Header

Wednesday, June 19, 2019

Globophobia and how to Overcome that phobia?

Phobia dengan Belon??
Phobia belon?
Balloon phobia?
Biasa jumpa tak orang yang takut dengan belon?
Atau biasanya orang cakap fobia dengan belon lah. Nak kata takut tu macam melampau lah pulak. Belon je pun, bukannya hantu nak takut-takut kan.
Tapi like seriously?
Yes memang betul dan benar belaka. Mungkin sesetengah orang akan jadikan isu ini sebgai bahan lawak jenaka je. Yelah sebab belon je pun tapi globophobia memang wujud dan ia juga salah satu penyakit.
The fear of balloons phobia ni memang wujud uols. Dalam Bahasa rasminya kita paggil globophobia.
Kenapa globo? Kata belon kan?
Sebenarnya globo tu adalah belon dalam Bahasa Yunani (Greek) dan phobia tu kita memang boleh buat direct translation lah kan fobia dan fobia nih kalau kita terjemahkan kedalam Bahasa Melayu asalnya pula adalah satu perasaan takut atau ketakutan yang mendalam terhadap sesuatu perkara atau benda.
Kalau dalam kes globophobia nih maknanya seseorang itu mengalami masalah menderita akibat daripada perasaan takut yang keterlaluan terhadap belon tadi. Takut tu samada daripada segi pemikiran, penglihatan, sentuhan dan juga bauan.
Globophobia?
 Pemikiran- belon melintas dalam fikiran pun dah kecut perut dah
 Penglihatan- kalau dah terfikir pun dah kecut apatah lagi kalau tertengok belon pun dah rasa seriau miau terus lah satu badan
 Sentuhan- terpegang belon boleh macam terpegang ular dia punya ketakutan tu tak boleh nak diucap dengan kata-kata lagi dah. Tak boleh dibawa bincang bak kata orang sekarang
 Bau- kalau dah setuh tak boleh usahkan nak dicium-cium diambil bau kan. Datang dekat pun takut
Haaaa gitulah seksanya tahap globophobia nih. Kesian pun ye jugak kan. Yelah kita kan bila tengok je belon perasaan yang muram durja pun boleh bertukar menjadi ceria kalah kanak-kanak ribena gitu kan. Rasa happy bagaikan nak melompat bintang kan tapi tidak bagi pesakit globophobia nih.
Sebenarnya factor dan penyebab kepada penyakit globophobia nih adalah tidak dapat dijelaskan dengan tepat sebenarnya sebab ia boleh disebabkan oleh macam-macam perkara bergantung juga kepada diri seseorang pesakit tu sendiri.
Contoh penyebab boleh jadi ia disebabkan ketakutan disebabkan bunyi bila terdengar belon tu pecah dan pelbagai sebab yang lain juga. Ada yang sedar dari awal mereka ada globophobia ini dan mungkin ada orang dia tak sedar pun dia ada penyakit nih. Ada juga sesetengah individu yang ada yang terkena penyakit nih sebab masa kecil pernah kena letupan belon betul2 atas muka ke then perasaan takut tu dah terbawa-bawa sehingga dia dewasa.
How To Overcome globophobia?
Ok tadi kita dah tau apakah itu yang dinamakan dengan globophobia dan macam mana ia boleh terjadi kan. Now mari kita tengok macam mana pula cara-cara untuk kita mengatasi masalah sakit ini?
Cara nak atasi masalah ketakutan dengan belon nih adalah tak a da cara lain yang lebih berkesan selain daripada kita memberikan lebih banyak exposure diri pesakit tu dengan belon. Macam pelik bunyinya dah orang tu takut lagi kita nak mendekatkan dirinya dengan belon. Memang tiada cara lain. Alah bak macam kata orang-orang tua dulu tak kenal maka tak cinta.
Samalah tekniknya nih. Lagi tak suka lagi kita kenal-kenalkan, lagi kita rapat-rapatkan gitu. Ha gitewwww
Ye lah belon ini dah memang semua maklum kan yang benda biasa-biasa je pun dan merbahaya langsung pun so kalau dekat-dekat pun tak ada masalah. Jadi mungkin peringkat permulaan untuk memberikan exposure tu kita mulakan dengan dengan teknik memberikan pesakit globophobia nih tengok selalu gambar-gambar yang ada belon cantic-cantik dulu.
Dah lama sikit kita start kasi mereka mula pegang dan sentuh belon pula. Kita start dengan tak masih tak bertiup dulu (non inflated) so risiko untuk mengejutkan mereka dengan letupan tu sifar kan. Bagi diorang biasa dulu….sentuh, pegang dan rasa-rasa. Kalau nak ramas-ramas pun tak a da masalahlah janji kita berjaya wujudkan chemistry diantra pesakit dengan belon tu dulu dan bila dah ada chemistry orang kata barulah lama-lama nanti akan wujudnya rasa selesa. Ini yang kita nak sebab dari rasa comfortable inilah mereka secara tida sedar akan dapat overcome rasa powerless diorang dengan fear tadi tuh. Bila mereka dah hilang rasa powerless tu hilang sikit demi sedikit nanti barulah diorang akan dapat atasi rasa ketakutan tu tadi.
Ini salah satu cara lah tapi kalau bagi sesiapa yang ada budget lebih boleh je mereka terus membawa pesakit berjumpa dengan therapists dulu sebab of course lah kalau kita ikuti langkah yang betul dengan cara berjumpa yang pakar dulu diorang lebih pandai nak tackle masalah nih.
Maybe dengan cara-cara bercakap dengan terapi pun dah boleh hilangkan rasa tu lepas tu next step tu akan jadi bertambah mudah lah kan.
Oklah dah panjang sangat dah nih, semoga kita semua mendapat manafaat. In sha Allah!
Sumber Gambar- credit to Google

No photo description available.
Fear of balloons


Image may contain: 1 person
Tengok belon pun terbeliak mata sebab takut

Image may contain: 1 person, smiling
Balloon lover? Mungkin tidak nih. Obviously not a #globophobia type of person

#BalloonEducation
#Masviona
-#PencintaBelon dan sudah pasti bukan #Globophobia tapi kalau sesekali belon terpecah tu menjerit manja juga opocotttttt gitew hehe



Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!