Header

Friday, June 08, 2012

D' Jabris Ikan Bakar Serkam, Bangi

Malam tadi dinner weols satu family, team masviona fresshhhh from our humble kitchen uols. Masak simple2 sudehhh janji kenyang makanya bersyukur lah kita dengan rezeki yang diberikan oleh Allah s.w.t kan.

penuh ngan fucuk so ikan sekor dah ditenggelami dek fucuk je

Menu weols adalah ikan jenahak masak kisap sweet sour dari ABC. Dapat free sample sbnrnya masa shopping barang dapur kat mana entah klu bukan kat Carrefour kat Tesco klu bukan jugak kat Billion dekat rumah nih lah tuh klu bukan jugak kat Giant kot. Dah lupa dah hehe

Sedap jugak kicap ABC nih uols (lupa plak nak snap gambar) yelah selalu weols klu kicap je mesti guna kicap kipas udang kan sesekali beralih angin apa salahnya. 

Itu malam tadi, ini nak cerita menu dinner weols kat D' Jabris IKan Bakar Serkam, Bangi. Last 2 weeks lah kot sbb lps gambar nih di snap weols ada lagi menyinggah kat D' Jabris nih.

teratur, tersusun, bersih n kemas

Ok kedai nih kiranya agak baru jugak lah bukak sbb dulunya restoran nih lain....klu tak silap ada nama rimba2 sket nama kedai yang dulu tuh. Agaknya kedai tuh dah tutup itu yang pemilik restoran D' Jabris Ikan Bakar Serkam nih amik alih kot.

Kedai nih mmg menyediakan ikan bakar yang segar2...freshhh dari laut kot hehe. Buat penggemar ikan bakar seperti saya mesti lah sukaaaaa kan. Kita dapat pilih sendiri kita nak ikan mana n jenis apa pastu baru depa buat masakan tuh. Ala sama lah jugak konsepnya macam kedai ikan bakar yang lain.


Pilihan ikan segar yang variety.....bestnya


ketam, udang sotong dn kerang pun tak ketinggalan


Ini antara menu yang weols makan malam tuh satu family


Ikan bakar bersambal....sedap...sambal yg kat ikan tuh sgt sedap rasanya dipadankan plak ngan kicap n air asam kan....kecur air liur masa taip nih...hikss


ikan sama je teknik pencahayaan kat gambar nih je yang lain...:)


Sup sayur...kebetulan ada gambar kan so share je lah kat sini kan...hiksss

yang ini udang sweet sour kot


Avin Damia yang berselera nak makan nasik....susah gak nak tunggu selera dia datang nih asyik tak moh makan je...huhu...sebab tuh ler cekeding je yg jelas nampak makan tinggi je

Ok buat uols yg ada disekitar kajang n bangi boleh la try D'Jabris nih tak lupa buat penggemar ikan bakar mcm saya kan...sila2 harga pun reasonable.

Dekat mana??

hehe lupa plak nak bitau kan, restoran nih kat Bangi, seksyen 8 sederet dengan wisma KLIA tuh ala belakang TM Point tuh kiranya seberang jalan dengan Seri Bangi yang ada Tutti Frutti tuh.

Ok selamat menjamu selera!!!


Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

5 Comments Uols:

edrina said...

Mas,

Owner D'Jabris ni pak uda Ed :)

Nama dia Abdul Jabbar (adik ayah ED). Terima kasih sebab cerita yg elok2 dan tolong promote!

muahh

Masviona Nas said...

Ed,
wahh yeke Ed...mas mmg suke kedai nih sbb bersih n kemas yg penting pastu makanan pun leh tahan sedap n yg penting rege pun xmahal...:)

mmg leh selalu singgah lah lepas nih

edrina said...

Ha..ah
Kalau mas perasan, Pak Uda ed mmg guna dettol utk lap meja & lantai selalu sebab dia kata buat ikan ni mmg lalat suka dtg.. jadi kena rajin lap lantai

Dia kuar pagi2 hari pegi amik ikan fresh tau.

Masviona Nas said...

Ed,
haah mmg perasan lah ada dia sembur something utk lap meja tuh.

wahhh bagus2...:)

batu mutiara said...

Hujung minggu lepas, kami sekeluarga menjamu selera di Bangi Ikan Bakar Sos. Wow.. sos ikan bakarnya sangat lazat sehingga licin mengisap tulang dibuatnya. Kami order Siakap Bakar, Kupang Masak Pedas, Kailan Ikan Masin, Tomyam Seafood dan etc. Harga sangat berpatutan berbanding tempat lain. Masih bawah RM100. Baru terjumpa laman web Restoran ni. http://bangikanbakarsos.wordpress.com. Sesiapa peminat makan dan ikan bakar, sangat rugi kalau tidak mencubanya..

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!