Header

Thursday, September 27, 2007

Lelaki Berbohong......Perempuan Menangis

Jika kelemahan lelaki dan wanita begitu diambil kira, pastilah kedua-duanya tidak hidup berpasangan. Namun, sudah menjadi fitrah serta tuntutan hidup bahawa lelaki dan wanita saling memerlukan. Justeru, wujudlah percintaan dan perkahwinan.
Perkahwinan yang sebenar serta bersih adalah antara lelaki dan wanita. Mustahil berlaku perkahwinan sesama lelaki atau sesama wanita. Hanya perkongsian hidup lelaki dan wanita saja yang menghasilkan zuriat untuk kelangsungan kewujudan manusia di dunia ini. Satu perkara yang menarik mengenai perhubungan lelaki dan wanita dalam konteks suami-isteri, ialah lelaki selalu berbohong dan wanita sering menangis.
Mengapa hal sedemikian terjadi?
Menurut Pakar Runding & Kaunselor Profesional, Dr. Tajudin Ninggal, lelaki dan wanita memang selalu serta wajar berkomunikasi antara satu sama lain. Katanya, dalam berkomunikasi itu, ada beberapa perkara timbul. “Wanita bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar isteri. Sedangkan lelaki tidak pernah bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar suami,” katanya. Secara berseloroh, beliau berkata masalah wanita memang bermula daripada lelaki. Beliau menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Inggeris yang mengandungi suku kata men, his dan guy yang berkaitan dengan masalah wanita. Sebagai contoh, menopause, mental illness dan menstrual pain, histerectomy dan guynaecologist.
Beliau turut menyatakan satu hakikat dalam ungkapan yang menarik, iaitu wanita berbohong agar lelaki berasa selesa. Sementara lelaki berbohong agar dirinya kelihatan baik.
“Lelaki berbohong untuk kebaikan dan mahu bergantung pada seseorang. Mereka mengambil alasan ini untuk menyelamatkan diri dan meredakan suasana,” jelas Dr. Tajudin.
Tambahnya, wanita menangis untuk menyelesaikan tiga perkara, iaitu membersihkan mata, mengeluarkan kimia stres dari tubuh dan sebagai tanda bersedih akibat perasaan yang amat tersayat. Perhubungan yang baik antara lelaki dan wanita amat wajar diwujudkan. Jika tidak, hilanglah seri kehidupan ini.
“Untuk mewujudkan perhubungan yang baik itu, lelaki dan wanita perlu berkomunikasi dalam dua bahasa, iaitu `bahasa lelaki’ dan `bahasa wanita’. Jika tidak, lelaki dan wanita akan terus saling menyalahkan,” tambah beliau. Ada beberapa perkara yang diperlukan lelaki dan wanita. Yang menariknya, jumlah perkara tersebut sama banyak, iaitu kedua-dua lelaki dan wanita memerlukan enam perkara.
Lelaki memerlukan kepercayaan, persetujuan, penghargaan, kekaguman, keizinan dan galakan.
Wanita pula memerlukan perhatian, persefahaman, hormat, kesetiaan, pengesahan dan keyakinan. Terdapat beberapa perkara yang kerap dilakukan wanita yang boleh menyebabkan lelaki berbohong serta merenggangkan perhubungan lelaki-wanita sebagai suami-isteri, iaitu berleter dan bertanya soalan remeh.
“Lelaki memang tidak suka mendengar leteran dan soalan remeh. Semakin banyak dileteri dan ditanya, semakin dia tidak mempedulikan. Oleh kerana terus diasak dan bosan, dia pun berbohong untuk meredakan keadaan,” jelasnya.
Selain itu, lelaki akan menganggap dirinya telah memberikan kepuasan penuh jika wanita tidak bertanya untuk meminta bantuan. Bagaimanapun, meminta bantuan perlu dilakukan dengan wajar. Jangan berselindung atau seperti mendesak. Wanita perlu meminta dengan berterus-terang, ringkas dan menggunakan perkataan seperti `Boleh tak?’.
Seperkara lagi yang tidak boleh dinafikan ialah lelaki mampu menjadi penyelesai masalah. Ini kerana, otak lelaki berorientasikan penyelesaian, sedangkan otak wanita berorientasikan proses.
Semoga kerjasama antara lelaki-perempuan ini dapat melahirkan sebuah hubungan yang harmonis seterusnya membentuk keluarga bahagia~~
Author's Note: Artikel ni ditulis oleh saudara RAJA YUSOFF ARIFFIN....xpernah le aku dengar nama dia sebelum nih...tapi aku yakin tulisan yg dia tulis nih dibuat melalui kajian yg terperinci...aku rasa apa yg dia tulis benar2 realistik la.

1 Comments Uols:

Anonymous said...

wauu.. very full of information... and yup.. its true!

everybody needs o be appreciated.. just by sincerely saying "thanks" will melt their hearts.......

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!