

tp disebabkan perasaan melonjak2 nak g tgk F1, sanggup aku ajak jugak viona utk ke Sepang secara merempit guna kapcai SS uzur tuh..

mulanya mmg la takut gak sbb dah tau keuzuran moto tu...
semput...
takde pikap...
blok bocor...

tp perasaan deruman dan bauan tayar kete F1 yg hangit tu bebetul meruntum jiwa utk g jugak!

so kitorang pun bersiap sedia la..
dah ready ngn dressing shirt n jeans...
siap pakai key lagi ko!!!!!!
stylo la time tu.. hahahahaha
tak lupa gak bawak bekal dalam beg..

so seawal jam +-10am, aku pun start la motor panaskan enjin..
aku rem rem enjin moto tu, dgr dah pelik..
rasanya bocor antara penyambung batang ekzos and blok dah semakin teruk..
tp takpe.. tawakal....

so kitorang pun gerak la dari umah...
merempit..
tp aku perempit sopan...
dan viona pun pembonceng sopan..
takde nak duduk tertonggek2 sampai nampak lurah sini sana ok!!!

sampai je kat area Golf yang kawasan jalan berlubang skrg ni...
kawasan tu agak berbukit...
so aku drop gear..
wrreenngggggg wreennggg deruman enjin motor membelah kesunyian...

bebetul je nak sampai penghabisan bukit, aku dah rasa pendikit motor tu tak bg respon..
aku pulas...
dan terus pulas...
tp kosong..
tiada lagi deruman ganas dari enjin 2 lejang tu...
hanya bluuurrrpppppp... bluurrrppp.. wreng blurrrppp...

aduh....
aku pun terus stop tepi jalan..
maybe carburator overflow?
so aku rileks jap ngn viona kat tepi jalan tu bawah pokok... tunggu enjin sejuk sikit nak tgk camna..
enjin panas2 tangan aku tak sanggup nak godek enjin.. kang melecur..

bila enjin dah ok sejuk, godek sini godek sana..
tgk sparkplug.. ok bersih..
tgk area carburator... ok takde leak...
tgk kat penyambung blok ngn ekzos..
haaaaaaaa.... kau!!!!

rupanya penyambung tu dah semakin dan semakin berlubang!!!
so angin masuk dari lobang tu menyebabkan tiada compression di dalam enjin yg menyebabkan pembakaran tidak sempurna..
sekaligus menyebabkan tiadanya kuasa penggerak dari enjin tersebut...
ceewah.. ayat!!!

hampa..
keciwa..
rasa nak nangis pun ada...
tgk muka viona..
viona pun tgk muka aku..

masing2 dah mengerti yg hajat utk ke sepang tidak mungkin kesampaian......

pasrah...

hahaha..

so enjin dah takleh start..
alamatnya kene menolak la motor tu...
perrgghh seksa!!!
lokasi kejadian jaraknya lebih kurang 3km dari umah!!
tambah plak ngn jam yg sedang menunjukkan 11+am..
matahari tegak!!!!

pelan2 aku sorong moto..
viona mengekori aku dari belakang...
masing2 dah peluh sebaldi..
habis ilang minyak rambut aku..
habis ilang bedak viona..
ilang gak lipstik..
ilang gak bau2 wangi...
key yang dipakai td akhirnya dijadikn tuala lap peluh!!!!!

huhuhu.. sedihnya..
separuh jalan,tgk viona dah tak larat..
so aku pun terus la kol jiran sebelah umah kitorang nak mintak tolong tumpangkan viona balik ke umah..
isau gak aku kot2 kang sbb terlalu panas kang pitam lak dia...

so jiran pun sampai..
naiklah viona dalam kete jiran tu menuju balik ke umah..
huhuhu tp azab aku belom selesai..
motor td masih harus ku seret...
dah la area umah ni jalannya naik bukit utk sampai ke umah kitorang tu..

waaa.. patah pinggang!!!
pelan2 sorong.. akhirnya sampai gak..
aku rasa total time aku sorong motor tu tgh panas tegak tu ada la dalam 1jam kot..
hahaha 1 jam utk perjalanan 3km...

itulah dia pengalaman utk menonton F1!!!!
tiap kali kami kenangkan kenangan ni, sure kami akan tegelak..
berkobar2 bersiap nak ke sepang..
kitorang ada snap gamba masa nak bertolak tu..
layankan.................


viona posing sebelum nak gerak... ceria kan? entah napa aritu tema ktiorang kaler oren plak.. huuuhuhh..

heeppp.. jgn gelak.. !!! tgk la muka aku terpancar cahaya berkobar2 nak g tgk F1.. ni pon pose sebelum gerak.. siap key. siap pouch beg.. ahahhaha


haa hambik ko.. serabai!!! ni masa dah tak larat, so aku kol jiran sebelah umah nak mintak dia tolong fetch viona sampai umah... see.. cuaca masa tu amatlah terik.. nak buka mata pun silau!! key aku dah jd pengelap peluh.. hahahah

tiada lagi keceriaan di raut wajah viona tatkala menunggu ketibaan jiran.. sedih sayu n kecewa je kan muka viona.. ihihiiihh.. muka letih pun iye gak!




so tahun ni punya F1 bakal menjelma 3-5 April nih..
korang g tak?
ada tiket lebih?
pass la kat aku barang sekeping dua..
hihihihihi teringinnnnn sgt nak gi!!!

hahahahahahaha...


*setinggi2 penghargaan buat Puan Aza Jiran Sebelah sbb sudi meluangkan masa membantu kami ketika itu.. hiks!

MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Wednesday, March 25, 2009

Kopi candu R&R gunung semanggol... Perghhhh..

Rasanya dulu kitorang pernah wat review psl kopi candu kat R&R gunugn semanggol arah selatan...

Huhuhu bkn sbb kedai ni kedai abg sulung viona.. Tp mmg sbb kauuukauuu kopi candu dia...

Dah byk kali masuk paper kot..huhuhu..

K pd uolls yg ada lalu sini time nk balik kl dr utara, leh singgah...

Kedai nombor 5, Ria Cafe..

Huhuuh korang sebut je nama mas..kot2 leh dpt diskaun!

Hihihihi....

-Email sent via Nokia E71-

Debu² kotaraya

Pagi tadi....pagi tak pagi sgt lah dlm kol 11am gak ler aku kuar dari opis tadi ke tgh² bandaraya kuala lumpur atas urusan kerja.

Urusan yg agak penting jugak ler......bukan agak penting mmg penting lah pun...hehehe. Pastu settle semua urusan cadang nak terus balik opis jer tapi otw nak ke krete tuh aku park krete tepi jalan pun coz kat sana mmg xde parking pun kan....mmg tepi jalan besar so peluang utk dpt parking tuh agak keberatan sket.

Tangan dah nak tekan button unlock dah tadi sekali hidung terbau lak harum masakan dari makcik kat gerai kat tempat aku park tuh terus aku batalkan niat untuk balas opis terus menjamu perut kat gerai tuh dulu memandangkan dah dekat ngan time luch hour dah kan.

So nih ler menu aku tghari tadi

nasik, sotong seekor, ikan keli n sayur campur tak lupa air teh o ais limau



meja aku mkn...sgt hampir ngan jalan besar kan

Aku layan makan sengsorang sambil dok melayan perhati kreta yg dok hulu hilir dok melintas lalu depan meja aku makan tuh......feel lak rasanya. Agaknya feel tuh dtg sbb aku makan nasik serta menghirup air bersama² debu² kotaraya KL agaknya kot....itu yg layan baeeekkk punye tuh...ahakss.



See!!! sgt dekat kan

Triton yg diparking terlalu hampir ngan gerai makcik nih membuatkan kaki ku seakan² ditarik kesini ditambah pulak dgn perutku yg dah lama berhip hop kerana pagi tadi aku tdk sempat brekfes...dirumah aku hanya sempat minum secawan air teh panas yg disediakan oleh bibik.




Author's note : So buat chunk n nas sila salahkan triton itu yg parking terlalu hmpr ngan gerai tuh yg menyebabkan ahkak tdk dpt makan bersama² kamu...hiksss.




MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Mengidam Mau ketemu sama bro Ps

Oleh kerana ramai sgt yg menge "buzz" dan mengemel serta meng "sms" maka saya mls lagi nak berahsia yg saya akan menginap di Hotel Mutiara hujung minggu ini.

Jadinya if saya tak sempat ke tempat anda meh la kita sesama berkg di sana ajer ye. Oh ya ada yg mengidam sgt mau melihat avin damia face to face kan.....insyaallah ada rezki kita nanti...hikssss.

Juga ada yg mahu sgt berjumpe ngan prebetsabu tp tak mahu criter psl dia kuar blog hijau aku nih. Katanya dia low profile segan nak kuar muka kat Mv.com...alahai gitu plak.....layan jerla. Nasib bukan femfuan yg mengidam nak jupe ngan bro Ps tu...hehehe.


MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

LIVE: @Parit Buntar

Alhamdulillah... Kenyang..
Kitorang baruu je siap mkn ni...
Sesambil layan client borak2, aku curik la masa update skit... Nk bgtau perkembangan aku kat viona...

Huhuhuh.. Nak join dorang borak,sekali dorang borak2 bahasa dorang la... So aku tak paham..
Baik update blog sementara tunggu dorang dok diskas sesama dorang..

Insyaallah...
Perbincangan went ok..
Dorang setuju ngn harga n puas hati with our system.
Bertambah lg list client utk current projek ni... Kali ni meneroka area perak lak...

Alhamdulillah..

*lps ni kene blaja bhs cina la sng skit!

-Email sent via Nokia E71-

JB...Tunggu Daku

Untuk makluman semua saya akan berada di sekitar johor bahru pada hujung minggu ini. Untuk kawan² blogger yg mahu berjanji temu sama saya.........yokkkkk....ahakss.

Ohhh JB nantikan kedatanganku.........:) Insyaallah jika tiada aral saya akan melawat seorang kawan semasa di matrik dulu bersama² anak kecilnya.....insyaallah.




-Sent via Nokia E66-

Amaran Keras!!!!!

amaran!!!! sila klik n besarkan picca ini (haaaa tak buat dose....ahakss)


Sila baca ngan penuh perhatian n ketelitian.....BOYS NOT ALLOWED!!!!!!!! OK...hiksss...bukannya kat blog hijau aku nih tapinya...sila jgn takut ye!!!

Ok² skrang silalah uols sume cool n chill balik...ahaksss. Actually itu hanyalah amaran daripada seorang budak yg berumur eh sat aku nak conggak jap.... darjah dua umur berapa eh??? haa umur 8 thn.

Kelakar pun ada.....nak tergelak pun ada....bangga pun ada....heehe. Anak dara tuh adalah anak buah weols. Anak kepada kakak prebetsabu. Sgt cerdik n bijak ok.

Nak tengok muka dia.....oklah aku tepek kat sini sat

picca nih prebetsabu snap masa birthday dia january lepas.....

Besday sama bulan ngan aku lak (ke org lahir bulan 1 nih mmg bijak² ek????ahakss). Nak tgk muka dia ngan lebih banyak sila klik sini.




MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Off to Parit Buntar & Penang!!

Atas desakan kerja, aku terpaksa tinggalkan viona n damia..
kene g parit buntar n penang...

uhuhuh bukan lama pun..
balik ari je pun hahahhahaa...

k...

cau...

*viona, kita jumpe lewat tgh malam nnti ye.. muuuaaahhh!!!

MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Tuesday, March 24, 2009

Sowi Sgggggtttt....

aku suka picca nih so aku tepek kat sini lagi skali....utk tenangkan n rilekskan ahati sendrik...kasi hepy² gitu


Hehehee....aku sedar n tau ada org yg sedang menggelakkan aku bila terbaca tajuk n3 kali nih (utk yg berkenaan...silalah gelak...hiksss..ahkak tak heran pun....ahaksss)

Actually just short n3 dr aku sowi ssgtttt sbb hari nih tak update n3 pun....sume n3 hari nih kaler oren maknanya prebetsabu yg tulis n aku gak tak sempat nak blogwalking ke blog uols sume.....sowi bangget dehhh. (alamak 2-3 n3 lately aku asyik berbicara indon jer....ahakss)

Sebab apa????ada urusan lain yg lebih penting drp blog n lagi satu aku pun semalam malas lak nak schedulu awal² wat entry autopublish....entah ler mood aku semalam mcm buring sgt lah nak layan blog...baik aku golek² landing² atas tilam empuk dibilikku melayan avin damia lagi syokkkkkk.

Prebetsabu lak mmg pantang.....xleh tgk bila aku dok golek² nak² lak atas tilam tambah lak ngan anak dara tuh kan...dia pun nak join setilam lah...ahaksss.....so tuh yg xde new n3 drp aku tuh....nasib baik ler CTO Mv.com nih baik hati tulung updatekan...hehehe...tenkiu sayang.

Aku serius ckp ler if kat opis nih jarang sket nak update new n3...maklum sajerlah kat opis kan. Lagipun kat opis aku nih pun banyak gak LALAT² nye...hiksss. Apa uols ingt kat blog jer ke ada LALAT.....hehehe.

If dok mikir psl lalat n yg sewaktu dgnnya nih susah....wat sakit hati jer baik lah wat donno jer....kan...banyak² bersabar jela.

Oklah tadi kan udah dibilang short n3 ajer deh...so guwe akhirin ajer ya n3 nih....ya udah.....daaaaa.....heheheh




MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Dah beli dah.........

hihiihih..

ituhari kan kitorang ada mengidam nak beli walkie talkie kan...
ni n3 tu.. Sedang Mengidam

jeng jeng jeng...

dah termakbul dah...

hhihiihihih..

best best...

akhirnya rembat gak satu set wt..
kenwood...
katanya leh sampai 5km...
leh scan freq from 400mhz - 470mhz.. so leh ngam ngn model2 lain..
cuma kene tune sikit carik freq model2 lain tu..
output 2.5w.. ok la tu kuat gak..

antara model yg dah di shortlist ialah motorola gp318 n kenwood ni...
motorola tu mahal sgt la plak....
mahal tp takleh scan freq.. so mati kat freq tu je..
macam tak best je kan.. takleh communicate ngn unit lain yg lain freq..
so usya la walkie talkie kenwood ni....

tp syg.. sume wt yg output tinggi, takde design funky2..
sume kaler itam je..
yang ada design kaler2, sume output rendah, sekaligus menyebabkan reception range yg kurang..
paling kuat pon 1-2km open area.. so klu area bangunan, mau cecah 400-500m je kot..
lgpon, yg kenwood ni pakai band uhf.. so gelombang dia leh travel straight line n jugak vertical line.. so masalah coverange if sorang dok tingkat 3, sorang dok basement, dapat dikurangkan...

yeehaa..

Bola-bola 1 kepada bola-bola 2, masuk!!

memula kitorang usya kat area Digital mall PJ nih.. but yg ada just model motorola je.. tak byk pilihan... yg lain sume mahal2 rm600++

viona merangkap Menteri Kewangan sedang melakukan lawatan tapak di Digital mall PJ... Kementerian tak lulus utk beli yg mahal2....

lantas kami menerjah ke e-mart.. sini banyaaaaakkk pilihan ada.....

keberangkatan tiba Menteri kewangan.. sblm ni menteri ni tunggu dalam kete je sbb damia tido.. so aku g riki setiap kedai sini sampai jumpe kedai yg bg best price.. pastu dah dpt best price, aku kol menteri ni mintak approval.. so datang la dia melawat kawasan.. hihiih

ni la dia walkie talkie kenwood yang telah dibeli.. kecik dari motorola.. sng nak bwk... button2 tu sume utk inputkan freq.. senang!


MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Smile = mile

Mari belajar menyebut "Smile" ala Avin Damia...
Sebut btul2...

Smile = miiiile (maaaaiiill)


huhuuhuh...
agaknye sebab dia selalu tgk bonda n walid dia dok acukan kamera..
pantang nampak kamera skrg ni..
nampak je org pegang kamera, terus cakap "miiileeeeee"

huhuhu..
best best..
tak takut kamera..
baik kamera henpon, sampai la ke dslr
hhiihih...

ni la dia senyuman standard bila nampak org acukan kamera kat dia.. miiileeeee....

MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

B adalah panggilan daripada Bonda untuk Walid ye...

Kehadapan Anakandaku, Avin Nurdamia Alhamra

Tiada apa yang lebih mengembirakan hati kami sebagai ibu dan bapa selain daripada melihat anakanda sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat dan gembira sentiasa.

Kami juga menyedari, sedari umur akananda Damia 1 tahun 2 bulan, anakanda sudah mula menunjukkan tanda-tanda yang anakanda di dalam proses pembelajaran untuk bercakap.

Antara perkataan-perkataan terawal yang keluar daripada mulut anakanda ialah "baby", "cantik", "wahh", "nak", "kakak", "smile" dan "milk".
Anakanda petah menyebut perkataan-perkataan tersebut walaupun lidah anakanda masih pelat, namun tetap kami dapat menangkap butiran sebutan perkataan tersebut dari mulut mungil anakanda itu.

Tatkala tika ini, anakanda di dalam proses untuk meniru segala sebutan yang sering anakanda dengari. Baik yang didengar menerusi percakapan harian, mahupun yang didengar menerusi televisyen dan radio.

Kami memang sangat teruja dengan perkembangan terbaru dari anakanda ini. Kadangkala membuat kami terfikir betapa hebatnya kuasa Allah yang menciptakan akal pada manusia, yang membolehkan proses pembelajaran dan penilaian.

Akan tetapi, duhai anakanda Damia yang tercinta...
panggilan "B" yang sering diucapkan oleh Bondamu terhadap Walid adalah panggilan yang telah dikhaskan untuk Walid oleh Bonda sejak lebih 5 tahun yang lalu. ianya merupakan panggilan yang memberikan erti yang mendalam. Panggilan dari seorang isteri terhadap seorang suami, yang membawa 1001 makna.

Mungkin kerana dikau selalu terdengar ucapan "B"dan "V" yang keluar dari mulut kami berdua, maka kamu dengan sendirinya telah belajar dan tersemat di dalam ingatan untuk memanggil Walidmu ini dengan panggilan yang sama digunakan oleh Bondamu jua.

Tidaklah terdetik perasaan marah di hati Walid dan Bondamu ini tatkala perkataan "B" terpacul dari mulutmu ketika dikau cuba memanggil daku. Panggilan "B" yang terucap oleh bibir mulutmu itu seakan menyentuh perasaan, namun ketahuilah oleh mu duhai Avin Damia, perkataan "B" telah dikhaskan hanyalah untuk Bondamu terhadap Walid.

Adalah menjadi harapan kami berdua agar anakanda Damia segera dapat membezakan panggilan khusus untuk Walid dan Bonda.

Di hati kecil kami sebenarnya berasa kagum dan teruja tatkala dikau menyapa Walidmu ini dengan perkataan "B" sambil tanganmu menepuk-nepuk bahu Walidmu ini untuk mendapatkan perhatian. Namun ketahuilah olehmu bahawa panggilan yang sesuai untukmu kepada Walidmu ini ialah "Walid" dan bondamu ialah "Bonda".

Kami mendoakan semoga keinginan dan kepantasan dikau untuk mempelajari sesuatu yang baru itu akan kekal dan semakin menebal di dalam diri. "Tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina"

Kami sayangkan Damia dengan sepenuh jiwa dan raga!

Ikhlas,
Walid & Bonda

MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Ditelan bumi!!!! Jerlus....!!!

hihihi bukan khalid jamlus ok...
jerlus...

kan aritu aku ada warning kpd saudara mara n kawan2 yg nak mai umah jgn lalu shortcut ikut golf tu kan..
ni ha n3 aritu Tak suke.. tak sukaaa.. lobang2 jalan..

haa.. ni aku nak tambah ke-scary-an laluan tersebut..

baru2 ni... tanah situ semakin lembik..
sehinggakan dia menelan sebuah lori!!!
perrgghhh bahaya weh...

yg lori tu pun 1 hal gak..
bwk muatan byk sgt.. pastu lalu lak kat bhgn yg mmg nyata nampak lembik..
haaa.. hambik ko habis tenggelam lori ko dimakan bumi..
huuhuh..

so utk kekawan n utk diri aku sendiri, hati2 jika lalu kwsn shortcut Kajang Golf Hill yee..


ni la dia mangsa kejadian.. sebuah lori yg tenggelam tayar depan n belakang.. tayar blkg dah tenggelam habis..

MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!