Header

Saturday, April 30, 2011

LIVE: Namaste sahabat!

Assalam semua! Namaste!

Alhamdulillah weols dah selamat sampai tanah Mahatma Ghandi tepat jam 815pm waktu tempatan (1145pm mesia).

Tercapai jugak cita-cita nak tgk India! Alhamdulillah!

1st impression, walau baru beberapa jam ada di sini, weols amat rasa beruntung sbb kita semua lahir di Malaysia.. Teruk rupanya India ni..

Putar belit nombor satu hahaha.. Sib baik sblm dtg sudah research serba sikit, dpt la agak jenis putar belit sini.. Td dh nk terkene tipu dah teksi saje je bg kurang duit baki..

Eh mana leh citer semua! Nnti dokumentari la kita cerita.. Insyaallah pengembaraan ni tentu seronok!

Esok pagi naik train ke agra..

TAJ MAHAL, tunggu weols!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, April 28, 2011

Dokumentari Phuket - Part 6 : Journey to Krabi - Maya Bay

 Assalaaamualaikum!!!
Maap maap maap! tetiba rasa macam Nabil plak!

Sooo sorry la weh kengkawan semua... ! dan juga sorry pada diri sendiri sebab lewat plak nak sambung cerita kenangan cuti di Phuket! ngeee.. ni pun gigih nak update sebab lepas ni insyaallah kita kasik perabih dokumentari phuket ni and kita sambung Dokumentari Cinta Di India! ngeeeee ngeee ngeeeeeeeeeeeeeeee

Tak kesah la since dah private ni ramai ke sikit ke takde orang ke yg nak baca, weols conteng jugak dalam blog ni.. bila pikir-pikir balikm waahh.. sangat banyak la kenangan yang sempat weols conteng dalam blog ni kan? Sejak dari 2004 masa tu baru baru kawen.. bila baca balik kenangan tahun2 silam, betapa susahnya kita, betapa banyaknya kenangan pahit dan manis, kita tersenyum pulak... daripada duduk menyewa, now dah bermastatutin tetap umah sendiri, daripada Iswara now dah Accord, daripada berdua, now dah bertiga.. tak sabar rasanya nak tambah berempat pulak.. heepp jgn pikir lain.. aku cakap pasal anak tau!

Jom jom jgn merepek kerepek kentang lagi..
ok, lepas dah spen masa berenang2 ngn ikan, sampai Avin takmo balik tu... kita naik semula ke boat besar...


Naik je bot terus bilas badan..
kat buritan kapal ni ada shower fresh water.. so takde la kang melekit2 air masin..


haaa..
ngam ngam lepas dari khai island tu, memang dah masa untuk lunch!

perut sudah berkeroncong, tadi sebok bagi makan ikan now kita bagi makan perut sendiri..
Diorang jamin makanan ni mmg halal.

Perjalanan dari Khai Island menuju ke Maya Bay ni mengambil masa kira2 sejam jugak!
Sempat lah jugak weols lelapkan mata.. especially anak dara weols tu la..
bebudak kan? sure ada evening nap bagai kan?
so lepas makan terus weols paksa Avin sleep sebab kang takut dia moody sebab penat + sleepy lak kat tempat2 lain ni karang.. haaa

Selepas lebih kurang sejam perjalanan, maka sampailah weols ke Maya Bay.
Kat sini dia bagi 2 pilihan jugak.. either utk snorkel or mandi pantai..
kalau nak snorkel kali ni dia bagi snorkel kat tengah2 laut, kat area boat dia parking tu
dalam airnya and rasanya ada la kot terumbu karang nak ditengok... ntah la weols tak gi pun utk snorkeling ni.


touchdown je kat beach ni, Avin terus nak terpa dalam laut nak mandi terus.. adoiyaii la dia ni over sikit hahahaha


ekekekekke matik la aku if viona tau aku publish gamba ni muahahhhhhhhhhhhahhaaahaahahahaha

ini bukan dia sedang senamrobik, tetapi cubaan dia untuk cari angle n composition yg cun untuk snap gamba anak dara dia tu kiki


So inilah dia Maya Bay yang pernah digunakan untuk penggambaran cerita The Beach..
tour tu kata, dalam citer the beach tu ada banyak pokok kelapa..
tapi realitynya pantai ni takde la pokok kelapa pun..
masa shooting tu dorang angkut pokok kelapa tu from phuket..

kesahnyaaaaaa




weols suka tengok pantai ni sebab dia macam dilindungi oleh bukit tu.. kiranya nak masuk bay ni kene lalu celah bukit tu la..
ekekke dah namanya pun bay.


avin hai avin..
berlari sana sini dia..
sebelu weols bagi dia terjah air laut tu, weols cakap la kat dia weols nak jenjalan pantai ni dulu..
terus dia pun "okeeyy..."
zzuuusssss lari sana.. zaaaaaassss lari sini...


tak dapat menahan gelora panggilan air laut gamaknya si Avin ni..
kejap-kejap kang dia pi hala ke ombak tu..

"Avin nak basuh kaki naaaaaa"

ceh alasan.. cakap je la nak main air!!!


sian tengok avin nampak sgt tak sabar nak terjah air tu, kita bawak la dia "basuh kaki"
ok dah basuh jom jalan lagi...


eh eh.. semakin lama dia tarik bonda dia semakin dalam pulak..
cehhh kata nak basuh kaki..
akal!


tetiba siap nak duduk dalam air...
ni dah nak basuh badan la ni ye!



hahahahha last last, ngan bonda pun terjebak je..
asalnya alasan avin nak basuh kaki... last last dapat gak dia mandi lagi!!


ok naik dulu..
sebab kawasan yg bonda n avin "basuh kaki" ni bukan designated untuk madi tapi ni kawasan bot2 berlabuh.. agak bahaya la..
dia ada sediakan kawasan mandi ke tepi sana.... jom g sana je lah mandi and "basuh kaki"


ehhehe.. tengok kulit mat salleh ni merah camni
terkenang kat udang bakar pulak

muhaahahahaha


on the way nak g ke kawasan mandi...


sampai sudah...
cadangnya bonda nak pose amik gamba..

tapi itu anak aaaa... aiyyoo...
sudah takmo amik gamba instead dia terus nak gi main air..

dah takleh dibendung lagi la tu dia.. eksaited betul!

tapi memang la.. weols pun eksaited nak mandi sebab airnya hijau2 jernih gitu!
cun





masa bergembira bonda and Avin.. walid tukang amik gamba

tapi tak lama pastu walid letak kamera and join the crowd jugak!






ada yang takut pasal tsunami lagi?

frankly, weols pun takut jugak..
ye la bencana camtu memang kita susah nak duga..

but afraid not, ada banyaaakkkk signboard utk tsunami evacuation route.. folo je la signboard tu dia menghala ke tanah tinggi..
tapi jgn la tunggu tsunami baru nak baca sign tu hahaha
baca la sesiap so kita leh agak dah laluan mana nak ikut if bencana... ;)


kita diberi masa kat sini pun dalam sejam jugak if tak silap..
tapi entahlah.. cepat pulak masa berlalu.. rasa kejap je sejam tu!

then reramai naik balik ke boat besar..


untuk mereka yg pilih untuk snorkeling, kat kawasan ni la dorang gi snorkel..
mmm rasanya cantik lagi pulau perhentian kot kan?



naik je bot besar, makcik ni dah tunggu..
wahh aiskrim..

"eskrem for sale sir.. eskrem for sale" katanya...
alamak jual eh.. 50bht..

tak kesahla.. beli je la.. dah kata bercuti untuk enjoy2.. makan aiskrim ni sedap jugak ni lepas dah penat2 mandi..


tuuuu dia..

seronok la dia tu jadi tuan puteri dia untuk cuti kali ni..
sebenarnya kan, cuti kali ni rasanya expenses weols banyak habis kat anak dara ni hahaha
macam2 dia pow weols! dari monkey tu, sampai la ke makanan n baju2 and touys pun dia ada pow wakakakka




sedap sangat la tuh sampai comot2...

lepas dari maya bay ni, dorang akan bawa kitorang ke Phi Phi island..
tapi otw ke Phi Phi tu depa akan singgah sebentar untuk melihat-lihat Viking Cave


Sebab weols dah tau itinerary ni, o weols memang sengaja takmo duduk kat seat dalam, instead weols pi duduk kat bahagian open air kat belakang tapi ada bumbung so tak panas la ;)

memang syiok sambil layan airkrim sambil dihembus angin boat ni..
napa takmo duduk dalam? sebab nanti susah la nak tgk cave tu ekekke
lagipun kene la beralih angin jugak..


otw ke viking cave..
tak jauh pun from maya bay ni around 10mins kot


itu lah dia viking cave..
apa yg spesel benar?

takde la special mana pun..
just kat cave ni ada orang duduk je..
dia duduk situ pun sebab dia nak wat bisnes amik sarang burung layang-layang..
hmmmmm..


kalau perasan ada banyak kayu-kayu cerancang gitu..
tu diorang letak situ supaya mudah dorang nak panjat collect sarang burung tu..




so boat benti kat sini dalam 5min je..
tengok2 amik gambar and off we go..
direct to phi phi island pulak!

dari maya ni nak ke phi phi errr.. bape minit ek aku pun tak sure plak!
sebab time ni weols leka..
leka main2 ngn anak..
sambil dibuai angin kat belakang boat ni..




dan itu lah dia, edisi Dokumentari Phuket episod 6...
next, kita terjah Phi Phi Island!!!


Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Monday, April 25, 2011

PIARC International Seminar 2011

Bertempat di Royal Chulan Hotel, KL. Serius cantik hotel nih suke sgt!

Dok sini cam rasa dok kt puncak gunung ledang jer...best sgt. Nyaman skali ngan desiran air pancutnya ngan pokok2 nye walaupun dlm hotel kan

Ok saya dok sini ats dasar kerja...jom kerja kerja n lagi kerja semoga kita bertambah rezeki yg halal....:)


Sent via BlackBerry from Maxis

Sunday, April 24, 2011

Menangis nak Baby

Avin damia leka main ngan baby Ryan masa kt besday party Ryan yg pertama.

Tapi masa weols smpai ni majlis dah habis dah pun.

Yang membuatkan hati bonda n walid dia ni sayu coz dr tempat besday party ni sampai kerumah sepanjang jalan ok menangis coz nak bawak balik baby ryan ni kat rumah...huhu :(

Ini bukan nangis main2 ini nangis teresak2 betul2 punya nangis nih...aduyaiiii. Sayu betul hati sepanjang jalan malam tadi tu...uhuksss

Bila lah avin nak dpt rezeki adik nih..huhu

Sent via BlackBerry from Maxis

Saturday, April 23, 2011

Happy Besday Kakak Aisyah

Avin datang umah mak uda+ pak uda sbb nk celebrate besday kakak Aisyah yg ke-6 thn. Happy Besday kaka Aisyah!


Tapi avin xleh lama coz lps ni bonda n walid ckp nak gi kena gi besday baby Ryan plak

Tapi Avin ajak kakak aisyah n semua kengkawan tgk dvd ngan dvd player avin...hiksss. Best sambil makan sambil layan dvd...hiksss

Oklah avin nk makan sat lepas ni nak gerak dah kang bonda n walid bebel kat avin lak...hehe


*author's note: bonda pasan kengkononnya ini avin yg tulis...hiksss


Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, April 22, 2011

Lagi satu koleksi LV saya

Yes uols, there are no other words than ALHAMDULILLAH Ya Allah. Sgt² bersyukur diatas segala²nya yang saya miliki selama ini....keluarga, ipar duai n yg pastinya ibu bapa n ibu bapa mertua....kawan² n anak n yang yang paling tak ternilai anugerah teragung yang pernah hadir dalam hidup saya sudah pasti lah king of my heart, sang suami. Terima kasih buat prebetsabu kerana menyayangi n menerima baik n buruk saya apa adanya diri saya.

Semalam tanpa plan n tidak jugak dirancang, kami berdua ada lunch date yang menggediks saje coz dia baru sampai dari outstation so nak ler makan sesama lps dah 2-3 hr tak jumpa kan. Kemana lagi klu tak ke Mid Valley kan. Kebetulan parking sgt strategik naik² je terus sampai kt depan butik COACH n LV. Mulut saya laju je ckp "jom B masuk LV". Dia lak sepantas kilat jawan "JOM"



Saya tak bercadang utk membeli apa² sekadar mau mencuci mata je. SA LV plak promote itu n ini pada weols but saya tak berapa nak layan coz saya nak tengok apa² yg saya nak tengok sepuas hati saya tanpa gangguan sesapa...hehehe

Ok sebelum itu biar saya terus terang dulu, sebenarnya saya tidak berniat utk membuat n3 ini tapi atas pujukan n permintaan suami saya yg mahu tahu mcm mana saya nak mengekspresikan rasa happy saya dengan susunan bait kata² kan. Serius ini permintaan dia. Lama saya pk memula agak keberatan maklumlah manusia kat luar sana mcm² jenis kan tapi sebagai menghormati permintaan suami saya turutkan juga akhirnya kerana actually banyak kali jugak dia mintak utk kes² yang sebelum nih pun tp permintaan dia sebelum ini berlalu begitu saja tp saya berikan penjelasan sebaik mungkin supaya dia tidak berkecil hati n i know dia paham situasi saya.

Ok back to the real track, masa kt dlm LV boutique tuh saya tetiba terasa mcm nak terus beli je, memula saya nak beli neverfull jer coz itu je design yang saya berkenan sejak dari dulu tapi bila ditunjukkan dengan perlbagai design yang lain akhirnya saya dah confused ngan 3 design yang berjaya memikat hati saya.

Saya tanya prebetsabu, boleh ke kalau saya nak beli sekrang dia kata boleh je tapi saya betul² nak ke???? dia balas pertanyaan saya dengan pertanyaan jugak. ouhhh tsk tsk nyampah!!! tp dlm hati je Saya dalam hati terkejut jugak sbb tak sangka jawapan dia terus boleh kan. Selalunya dia mesti ckp nanti dulu dah habis pk ke?

Then dia sambung lagi ayat, but bergantung pd design lah, if saya nak n berkenan pd yang harga below sekian sekian dia mampu bayar but if lebih drp budget yang dia kasi makanya saya kena top up sendrik lah kan. Saya setuju je coz dalam hati nih mmg dah niat nak sambar neverfull je confirm saya tak payah top up coz mmg terkurang drp budget yang dia kasi.

Memula saya nak neverfull yang paling kecik size dia tp prebetsabu suggest soh amik yg medium size coz katanya beza harga tak berapa nak banyak dah alang² beli memahal nih better amik yg besar sket kan. Ermmmm saya pun setuju lah coz mmg ada banyak betulnya cadangan dia tuh. Tapi last² saya tak dpt nak buat keputusan sama ada neverfull or lagi satu design namanya Totally MM paternnya lebih kurang sama jer ngan neverfull but dikiri kanannya ada poket nampak lebih menarik n xde lah simple sangat designnya pada pandangan mata kasar saya tp tulah regenya sedikit mahal drp neverfull bukan sket sbnrnya banyak gak beza regenya hiksss tp nak sedapkan bahasa ckp lah sedikit je kan....lol! makanya saya kena keluarkan saving sendrik lah utk top up tuh.

Tetiba selepas saya hampir² dah buat keputusan utk amik design yang kedua tuh medium size, tetiba SA tuh tunjukan lagi satu design katanya design baru. Saya dah agak yang mana tp xperla tengok jelah kan padahal tadi saya dah tengok sendrik sesama ngan prebetsabu tp tak berkenan pada pandangan pertama tapi sedikit keajaiban terjadi bila SA tadi tuh buat demo sedikit n bagi explaination pasal design handbag tuh terus saya terjatuh cinta plak dah ...serius gerekkkk sehhhh cantik n mengancam pd pandangan mata saya prebetsabu pun tetiba je ckp yang ini lagi cantik lah...huhuhu saya pun apa lagi lagi lah teruja uols dan² tu jugak nak sambar rasanya. Terus made up my mind n tak pandang dah design lain, neverfull ke totally MM ke dah lenyap di pandangan makanya terus saya dah buat keputusan nak ngan design terbaru nih tp ada sedikit masalah harganya jauh lebih mahal.....huhuhu. so how???? :(

prebetsabu pun berkenan dgn yg nih so apa lagi sambar terus tanpa banyak kata...n byr dgn senyuman tak perlu kata apa-apa...hiksss

Bincang² ngan prebetsabu, last² keputusan telah kami buat bersama. Saya pun diberi izin oleh prebetsabu untuk keluarkan saving saya yes walaupun itu saving saya tp restu n izin drp suami penting uols nak buat apa² pun. So conclusionnya lbh kurang mcm mcm nih lah prebetsabu spedo saya 70% n saya bayarkan 30 % utk harga Cabas Rivington Damier tersebut. Sekali lagi thank you buat prebetsabu...:)


resit rasmi LV saya...hiksss
Silalah teleng² kan kepala anda or else u have to angkat lappy n rotate sndrik...hiksss. Saya bukan sengaja uols saya dah sesiap rotate tp dia degil sgt...hahahaha mmg xleh nk rotate pun coz saya tersnap picca nih masa slide BB torch nih terbukak...hiksss



Dalam balutan...hiksss

So now saya punya Eva Damier kat umah tuh dah ada pasangan hikss. So yang baru nih leh lah dikira sebagai kakak dia kan......ngeeee. Eva Damier tuh dulu jugak hadiah drp prebetsabu masa dia gi menjelajah euro dulu dibeli di paris negara asal LV. Kali ini kakak eva damier nih dibeli di The Garden, Mid Valley City sajork.

Sebelum nih ada yang tanya saya, nape tak beli online sajorkkk. Terus terang saya bitau saya nih tak berapa suke shopping online serius! Bukan kata tak pernah shopping online tp saya bukanlah suka n bukan jiwa saya shopping online nih. Kalau barang yang biasa² saja saya boleh lah tahan lagi tapi kalau barang yang kena keluarkan banjer ribu riban sama sekali saya xkan buat walaupun perbezaan harganya banyak.

Sebab apa sebab saya tak dapat feel uols if shopping online nih. Saya mengaku mmg saya sgt cerewet dalam bab shopping² nih walaupun saya leh dikategorikan as a shopaholic lah jugak kan. Yeye saya mengaku hobi saya mmg suke shopping...hiksss tapi saya tak dpt feel tuh n saya tak dapat mind theraphy saya dengan shopping online coz saya kalau saya nak beli sesuatu saya kena tengok depan mata saya kena pegang saya kena rasa raba-raba ramas-ramas saya kena belek² jeling² telek² baru saya ada rasa puas hati...satisfied lah kata omputih tuh.....over kan saya.

Tetambah lagi if nak spent beribu² saya tak kan sesekali beli online coz dah ler xde guarantee benda tuh 100% original kalau fake pun kita dpt tau ke kan. Itu belom lagi masuk ngan kes kena tipu kan...ishhh saya mmg takut ler. Saya lebih rela ke shopping mall lagi n ke butik yang sudah terang lagi bersuluh n kita tak perlu nak risau ini ori ke tak ori ke lepas tuh yang paling best lagi depa akan register kan nama kita dalam depa nye sistem so if ada pepe function depa akan inform customer depa dulu kan.

Lagi satu if kita nak buat after sales service pun senang, macam nak cuci kalu kotor kan ke apa ke or nak repair ke kan lagipun dah confirm² benda nih semua worldwide kan.


depa jugak kasi catalog book  yg terbaru nih utk saya...suke suke suke 151 juta kali

Jadinya semalam 21hb April adalah hari yang sgt² bertuah buat saya....hiksss walaupun bukan besday saya. Selalunya pun mcm nih ingat dulu masa beli coach tuh pun sama. Mcm nih gak habis menjelajah Pavilion last² beli kat KLCC sama gak tak dirancang tetau je prebetsabu ckp rini dia kasi peluang utk saya beli apa yg saya nak dia kasi budget kat saya then weols trus proceed beli....hiksss.

memory dulu masa beli coach sabrina



Inilah dia LV terbaru saya.....Alhamdulillah sekali lagi...syukur ya Allah.



Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!