Header

Thursday, August 30, 2018

Belon helium serta masalah.

Dijadikan kisahnya..

Semalam aku dapat pesanan dari whatsapp berhajat untuk mendapatkan sekali lagi khidmat professional kami.

Last minit, tapi siapa yang hendak menolak rezeki yang masuk, bukan begitu?

Maka perbincangan dan sebut harga pun dilakukan melalui perbualan whatsapp.
.

Pelanggan ini, adalah diantara repeat customers kami.

Beliau dari Lembaga Pertubuhan Peladang. Beliau telah direkemen oleh sahabat saya Mohd Fadli Salleh, yang juga pada asalnya dikenali melalui muka buku ini juga untuk menggunakan khidmat dari kami.

Mereka hendak mengadakan gimik bagi pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan.

Memandangkan hubungan perniagaan yang pernah terjalin sebelum ini, walau tempahannya agak last minit, tetapi kami terima juga.

Kerana kami tahu, kepercayaan yang telah terjalin hasil urusniaga yang sebelum ini dapat dan akan memudahlan urusan kami bagi setiap transaksi yang berikutnya.

Dari kepercayaan tersebut, pelanggan tidak lagi ragu-ragu tentang reliability, komitmen dan output yang bakal kami persembahkan nanti. 

Maka, setiap perbincangan selepas itu adalah very straight to the point untuk menyelesaikan permasalahan dan permintaan untuk tempahan yang terbaharu.
.

Idea asal, terdapat 3 orang VIP yang akan secara serentak memotong ribbon sekaligus menjulang bendera Malaysia ke atas dengan bantuan belonan kami.

Bermakna ada 3 set, 1 set untuk setiap VIP.

Ok, mudah! Tiada masalah. Cuma isu sampingan adalah berkenaan dengan berat bendera yang bakal dijulang. Tapi tidak apa, berdasarkan maklumat awal, bendera tersebut sepatutnya tidak terlalu berat, dan ini masalah yang boleh disettlekan dengan plan-plan contigency kami.

Urusan jual beli pun berlaku, pembayaran secara atas talian berlangsung. Mudah urusan tidak perlu untuk hadir ke outlets, bank in sahaja.

Ini juga 1 lagi advantage berurusan dengan existing repeat customers.

Makanya semua persiapan pun dijalankan oleh team kami. Semua sudah bersiap untuk menyelesaikan tugasan esok hari.
.

Malam hari, satu whatsapp dari pelanggan tersebut telah masuk.

Alamak! Ada perubahan rancangan!

Instead of 3 sets, top management mereka mahukan 1 set, tapi menaikkan 3 bendera tadi serentak.

Wah, ini satu cabaran! 

Belon helium ni, belon yang terapung.
Adalah sukar untuk kami mengawal kedudukan mereka nanti dan ianya agak mustahil untuk di strukturkan.

Tambahan lagi, dengan beban bendera yang tidak diketahui, kini bendera itu semua hendak disatukan dan dijulang sekali!

Wah mau berselirat bendera-bendera itu semua kelak!

Pelanggan telah diberitahu dengan kemungkinan-kemungkinan serta risiko yamg bakal dihadapi, dan beliau memahami serta menyerahkan kepada pihak kami untuk menentusahkan keputusan yamg sewajarnya.
.

We are the expert!

Itu "zikir" yang selalu aku lontarkan setiap kali menerima tugasan baru.

Cabaran akan sentiasa cuba diselesaikan.
Knowledge dan skills tentang belon memainkan peranan!

Dan pagi ini, seawal jam 615am kami sudah terpacak di lokasi majlis!

Tidak sabar untuk melihat sendiri bagaimana rupa dan berat bendera-bendera tersebut.

Beberapa cubaan dan susunan di buat. 
Dan akhirnya hasil yang terbaik yang dapat kami berikan.

Untuk memberi lebih "spark" pada gimik, kami tambah sentuhan sendiri dengan membuat setup supaya bendera ke 3 akan pop out apabila ribbon dipotong.

Jam 7am pepanggan tersebut tiba. Gubahan gimik telah tersedia dihidangkan di atas platform!

Dan beliau berpuas hati!
.

Sekali lagi, sepertimana setiap kali usai menyiapkan amanah kerja, kami team dekorasi boleh tersenyum bangga dan merasa bunga-bunga di hati!

Masalah akan sentiasa mengetuk pintu untuk menyapa kita.

Jika kita tidak dapat menghalaunya, kita jemputlah masalah yersebut masuk dan kita selesaikanlah dengan baik dan tentunya sesudah selesai, masalah tersebut akan dengan rela hatinya melangkah keluar dengan sendiri.

.
Nash 🎈 Masviona Muhamad
TERIMA KASIH PADA ANDA SEMUA YANG MEREKEMENDASI PERKHIDMATAN KAMI!
#BangsaNiaga 
#GlowingParty™ 
#Glowtex™


Camna?

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!